Pages

Thursday, December 2

INDiBADH kah kita?

" Kak ngah, Abang tak tahulah Abang nak sekolah mana tahun depan," luah adik susu ana. Dia kini bakal memasuki tingkatan 4 tahun hadapan.


Saat itu ana sedang asyik menonton televisyen tertarik dengan luahan hatinya.


" Kenapa Abang nak tukar sekolah pula?" ana menyoalnya. 


" Entahlah, Abang rasa macam tiada fungsi Abang bersekolah. Abang rasa kosong sangat. Abang sayang kawan-kawan Abang. Tapi Abang rasa dah lama Abang tinggalkan agama. Abang cuma jaga yang asas saja. Tapi sampai bila. Abang tak larat bergerak seorang," bicaranya penuh mengharapkan bantuan.


Akhirnya dia menceritakan keadaan dia di sekolah. Benarlah sekiranya ana sendiri berada di tempatnya, ana juga mungkin tidak mampu.Jujur ana katakan adik susu ana ini telah Allah kurniakan dia kelebihan dari segi kecerdikan juga penampilan seorang pemimpin cukup terserlah dalam dirinya. Cuma suasana disekelilingnya membuatkan dirinya seakan serba kekurangan dalam memperluaskan ilmu agama.


" Kalau diberi peluang Abang nak bersekolah di mana?" ana menyoalnya lagi.


" Abang ada mohon nak masuk KISAS. Tapi faham-faham sajalah sekolah SBP bukan senang nak tukar-tukar sekolah ni," cepat sahaja dia menjawab.


" Okay, macam ni. Kalau Abang rasa Abang dapat kesedaran macam ni, kenapa Abang tak teruskan dan buat perubahan dekat sekolah Abang," ana memberi cadangan.


" Susah Kak Ngah, Abang tak kuat. Penat Kak Ngah. Sudahlah Abang ni banyak lagi ilmu agama yang Abang tak tahu," rungutnya. 


Kasihan sungguh ana memikirkan keadaannya yang seakan-akan menagihkan kebenaran tapi tidak mempunyai sahabat yang 'hardcore' untuk mendorongnya.


" Abang dekat sekolah pengawaskan, Abang kata Abang rasa kosongkan. Abang pernah terfikir tak 'kenapa Abang kena catit-catit nama orang yang lewat'. Selepas itu Abang kene check dorm. Rasa tak 'kenapa mesti aku lakukan benda remeh macam ni' ?" ana menyoalnya bagi membuka mindanya. Saat itu dia hanya mengangguk.


" Sebab orang Islam itu sepatutnya ber DISIPLIN. Lain katanya indhibadh. Dengan tugas kita itu, kita dah permudahkan urusan guru. Dan kerja itu sangat mulia. Cara orang Islam juga perlu berlainan. Dia tidak hanya mencatit tapi dia mendoakan perubahan seseorang itu," beritahu ana setulus hati kepadanya.


Lalu ana pun menceritakan sebuah kisah mengenai Umat Islam yang sememangnya berdisiplin dan indhibadh itu.


Seorang lelaki yang baru memasuki Islam menunjungi Kaabah dan berkata


" Isy..ramai betul umat Islam ni. Mesti susah nak buat saf bila hendak solat. Mahunya berjam-jam nak buat barisan,"


" Eh ini baru sikit," kata seorang sahabatnya.


" Kalau begitu, pasti berhari-hari untuk menyusun barisan ini,"


" Tapi pernah ramai lagi. Lagi-agi musim haji. Melimpah ruah sampai keluar," celah sahabatnya.


" Oh kalau begitu, lagilah sukar untuk disusun. Makan masa berminggu-minggu agaknya,"


Tiba-tiba seruan azan kedengaran dan bergema seluruh Kaabah. Sejurus habis sahaja seruan azan dilaungkan, kesemua umat Islam yang berada di seluruh tempat berpusu-pusu membuat saf siap sedia untuk menunaikan solat. Menghadapkan kiblat yang satu juga berimamkan seorang ketua yang memimpin solat. Tidak sampai lima minit Saf sudah tegak berbaris.


Terpempan kedua orang sahabat tersebut. Subhanallah Islam sebenarnya sangat sempurna dan terlalu tinggi. Sampaikan sekecil-kecil perkara Allah mengajarkan kepada kita sesungguhnya umat Islam itu hidupnya penuh dengan INDiBADH. Tanpa peraturan pasti tiada paksinya yang mampu bergerak utuh.


" Hmm.. jadi kita ni Abang memang kene bersabar dalam menolong agama Allah ni," bicara ana mematikan cerita tersebut.


" Ya Allah. Dengan solat sahaja dah mengajar kita tentang disiplin. Padanlah Abang rasa kosong sebab selama ni segala apa yang Abang buat tidak merasakan yang Abang bekerja kerana Allah," Dia tersenyum gembira.


Alhamdulillah..


 " Ya Allah peliharalah adikku ini. Berilah dia jalan untuk lebih mendekatkan diri kepadaMU. Sungguh aku bersyukur padaMU kerana memberiku nikmat Iman dan Islam dalam keadaan sekeliling yang mengikuti cara hidup Islam."


" Jadi sekarang ini, Abang mohonlah petunjuk Allah nak menyambung pelajaran Abang di mana. Insya-Allah Abang, selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah mendekati kita," Ana berlalu dan meninggalkannya dengan persoalan.

Wednesday, December 1

Tuhan nampak kita macam TV??

" Ummi, pernah ada seorang kakak beri tahu pada angah, kita ini ibarat pelakon yang berlakon di pentas dunia. Takut juga apabila memikirkan setiap inci pergerakan kita akan dirakam oleh Allah dan ditayangkan di pawagam akhirat." cerita ana pada Ummi.


Sambil-sambil kami adik-beradik menyusun pinggan untuk diangkat lalu di bawa ke singki.


" Waktu itu, Ummi sendiri tidak dapat tolong anak-anak Ummi." sambut Ummi melayani cerita ana.


" Habis Faheem macam mana ummi. Ummi tak sayang Faheem eh." celah adik ana Faheem meluahkan kerisauan yang melanda hatinya.


" Kalau kita dit dunia ini lakukan segala amalan kita dan beribadat kepada Allah boleh kita sama-sama hidup dekat syurga yang khas Allah ciptakan untuk hambanya yang beramal soleh." sambung ummi meredakan hati Faheem.


" Lagi-lagi seperti 'baby besar' macam Faheem. Tiada dosa, lagi senang Faheem nak masuk syurga." sambung Ummi.


Setelah kami mengangkat pinggan ke dapur, masing-masing mengambil tempat di meja makan kembali. Seperti biasa kami akan berebut untuk meluahkan isi hati kepada Ummi dan Ayah. Waktu keemasannya ialah selepas makan..


" Ummi..nak tahu tak." kata adik ana Nurin.


" Sekejaplah yaya nak cakap. Ummi..Ummiii." celah Alya. Lebih kuat suaranya.


Begitulah keadaanya tiap kali habis makan.


" Mi..Mi...Mi okay. Biar ummi cerita satu cerita masa ummi kecil dulu." Dengan pantas ummi menghentikan perbalahan kami adik beradik. Semua terus senyap dan bersemangat untuk mendengar cerita ummi.


" Okey..Okey sekarang kita dengar cerita ummi," kata Abang.


" Masa Ummi kecil dulu, mak tok pernah cakap pada Ummi, hah shah ingat setiap apa yang kita buat ni Tuhan nampak. Tak kiralah perkara kecil ke besar ke lagilah Tuhan nampak. Kalau kita cakap bohong pun Tuhan tahu," cerita Ummi penuh semangat dengan meniru intonasi mak tok sekali.


" Lepastu, mestilah Ummi hati-hati dengan setiap tindakan Ummi," cerita Ummi sambil melihat reaksi anaknya yang memberikan sepenuh perhatian.


" Sampai satu tahap Ummi tengok tv. Tiba-tiba Ummi terfikir 'eh, aku nampaklah apa yang setiap orang tu buat. Dia cakap apa pun aku tahu. Ha tengok tu, ramai pulak tu yang aku dapat tengok dia buat apa. Orang Cina, India lagi-lagi Melayu. Semuanya aku nampak!," Ummi meneruskan penceritaan sambil antara kami sudah mula menampakkan gigi.


" Lepas itu nak tahu apa yang Ummi fikirkan?" soal Ummi kepada kami.


" Tak tahu!" sambut kami.


" Ummi fikirlah ' eh aku ni Tuhan ke?' mana tidaknya waktu itu Ummi baru umur seperti Faheem. Sah-sahla terima kebenaran itu bulat-bulat" ketawa kami terus meledak. Tidak tersangka Ummi boleh berfikiran sebegitu.


" Bila ummi fikir macam itu. Ummi terus dapatkan Maktok dan tanya ' Mak..Mak Ishah ni Tuhan eh. Sebab Ishah nampak apa yang mereka buat dalam TV' . Habis Ummi tanya terus kene marah dengan mak tok:" kata ummi.


" Ada pula kita ni Tuhan! Tuhan lain kita ini hamba yang Tuhan ciptakan. Orang yang dalam TV itu sama sahaja seperti kita.....," kata Mak tok.


" Akhirnya maktok pun ceritalah yang sebenarnya pada ummi. Alhamdulillah ummi kene marah dengan maktok. Dan Ummi mendapati kebenaran yang sebenarnya.." Ummi mengakhiri ceritanya sambil tersenyum.


" Faheem faham tak?" soal Abang pada Faheem.


" Faheem faham sikitlah," tutur Faheem jujur. Anak bongsu memang sering begitu. Tapi bila mana dia sudah bijak, tiada siapa boleh lawan bak katanya " Faheem kan genius!" Ameen..


"Jadi bila Ummi bagi nasihat kene dengar betul-betul. Ya anak-anak Ummi sayang!" bicara Ummi penuh kelembutan mentup tirai cerita hari itu.


" Sayang Ummi sangat-sangat!" dalam hati ana berbicara tulus..

Steamboat Tom Yam!

In the name of Allah Ar-Razak..
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
Waktu cuti ni sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya alamat terlepas dan melepas diibaratkan seperti berlian yang sungguh berharga dibawa arus sungai yang deras. Tak mampu untuk dikejar oleh manusia yang hanya mempunyai dua kaki untuk bergerak. 

"Umi tak nak, anak umi asyik mengadap komputer aja sampai tak sedar keadaan sekeliling. Facebook. Facebook juga. Tugas, tugas juga tapi jangan terlalu leka hanya dengan komputer.." luahan hati seorang ibu buat anak-anaknya.

"Baik ummi." insaf ana apabila mendengar luahan hati ummi. Ummi tak pernah marah tanpa sebab. Tapi ummi sangat menekankan peribadi seseorang muslim itu menjadi yang terbaik. Lagi-lagi buat anaknya yang jarang benar balik ke rumah sampaikan tangan sudah kaku untuk memasak.

Jadi inilah hasilnya.. Steamboat Tom Yam.. ini pun ilmu juga untuk dikongsi bersama.

   1. Sediakan dalam satu bekas [ fish cakes, mushrooms,
crab stick...dan lain-lain]
   2. Sediakan 2 jenis brokoli.. brokoli hijau dan putih.
 3. potong kecil-kecil..              
4. penuhkan separuh tempat masak khas steamboat dengan air.
5. Dan panaskan.
 6. Masukkan perisa Tom Yam secukup rasa.
                                      
 7. Masukkan satu senduk stok ayam penambah rasa

 8. Masukkan bahan-bahan yang telah disediakan.
 9. Tutup dan tunggu selama 5 minit atau lebih

  nampknya ada orang yang sudah menunggu..sabar ya..
       10. Apabila sudah kembang, gaulkan mengikut arah lawab jam.
                  Ustazah Melly kata " Bila kita masak, kita pun ingat Allah juga. Masa gaul bacalah 'laisalaha min dunillahi kasyifa'. Lepastu kita doa mudah-mudahan makanan yang kita masak cukup dan elak daripada segala penyakit"
   ya..sudah kembang dan sudah boleh diangkat.
                                     ok! siap dan boleh dimakan..berselera betul adik-adik ana makan
-berbaktilah kepada kedua orang tuamu selagi mereka hidup..tak sia-sia insya-Allah. Demi mendapat Redha Allah..  Alhamdulillah..


Saturday, November 27

Cinta kami di NADWAH!

In the name of Allah Al-Quddus..



Cinta kami bersatu!

Terlalu banyak kisah yang menyentuh minda dan hati ini andai terlintas kembali kisah kami ber'sepuluh' yang banyak kecacatannya.


kata seorang daripada mereka.. 
" Kak bila, kami ni cacat dan memang cacatlah kan.. tapi kami akan cuba untuk jadi matang dan ayu kat sana nanti.."
" Bahaya ni bawak tentera cacat kat sana. Semua orang ada cacatnya.. itulah fungsi kita saling lengkap melengkapi." semua senyum tanda memahami kecacatan angkatan tentera saya yang bakal di bawa ke kedah untuk menjalani THERAPY.

Inilah tentera cacat saya (mereka yang kata) sangat istimewa dan terlalu istimewa bagi saya.
          Raihan . Fitriyyah . Atiqah . Awatif . Nadhirah . Maisarah . Syahirah . Ahidah . Syaima' .

Sampai sahaja kami di Dorm banat sekolah Al-Islah, suasana bingit menerpa. Ramai daripada mereka(sekolah lain) mengenali kami. Tiba-tiba suara kami sudah menguasai bilik itu.. "hmm kecacatan semakin terserlah," bisik hati saya.


Saya tak nak cerita daripada awal. Rasanya agak sukar untuk ditafsirkan kerana hanya hati yang melaluinya mampu merasai.

"Dengan usaha yang sedikit ini, disusuli dengan keikhlasan, mudah-mudahan kita beroleh
 syafaat, rahmat dan Hidayah daripada Allah"

"Ana nak sesiapa diantara kita yang mempunai peluang untuk bercakap atau diminta untuk bercakap dihadapan orang ataupun microfon di tangan jangan lupa untuk cakapkan kata-kata ini. Ni lah masanya nak output," Saya memperingatkan.  

Sepanjang program ini berjalan saya tak mampu mencari di mana renggangnya kami.

Mengenai manifesto. Bermula dari itulah sekolah kami mula menjadi rujukan. Tidak hanya kami barisan F4 yang mencurahkan idea. Juga Syaima' peneman kami terus menerus berada disisi memerhatikan kakaknya menerangkan itu dan ini.

Forum MPP
Saat terpilih menjadi ahli panel sedaya upaya menolak. Atas dorongan Ustaz dan sahabat sekeliling. Hati saya semakin redha untuk penerimaan itu. Bagi saya untuk bercakap di hadapan orang yang hebat. Subhanallah.. hanya Allah yang mengetahui. Bila mana saya berada dihadapan, ustaz dan ustazah wajah mereka penuh harapan. Begitu juga sahabat saya. Muka penuh semangat mengalahkan orang yang nak bercakap. Saat saya ingin mengakhiri kata-kata saya melihat di kejauhan kesemua badan sahabat saya ternaik-naik.

"apa benda tu?" sambil mengerutkan kening cuba untuk memahami.
"aduhai kenapa dengan mereka ni? dengan gaya yang semangat pulak tu!" senyap sebentar untuk me'contact' hati mereka.

Akhirnya! dapat! hmm.." Baiklah.. dengan usaha yang sedikit ini..(sambung sendiri)," automatik badan sahabat2 saya berhenti dan senyum selebar mungkin. Alhamdulillah mesej mereka sampai ke hati.

Debaran semakin terasa..bila nak reda debaran ni..

solat hajat
Lepas solat zohor, slot untuk manifesto setiap sekolah. Kami mengambil inisiatif untuk solat hajat. Moga dengan solat hajat ini Allah melancarkan lagi dengan licin sepanjang slot manifesto berjalan. Apabila berada dalam satu saf bersujud kepadaNYA memohon pertolongan seakan terasa kehangatan ukhwah kami..

Manifesto
Masa di beri hanya 7 minit. Tetapi kekuasaan Allah masa seakan dipanjangkan 2 minit dan Allah menamatkan masa pada waktu yang sepatutnya.  Tika ini Allah memperlihatkan kekuasaannya dan membuka hijab sikit demi sedikit. Hebat aturanmu Ya Allah!

wakil MPP musleh
Saat dia berasa lemah kami semua menguatkan.. juga adik2 dengat kuat menyokong si dia. Hanya sekolah kami yang tidak memberi nama. Sehinggalah tika itu. Air mata si dia menitis. Kami menggenggam jarinya memberikan sedikit kekuatan kerana kami tahu tugas itu berat. Dan kami ahli MPP sekolah tidak mampu untuk memegang yang lebih berat sedangkan kami ingin memegang sekolah. Atas keputusan syura yang telah dibuat kami tetap memilih si dia. Ustaz dan ustazah juga thiqah dengan keputusan kami. Bila nasiyd InsYa-Allah dimainkan kami melihat si dia dihadapan. Kami berusaha contact hatinya dan berkata " kau mampu dan Allah sentiasa bersamamu". Mata kami semua berkaca memandangkan lirik nayid tersebut yang bertepatan dengan keaadaan kami. Tatkala disebut wakil smi HIDAYAH jb. Mereka mengangkat tangan. Semakin hangat kesatuan kami. Bantu Kami Ya Allah. Kami ingin menyelamatkan sekolah lain...

Mungkin apa yang saya ceritakan tidak difahami pembaca.. tak perlu di faham secara detail. Cukuplah sekadar berharap agar Islam mampu naik kembali dan merasai kemanisan ukhwah apabila hanya bergantung bersama di bawah lembayung rahmat Allah. Mungkin anda tidak akan memahami kenapa perlu bersedih, kenapa perlu segala2nya.. kerana kami merasakan tugas kami berat dan sangat berat untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. 

Dengan rasminya program telah tamat dan bermula dari itu saya mengenal erti pencuri masa. Bila masa lapang pasti kami adakan perbincangan lagi-lagi perancangan sekolah. Demi menghidupkan suasana Islam di sekolah.. permudahkan Ya Rabb! sekarang tiba masanya untuk output!! Tugas kami berkongsi.. Kata seorang kakak disana.. "Kita bukan riya' dengan sekolah kita. Tapi kita sangat berasa i'zzah." Benar!

Persahabatan kerana Allah ibarat tasbih
Ada permulaan dan tiada penghujungnya
Siapa yang memegang tasbih pasti akan mengingati Allah
sebagai sumber kekuatan dan ketenangan
menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan onak
Bila hati diserahkan pada Allah sepenuhnya
Tidak akan terlepas dari ujian
Untuk memastikan berkekalna CINTA kepada yang Esa!
alhamdulillah..

selesai sudah..








                      

Tuesday, November 16

Usrah = Cell

In the name of Allah Ar-Rahim..




Allah sentiasa menyayangi hamba-hambanya.
Dan dia berhak menghendaki petunjuk kepda siapa yang diingininya.


Hendak dijadikan cerita, kelmarin umi ada minta ana dengan kak long bagi talk untuk satu program.
hmm..kak long dengan terujanya menerima sahaja cadangan ummi.


Terus terang memang berat untuk ana mengatakan ya pada ummi..
Ana pun cakap pada ummi..


"Ummi, kak ngah rasa macam tak naklah. Bukan apa takut-takut dengan mulut kita ni bertambah dosa." terus terang ana pada ummi.


"Kak ngah bawak aja lah. kesian adik-adik tuh. Masa macam ni lah kita nak suburkan balik hati-hati dia. Kalau nak diikutkan kita fikir mulut kita bawak dosa sampai bila kita tidak menyampaikan," kata ummi penuh mengharap.


"Kak ngah jangan lupa fikir untuk cakap apa nanti," sambung ummi.


haih..nampaknya ummi dah bagi green light tanpa ana mengeluarkan red light..  baiklah sami'na wa ato'na.


Sampai sahaja ana di homestay diberi nama Tasneem. Adalah beberapa orang. Agak berdebar. Al-maklumlah sudah 3 minggu tidak mengadakan usrah. Dalam hati berkata " Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit dan ikhlas mampu mencuri hati-hati dihadapanku untuk bersama menggapai redha Allah"


Kebanyakan adik usrah ana terdiri daripada pelajar al-hidayah , ipoh. Tiba-Tiba terbayang adik-adik usrah di Johor (rindu sangat!). Juga adik-adik akak di asrama.


Ana hanya menyentuh benda-benda biasa..*solat yang penting dan *peranan sahabat juga selitkan *perubahan tamadun islam


Alhamdulillah selesai pada jam 7.00 pm. (agak terlajak..macam tak nak lepaskan pun ada juga)
Pada sinar wajah mereka ana dapat lihat ada satu perkara yang telah tercetus didada mereka untuk bersama-sama ana menegakkan Islam. Insya-Allah.


Semoga Allah mengekalkan petunjuk itu di hatimu wahai adikku..
Kita telah terikat dan tertaut atas dasar keimanan dan berpegang pada tali Allah..
MEREKA...  
+Anis, f3 
+Mawaddah, f1 
+Fatini, f2 
+Hanah, f2 
+Fatimah, f2
+Ain, year 6
+Nurin, year 6 


Komen ain pada emaknya : "Ain rasa best sangat dan lainlah. Tak pernah ada kakak buat tazkirah seronok macam ni"


Terima Kasih Ya Allah!! nampaknya kamulah antara mutiara yang perlu akak gilap dan kilatkan lepasni..dan nampaknya madu-madu keimanan telah meresap di hati mereka tanpa disedari.


Usrah sama seperti Cell
Fungsinya adalah tunjang kepada suatu benda hidup
Tanpa cell Tiada benda hidup yang memberi kekuatan untuk kekal hidup
Usrah juga adalah denyut nadi kepada seseorang muslim..





Monday, November 15

Kem Qiyadah '2010'

In the name of Allah Ar-Rahman..



3hari pengembaraan dalam satu bahtera..

  genggaman jitu paduan yang luar biasa!
                                                              
                                                           10,11,12 November 2010
                               'Menjana Transformasi Tarbiyah Hidayah'

Waktu itu..
Usahkan lupa saat suka dan duka dicipta bersama..
Hmm..fizikal jangan dicakapkan..
masih terasa..tanda peringatan Allah terhadap


JANJI ITU!


walau usaha beribu kali ganda sekali pun ditolak...janji itu telah terpatri..
pada rakaman Allah..
pada catatan malaikat..
pada penyaksian alam..


HATI ini bergetar untuk mendukung dakwahMU.


pesanan buatmu (jangan dilupakan)

1. Taati ketuamu, dan berkorban selagi dia mentaati Allah dan Rasulullah
2. Kuatkan ukhwah antara banat
3. Berjihadlah dan berangkatlah walau rasa ringan mahupun berat
4. Bangkitkan sahabatmu andai ada yang tersungkur


                                                              Aku lemah ya Allah...
                                jangan pernah engkau biarkan aku bergerak tanpa engkau disisi


"sahabatku..dirimu tidak pernah diletakkan di saf belakang untuk mengampu kekuatanku. Engkau tidak hanya menyokong diri ini dari belakang tapi disisi!!"


Armiel itu..                   "La tahzan..La tahzan..
                         La tahzan sodiqi..
                         Innallaha ma'ana..
                         Go with Allah..TAKBIR! Allahu Akbar!


Hakikatnya.. Kita semua adalah PEMIMPIN/QIYADAH. Baik pemimpin mahupun dipimpin untuk memimpin..


Ana mencintaimu kerana Allah..
Bersama kita men TRANSFORMASI diri dan sekeliling.!


                                         sayangi dirimu kerana dirimu begitu berharga..





          

Saturday, October 2

Sacrifice only for Him..

In the name of Allah Alwahid..
     Disebuah sekolah yang tersergam indah terdapat sebuah tampuk kepimpinan yang sering dikatakan orang.."diam-diam ubi berisi". Sejauh mana sangkaan itu pasti ada hikmah tersembunyi disebaliknya. Mereka menitipkan unsur-unsur keimanan dan ketaqwaan kepada yang Maha Esa. 
        
      Pada saatu waktu waktu yang telah ditakdirkan oleh Allah dan dengan izinNYA, mereka mengadakan perbincangan bagi memantapkan kagi diri masing-masing. Muhasabah dengan setiap tindakan yang telah dilaksanakan sepanjang pemerintahan merekan sama ada niat kerana-NYA atau tersasar sudah dari landasanNYA.


     Semasa merka mengadakan perbincangan, Layyin bersuara meluahkan perkara yang terbuku dihati.


     "Wardah, Fatihah, ada satu waktu ni ana nampak ada orang buat kesalahan. Tapi entah kenapa mulut ana seolah-olah terkunci daripada nahi mungkar(mencegah kesalahan)," kata Layyin.

    "Hmm.. mungkin waktu tu Allah yang mengawal anti. Dan mungkin juga waktu tu masa yang kurang sesuai untuk kita," Wardah menyejukkan hati Layyin.


    "Tapi Layyin, sebagai Ketua Pengawas Banat ana rasa anti perlu lebih tegas. Bukan apa, takut-takut orang mudah pijak kepala anti dan mengatakan kepimpinana tidak bergerak," kata fatihah memecahkan suasana.


    "Lagi pun Layyin, ana dengan Wardah tidak dikurniakan kelebihan bersuara kuat dan lantang. Kelebihan ana mungkin slow-Talk. Wardah pula ditengah-tengah. Antara kita bertiga anti mampu menguatkan suara bagi mengawal keadaan," sambung Fatihah.


    Kata tersebut telah membuatkan Layyin berfikir.

  Setelah usai solat zohor...Layyin menyapanya.


     "Wardah, ana rasa ana dah buat satu keputusan," tutur layyin tenang.

     "Keputusan apa Layyin. Macam serius aja bunyinya," bicara Wardah membalas tutur sahabatnya.

     "Ana rasa, ana dah fikir yang ana perlu melakukan pengorbanan. Antara kita bertiga, mungkin ana yang ditakdirkan Allah untuk melakukannya. Jadi, biarlah ana yang lebih tegas dan biarlah orang membenci ana," kata-kata Layyin menyentuh lubuk hati Wardah.

     "Kalau kita bertiga semua garang, susahlah kalau semua membenci kita bertiga. Biarlah kita menggunakan kelebihan masing-masing hanya kerana Allah," kata Layyin lagi.


    " Layyin, kita semua ada ketegasan tu. Ana tegas dari segi lain. Fatihah tegas dari segi lain. Insya-Allah Layyin, Allah akan sentiasa dekat dengan kita. Takpe, kita perlu menjadi seorang pemimpin yang tegas tapi penyayang. Lagipun Rasulullah dulu tegas pada tempatnya. Biarlah apapun pandangan manusia, tapi pandangan Allah kita utamakan..hmm??" kaat Wardah menusuk.


   " Jadi mulai sekarang ana sanggup mereka membenci ana dan ana akan berkorban untuk kita bertiga," kata Layyin.

    "Ingat Layyin, Allah menciptakan kita berbeza-beza kerana apa? kerana kita ada kelebihan dan kekurangan. So, kita memang kene saling lengkap-melengkapi,"


    "Dalam tugas sekecil ini kita mana boleh lemah. Kan Allah ada berfirman,, "Janganlah kamu berasa lemah sekiranya kamu orang yang Beriman". Hmm.. Allah bagi nasihat dan dorongan untuk kita," kata Wardah memberikan semangat.

    "Terima kasih Wardah. Sayang anti," kata Layyin.


   "Akhir sekali, Layyin kene ingat hidayah tu kan milik Allah. Kita tak boleh nak paksa orang menerima kebenaran. Tu semua kehendak Allah. Dan kepimpinan yang mantap melakukan timbangan kemungkaran di atas neraca keimanan. Tu lah sebab kene positif ok? Sebagai seorang yang beriman, lahirnya tindak tanduknya yang positif," Wardah tersenyum memandang sahabatnya.


   "Wardah, mujahadah tu memang peritkan? sebab syurga tu manis. Ya! kita perlu mendapatkannya bersama," Layyin bersemangat kembali.


    Setelah itu mereka bersalaman dan meneruskan perjuangan mereka seiring dengan pengorbanan yang diciptakan untuk melahirkan sesuatu yang luar-luar biasa.



monolog Wardah: Kebenaran dan kebatilan, Dua makhluk yang akan sentiasa berbalahan, Medan tempurnya adalah jiwa insan, Yang tempat akhirnya dihadapan Tuhan...

monolog Layyin: Kubina hubungan kita atas keimanan, Aku mencintaimu kerana Tuhan, Maka sahabat daripada diriku ku lebihkan, Walau ia menuntut satu pengorbanan.

Jika pasti tanggungjawab sahabat,
Biar berpimpin tangan merentas Syurga,
Bukan menjadi pelempar sahabatnya ke neraka,
Maka jadilah pendamping,
Yang mendampingi sahabatnya di Syurga,
Maka jadilah Pelindung,
Yang melindungi sahabatnya daripada azab seksa..

Thursday, September 30

Mesra Ustzh Kamaliah..

In the name of Allah..

Pada hari yang dingin ini kami para naQibah f4 usrah di bawah ustzh Kamaliah(guru besar tersayang). Alhamdulillah bermula sesi taaruf. Bermulalah satu lembaran yang memberi impak yang mantap ke hati-hati kami. Terus menusuk tanpa segan silu menujah.

Antara kami bertanya pendapat ustazah...

    "Ustazah, boleh tak sekiranya PRS ni tak payah pakai tudung kuning," tanya seorang dalam kalangan kami.
   
    " Kenapa boleh jadi macam tu. Baiklah ustazah tanya satu soalan," butir kata ustazah membuatkan hati kami berdebar menunggu kata selanjutnya.

   "Seandainya kita berpakaian tudung labuh macam ni, pergi universiti, rasanya apa yang bakal orang cakap mengenai kita?" soal ustazah.

  "USTAZAH," kata hidayah.
  "JUMUD," kata ana pula.

   " Itu hanya pandangan mereka.. tetapi ianya tetap bermula daripada??" butiran kata ustazah tidak di habiskan.

  "DIRI KITA!" kami semua menjawabnya.

  "Yes, bermula diri kita. Perwatakan kita. takkanlah orang yang tengok kita pakai tudung labuh akan terus tukar pakai macam kita. Bila perwatakan kita baik tidak perlu kita memaksa mereka dekat dengan kita," sambung ustazah dengan hujah yang membuka minda kami.

   "Bila dia mendapati kita golongan yang baik, dan berubah perrsepsi. Selayaknya dia akan ingin tergolong dalam golongan kita. Bemulalah tautan hati rapat dengan kita hanya kerana Allah, " ustazah terus berkata mematikan bicara kami yang seterusnya.

   " Melainkan orang yang memang tidak suka dengan cara kita. Cara hidup Islam. Itu pun a few sahaja. Selebihnya ditengah-tengah. Tugas kitalah membentuk dan mendidik mereka kepada yang lebih baik," Ustazah mengakhiri katanya.

Memang mantap pengisian ustazah yang sedikit itu, tapi mampu merobek hati-hati yang diselaputi ketidak fahaman mengenai cara hidup Islam.

Jadinya..kami akan sedaya upaya menunjukkan contoh sebaik mungkin. dan ingatlah....

                  "Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengajak kepada kebaikan. Menyuruh makruh , mencegah mungkar. Dan orang itulah yang beruntung!" (2;104)

alhamdulillah.

Tuesday, September 28

Sahabat Keimanan..

Bismillah..

Apabila kita menyayangi seseorang itu kerana Allah, janji Allah pasti persahabatan itu sangat indah dan manis bak madu Naqia tetapi lebih manis dari itu. Kemanisan itu tidak mampu diungkapkan melainkan kita merasainya sendiri.

kisahnya begini...

     Satu hari sahabat ana menceritakan apa yang ingin diluahkan setelah sekian lama terbuku dihati. Setelah beberapa jam kami berukhwah mesra ana bertanya padanya.

   "Mungkinkah apa yang ana rasa, anti pun rasa juga?" soal ana.
   "Hmm..entahla. Mungkin jugak," katanya.

Tiba-tiba dia berkata..

   " Anti, kalau ana bengkok anti luruskan," kata sahabat ana itu dengan penuh pengharapan.
   " Kalau dah memang tak boleh lurus??" ana senyum kepadanya sambil mengangkat kening tanda persoalan.
   " Anti..." tanda protesnya.
   " Yelah, Insya-Allah. Kalau ana jatuh anti tarik ana. Bangunkan ana," kata ana kembali.

Tatkala itu, ana merasakan satu perasaan yang indah dan teramat sayang akan sahabat ana itu kerana Allah. Sambil itu dia menyambut jari kelingking ana tanda penyaksian kami berdua.

  " Anti, ana nak cakap sesuatu," katanya.
  " Ana pun nak cakap jugak," sahut ana.
  " Ana nak cakap ni..tak pelah anti cakap dulu," katanya memberi laluan kepada ana.
  " Takpe anti cakap dulu," ana menghormatinya.
 
Tiba-tiba dia mendakapkan drinya.

  " Sebenarnya perkara ini yang ana nak cakapkan pada anti," senyum ana sambil menahan gelak.
  " Eh, ana pun sama. Hm.. kenapa kita asyik sama aja." dia kelihatan pelik.
  " Bukan ke kita ada contact hati? Hmm??," ana mengingatkannya.
Terus dia tersenyum macam kerang busuk.

Semasa di kelas..

  " Anti ana nak minta sesuatu," sambil memandangnya.
  " Nak apa?," soalnya.
  " Kitakan ada contact hati. Cuba teka ana nak apa?" ana mengujinya.
  " Hm.. anti nak buku?" katanya pula.
  " tak..tapi dah dekat dah tu," seloroh ana pula.
  " Kertas? kertas kajang?" soalnya.
  " Ha! betul pandai pun. hehe," (tak sangka menjadi juga eksperimen ana ni)
  " Anti.. Hati kitakan sentiasa berhubung," dia menghadiahkan ana sebuah senyuman.

Alhamdulillah.. begitulah sedikit kisah selingan yang boleh dikongsi bersama. Adakah anda sudah mempunyai sahabat yang akan berpimpin tangan bersama menuju redha-Alah dan ke jannahnya?? Jadilah sahabat yang sentiasa memberi bukan yang mengharapkan pemberian.

Thursday, September 16

Intaian tanggungjawab

Celik bergantinya detik,
Detik bergantinya saat,
Saat bergantinya jam,
Jam bergantinya hari,
Hari bergantinya minggu,

Desah nafas menderu,
Pembuktian kuasa Yang Maha Satu,
Alhamdulillah ku panjat syukur,
Moga terhindar daripada golongan kufur,

Satu waktu perkara itu menujah,
Tanggungjawab seakan menari ditubir mata,
Tugas seakan mendera aqal fikiran,
Amanah seakan mencuit-cuit dibahu,
Sebagai tanda ingatan terhadap peranan itu,

Datang ia mengintai ruang kehidupan,
Terkadang tidak mampu ditepis,
Tidak mampu ditolak,
Tetapi Allah mengetahui diri ini mampu,
Persoalannya di manakah kemampuan itu?

Ampuni hambamu ini Ya rabbi,
Engkaulah yang menggerakkanku,
TanpaMu disisi melemahkanku,
Kuatkan hambamu untuk menyebarkan fikrahMu Ya Allah..

Terima Kasih Ya Tuhanku,
Atas peringatan itu kepada hambamu,
Kaulah penerang jalanku,
Kaulah penunjuk kebenaran,
Permudahkan urusan hambamu yang lemah ini...

Monday, September 6

Faheem pecah REKOD..

Bismillahirrahmanirrahim..

27 ramadhan, malam kedua kami sekeluarga tiada yang kurang pergi tarawikh bersama. Sesampai sahaja di masjid kami turun dari kereta dan..
"Hari ni buat 20 rakaat ye,"laung ayah.

"ala..tak nak 20!," Alya(ke-2 last) tarik muncung yang sedepa sambil bersandar dikereta unser kami.

"Syy..jangan merungut kalau tak nak buat kebaikan," ana mematikan muncungnya itu.

     Semasa jalan, ana memandang ke bumbung langit. 

"hmm..tak de bintang. Bulan pun sembunyi juga ke. Adakah hari ini malam lailatul Qadr??," getus hati ana. Ana pernah dengar sekiranya malam tersebut merupakan malam lailatul Qadr bintang tak kelihatan kerana ditutupi sayap2 malaikat yang turun ke bumi.
Wallahua'lam.. sekiranya betul,masih ada peluang untuk ana beramal.

                                    twit..............................................................................

       " Mlm esok imam kita, imam Said al-Khudri akan menamatkan perkhidmatannya kerana akan pulang ke kampungnya. Tapi seorang lagi imam iaitu Imam Maher tetap akan bersama kita," pengumuman imam.

       'tidak kusangka ada juga insan bernama Maher selain Maher zain'
Tatkala diri ini mengangkat takbir, di dalam suasana yg dingin biasan air-cond membuatkan hati ini semakin tersentuh diiringi alunan ayat Quran bacaan Imam Maher. Tidak terlalu lambat,tidak terlalu cepat menyebabkan ma'mum di belakang tidak sedar lapan rakaat sudah berlalu.
      
         'ya Allah indahnya ayatMu..bila aku mampu menjadi seorang Hamalatul Quran seperti imam ini?' persoalan yang tiada jawapan.

        Masuk rakaat seterusnya..umi mencuit ana.
       "Angah, cuba tgk Faheem solat smpai 20," bisik ummi.
       "Ye ke mi. wah, mantap!," dengan kudrat mata yang tidak seberapa ana mengecilkan mata mencari kelibatnya. Tapi apakan daya tetap kabur.

                      twit.....................................................................................

Bersurai dari masjid ana mendapatkan Faheem.

        "iem tadi iem solat 20 rakaat eh." ana bertanya penuh teruja.
        dia senyap dan tidak menjawab p'tanyaan ana.

'sah2la dia main solat aje. padanlah tak sedar dah 20.aduhaii adikku pecah rekod dlm adik beradiklah macam ni' . Tidak lama lepas itu dia menjawab " Faheem solat je.Faheem penat,Faheem berhentilah" jawabnya bersahaja dengan lagak manja bongsunya.

         Tapi hakikatnya dia meneruskan dan tidak memikirkan kepenatan. Kagum! Setelah diselidik rupa-rupanya apa yang Faheem fahamkan solat tarawikh 8 rakaat maknanya 8salam. Maknanya 16 rakaat dia solat. Alhamdulillah. Akhirnya kami menerangkan kepadanya yang sebetulnya. Tetapi rasanya seperti tidak mahu diberitahu agar dia solat 20 rakaat. Tapi ilmu itu penting terhadap haknya.

        Tiba-tiba k. long menyampuk "Faheem tadi k. long nampak masa solat iem byk gerak.tergaru sana,tergaru sini. batal kalau macamtu," k. long mengomen.

         "Faheem gatal. Faheem garuk ajelah" dengan semangatnya dia menjawab.

         "lepas ni kalau gatal pun jangan garu lebih tiga kali. batal!" kata k. long lagi. Faheem hanya mengangguk tanpa meneruskan sebarang bicara. 

Hmm solat 20 tapi tunggang langgang pergerakan. Masih boleh diperbaiki..ini baru adik tapi ada juga yang dah besar panjang pergerakan bebas tak tentu arah..

                                twit.............................................................................

*apa2 pun Alhamdulillah Faheem berjaya memecahkan rekod dalam kalangan kami adik beradik. Semoga Allah melindungimu seperti Allah memelihara org2 soleh.
*Sekiranya menjadi imam,sama2lah kita ikhlas kerana Allah. tak terlalu cepat atau lambat.'Bersederhanalah kamu dlm setiap tingkahmu'

Alhamdulillah...

Langkah bersamaNYA

Dengan NamaMu yg Maha Penyayang lagi Maha Pangasihani..
Engkau permudahkan langkahan berani ku ini..
Aku berusaha diatas JlnMu ini..
Agar segala yg bermanfaat mampu terisi..
dikekosongan hati-hati..
yang ingin menggapai cintaMu ya Illahi..

Tanggal 27 Ramadhan diri ini memulakan di ruang serba MODEN ini..
      kerana apa?? kerana ISLAM itu Tinggi dan diri ini yang perlu meNINGGIKANnya!