In the name of Allah Al-Quddus..
Cinta kami bersatu!
Terlalu banyak kisah yang menyentuh minda dan hati ini andai terlintas kembali kisah kami ber'sepuluh' yang banyak kecacatannya.
kata seorang daripada mereka..
" Kak bila, kami ni cacat dan memang cacatlah kan.. tapi kami akan cuba untuk jadi matang dan ayu kat sana nanti.."
" Bahaya ni bawak tentera cacat kat sana. Semua orang ada cacatnya.. itulah fungsi kita saling lengkap melengkapi." semua senyum tanda memahami kecacatan angkatan tentera saya yang bakal di bawa ke kedah untuk menjalani THERAPY.
Inilah tentera cacat saya (mereka yang kata) sangat istimewa dan terlalu istimewa bagi saya.
Raihan . Fitriyyah . Atiqah . Awatif . Nadhirah . Maisarah . Syahirah . Ahidah . Syaima' .
Sampai sahaja kami di Dorm banat sekolah Al-Islah, suasana bingit menerpa. Ramai daripada mereka(sekolah lain) mengenali kami. Tiba-tiba suara kami sudah menguasai bilik itu.. "hmm kecacatan semakin terserlah," bisik hati saya.
Saya tak nak cerita daripada awal. Rasanya agak sukar untuk ditafsirkan kerana hanya hati yang melaluinya mampu merasai.
"Dengan usaha yang sedikit ini, disusuli dengan keikhlasan, mudah-mudahan kita beroleh
syafaat, rahmat dan Hidayah daripada Allah"
"Ana nak sesiapa diantara kita yang mempunai peluang untuk bercakap atau diminta untuk bercakap dihadapan orang ataupun microfon di tangan jangan lupa untuk cakapkan kata-kata ini. Ni lah masanya nak output," Saya memperingatkan.
Sepanjang program ini berjalan saya tak mampu mencari di mana renggangnya kami.
Mengenai manifesto. Bermula dari itulah sekolah kami mula menjadi rujukan. Tidak hanya kami barisan F4 yang mencurahkan idea. Juga Syaima' peneman kami terus menerus berada disisi memerhatikan kakaknya menerangkan itu dan ini.
Saat terpilih menjadi ahli panel sedaya upaya menolak. Atas dorongan Ustaz dan sahabat sekeliling. Hati saya semakin redha untuk penerimaan itu. Bagi saya untuk bercakap di hadapan orang yang hebat. Subhanallah.. hanya Allah yang mengetahui. Bila mana saya berada dihadapan, ustaz dan ustazah wajah mereka penuh harapan. Begitu juga sahabat saya. Muka penuh semangat mengalahkan orang yang nak bercakap. Saat saya ingin mengakhiri kata-kata saya melihat di kejauhan kesemua badan sahabat saya ternaik-naik.
"apa benda tu?" sambil mengerutkan kening cuba untuk memahami.
"aduhai kenapa dengan mereka ni? dengan gaya yang semangat pulak tu!" senyap sebentar untuk me'contact' hati mereka.
Akhirnya! dapat! hmm.." Baiklah.. dengan usaha yang sedikit ini..(sambung sendiri)," automatik badan sahabat2 saya berhenti dan senyum selebar mungkin. Alhamdulillah mesej mereka sampai ke hati.
Debaran semakin terasa..bila nak reda debaran ni..
Lepas solat zohor, slot untuk manifesto setiap sekolah. Kami mengambil inisiatif untuk solat hajat. Moga dengan solat hajat ini Allah melancarkan lagi dengan licin sepanjang slot manifesto berjalan. Apabila berada dalam satu saf bersujud kepadaNYA memohon pertolongan seakan terasa kehangatan ukhwah kami..
Masa di beri hanya 7 minit. Tetapi kekuasaan Allah masa seakan dipanjangkan 2 minit dan Allah menamatkan masa pada waktu yang sepatutnya. Tika ini Allah memperlihatkan kekuasaannya dan membuka hijab sikit demi sedikit. Hebat aturanmu Ya Allah!
Saat dia berasa lemah kami semua menguatkan.. juga adik2 dengat kuat menyokong si dia. Hanya sekolah kami yang tidak memberi nama. Sehinggalah tika itu. Air mata si dia menitis. Kami menggenggam jarinya memberikan sedikit kekuatan kerana kami tahu tugas itu berat. Dan kami ahli MPP sekolah tidak mampu untuk memegang yang lebih berat sedangkan kami ingin memegang sekolah. Atas keputusan syura yang telah dibuat kami tetap memilih si dia. Ustaz dan ustazah juga thiqah dengan keputusan kami. Bila nasiyd InsYa-Allah dimainkan kami melihat si dia dihadapan. Kami berusaha contact hatinya dan berkata " kau mampu dan Allah sentiasa bersamamu". Mata kami semua berkaca memandangkan lirik nayid tersebut yang bertepatan dengan keaadaan kami. Tatkala disebut wakil smi HIDAYAH jb. Mereka mengangkat tangan. Semakin hangat kesatuan kami. Bantu Kami Ya Allah. Kami ingin menyelamatkan sekolah lain...
Mungkin apa yang saya ceritakan tidak difahami pembaca.. tak perlu di faham secara detail. Cukuplah sekadar berharap agar Islam mampu naik kembali dan merasai kemanisan ukhwah apabila hanya bergantung bersama di bawah lembayung rahmat Allah. Mungkin anda tidak akan memahami kenapa perlu bersedih, kenapa perlu segala2nya.. kerana kami merasakan tugas kami berat dan sangat berat untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.
Dengan rasminya program telah tamat dan bermula dari itu saya mengenal erti pencuri masa. Bila masa lapang pasti kami adakan perbincangan lagi-lagi perancangan sekolah. Demi menghidupkan suasana Islam di sekolah.. permudahkan Ya Rabb! sekarang tiba masanya untuk output!! Tugas kami berkongsi.. Kata seorang kakak disana.. "Kita bukan riya' dengan sekolah kita. Tapi kita sangat berasa i'zzah." Benar!
Persahabatan kerana Allah ibarat tasbih
Ada permulaan dan tiada penghujungnya
Siapa yang memegang tasbih pasti akan mengingati Allah
sebagai sumber kekuatan dan ketenangan
menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan onak
Bila hati diserahkan pada Allah sepenuhnya
Tidak akan terlepas dari ujian
Untuk memastikan berkekalna CINTA kepada yang Esa!
alhamdulillah..
selesai sudah..