Pages

Friday, March 18

" Tarik dia! "

Bismillah..


Teringat ana kisah tadi. Semasa ana berusaha sedaya mungkin mengajak Faheem solat brjemaah. Memandangkan dia seorang sahaja anak jantan yang masih menetap di rumah. Tidak pergi ke masjid...


" Faheem, jom solat dengan kak ngah, " ajakku penuh kelembutan.
" Tak nak. Nanti fahem solatlah! " dia cuba menolak.
" Ei.. jomlah kita solat berjemaah. nanti dapat 27 kali ganda pahala." usahaku lagi tidak berputus asa.
" Faheem tak naklah! " bentaknya masih dalam keadaan manja anak bongsu.. huh
" Tak baik tau Faheem. Sayang kak ngah tak?? kak ngah nak balik esok tau! '' selorohku.
" Ala kak ngah tipu! esok sabtu lah. Kak ngah balik Ahad! " katanya. (nampaknya penipuanku tak menjadi. erm.. jangan ikut ya. Rasulullah tak ajar macam tu)
" Okay, fine. ah.. tak de Faheem kene solat jemaah jugak. Cepat ambil wudhu' jom solat dengan kak ngah, " paksaku dalam keadaan menahan gelak sambil memegang tangannya daripada terus lari.


" AH..!! lari!." terus sahaja dia lari apabila dapat melepaskan diri daripada tahananku. Dia terus mendapatkan Ummi yang berada di atas katil sedang khusyuk membaca buku. 


Apalagi ana terus terkam dia dan geletek badannya. (Baru puas hati! hehe..)


" Cepatlah Faheem. Jom solat sama2 sebelum ayah balik. " rayuku lagi. Memandangkan Ummi keuzuran ana mengambil alih tugas itu. (^,^)
" ee.. kak ngah ni sibuklah. Tepi! Faheem tak nak solat. Ummi tengok kak ngah ni," rintihnya bagi mendapat belas Ummi.
" Faheem solatlah dengan kak ngah.." nasihat Ummi.
" Haha..padan muka. Cepat!" senyuman yang tidak tertahan melihat adik seorang ni. Ya! kali ini ana menggunakan sedikit taktik dan kekerasan. Tapi tetap dikatakan lembut bagi orang lelaki.


" Cepat dodol.. jom! adoi... liatnya Faheem ni. Macam dodol! " kataku sambil menarik kakinya turun ke bawah katil. Badannya yang meniarap, sedaya mungkin supaya tidak jatuh ke bawah. Tangannya pula sebolehnya menarik baju Ummi.


" Faheem tak nak lah macam ni. Penatlah kak ngah. Cepat Dol! Ha! kalau Faheem jatuh.. Faheem hensem!" tarikku sepenuh hati.
" Argh! Ummi tolong Faheem. Ah!! hahahha.. Faheem bukan dodol lah," huh sempat lagi bela diri. Akhirnya dia jatuh jua ke bawah dan naik kembali mendapatkan Ummi.
" Yeh, Faheem dah jatuh. Kali kedua jatuh kena ambil wudhu'," berjaya juga tarik dodol ni turun. Kali ketiga dia naik kembali ke atas katil.
" Kali ketiga ni kalau Faheem jatuh kena solat dengan kak ngah okey?? yah! TARIK!" percubaan kali ketiga sedayaku. (memang sukar mengajak adik lelaki ni. Ada egonya yang tersendiri)
" ahahah yah! beraksi! cepat lakukan! ahaha Ummi tolong!" aksi ultramannya keluar sambil tanganku mencengkam kakinya dan tarik turun ke bawah.( dah mula dah drama dia)


Akhirnya, berjaya. Satu usaha yang amat payah untuk di ungkapkan.
" Dah tak payah nak gedik cepat ambil wudhu'. Jom." badannya kuangkat bawa ke hadapan bilik air. Sambil tersenyum dan menggedik.. dia akhirnya mengaku kalah dan mengambil wudhu'.


Ana terus menunggu dia di muka pintu bilik air. Usai sahaja, ana terus memeluknya erat dan bawa ke bilik adikku untuk menunaikan solat.


" Jom kita pergi bilik air-cond. Solat! lagi selesa. Hmm??" ajakku.
" Emm.." sahutnya sambil memelukku.




       Alhamdulillah akhirnya berjaya juga mengajaknya solat BERJEMAAH. Rasa kelakar pun ada juga. Bukan main susah nak ajak. Adik oh adik. Di rumah bolehlah buat macam ni. Tak dapat bayang kalau ana menggunakan cara sebegini di sekolah.. tak pernah di buat orang dan agak tidak matang ye! 


        Jujur.. semasa ana dan kak long kecil dahulu seperti adikku yang Faheem ini sukar sekali untuk kami solat berjemaah. Hanya apabila ayah terlewat ke masjid, barulah solat berjemaah. Jarang2 sekali. apabila solat dengan ayah, hmm memang lama kerana dulu solat kami macam patuk ayam ^,^ 


        Tapi ayah tak pernah marah dan kami tahu sendiri. Teringat suatu ketika, kami bergaduh sebab ayah meminta seorang daripada kami berjemaah dengan ayah. Malangnya kami berdua sudah tunaikan solat. Tetapi ayah tetap ingin berjemaah sehinggakan kami perlu solat semula. Bab2 solat ni.. ayah menjadi contoh bagiku. Rasanya ayah dah lama tidak solat bersendirian.. sama2lah kita ambil pengajaran dari cerita tadi.


monolog diri: Sesungguhnya aku sebagai hamba kepadaNYA  hanya mampu berusaha. Segala natijah hanya dia yang berhak menentukan. Kerna aku hanya penyeru, bukan penghuukum.

Wednesday, March 16

Keadilan Umar Abdul Aziz

Bismillah..


Keesokan harinya mereka wuquf di padang arafah. Sekali lagi Khalifah Umar Abdul Aziz dikerumuni orang ramai. Seorang budak lelaki berasa sangat hairan lalu bertanya kepada ayahnya. 


"Wahai ayahku, lihatlah betapa ramainya orang yang sedang mengerumuni Khalifah Umar Abdul Aziz. Mengapa begitu besar kasih sayang orang ramai kepada beliau?"


"Wahai anakku, itu salah satu bukti Tuhan sayang kepada Khalifah Umar abdul Aziz. Apabila Tuhan sayang kepada seseorang, maka semua makhluk sayang kepadanya. Beliau khalifah agung daripada keluarga Bani Umaiyah," jawab si ayah.


Apabila berada di Mina, Khalifah Umar Abdul Aziz melihat orang ramai sedang berkumpul. Tiba-tiba beliau menangis teresak-esak.


"Mengapa menangis wahai Amirul Mukminin?" tanya Muzahim yang sentiasa berada di sisi menemaninya.


"Lihatlah betapa ramai rakyat saya. Hari ini mereka menyayangi saya. Tetapi saya khuatir di akhirat kelak mereka memusuhi saya," jawab Khalifah Umar Abdul Aziz.


"Tuan seorang khalifah yang adil dan bertaqwa. Mereka menyayangi tuan di dunia dan akhirat. Tahukah tuan mereka mendoakan kesejahteraan tuan di dunia dan akhirat? kerana keadilan tuan memerintah. Rezeki juga datang melimpah dan selamat dalam perjalanan," kata Muzahim pula.


monolog diri: Sahabat, mohon kemaafan andai diri ini tidak berlaku adil dan terlepas pandang perkara remeh yang sebenarnya penting. Sekiranya dirimu menyayangiku hanya keranaNYA, Tunjukilah jalan yang terbaik buat diriku yang juga hamba kepada yang lebih Maha Berkuasa.