Pages

Sunday, July 31

Hampir tertinggal..

Bismillahirrahmanirrahim..


        Sekadar ingin berkongsi kisah yang menggeletek hati dan agak mendebarkan bagi seorang penuntut yang jauh di negeri orang... (di Johor)


Pada malam Jumaat, 28 Julai 2011 aku bersama dua orang adikku (abang dengan Nurin) pulang awal ke rumah dengan menaiki bas yang air condnya tahap mampu mengejangkan otot dan saraf badan. Kami TERPAKSA ponteng hari Jumaat. Hakikatnya hati tidak merelakan diri ini untuk balik sebabnya, bagiku pelajaran amat penting dan sangat-sangat penting. Lebih lagi calon SPM sepertiku. Tapi...(sukar untuk dijelaskan. Hanya pelajar yang duduk jauh kan mampu mengerti)


Saat yang genting apabila adikku Nurin tiba-tiba mengejutkanku dari lena yang asyik dibungkus dengan kesejukan suhu di dalam bas.


" Kak Ngah.. Kak Ngah, Nurin tak tahan nak pergi tandas lah. " sambil tangannya menahan perut, dia meletakkan kepala di sisi tingkap.


" Nurin tak tahan sangat ke? " Soalku. Mata terus memerhatikan keadaan di luar yang samar dalam kegelapan pagi. Melihatkan tiadanya tempat perhentian yang sesuai di kekisii jalan, aku bertanyakan lagi kepadanya.


" Nurin tak boleh tahan ke? Macam mana ni takde tempat berhentilah.."


Tiba-tiba... SHELL kelihatan. Apalagi bangkit saja aku dari kerusi terus aku dapatkan pak cik driver bas tu. 


" Pakcik.. boleh tak pak cik berhenti dekat Shell tu. adik saya nak buang air." 


" Kamu nak berhenti dekat sini?? bukan nak berhenti dekat Medan gopeng ke?? Gopeng dengan medan Gopeng lain dik.." Pakcik tu terus menyemak senarai penumpang.


Aku dalam keadaan mamai terus sahaja mengangguk mengiyakan bait perkataannya (tak faham apa yang dikatakan sebenarnya)


" Nanti pakcik berhenti dekat Shell ye, adik saya nak pergi tandas.


Turun sahaja kami dari bas aku menyuruh Nurin supaya bergegas. Entah bagaimana Nurin terdetik untuk pandang ke belakang dan melihatkan bas bergerak seakan meninggalkan kami.


" Ngah.. kenapa bas maca nak pergi aja??"
" Eh.. a'ahlah.." Terus kami kejar bas dan dengan muka temboknya aku menahan bas supaya berhenti.


Pintu bas terbuka.. " KAU NAK KE MANA SEBENARNYA!! " 


" Nak ke tandas!" jawabku penuh selamba.
" Nak ke tandas cakaplah! aku ingat kau nak berhenti. Dah CEPAT!, " ditengkingnya kami.


salahkah aku??


Nurin terus bercicit lari masuk ke tandas..kasihan dia. Sudahlah tak tahan kena pula tengking..hmm..
Naik saja kami ke dalam bas aku terus memohon maaf kepada pakcik tersebut. 


" Lain kali kau cakaplah nak pergi toilet!," tegas pakcik tu. Aku sekadar menggangguk. Zip mulut.


Bas pun kembali bergerak.. Alhamdulillah syukur kepadaNYA. Kalau tertinggal tak tahulah bagai mana. Benarlah firmannya " La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha ". Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya tidak mampu. Kalau tertinggal...?? sudahla handphone mati. turun sehelai sepinggang. di mana tempatnya pun tak tahu.. Mungkin salahku. Nurin kata suara aku perlahan agaknya.. hmm wallahua'lam. Sesungguhnya dia yang mengatur urusan hambaNYA.