Pages

Friday, April 27

.Katakan tidak kepada Tak Nak.


Bismillah..

" Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, Dan boleh jadi kalian menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, dan Allah Dia mengetahui sedang kalian tidak mengetahuinya."
Al Baqarah : 216

Jika kita perdebatkan mengenai istilah 'exam oriented' di Malaysia, tentunya sampai ke pagi tak sudah-sudah.

Namun, itulah hakikatnya. Saya juga antara mangsa yang hampir masuk ke lubang 'pesakit jiwa' dek keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang tak terjangka itu. Cumanya, kerana Iman dan Taqwa yang membentengi hati, jiwa berbicara 'Keputusan Allah itu adalah yang terbaik!'. say Alhamdulillah..

Mungkin saja, ramai sahabat sebaya saya sudah mempunyai lesen 'P'. Tahniah...

Saya? Baru nak ambil.

Itupun setelah menerima ajakan sahabat 'circle' yang di kasihi. Kalau tidak, saya sendiri mengeluarkan fatwa 'haram' untuk diri sendiri. Yelah, depan orang, kenelah control. 

Awal dahulu, saya tidak pernah terfikir untuk mendaftarkan diri bagi mengambil lesen kereta seawal ini " Itupun sudah dikira lambat. Okeh.. " kata orang tu..

Namun atas 'desakan' , 'paksaan' dan juga 'deraan' suasana. Saya mengalah jua. Mana tidaknya, masalah akhawat bila melaksanakan program ialah " Ana tak ada transport ". Takkan asyik nak minta mak ayah saja. Dan takkan pula nak suruh Ustaz Taufiq angkut 'akhawat Alumni' ke situ ke mari. Saya tekankan sekali lagi.. 'ALUMNI'. Malulah...

Dengan itu saya mengambil keputusan untuk bersuara di dalam hati "Katakan tidak kepada Tak Nak!"

Dengan lafaz Bismillah.. Tawakkaltu alallah.

Bermulanya dengan mendengar taklimat KPP selama 5 jam setengah. Setelah bayar itu, bayar ini, cop itu, cop ini, akhirnya saya redha dengan apa yang saya lalui kini.

Pada hari ini, tercatatnya sejarah saya memasuki kembali pintu 'exam oriented'...
Tapi examnya, menggunakan komputer. Maju sikit. Sekejap aja keputusan sudah tertera di skrin komputer.

Setelah saya pulun, lumat, lanyak dan henyak buku tu sejak kelmarin. Syukur kepada Allah kerana memberikan kebahagian dengan satu perkataan yang cukup membuatkan hati berbunga mekar iaitu " LULUS ".

Memikirkan masa yang cukup singkat untuk mengulangkaji. Apatah lagi, Allah membuka ruang untuk circle saya yang bergelar 'Istikmal' melaksanakan Usrah malam semalam. Namun bagi saya, saya rasa beruntung kerana Allah thabatkan hati untuk pergi jua. Kerana, sepanjang berada di dalam kereta, kakak chenta menerangkan serba sedikit berkenaan panduan jalan raya. 

Seriously, hanya sebaris statement  yang cuba difahamkan. Saya dapat menjawab 10 soalan yang berkaitan. Aturan Allah itu sememangnya yang terbaik. Syukran akak..

Berbalik mengenai virus 'exam oriented' itu, sekiranya tidak lulus, perlu mengambil ujian semula dan perlu membuat BAYARan tambahan. Itu yang tak sanggup nak hadapinya.

Akhirnya, sesi bersama virus 'exam oriented' selesai. Alhamdulillah.

Saya memperoleh 45/50. Kureng sikit daripada sahabat saya, dia memperoleh 47/50. But, still kureng dari kakak chenta kami yang memperoleh 49/50. Tabik spring! dengan kakak chenta kami.

Apapun, ini baru peringkat awal. Belum pegang stereng lagi. Belum cuba parking lagi. Namun, nasihat saya. Letakkanlah kebergantungan Hanya kepada Yang Maha Esa. Semua ini kerja Allah. Kita siapa untuk menyalahkan takdir penentunya. Kan? Kan? Kan? ~ditujukan kepada yang tak ambil lesen lagi. Heh.

Namun, Allah bekalkan 'senjata' doa buat orang-orang mukmin. InsyaAllah.

Benarlah dengan firmanNya itu. Kadang-kadang kita selalu membenci sesuatu perkara. Sedangkan, Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Thank you Allah.







Wednesday, April 25

Jaulah LKD


Bismillah..

"Dan Allah lah yang menautkan hati hati mereka. Jikalau engkau membelanjakan segala apa yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan hati mereka. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Al Anfal : 63

Buat pertama kalinya, saya mengikuti program LKD. Rasa teruja itu memanglah ada. Lebih lagi bertemu dengan para Kader Du'at daripada berbeza sekolah rangkaian Musleh. Semuanya..memang Haybatt Haybatt belaka.

LKD stand for Latihan Kader Du'at. Nama aja dah gempak. Apatah lagi bila mana mereka ini menuturkan unsur-unsur berbaur Dakwah dan Tarbiyah. *saya masih lagi perlu banyak belajar. Seriously...

Segala pengisian yang cuba dimuat dalam memory card kepala saya, cukup berat. Memanglah boleh ditampung berkilo-kilo bait. Namun sejauh mana input itu harus digunakan bagi menghasilkan output yang bermanfaat untuk masyarakat sekeliling.

Bermula saja daurah ini, dapatlah dilihat sahabat sekeliling riuh rendah macam kat pasar pun ye jugak. Sekejap jumpa orang sana, bising... Sekejap jumpa orang sini, bising... Dah rapat, memanglah. Lebih lagi, yang baru balik dari Kembara Dakwah di Sabah dan Sarawak. Pastinya keutuhan ukhwah mereka lebih kukuh kerana telah menempuhi saat kesusahan bersama-sama. 

Alhamdulillah, saya taklah berasa keseorangan. ramai saja yang dikenali. Ada seorang akhawat yang baru balik dari Mesir. Hah, tu yang syok. Sebabnya pengalaman dapat tarbiyah di luar negara memang lain.Taklah rasa janggal nak share. Cerita dia dari Mesir dan saya dari Scotland.

Mereka yang lain tu, pernah sebelum ini kami berjumpa di Nadwah, I'dat Dua't, Kursus Staff Sarjan, Kursus Sarjan dan yang lebih rapat dengan mereka yang bersama-sama menjadi wakil Musleh ke Jambori Perdana Kebangsaan. Mungkin sebab, seminggu tidur dalam hutan sama-sama.
Haih.. semuanya sama-sama.

Kata Hana (Amirah LKD3)
" Banyak perkara yang kita lakukan bersama-sama, Makan sama-sama, Tidur sama-sama, Dengar pengisian sama-sama, Ngantuk pun sama-sama, Semuanya sama-sama. Banyak betul benda yang sama! Jadi harapnya, kita semua peroleh benda yang sama. Tak nak ada yang dapat kurang daripada yang lain. Dan kita bergerak pun bersama-sama." 

Antara, pengisian yang mem'basah' kan jiwa ini saat mendengar talk daripada En. Satria Arjuna berkenaan Qaidah Sulbah. Tadabbur Surah al-Muzammil dan Al Mudatsir oleh Ustaz Samsul Ma'arif. Juga berkenaan Hubungan Silang Jantina. Fuh.. dah macam kursus kahwin. Nak tergelak jugalah tengok semua orang yang begitu Hammasah! time slot ni. Padahal disebalik tajuk ini, maksud yang tersiratnya adalah berkenaan IKHTILAT. Khas jemputan oleh Kak Najihah ( ex naqibah ) dan suaminya Akh. Muhammad Afifi plus anaknya yang comel tu. Sweet sungguh..

Tak ketinggalan juga membincangkan berkenaan JALAN DAKWAH. Yang dilengkapi oleh tiga perkara, Takrif Takwin Tanfiz. Slot terakhir pula diberi oleh Ustaz...( lupa namanya ). Berkenaan Tafsir. Ok, lupa lagi. Tapi yang penting! slot ni yang buat hati saya bergetar hebat. Tiap kali ada yang mengisahkan berkenaan 'kekasih hati' seorang yang gila, siapa yang tak sedih. Hurmm.. bila agaknya saya dapat bertemu dengan 'kekasih hati' itu ya?

Daurah ini, tidak berakhir begitu sahaja. Petang itu, kami diangkut ke rumah Izzah Fadzil bagi meneruskan Jaulah kami keesokan harinya. 


Bila budak LKD keluar..
Seramai 15 orang akhawat yang join jaulah ni.
Terima kasih banyak-banyak kepada Aqilah Dashuki, Zainab Ahmad Jim dan especially Izzah Fadzil.

Seperti biasa, anak dara memang kene masaklah kan. Tapi setakat potong sayur-sayur aja. Yang masaknya Ayah Izzah.  Ramai rupanya yang tak pass lagi.  Saya juga antaranya. Aiseh.. ada hati nak sebut pasal Baitul Muslim.. Tak pe.. go!

Malam tu, dengar pengisian dari Ayah Izzah. Memang mantap! Dapatlah mengenali sahabat kita dengan lebih dekat. Mana tidaknya, ada yang kecek klate, loghat Penang, moden Johor, Ang Ganu, Kome Perak, Depa Kedah, Semuanya ada. Sumpah Awesome! huhu..rindu mereka.

Sambil tu, kami bincang berkenaan video yang bakal kami cetuskan hasil dari Akhawat LKD. InsyaAllah, harapnya menjadi. Semuanya mengikut lokaliti masing-masing.

Habis dari perbincangan, saat yang ditunggu-tunggu, terjun dalam kolam. Mandi malam-malam sampai jam tepat menunjukkan pukul 12. Di 'seksa' pula dengan makroni goreng dan doughnut big apple yang cukup lazat tuh. Haih, naiklah beberapa kg badan ni nanti. Perancangan asal nak ke Uptown (tempat membeli belah) *untuk jalani praktikal DnT. Tapi semua dah tak larat. Uptown tu memang buka lepas jam 12 malam.

Malam tu, tidur nyenyak semua. Berbuaikan mimpi ukhwah indah yang tercipta bersama.
Bangun pagi dengan terpisat-pisat biji mata, kami laksanakan qiam. Solat berjemaah dan Ma'thurat dekat pondok rumah yang beautiful diiringi deruan angin dan air kolam di tepi.

Main program, Jaulah di Wangsa Walk. Mulanya kami bermain bowling dahulu. Macam-macam aksi dan gelagat oleh mereka ini. 

Rindu.

Pengakhirannya, berkumpul di Fullhouse restoran ala barat. Seriously cantik.. perabotnya semua putih belaka. Bertambah cantik bila kami yang datang ke Restoran tu. Harga makanan, tak payah cakaplah. Namun, apa yang utamanya Ukhwah yang terjalin itu.

Dalam Jaulah ini pun, ada wajibat yang perlu ditunaikan iaitu bermuayasyah dengan masyarakat. Bukan saja-saja melepak dan berfoya-foya. Bahkan inilah yang dikatakan praktikal dakwah! Bukan senang tahu..

Sempat juga kami bertukar-tukar hadiah. Mulanya agak pening nak belikan apa. Tapi seorang sahabat saya berkata "Berilah apa yang kita suka". Alhamdulillah orang tersebut memakai hadiah pemberian saya. So sweet

Rasa dihargai.

Tibalah saat yang paling saya tak nak ia hadir. Saat PERPISAHAN. Habis bersalaman, kami semua berpecah. Sahabat Al Amin,Kemaman ada kereta yang ambil mereka. Sahabat Aman, Kota Bharu pula balik malam. Sahabat saya Hidayah, Johor ke TBS. Mereka ke Selatan. Saya dan sahabat Al-Hidayah Ipoh ke Utara. Kami berpecah di Stesen LRT. Sangat sedih.. tapi tahan aja. 

Namun hakikatnya, tiada istilah PERPISAHAN
dalam PERTEMUAN dua orang mukmin.

Sampai bertemu next LKD ya. InsyaAllah.
~Tiba-tiba rasa tak nak fikir yang next LKD adalah yang 'last'
Okeh.. tak fikir!

Sayang antunna fillah eternally.


Tuesday, April 24

.Keturunan menjadi ukuran?.

Tok Ayah and Mak tok in memory

Bismillah..

"Sorry sir, do you want coffee or tea?" soal pramugari dengan penuh slank melayunya bertanya.


"A..bagi saya kopilah!" jawab tok Ayah dengan selambanya.

Begitulah tiap kali bertembung dengan orang ramai. Pasti mereka membayangkan mat salleh mana sesat di Malaysia ni. Habis terkejut badak sang pelayan apabila mendengarkan pekatnya melayu Tok Ayah.

Entah mengapa sejak akhir ini saya terkenangkan mereka. Sudah hampir tujuh tahun Tok Ayah meninggalkan kami. Mak tok pula hampir empat tahun sudah menyahut seruan Illahi. Semasa keberadaan saya di Johor, tak sempat pula untuk menziarahi perkuburan mereka. Cuma sekadar titipan doa dari jauh.

Al-Fatihah..

Ramai rakan sebaya, memanggil Tok Ayah dengan gelaran "Atok KFC". Memang ada sedikit iras. Namun hakikatnya Allah itu tidak pernah memandang dari keturunan mana kamu datang. Bahkan kita ini semua punya keistimewaan tersendiri dalam penciptaannya.

Acap kali juga orang bertanyakan kepada saya "Atok anti orang putih ke?"
Apakah jikalau saya menyatakan keturunan saya baru ingin disahut salam itu? Atau memang kamu benar-benar ikhlas menyahut persahabatan yang saya hulurkan? Ah..sifat manusiakan memang seperti itu.

Suatu masa nanti pasti kita juga akan turut serta seperti mereka. Tatkala itu, saya berharap agar dapat memulangkan segala yang telah Allah pinjamkan kepada saya dalam keadaan yang paling baik. Bahkan dengan sehelai rambut pun, harapannya rambut itu menjawab yang saya menjaga dia dengan sebaiknya.

Di akhirat kelak, setiap satu amalan kita walau sekecil zarah akan dipertimbangkan. Macam mana kalau kita ada beg tangan sampai empat hingga lima. Yang guna cuma satu. Ada kasut berderet-deret pelbagai jenama. Yang guna cuma satu. iphone, laptop, ipad, dan banyak lagi. Nanti apa yang bakal di jawab nanti ya? Lagi-lagi baju. Fuh..(lap peluh) memang banyak kot kat dalam almari. Sampai pening fikir nak pakai apa. Sebab banyak sangatkan..

Tak perlu nafikanlah perkara ini. Betapa hidup kita ini mewah. Cukup mewah dalam erti kata lain bisa tidak mensyukuri nikmat Allah. Astaghfirullah. *Muhasabah =='

5 kecintaan manusia.

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, Yaitu wanita-wanita. anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak.." 
Ali Imran: 14

~ayat Al-Quran ini ada related dengan entri saya lepas ini. cuma belum ada kekuatan. Berkenaan prog yang saya join sepanjang seminggu ketiadaan di rumah. Sabarlah ya.






Monday, April 16

.Bonding Ukhwah.


Bismillah..

Minggu ini, saya turun johor. Ada 'something special' yang akan saya lalui di sini. Pastinya bakal mengupas semula kulit-kulit memori yang telah lama tidak saya rasai dahulu. Apalagi, kalau bukan nikmat  bersama cik 'DnT' saya. 

" Mawar Putih, kejap lagi ada suprise untuk anti.." kata Srikandi Umar yang seringkali aja membuat jantung ini suspen.

" Apa dia? "

" Adalah.. orang tu special. Mesti anti terkejut siapa yang datang " Huh, dia ni walau di 'gula'kan selalu aja berahsia. Ceh..seperti biasa dia menguji tingkat kesabaran saya yang 'suka sangat nak tahu' nih.

" Yelah ana tunggu. "

Alhamdulillah, bersama cik Wana chubby dan cik Atiq noisy turun serta bersama menjayakan program Rehlah Tarbawi PRS yang dianjurkan pihak Tarbiyah sekolah. Sungguh Awesome okeh!

" Korang, orang special tu nak datang. Dia suruh jemput dia dekat pintu pagar depan." Kata srikandi Umar yang memcahkan suasana nikmat makan BBQ hasil air tangan adik-adik terchenta.

" Wah..main jemput-jemput lagi. Special betul " Ni yang jelous nih.

Saya bangun dan meminta izin untuk join Srikandi Umar.

Betapa indahnya, saat ingin menjemput...
Mata terpandang akan si Dia. " Al- Fateh...!!"

Tak sangka, hebat sungguh susunan Allah. Pertemuan kembali antara kami cukup membuatkan hati ini gembira tak sudah-sudah.

Malam itu, sempat kami mengadakan Usrah sebentar di celah-celah perjalanan program. 
Ayat biasa kami, " Tak pe.. kitakan alumni " Ceh..

Cumanya, pertemuan dengan Al-Fateh hanya sebentar. Usai usrah, dia terpaksa pulang. Namun, sebelum bersurai, setiap dari kami menitipkan doa sesama kami. Fuh..mana tak meleleh air mata ni. Mana tidaknya, sahabat yang jauh ini bukan mudah untuk berjumpa. Skype adalah.

Dan kami menghantar Al Fateh dengan lambaian cinta kerana Allah.

Setelah tamatnya program, semasa di dalam bas...

" Assalamualaikum w.b.t, disini ana memohon maaf andai mengambil masa antunna untuk tidur dan mengganggu antunna untuk berbual. Berbaki masa yang beberapa bulan kami bakal menurunkan mandat kami, ana memohon maaf andai ana tidak dapat menjadi ketua yang baik selama ini. Buat sesiapa yang pernah rasa terasing, pernah rasa dipinggirkan ana memohon maaf. Sesugguhnya ana cuba melakukan yang terbaik. " Dengan nada sebak dia sebagai seorang timbalan PRS meneruskan ucapan buat 'tentera-tentera'nya terus bergerak maju dalam Dakwah dan Tarbiyah di mana saja.

Kata Srikandi Umar, " Teringat pula zaman kita dulu. Betapa peritnya menanggung beban seorang ketua. Tapi lagi perit bila nak lepaskan, dalam keadaan banyak lagi benda tak 'settle'.."

" Tahu tak pe..Tapi dengan kesibukan tu lagi rasa dekat dengan Allah kan? "

" Haah.. Tapi pernah dulu, ana geram sangat dengan pengawas sampai masuk kelas, lepas tu hentak-hentak kaki tak tentu pasal..."

" Dahsyatnya..macam kelakar aja anti hentak-hentak kaki."

" Hihi..alhamdulillah kelas ada tikar getah. Kalau tak mesti semua orang dah pandangkan?"

" Rindu pula zaman 'keperitan' itu.." Srikandi Umar mengiyakannya.

Overall, saya bersyukur dicampakkan ke Bumi Hidayah yang banyak membina diri ini. Juga sahabat2 yang sentiasa saja menyirami benih-benih ukhwah agar terus subur. Syukran ilallah ya Ukhti wa Murobbi pendidik Hidayah :)

Sebelum bersurai, seorang junior bertanya, " Macam mana akak-akak boleh komited untuk 'turun' sekali? " 

" Macam mana ek? " Sukar nak jawab. Tapi satu yang saya yakini. Dengan adanya 'Bonding Ukhwah' ini InsyaAllah  bisa menyimpulkan tali yang kuat atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Saturday, April 14

.Ghadul Bashar.


Bismillah..

" Tak payah nak berlagak alim sangatlah.. Tunduk-tunduk konon "

Apa nak buat?

" Syadid betul akhawat tu..! "

LAWAK JENAKA

Kata seorang sahabat " Hmm.. susahlah ada urusan yang perlu berbincang dengan ikhwah. Ikhwah tu tundukkan pandangan."

" Kenapa pula? " Saya menyoal.

" Sebab biasanyakan, orang perempuan ni rendah. Bila ikhwah tundukkan pandangan. Bertembunglah 'mata' dengan akhawat tu. "

" Haha.. ada ke? Salah konsep betullah.. " Ya tak ya juga.

Firman Allah s.w.t

" Dan katakanlah kpada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka "
( An Nur : 31 )

Fuh.. hati-hati.

Beza antara tundukkan pandangan
dengan memelihara pandangan.

Konklusinya, sama-sama kita "menjaga pandangan". Biarlah mata kita ini diredhai Allah perbuatannya. ^^

Wednesday, April 11

.Gegaran di Penang.


Bismillah..

Buat pertama kalinya saya merasa gegaran tanda gempa bumi. Subhanallah.. hati ini cukup insaf.

Sedang saya khusyu' menghadap komputer, tiba-tiba terdengar 'alarm' azan yang menandakan sudah masuknya waktu solat. Saya buka windows tersebut. Saya menekan butang stop.

Tangan terus menyambung semula menari-nari dipapan kekunci. Setelah habis seruan azan di masjid berdekatan, hati terdetik " Okay.. sikit lagi."

Tak lama selepas itu, tubuh saya seolah bergoyang-goyang perlahan. 

" Eh, nak pitam ke? " Tangan terus memegang meja komputer. Namun gegaran masih terasa. Saya memalingkan wajah kepada adik saya, Alya.

" Yaya, rasa goyang tak?" Alya mengiyakan. Gegaran terasa lebih kuat. Kedengaran pintu rumah sudah berdentam-dentum. Gril-gril yang memagari tingkap terdengar bunyinya berselisih.

Apatah lagi,rumah kami ini yang terletak di tingkat tiga. Memandangkan Ayah sudah ke masjid, Ummi pula menghadiri program di Masjid Al-Huda, tinggal saya dan dua orang adik saya Alya dan Faheem.

Gegaran agak lama. Sehinggakan tubuh kami terhuyung hayang. Waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa hati ini tidak keruan.

Dentuman pintu kedengaran amat kuat seakan ada orang yang mengetuknya. 

Saya menjerit, memanggil adik saya Faheem untuk turun ke bawah kawasan perumahan pansapuri rumah kami.

Hampir saja, saya dan Alya keluar tidak memakai tudung. Namun akal ini masih waras.

Kami sudah berada berhampiran pintu dan membuka pintu. Kami lihat kesemua ahli rumah pangsapuri kami, sedang berlarian turun ke bawah.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila ada seorang pak cik menjerit dengan lantangnya " TURUN! TURUN!"

Alhamdulillah fikiran masih mengingati Allah. Mata terus melilau mencari tudung. Kebetulan pula hari ini, saya dan Alya berpakaian yang sesuai untuk keluar rumah.

Tudung Ummi saya capai dan mendapatkan Faheem untuk turun ke bawah.

Suara Alya mematikan langkah saya, " Tunggu Angah!" jeritnya. Ya Allah.. hampir saya terlupa adik saya yang seorang ini. Gegaran tika itu masih lagi terasa.

Bercicit-cicit kami lari turun ke bawah menggunakan tangga. Dengan keadaan rumah yang tidak tertutup suis elektrik, kami hanya membiarkan. Masa itu hanya fikir untuk selamatkan diri. Pintu rumah pula tidak sempat untuk ditutup, kami sudah berlarian ke tingkat bawah.

Terasa kaki ini sudah longlai untuk menapak. Terus saya terimabau, saya masih belum menunaikan solat. Allahu akbar. Jahilnya saya, melambatkan seruan Allah.

Turun dari flat, kaki seakan tidak menjejak tanah. Saya terjatuh.

" Angah okay tak? " Faheem bertambah risau. Saya gagahkan diri jua. Ya Allah.. betapa aku takut dengan azabMu. Hati merintih.

Setelah itu, gegaran berhenti. 

Saya merenung langit. "Apakah semua ini Ya Allah". Hati bermonolog.

Setelah setengah jam, tiada gegaran. Saya memberanikan diri untuk menapak kembali ke tingkat atas bagi mengambil handphone. Risau sekiranya Ayah call.

Tika itu, saya pasrah. Adik-adik sudah menegah. Dengan lafaz astaghfirullah, saya melangkah. Kaki terasa panas. Seperti 'cramp'pun ya juga. Hati sudah tidak tentu hala. Fikiran pula sudah membayangkan yang bukan-bukan.

Sampai dihadapan pintu rumah, dengan kasut-kasut saya memasuki rumah. Handphone di capai. Suis elektrik dimatikan. Dan segera turun ke bawah semula.

Alhamdulillah kawasan perumahan kami, terdapat surau kecil di situ. Saya dan adik-adik menunaikan solat Asar. Sementara menunggu Ayah, zikir sebagai penenang diri.

Hati ini berdoa, " Ya Allah, andai aku mati. Matikanlah daku dalam Iman dan Islam juga termasuk golongan yang soleh.."

Setelah keadaan sudah reda, semua penghuni flat mula kembali ke rumah masing-masing. Ayah dan Ummi pun sudah pulang.

Sibuk kami menceritakan keadaan yang terjadi. Ayah pula kata, Ayah terasa gegaran semasa sedang sujud rakaat pertama. Tubuh tergoyang-goyang. Ummi juga.

Dan..berlaku gegaran kali kedua tadi, dalam pukul 7 malam. Waktu itu, Ummi sedang memasak. Secara tak langsung saya terasa gegaran.

Dan terdengar lagi sekali laungan penghuni flat yang lain.. " TURUN! TURUN! "

Allahu akbar.. kami semua bergegas turun. Cumanya gegaran kedua hanya sebentar jika hendak dibandingkan dengan gegaran pertama. Meja yang berat pun boleh bergoyang.. MasyaAllah. KuasaNya tiada tandingan.

Kelas pengajian Al-Quran dan Iqra' yang perlu saya kendalikan pula di batalkan. Saya juga terasa fobia sehingga sekarang.

Sehingga kini, kami adik beradik tidak melepaskan tudung di kepala. Risau pula sekiranya ada next gegaran. Amaran Tsunami pun sudah dikeluarkan.

Faheem sudah bertanya, " kenapa kak ngah pakai tudung lagi?" 
Saya menjawab, " Saja. Supaya bersedia. "

Sebentar tadi, Ummi menerima panggilan dari Abang, adik lelaki bawah saya. Dia dan Nurin di sekolah Johor sekarang ini. Mereka risau keadaan kami. Insya Allah tiada apa-apa adikku. Mohon doa kalian keselamatan kami.

Ya, inilah tanda-tanda kecil yang Allah beri. Baru jentik sikit, sudah semuanya kalut. Jujur, hati ini masih fobia. Asyik terkenangkan keadaan tubuh kami tadi bergoyang-goyang sekali dengan bangunan yang kami duduki.

Bagaimana agaknya kiamat itu ya? 

Baru bebehari lepas, malam sebelum ihtifal, saya berkumpul dengan adik-adik sambil bercerita tentang hari kiamat. Kata saya pada mereka, " Waktu tu, kak ngah dah tak dapat tolong dah adik-adik kak ngah. Semua fikir diri sendiri aja. Sebab semua hanya fikir, bagaimana nak jawab soalan di hadapan Allah apa yang kita buat di dunia.."

Seperti biasa, mereka akan menarik muka tanda tak puas hati. Ah, mungkin mereka masih tidak memahaminya. Dan hari ini, Allah menunjukkan hanya sedikit kepada kami keadaan itu.

Semoga keluarga ku tergolong dalam golongan hambaMu yang Beriman. 
Haih, bagaimana agaknya adik-adik saya, sekiranya saya join program Ummi.

Allah.. sesungguhnya aku menyerahkan segala urusan hanya kepadaMu..

Laporan berita Internet

Gempa di Aceh 8.7 SR, 11 April 2012 baru saja terjadi gempa dengan kekuatan 8.9 skala ritche, di dekat pulau sumatera. Gempa terjadi di sekitar lautan. Berita terbaru menyatakan bahawa beberapa waktu yang lalu , gempa bumi menggoncang Banda Aceh pukul 15.39. Gempa terasa kuat dan menerus. Gempa yang terjadi saat ini berpotensi tsunami. Gempa juga dirasakan di Padang hingga Bengkulu.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik gempa bumi ini berpotensi tsunami dengan kedalaman lebih kurang 10 Km.

Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang-Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara semenanjung - Pulau Pinang, Perlis, Perak. Selain itu media elektronik seperti tv dan radio juga telah mengesahkan berita ini dan amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan.


Wallahua'lam..



Tuesday, April 10

.Last touch Ihtifal.


Bismillah..

" riya' ke kalau saya tunjukkan gambar ni? "

Syukur kepada Allah atas kurniaaNya yang tidak putus-putus kepada hambaNya yang terlalu banyak dosa ini. Kamu mana tahu! setakat nampak luaran saya sajakan... Hakikatnya, entah-entah dosa saya lebih menggunung tinggi. MasyaAllah takutnya *Muhasabah... = ='

Betapa anugerah itu... *rasa tak layak sungguh! 

" Bagaimana nak terima anugerah itu dengan hati yang redha ya? "
persoalan yang acap kali timbul dibenak fikiran.

Kata ayah, " Dengan menerima anugerah ini, merupakan titik tolak untuk saya buat yang lebih baik. Bukan untuk pandangan manusia. Bahkan sebagai peringatan daripada Allah buat hambaNya yang selalu dapat apa yang tak disangka-sangkanya itu " seperti di 'tusuk' halus tikaman nasihat itu buat saya.

Kata Srikandi Umar pula, " Setiap anugerah itukan satu nikmat. Ia bukan puncak kejayaan kita. Kerana segalanya punya hikmah. ISLAHkan anugerah itu. Biarlah pandangan DIA yang kita risaukan... Semasa di atas pentas, jangan lupa istighfar ya!" tenang sedikit hati ini. Syukran sahabat.

Cumanya, saya terfikir bagaimana agaknya perasaan menerima 'penganugerahan daripada Allah'?

Apakah tika itu, kita menerima buku catatan amal melalui tangan kanan? atau tangan kiri? atau lebih teruk lagi daripada belakang?

Masa itu juga, tiada siapa yang dapat meneangkan hati ini. Keluarga? Sahabat? adik2 junior? Semuanya tak membantu. Melainkan golongan yang mendapat syafaat daripada Allah.

Alangkah indahnya sekiranya,

Allah menghulurkan ganjaran SYURGA.. " Masuklah wahai hambaku..bersama Rasulmu Muhammad ke dalam Syurgaku yang tercipta buat hamba2ku yang BERIMAN "  firman Allah.

Kita menjawab " Terima Kasih Ya Allah kerana menunjukkan aku jalan yang lurus.."

Dari kejauhan Rasulullah menunggu pengikut-pengikutnya bagi memasuki Syurga Allah bersama-sama. Oh Indahnya..

Lebih istimewa, sekiranya kita di anugerahkan gelaran "Muttaqin" (hamba yang bertaqwa) disisi Allah. Juga memasuki Syurganya tanpa hisab. InsyaAllah. *moto hidup dan cita2 ku yang tertinggi...^^

Berbanding pula penganugerahan manusia ini hanya sebahagian kecil. Mungkin ianya satu nikmat dari 'manusia'. Tetapi boleh jadi ujian oleh 'Allah' buat saya...
Alhamdulillah wa syukurillah..

" Dan setiap manusia telah kami kalungkan catatan amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka"

sambungan..

" Bacalah kitabmu, cukuplah dirmu sendiri pada hari ini sebagai
penghitung atas dirimu. "

Al Israa : 13-14


Saturday, April 7

.Potongan rasmi alumni.


Bismillah..

" Okay, cepat! Semua tangan pegang pisau ni "

" Nak buat apa Ustazah? "

" Potongan rasmi sebagai alumni.."

" Wow, macam scary aja"

" Sudah bersedia unuk hadapi masyarakat luar? "

" InsyaAllah...! "

Perjumpaan sebentar kami,
yang telah tertunda sejak hari terakhir SPM.

Bersama Ustazah Fatimah guru KP (keluarga Penyayang)
yang telah banyak memberi dorongan 
kepada kami.

Baik dari segi belajar, kepimpinan, rohani.
Terima kasih Ustazah..

Tika dahulu,
hampir setiap minggu kami bertaaruf dengan 
guru baru.

Sampailah suatu saat Allah menghadirkan dia untuk kami.
Sungguh bermakna aturan Allah itu

Persoalan sebelum kami 'adik beradik' bersurai.

" Sudah bersediakah kami? Istiqamahkah kami? "

Thursday, April 5

.Pataya cinta.


Bismillah..

Di dalam buku Ketika Cinta Bertasbih karangan Habiburrahman El Shirazy, kita mendengarkan adanya "Bakso Cinta" . 

Tetapi benarkah adanya bakso cinta itu?

Cumanya, kelmarin 
Di dalam kamus hidup saya, Ketika Cinta Berusrah di Restoran Bayan Cafe, kami dihidangkan
"Pataya Cinta"

Buat pertama kalinya, saya bersama ahli circle yang lain bertemu di dalam halaqah cinta kami.

Nama circle yang bakal menjadi simbolik kami 
masih dalam pertimbangan
Apakah nama yang sesuai buat KAMI
bagi mempamerkan circle itu adalah KAMI

Kakak Cinta kata,
Ciclenya dahulu digelar Mukhlisin.
Melambangkan ahlinya InsyaAllah menjadi hamba yang Ikhlas
kepada Yang Maha Esa.


Dia baru pulang dari Ireland,
awal bulan 3 hari tu.
Kenapa saya tak berjumpa dengan dia ya?

Namun Allah pertemukan kami di sini.
Tujuan utama circle ini sebenarnya objektif utamanya adalah UKHWAH.
Matlamatnya pula membawa hati kesemua ahli kta dekat dengan Allah.

Saling mengingati
Saling menasihati
Saling menyayangi

dan
Saling melengkapi..

" Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya" As Syams: 9-10

Di akhir pertemuan kami,
kakak cinta bawa kami pergi makan.

Banyak juga rintangan
Namun ianya mengikatkan lagi tali ukhwah kami
Sungguh manis.
Seperti 'night walk' pun ada juga.

Sampailah bertemu dengan Bayan Cafe
Dihidangkan pula dengan "Pataya Cinta"

Pelik.

Sebelum ini tiada pula.
Apakah maknanya?

Tawakkaltu alallah.
Kami makan sambil meneruskan taaruf.

Cukup Indah
Cukup Manis
Cukup Istimewa

seperti "Pataya Cinta" ^^



.Mukmin Qawiey.


Bismillah...

" huh.. tinggal satu kilometer sahaja lagi." hati berbicara. Peluh di dahi mula merenik-renik jatuh. Jantung pula berdegup dengan amat pantas berbanding dalam keadaan biasa.

Di kejauhan Ummi kelihatan. Dengan sepenuh tenaga dia berlari-lari anak mendapatkan Ummi agar dapat berjalan seiring. Pastinya, dia tinggal beberapa ratus meter sahaja lagi untuk ke 'turning point' mereka mulakan perjalanan. 

Bahu Ummi di tepuk.

" Yeay! "

" Eh, kak ngah cepatnya. " dia sekadar senyum sambil mengatur nafas yang tidak keruan. Penat.

Sambil memegang lengan Ummi, mereka berbual-bual memperlihatkan kasih dua beranak itu.

" Kak Ngah dah masuk kilometer ketiga ke?"

" Haah "

" Ummi baru nak masuk dua kilometer "

" Ummi nak kak ngah temankan tak? "

" Boleh juga " Girang Ummi. Dapatlah hari itu, dia menghabiskan 4km kerana menemani Umminya.

Seperti hari-hari biasa, bangun pagi dia dan Ummi akan bersiap untuk melakukan 'marathon'. Usai sahaja, adiknya ke sekolah. Terus mereka akan ke P.I.S.A bagi melaksanakan salah satu 10 Muwasoffat Tarbiyah iaitu "Qawieyul Jismi" dengan berjogging sebanyak 3km sehari.

Ya, bukan mudah sebenarnya untuk melakukan perubahan. Apatah lagi merencana sesuatu yang bukan menjadi rutin harian. Seperti saya, hidup ini merupakan kisah diari seorang budak gemuk dari kecil. Saya tak pernah fikir untuk kuruskan badan hanya nak cantik? what's the point?

Cuma yang menjadi kekacauan dalam minda saya ialah sebenarnya saya memang ber'penyakit' dan Allah mencintai hambanya yang kuat berbanding yang lemah. Islam itukan SYUMUL. Takkan saya hanya petah dalam berkata-kata, tetapi bila disuruh berlari saya akan menyorok di sebalik sesuatu. 

Asal dahulu, Ummi menceritakan kisah saya semasa kecil. Lahirnya saya ke bumi, terlalu kecil dengan berat 2.6kg. Wah! kecilnya saya. Besar saya, boleh muat baju anak patung dan sekadar sebesar botol kicap?

Hospital menjadi rumah kedua saya. Dalam kami adik-beradik memang saya yang banyak menghabiskan duit ke hospital. Bedah sana, bedah sini. Cucuk sana, cucuk sini. Ubat sana, ubat sini. Jahit sana, jahit sini. Yang memakai cermin mata juga, hanya saya. Habis beratus lagi duit. Oh saya..

Begitulah ibubapa, sanggup apa saja melakukan tadhiyyah(pengorbanan) untuk kebaikan anak mereka. Yang juga jarang sekali kita muhasabahnya dan mengucap terima kasih. Kan?

Alhamdulillah, berkat doa Ummi agaknya saya menjadi seorang insan yang 'sihat'. Disebabkan 'sihat' saya mula memkirkan, apakah saya 'sihat' yang sebenarnya?

Dari situlah, kami sekeluarga bertukar perspektif. Rupa-rupanya kami sering sibuk dengan belajarnya, dengan kerjanya (bagi Ayah) tapi tidak mengamalkan kehidupan yang sihat.

Hari Ahad lepas, bertambah seronok bila ayah dan adik join kami bersama. Pada kilometer kedua, ayah memotong saya. Cuma, di garisan penamat ayah dah pancit. Saya dan adik apalagi, potonglah.

Sepanjang saya ber walking + jogging + running, bermacam gaya yang saya lihat orang insan sekeliling. Ramai rupanya yang mengamalkan gaya hidup sihat ni. Saya lambat sedar. Namun alhamdulillah sekarang saya rasa cukup bersemangat!

Kebanyakan yang ber jogging, kaum cina. ada juga yang sudah berbelas tahun berjogging. Sekadar 3-5 km sehari. Ada juga yang sudah berbelas tahun berjogging. Mereka juga positif2 belaka. Banyak juga 'sweet couple halal'. Comel sangat saya lihat. Masalahnya mereka itu sudah tua, namun bersemangat untuk melakukan senaman dan aktiviti yang menyihatkan badan. Tatkala berjumpa, salam sebagai awal pertemuan. Lama-lama sudah kenal dalam kalangan mereka.

Cuba kita check balik makanan yang kita makan. Lebih lagi, masakan melayu. MasyaAllah, minyaknya! dengan gulanya, garamnya yang cukup menambahkan keenakan rasa. Ditambah dengan santan penuh berlemak. Hakikatnya, menjahanamkan tubuh kita. Sekiranya tidak dikawal dengan rapi. Cuba pergi check BMI..

Dan sebenarnya, Rasulullah sudah mengajarkan kita sunnahnya (amalan baginda)
1. Minum air sebelum makan.
2. Makan dengan perlahan (jangan lupa baca bismillah)
3. Berhenti sebelum kenyang.

Gaya hidup sihat perlu sangat..sangat..untuk kita amalkan. Supaya amal ibadah kita tidak terganggu. Dan ketinggian peratusan dalam kajian penyakit terhasil daripada faktor pemakanan. Misalnya, orang yang paling gemuk di dunia ialah orang di United Kingdom. Mereka tidak mengambil nasi. Tetapi apa yang menyebabkan sekiranya mereka bertubuh besar yang amat? Sebab..makanan yang ada di depan mata main sanggam aja. Habislah kalau begitu.

Sedangkan di dalam sebuah ayat Al-Quran, " Allah menciptakan sesuatu bagi hambanya yang berfikir ". Sepatutnya, sebelum makan pun, kita perlu fikir apa yang terbaik untuk tubuh badan kita. Kasihan 'orang-orang kuat' yang memproses apa yang kita makan. Kalau mereka boleh bercakap, pasti kita sudah ditengkingnya. 

Namun, bukanlah ayat ini mengajar kita 'CEREWET' tetapi, berpada-pada. Sederhana aja ^^

Jadi, renungkanlah hadis ini.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih diCINTAI oleh Allah daripada mukmin yang lema, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya sesuatu musibah menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah ) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya "KALAU" membuka amalan syaitan.

p/s: Ada seseorang pernah berkata kepada saya, dia ingin kurus. Sebab apa?
      Andai dia meninggal dunia, kasihanlah orang yang bakal mengangkat jenazahnya sekiranya beratnya...MasyaAllah. Lainlah sesuatu yang miracle terjadi. Jenazah ringan dan berbau harum. Subhanallah..



Sunday, April 1

.Global March to Jerusalem.




Bismillah..

Kita mengibarkan bendera
Dengan penuh senyuman dan  kekosongan
Namun mereka mengibarkan bendera
Sehingga ada darah pejuang yang menitis
Semata menegakkan agama Allah yang suci

Pada awalnya, saya bercadang untuk pergi ke Stadium Melawati, Shah Alam. Pusat yang paling utama diadakan Global March to Jerusalem. Cuma agak sukar bila orang yang menetap di utara seperti saya.

Dapat panggilan dari seorang Ukhti. Alhamdulillah..
Tidak di sana. Di sini pun ada. GMJ di USM, Pulau Pinang.

Kata seorang akh yang berucap " Semoga dengan usaha kita yang SEDIKIT ini merupakan jawapan yang akan kita bawa di hadapan Allah kelak " InsyaAllah..

Semasa berlangsungnya Program GMJ ini, bendera-bendera Palestin terkibar di sana sini. Mendengarkan pula ucapan seorang mahasiswa Palestin terasa seolah-olah darah pejuang mengalir halus dalam diri. 

Ungkapan semangat oleh Syabab-Syabab yang hammasah melaungkan,

" Down! Down! Down! 
Down Israel!"

" Free! Free! Free!
Free Palestine! "  

Hakikatnya, bukan sekadar ungkapan yang melaungkan. Tetapi apakah strategi yang perlu dirangka bagi menakluk kembali Tanah Palestine? 

Bukan sekadar kita menjadi pemerhati dan barada ditakuk lama menanti dan menanti pejuang yang bakal menjadi seperti Salehuddin Al-Ayubi yang menakluk Al-Aqsa di dalam Perang Salib.

Siapa pula pengganti Umar Al-Khattab yang sanggup meluaskan Empayar Islam sehingga merentasi pelbagai benua tanpa gentar?

Juga, masih adakah pejuang yang mempunyai daya kepimpinan seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Kota Kostantine bersama tenteranya yang mempunyai IMAN yang kukuh sekukuh tembok Kota Kostantine?

KITA lah jawapannya!
Tak mustahil, suatu masa nanti bakal tercetusnya perang dunia ketiga bagi memperjuangkan kembali ketinggian Islam di Bumi Allah. Kita tidak tahu. Mungkin di akhir zaman tua kita. Mungkin juga pejuang-pejuang Islam adalah generasi anak-anak kita. 

Maka dengan itu, bukan sekadar kita mendalami pemantapan rohani. Bahkan mempelajari seni tempur perang yang menjadi Sunnah Rasulullah. Misalnya, ketangkasan dalam renang, ketajaman dalam memanah dan kecekapan dalam menunggang kuda.

Sebab itu, saya harap kamu! kamu! dan kamu! Sama-sama kita merangka kehidupan. Jadikan sejarah sebagai noktah bidayah untuk terus menuju matlamat yang satu. Masih ada waktu. Belum terlambat untuk merangka. Penentuannya, kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa setelah diiringi usaha dan tembakan doa.

"Create your life in future. Make it the best only for ISLAM"

" Dan orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu
 Muhammad sebelum engkau mengikuti agama mereka. 
Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah petunjuk sbenarnya" Al-Baqarah : 120

.Road to Scotland (R2S).

Bismillah..

Di sini saya kurang rajin untuk menaip. Jadi harapnya kita lihat saja sedikit gambar-gambar yang telah di 'snap' di sana.

Actually, obviously miss my 'baby' Farhan. ^^
Mesti sekarang ni dia pun tengah menghadap komputer. Farhan..Farhan..

bangun saja dari tidur, inilah kerjanya.

Rumah yang saya duduki. Tingkat bawah.

Snow turun pada hari ke 2 sampai saja di sana. Suhu mencecah hingga -5 darjah celcius


Keesokan pagi, before Farhan going to school

Knightswood park. Tasik yang separuh beku disebabkan cuaca yang amat sejuk.

'special' kek dari Ummi Yatie. Tapi belilah. Alhamdulillah halal. Bukan senang nak masak kek.

Tempat exercise. Tak jauh dari rumah. Di sana banyak park untuk mengambil ketenangan alam.

Struktur bangunan yang tersusun. Banyak juga flat di sana.

Rombongan. Sebelum ke Puncak Ben Nevis.

Aktiviti mereka bermain ski apabila musim sejuk. Tinggi juga saljinya. Saya tengok sahaja.

Budak ini tenggelam sebenarnya. Sambil bersuka ria. Dapat bayangkan macam mana ke dalaman salji?

Gunung-gunung yang diliputi salji. Tapi kalau 'spring' lagi lawa. Subhanallah..

Mendaki bukit serta dikelilingi pokok-pokok yang togel.

Di sana jalan raya tak banyak kereta. Bangunannya pula unik-unik.

Glasgow university.

di George square.

Terasa pancaran matahari. Seronok. Kalau tidak mendung aja cuacanya. Di BBC, Scotland

Di SECC, Glasgow

Sebelum sampai ke Edinburgh castle.

Edinburgh.

Hah. Jangan main2.

Cab di edinburgh.

Bas pelancong. 'Double decker'

Edinburgh University

Daurah satu UK. Di Manchester, England.

Faluda. Macam-macam perisa. Kak sal belanja.

Lamb Ribs. Memang 'tip top'. Sikt-sikit bolehlah. Banyak minyak. Lagipun, Kak Su yang belanja. Saya layan aja.

Blueberry cup cake. sedap sangat. Besar juga. 

spring memunculkan diri :)




Pengalaman di sana banyak mengajar saya erti 'hidup berpasakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah'
Betapa sebenarnya, hidup kita ini di uji dengan kesenangan. Sedangkan sahabat kita di Palestin, berjuang bermati-matian membela tanah mereka. Juga Al-Quds kita bersama.

Saya belajar hidup orang non Muslim. 
Saya terfikir, kenapa negara Islam seperti Malaysia tidak se 'selamat' 
seperti negara United Kingdom?

Dari segi tarbiyah, sudah tentu amat sukar untuk didapati di sana.
Tapi bagaimana budaya mereka yang sopan santun, menjaga kebersihan, puntual dengan masa,
menyediakan tempat 'recycle bin' di setiap rumah, dan keselamatan awam  
mereka didik untuk penghuni negara mereka.

Itu yang banyak saya pelajari...
Moga akan lahir negara Islam yang benar-benar SYUMUL
InsyaAllah.