Pages

May 30, 2012

.Mukhayyam Islah.


Bismillah..

Seminggu telah berlalu. Rasanya belum basi lagi untuk saya kepilkan kisah Mukhayyam Islah buat coretan di blog ini a.k.a 'Open Diary'.

Mukhayyam (perkhemahan) ini diadakan di Lata Chelak, Kedah. Wah, ke sana ke mari saya seminggu dua ini.  Sekejap di Penang. Sekejap di Bangi. Sekejap di Kedah. Semua itu urusan sebagai seorang 'alumni Musleh'. 

Thursday, 24 Mei 2012

Kami bertolak pada jam 12 tengah hari menuju ke Lata Celak tempat yang akan diadakan Mukhayyam ini. Pelajar terdiri daripada adik-adik tingkatan dua. Saya merangkap fasilitator bersama sahabat yang lain kesemuanya 5 orang. Mereka alumni Al Islah. Saya? semestinya Hidayah, JB yang dicintai.

Buat pertama kalinya, saya melihat beg-beg disumbat seperti gambar di atas. Ohho, sudah seperti sardin lagaknya. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.Ye ke? Saya rasa ya. eheh..

Kami para fasi ada rumah khas. Teratak kayu yang cukup selesa. Jika hendak dibandingkan dengan adik-adik. Memang bila berjalan tu, rasa seperti mahu roboh. "Kriokkk.." Itu saya. Mungkin anda tidak. Bersama dua orang muallimah dan Ummi Mai merangkap pengarah program.

Kump 2 menjadi 'adik angkat' saya sepanjang mukhayyam ini. Macam-macam yang saya korek, tanam, dan ikat dalam diri mereka.  Mereka ini sememangnya Haybatt! Bermula dengan slot 1 : IKATAN. Alhamdulillah, ilmu itu di hati. dapatlah saya ajar mereka. Segala macam ikatan saya ajar. Harapnya mereka dapat praktikkan. Wah, baru rasa tak sia-sia peroleh ilmu dari Tuan dan Puan di Hidayah yang cukup superb!

Yang Specialnya mukhayyam ini. mereka ditugaskan bagi merakam detik-detik yang dilalui bagi penghasilan video di akhir program. Comelkan? Setiap kumpulan perlu ada satu camera dan laptop. Tak lupa juga handphone. Mana tahu ada yang tersesat? Cukup moden. Biarlah. Itu zaman mereka. Bukan zaman saya. Berlainan cara tarbiyah itu. Tapi matlamat tetap sama. InsyaAllah.

Malam itu, mereka mempersembahkan armiel masing-masing. Juga sedikit 'sharing' bersama facy berkenaan SYAHADAH. Dari situ, potensi ahli kumpulan saya semakin terserlah. Sehinggakan ada antara facy lain yang cemburu. Uhuk2 (^.~)

Friday, 25 Mei 2012

Seperti biasa, pada hari kedua akan adanya junggle trecking. Sebelum itu, saya merasakan inilah mukhayyam yang paling rileks yang pernah saya lalui. Baik jadi kadet mahupun sebagai fasilitator. Sekiranya tidak, pasti minyak angin jadi teman saya bagi menghilangkan pening. Dek rushing sana sini. Kalau dulu, pastinya bunyi wisel yang menghantui kami para kadet. Kalau lambat! alamat bumping atau starjump ganjarannya sehingga melecet kaki ini.

Tapi itu saya. Bukan mereka.

Sepanjang junggle treckking, kesunyian hutan dihiasi suara mereka juga suara facy yang menjerit. Semua itu kerana si pacat bersama teman-temannya telah memulakan operasi pencarian darah manusia. Ohho! saya tidak terkecuali. Beberapa ekor sempat menggeletik dibahagian lapisan seluar. Namun, dari awal saya sudah jampi serapah dengan ayat quran supaya darah saya tidak disedekahkan. Alhamdulillah.. saya sempat 'cabut' dia.

Hmm.. dapat bayang tak? Bagaimana keadaan sebuah pasukan yang terlompat-lompat dek pacat yang hinggap. Bukan seorang dua. Malah dengan fasilitatornya sekali. Memang kelakar. Tapi tiada seorang pun yang merakamnya melainkan rakaman Allah s.w.t

Setelah itu, kami bermandi manda di tepian sungai yang coklat seperti air teh tarik itu. Siapa yang kisah? Semua pakat rendam aja.. Saya masuk dengan kasut-kasut sekali. Di dalam hati, berdoa supaya terhindar dari makhluk Allah yang bernama "PACAT".

Waktu malamnya, kami dihidangkan santapan rohani TAFSIR AL-ZALZALAH. Namun apakan daya, saya cuma menyuap separuh dari sepinggan. Selebihnya telinga yang menjadi saksi kerana mata sudah terlelap. Ditambah pula dengan deruan angin yang dingin. Cukup menyenangkan. Apapun, terima kasih muallimah. Saya terkesan dengan penyampaian itu. Biarlah sedikit, namun melekat sungguh di hati.

Saturday, 26 Mei 2012

Turutan hirasah malam kedua, saya yang terakhir. Saat terjaga, jam di tangan di renung. Pukul 5.30? Betul ke ni? saya mengira semua facy. Cukup 5 orang. Tiada siapa yang hirasah? Habislah.. Terus saya melihat keadaan dibawah di ruangan tingkap yang terbuka. Kelihatan, hanya Ummi Mai seorang yang menunaikan qiamullail. Rasa bersalah menyusup di sanubari. Pastinya tidak sempat menunaikan tahajjud. Terasa satu amanah dengan lenang saya melepaskan. Astaghfirullah...

Seorang demi seorang dikejut. Solat subuh agak lewat. Namun, masih di dalam waktunya. Rupa-rupanya, apabila diselidik, terputusnya hirasah sejak awal pukul 1. Hmm.. memang tidur mati semua. Termasuk saya. (*geleng kepala). Hah, kalau dulu tak bangun hirasah khemah kami jadi mangsa dirobohkan. Allahuakbar! itu saya. Bukan mereka. Hurmm..

Sebelum kami pulang, bertemu sebentar dengan para tuan yang mengendalikan kursus kenaikan pangkat Pegawai Waren. Terdengar perbualan mereka. " Siapa yang jaga? " Adik-adik menjawab, " Facy..". Tanya mereka lagi, " Berpangkat ke? ". Jawab mereka, "Haah. Staff pun ada.". Oh adikku sayang. Habislah saya. Alhamdulillah semua baik-baik. Syukur..

Alhamdulillah.. kami selamat pulang ke Islah tanpa sebarang aral yang melintang.
Semakin sayang kepada adik-adik yang haybatt itu. Nasihat akak, " Jangan lembik2, seorang pemuda itu perlu kental kerana Allah itu sentiasa denganmu.."

UJIAN KEDUNIAAN

Awal-awal sampai, Allah menguji saya dengan menarik kecintaan saya kepada Handphone. Dia terjatuh lemas dalam air. Sekarang ini dalam pembaikian. Harapnya masih boleh digunakan. Biarlah duit itu tidak dibazirkan untuk membeli handphone baru. Mohon doa.

Gelang pemberian Ummi juga tercabut. Hati siapa yang tak retak? Kalau sudah tahu, mengapa dibawa? Jawapan saya, "Terbawa" Apapun, benda sudah jadi. Saya redha.

"Innallaha ma'a sobirin"
Cukuplah Allah bagiku~

ISLAH VS HIDAYAH

Mukhayyam mereka asing. Kami gabung.

Mereka sedikit. Kami ramai.

Mereka 'memberi'. Kami 'melatih'.

Mereka lembut. Kami garang.

Mereka makan nasi. Kami makan ketupat.
Namun keduanya menyenangkan ^^

Setiap perbezaan, itu yang menyatukan. Kita tidak boleh sesekali samakan. Bukan mudah untuk melaksanakan perubahan di sesebuah waqi'. Bahkan Rasulullah sendiri menyeru mengikut keadaan waqi' (tempat) itu sendiri. Setiap sekolah punya cara tersendiri.

Walau bagaimanapun, usah kita mempertikaikan malah kita mendoakan tarbiyah itu kekal utuh di sekolah musleh. Berkali-kali kami diingatkan, jangan dibanggakan dengan nama sekolah yang kita duduki. Malah, perlunya rasa Izzah dengan Islam yang ditinggikan. InsyaAllah.

Semoga Islam itu dipelihara oleh Allah melalui kader-kader dua't lahiran Sekolah Islam. Allahuakbar.






May 29, 2012

.Selamat berjuang sahabat!


Bismillah..

Semakin hari, semakin ramai sahabat yang saya kenali sudah mula melangkah ke tempat 'gudang ilmu'. Baik yang memasuki matriks, unversiti, mahupun yang ke intec bagi persediaan ke luar negara.

Satu persatu jua, ahli usrah bakal meninggalkan saya untuk menyahut seruan belajar yang membutuhkan mereka di situ. Saya? Belum lagi masanya. Ya, suatu masa nanti saya pula yang bakal meniggalkan mereka. Perit rupanya rasa ini. Namun, fitrah kehidupan tiap yang bertemu pasti berpisah.

KISAH SAYA DAN AWAK!

Pulang saja saya dari Scotland, awaklah orang pertama yang menjadi sahabat saya di Penang ini. Walaupun pertemuan kita atas dasar ukhwah mak kita berdua. Namun, tercalit jua manisan persahabatan itu antara kita. Bila dihitung, perhubungan kita baru mencecah 2 bulan. Cukup singkat. Namun, saya rasa utuh. Awak rasa?

Entah mengapa, sejak awal perkenalan kita, saya selamba dek aja dengan awak. Mungkin sebab sudah tiga bulan saya tidak bersahabat? Tanpa sengaja, awaklah jadi mangsa celoteh saya, kerenah saya, gedik saya, dan nakalnya saya. 

Di fakulti kesihatan, USM adalah titik pertemuan saya dengan awak. Dengar pula 'bebelan' Dr. yang kurus tu mengenai kesihatan. Erk = =' . Penuh bersemangat saya dan awak mengangkat tangan bagi mengikuti program "Healthy Losser". Ada nada kelakar di situ. Hoho.. Awal-awal saja bersemangat. Bila sudah dilihat prosedur itu, dengan pantasnya awak menggelengkan kepala. Saya pun ikut aja awak. Awakkan sahabat saya.. ^^

Persahabatan kita tidak setakat itu sahaja, saya ajak awak untuk berjogging bersama di PISA. Saya pula sudah mula beberapa hari awal dari awak. Jadi, badan pun tidaklah tegang mana. Tapi, kesian awak. Hehe. Saya paksa buat pusingan sehingga 3 km. Nak tak nak, awak buat juga. Sebab sayakan sahabat awak.. ^^

Bertemu lagi saya dengan awak di program-program yang mak awak dan mak saya ikuti. Sejak itu, ke mana saya pergi. Pastinya saya akan mengajak awak. Dan, ke mana saja awak pergi, pasti saya tidak ketinggalan untuk mengikutinya.

Makin lama saya kenal awak, rupa-rupanya ramai juga akhawat-akhawat yang awak kenal. Kalah saya. Tidak kurang juga, program yang awak ikuti. Sangat Awesome! Saya? huh, saya ikut program sekolah aja. Tak global macam awaklah. Heh.

Keutuhan persahabatan ini dieratkan lagi setelah Allah menakdirkan kita berada di dalam sebuah lembayung usrah yang sama. Sifat awak yang gementar tiap kali usrah sering membuat saya ketawa di dalam hati. Penyampaian awak selalu membuatkan mata saya tak lepas dari pandang awak. Sehinggakan kakak Chenta kita berkata "Heh, nabila awak janganlah tenung dia. Hilang ayat dia..." Nak buat macam mana, awak pun tahu saya seorang yang fokus bila nak tahu sesuatu. Sorry ya awak!

Rumah kita yang sekengkang kera, tidak jauh mana ini memudahkan lagi perhubungan kita untuk ke mana bersama. Satu hari, tidak semena-mena awak mengajak saya untuk pergi kelas 'driving'. Ohho. Saya telus dengan awak, saya buat gelagat gedik saya pada awak yang menggambarkan saya takut sebenarnya. Tapi awak tetap terus memberikan semangat. Kita daftar sama-sama. Juga tidur dalam kelas teori sama-sama. (==,)

Semuanya sama-sama, sehinggakan lulus ujian komputer pun sama-sama. Awak tetap bersabar dengan sikap saya yang agak lurus ini, dengan menghafal jadual kelas memandu saya. Nakalnya saya. Kasihan awak. Sampailah satu tahap sedikit demi sedikit Allah menjarakkan kita. Saya sibuk dengan program. Awak pula terus dengan kelas memandu itu.

Akhirnya, tibalah masa untuk awak masuk matriks. Sukar untuk saya ungkapkan perasaan ini. Sedih? Adalah sedikit. Ceh! (ego agak tinggi). Emm, saya sedih sebab awak tinggalkan saya. Tapi, awakkan ingin berjuang. Ramai lagi mereka di sana yang memerlukan manisan tarbiyah dan ledakkan dakwah awak.

Dalam pelukan itu, saya merelakan untuk awak pergi. Mungkin bagi awak, saya ini bukanlah sesiapa. Namun, ucapan terima kasih sahabat kerana menerimaku seadanya. Dikau sering mengingatkan diriku kepada Allah. Syukran ya Ukhti..

Akhir kalam, "Awak belajar betul2 kerana Allah ya. Kalau saya dapat lesen dulu jangan jelous! Nanti saya ziarah awak. Dan.. Selamat Berjuang Sahabat!"

Semoga semua ini diredhai Allah ~





May 23, 2012

.Antara dua.


Bismillah..

Olahan biasa buat insan graduate SPM seperti saya.
Masa depan yang masih kabur penentunya.
Sememangnya begitu, manusia tidakkan ketahui apa yang bakal terjadi keesokkannya.

" Nanti enti sambung mana? "

Bagaimana perlu saya jawab?

Lainlah jika ditanya,
" Impian enti sambung mana?"
Baru boleh jawab dengan penuh yakinnya. Eheh.

Kesemua yang saya lalui kini memerlukan sebuah penentuan.
Tidakkan dilalui jalan itu tanpa saya membuat pilihan.

Menjadi fitrah kehidupan,
hanya SATU antara DUA.

Cukup untuk saya gambarkan,
saya perlu memilih
antara dua buah negara,
antara dua buah universiti,
antara dua bidang subjek,
antara dua sekolah yang perlu di follow up
---------------------------------------
Ya, semuanya antara dua.
Adakalanya saya seakan malas untuk memilih.
Seperti ingin pejamkan mata, dan mengharapkan "only one choice left"
Tapi.. ~harapan.

Astaghfirullah.. dalam kayangan mana saya ni hah!

Rasanya sahabat-sahabat saya pun dalam dilema.
"Nak sambung mana?" "Tak tahulah nak ke UK ke Aus!" "Cadangannya nak ambil course syariah, tapi dapat pulak Human Science" "Hmm..tak dapat matriks atau upu" "Oh, saya tak tahu mana hala hidup!"

Rintihan mereka2. Bila difikirkan, ditenungkan, dirungkaikan terasa geli hati dengan percaturan Allah. Betul tak? Nanti tunggulah suatu masa kita akan berkata..

"Alhamdulillah aku masuk sini dulu" "Heh, kalau saya terima tawaran ke luar negara. Alamatnya tak jadi manusia saya ni." "Kalau aku tahulah mecam ni yang akan terjadi, aku tak pilih ni"

Hmm.. mudah-mudahan pilihan kita itu terbaik untuk Islam.
Apa yang kita mahukan? Pangkat? Phd? Gaji yang tinggi? Pekerjaan yang lumayan?
Sama-sama kita muhasabah = ='

Rezeki itu, kuasa Allah. Setiap manusia, sudah ditetntukan haknya. InsyaAllah. Yakinlah dengan Allah.

Seorang sahabat bertanya di FB, " Salam kawan-kawan. Eh ana nak minta pendapat semua. Mana yang patut ana pilih? 1. ****** (USIM) 2.***** (UIA)"

Mulalah yang lain memberi pendapat itu dan ini. Saya juga rasa ingin menolong. Tapi apakan daya, tak mahulah berbicara tanpa kita ketahui hakikat subjek itu dengan sebenar.

Saya menanti.. menanti.. jawapan dari pihak alumni. Sampailah satu jawapan ini.
"Saudara/i kita sebagai orang yang faham dakwah pilih kos untuk dakwah n tarbiah kita. Rezeki tu insyaAllah Allah akan bantu. Jangan dirisaukan sangat tentang pekerjaan. Sepatutnya fikir apa keperluan ummat yang dibutuhkan pada kita."

Saya seolah dipanah oleh busur yang tajam. Zuss!
Cukup terasa tusukan jawapan tersebut. Alhamdulillah. Tup.. tup.. insan tersebut memilih kos syariah. InsyaAllah.

Kes ini, bukan bermakna hanya orang yang faham DnT sahaja yang boleh ambil bahagian dalam DnT. Malah yang lain juga turut dialukan. Namun, kan lebih molek orang yang faham bertambah FAHAM akan DnT, mengambil bidang tersebut. Boleh juga diajar bagi yang sedang berjinak-jinak dengan DnT.

Situasi lain juga, hal ini bukanlah dicanggah habis-habisan untuk mereka mengambil jurusan sains atau yang lain. Tapi tidak semestinya, orang bijak sahaja yang mengambil jurusan sains. Habis, yang mengambil jurusan agama juga perlu bijak-sebijaknya. Sekiranya begitu, tidaklah terjadi fitnah dalam agama. Kerana yang mempelajari itu tidak merosakkan kemuliaan agama Islam itu sendiri.

Nah, konklusinya. Istikharah jom!
~Untunglah awak dapat pergi Malam simbiosis Ruhi wa Jasadi (Istikharah) dengan Daurah Transaksi Ukhrawi (Kepentingan DnT). Ditujukan kepada ahli Batch 13 smihjb. Siapalah saya yang tercampak di utara ni. Mereka sudah berjalan. Saya masih merangkak. *tsk..tsk.

Mohon doa kalian pilihan saya adalah yang terbaik untuk Islam. Yosh! 

May 22, 2012

.Kebenaran KALAM Allah.


Bismillah..

"Ihdinas siraatol mustaqiim"
Ungkapan bacaan yang sering dibaca bagi tiap muslim saat menunaikan solat. Namun, ungkapan itu sendiri masih lagi belum lekat sepenuhnya di hati-hati kita. Right?

Melaluinya, manusia dapat mengenal pencipta mereka.
Melaluinya, manusia mengetahui akhlak rasulnya.
Melaluinya, manusia dapat membina sebuah tamadun.
Melaluinya juga manusia dapat menyingkap satu persatu keajaiban sekelilingnya.

Tidakkah kita fikir?
Sebahagian dari kita hanya mengambil sebahagian saja dari seluruhnya?
Jika benar, kita akui penciptaan manusia di dalam Al Quran,
Apakah kita menidakkan mengenai hukum yang diturunkan Allah?

Sekiranya kita mengakui Al Quran itu adalah KALAM Tuhan.
Apakah KALAM Tuhan itu ada yang menipu?
mahupun yang dusta?

Tak logiklah sekiranya, kita mengatakan " Oh, ayat ni memang betul. Lagipun saintis dah menemukan puncanya". Masa lain pula, " Eh, ayat ni maksudnya lain. Istilah modennya bukan begini " and bla..bla..bla. ~nonsense.

Allahuakbar. Takut pula rasanya.
Keadaan kini, cukup membuka ruang untuk kita MENCIPTA fatwa baru mengikut kesesuaian keadaan.
Na'uzubillah. Moga jauh dari golongan itu. Sehingga kebenaran semakin terhakis dek kebatilan yang berlumba-lumba melitupi kebenaran. Allah..

Saya cukup sedih, apabila ada UMMAT RASULULLAH yang berkata "Sekarang ni, kalau kita ingin mengajak orang lain kenal Islam, perlu dibuktikan dengan sains. Bukan main luah aja ayat AlQuran. Kalau macam tu orang tak nak dengar sangat." Biasalah tu kan?

Tapi, satu yang saya fikir.
Sekiranya kita ini diterbalikkan masa hidup di zaman Rasulullah. Saat Rasulullah menuturkan KALAM Allah.  Mampukah kita menjadi seperti Abu Bakar yang terus menerus mempercayai kata-kata baginda? Sekiranya  sebagai isteri pula, percayakah kita apa yang baginda lontarkan. Saat ceritanya, bertemu dengan Malaikat Jibril, Khadijah percaya malah menenangkan juga memberikan dorongan yang utuh kepada baginda? 

Kita?
pihak mana kita tika itu?
Jika kita bersifat seperti sekarang ini, lalu bertanya baginda " Ya Rasulullah, apa buktinya kebenaran kata-katamu?" Dan berapa ramai yang mengatakan GILAnya baginda. Sedih.. Bayangkan, jika kita sendiri di tempat Baginda, apa yang akan kita jawabkan? Sedangkan kita sendiri tahu Rasulullah itu, tidak tahu membaca juga menulis. Allah.

Begitu juga dengan zaman kini. Kaedah teknologi sains mampu menterjemah kepada pembuktian Al Quran itu adalah sebenar-benarnya. Namun, masih lagi antara kita menambil enteng kebenaranNYA.

Allah juga sering menggembirakan hati baginda dengan kisah nabi terdahulu lalui. Sama sepertinya. Petikan dari Surah Hud : 27

" Maka berkatalah para pemuda kafir dari kaumnya, 'Kami tida melihat engkau, melainkan hanyalah seorang manusia biasa seperti kami, dan kami tidaklah melihat orang yang mengikti engkau, melaikan orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya. Kami tidak melihat kamu memiliki suatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami menganggap kamu adalah pendusta"

Baca ayat ini, cukup membuatkan hati ini bergetar hebat. Pastinya, keadaan baginda tika itu lebih teruji. Namun, atas dasar sifat kasihnya baginda terhadap ummatnya. Dibiarkan saja lontaran kata nista terhadap baginda. Asal suatu hari nanti ummatnya kembali kepada Agama Allah yang benar ini.

Subhanallah..
Ya Allah. Kuatkan aku untuk turut serta merasi mehnah berada di Jalan Rasulullah ini. T.T
Biarlah mereka kata "Aku gila!"
Cukuplah dengan kalamMu mengubat hati.

Biarlah mereka kata "Aku pendusta!"
Cukuplah dengan kalamMu menenangkan hati.

Kerana JanjiNya pasti.
Allah berjual beli dengan orang Mukmin akan ganjaran Syurga buat Hambanya yang berada fi sabilillah..
InsyaAllah.

~Rindu baginda. Kerana akhlaknya membuatkan aku jatuh cinta.
Ya kerana tingkahnya aku jadi si buta yang merindukan kekasihNya.




May 13, 2012

.Journey of Muslim.


Bismillah.

Apa yang anda faham tentang dakwah?
Satu perkataan yang alergi bagi sesetengah insan?

"Orang yang ikut dakwah ni confirm kuno!"
kata biasa bagi yang belum merasai nikmatnya dakwah. Bahkan, ada juga yang sudah mengetahui erti dakwah. Namun, dia cuba menidakkan keindahan dakwah dalam hatinya. Kerana terikat dengan sedikit perkara keduniaan yang penuh dengan kesenangan. Allah..

Cuba beritahu saya,

Siapa yang tidak mahu hidup senang sentiasa?
Siapa yang tidak mahu hidupnya memperoleh pangkat yang hebat?
Siapa yang tidak mahu masanya diisi dengan benda yang menyeronokkan?
Siapa yang tidak mahu memperoleh benda yang diingini?

Dalam diam, saya akui.
Jalan Dakwah tidak seindah ditaburi bunga ros merah.

Hatta, diri sendiri seakan bunga mawar yang sudah layu bahagian pucuknya.
Dengan izin Allah saja diri mampu untuk kuat. Sekiranya tidak, hati mudah saja untuk melepaskan peranan itu dan berputus asa dari Rahmat Allah.

Semakin memahami 'peranan' itu.
Semakin kuat DIA menguji.

Namun, itulah istilah yang diibaratkan 'bagai isi dengan kuku'
nikmat DnT, 'DAKWAH n TARBIYAH'.

Sunyi sungguh kehidupan cik Dakwah, tanpa kehadiran cik Tarbiyah yang khas didatangkan dari Allah.

Hmm, hati mula mengerti...
Manis rupanya, bersama DnT dalam hidup ini sebenarnya.

Ramai mereka diluar sana, acap kali berkata
"Aku ingin berubah dan jadi baik."

Wah, siapa yang tak nak!

Saya pun ada kisah silam saya. Kadangkala, kisah silam saya yang merenggut penerusan di dalam jalan ini. Cumanya, ramai yang tidak mahu berubah kerana takut terasing.. betul tak?

TAKUT TERASING! 

Baiklah, sebenarnya anda faham ke istilah DnT dengan mendalam? Saya juga masih menggali maksudnya. Masih mengorek untuk mencari mutiaranya. Jom sama2, kita gali dan korek..

Bahasa mudahnya, DAKWAH ialah menyampaikan sesuatu kepada orang lain agar lebih menyintai Allah.
TARBIYAH pula ialah didikan khas agar menjadi benteng bagi menghadapi apa jua situasi.

Nak tak nak,
siapa yang nak ikut jalan ini siap sedialah untuk pijak duri! kaki berdarah perit! Tapi tetap kene teruskan perjalanan. Uhuh, sounds scary..

Hmm, kata ingin Syurga. Jadi, satu sahaja jalan yang disebut Allah. Yakni "Siraatul Mustaqim".
Bahkan dakwah ini, Allah ada menghadiakannya sesuatu yang special tanpa anda sedar.

iaitu menjadi seorang mukmin yang AJAIB
-miraclemukmin-

Rasulullah bersabda "Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. DAn tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur. MAka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka, jadilah musibah itu baik untuknya.." H.R Muslim.

Solusinya, jom join "Journey.Of.Muslim..!"
stand for JOM!

Allahuakbar pemberi segala kekuatan..~
Innallaha ma'ana.











May 10, 2012

.Alumni in memory.



dari kiri, (Humairah, Hakimah, Hanisah, Arwah Hafizah, Hidayah)

 Bismillah. 

070512- Sudah tiga hari berlalu, mengenai tragedi kemalangan yang mengejutkan serta menggemparkan seluruh warga Hidayah. Pada awalnya, berita ini saya terima melalui panggilan telefon seorang sahabat dan saat itu hanya Allah yang mengetahui hati ini. Susah untuk saya, mengungkapkannya melalui penulisan. Namun, melalui apa yang berlaku, cukup menginsafkan. Malah, dalam diam saya amat mencemburui pemergiannya. Betapa Allah, lebih menyayanginya. Semoga Allah merahmati RohNya di sana.. Aku mohon Ya Allah. Perkenankan doa mereka.

Ali Imran..
185. "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah berunyung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."





Kata sahabat baiknya, kak Nurul Izzah B11
"Nurul Hafizah bt Mohd Faizul Aris, kita sebaya. Kita lebih dari teman rapat.. makan, minum, senyum, gelak, nangis, marah pedih, perit. Sama-sama kita hadapi bersama. Tapi sudah masanya untuk kau bertemu Ilahi.. Allah lebih sayangkan kau, Hafizah."



                             
  Alumni B13, (Atiqah Aminuddin)
"aku berpeluang melihat wajah arwah buat kali terakhir. Air mata mengalir lagi. Entah kali ke berapa, mudah saja empangan ni runtuh. Dan saat itu, tiada kata yang lebih sesuai melainkan hati yang berterusan istighfar kepadaNya. Ya Allah, terima kasih atas peringatan ini."



Alumni B13, (Syifa' Mohd Aizaini)
Informer- "Alhamdulillah, Hakimah dah sedar but still in ICU. Diorang semua adik beradik floor lain-lain. And diorang tak tahu lagi pasal arwah kak Hafizah. Memang tak nak bagi tahu dulu. Tadi pun dayah dah tanya mana mak dia. Hakimah kepala berbalut, and tulang pipi patah/terjarak dan muka nampak bengkak. Paling sweetnya kisah di sebalik accident ni, time tu diorang semua puasa dan otw balik buka puasa sama2, arwah yang masak. Sebak. Semoga arwah tergolong dalam golongan husnul khatimah.



Alumni B13,(Aisyah Nasyeethah)
"Pemergian seorang kakak senior di sekolahku, yang tak pernah aku jumpa tapi dia merupakan kakak kepada sahabatku, Hakimah. Perasaan aku tak boleh diproses ketika itu, baca saja. Makin lama, makin ramai yang update-update tentang accident tu. Aku rasa jantung nak berhenti apabila dapat tahu yang Hakimah dan adik-adiknya juga terlibat. Sekarang ini,susah untuk aku terima sahabat sebilik, sekelas dan sealiran dulu berada di dalam ICU. Ditambah pula dengan ujian kehilangan seorang kakak. Allah, kuatkan dia ya Allah.."


Alumni B13, (Farahin Ismail)
"Kak fiza, kami doakan akak tenang di sana. kita ada belajar satu hadis ni. Kubur tu, boleh jadi taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka. Moga kubur ita tergolong dari taman2 syurga eh, kak? ;) Moga dosa-dosa akak sepanjang hayat diampunkan. Moga pengakhiran yang baik. Akak puasakan time tu? Tak sempat buka pun. Moga berbuka akak,berbuka di syurga. Ameen."



Alumni, Al Amin Bangi (Hanifah Jailani)
"Pernah tak anda menitiskan air mata kerana orang yang anda tidak pernah jumpa, tak pernah sembang-sembang apatah lagi menjalin rapat ukhwah fillah? Perginya ukhti Nurul Hafizah bersama2 cerita2 terakhirnya yang cukup mengagumkan membuatkan saya rasa sangat dekat dengan beliau walaupun tak pernah kenal rapat. Akan saya abadikan kisah beliau sepanjang hidup saya selagi Allah mengizinkan."



Ustaz Hasanuddin

Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah.

Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sek. Men. Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin.. Beliau sering saya doakan kerana pernah menjadi peserta Mukhayyam saya tahun 2009. Kami di Hidayah sentiasa mentarbiah anak-anak begitu. Antaranya berpuasa, berkhidmat kepada ibubapa.

Bisikan ayahandanya kepada saya, " Dia sibuk mencuba untuk memasakkan menu kegemaran adik-adiknya yang akan berbuka petang itu. Dia sempat berbual dengan saya melalui telefon,sebelum keluar untuk ambil adik-adiknya di Hidayah."

Saya menteteramkan ayahandanya, " Semoga Fiza pergi sebagai Syuhada' Sughra. Hadis Rasulullah, 'Barangsiapa diuji dengan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak perempuan itu) menjadi benteng untuknya dari api neraka."

"Lihatlah sejak kejadian petang itu, guru-guru dan Warga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB itu, lihatlah teman-teman seangkatannya.. Mereka memuliakan anak tuan.."

Subhanallah.. walhamdulillah.. walaa ilaaha illallah..Allahu Akbar!

monolog..
" Akak, jujur hati ana katakan... Sepanjang ana kenal akak, akak cukup baik. Ana ingat lagi suatu masa ni, akak luah pada ana yang akak sayang sangat kepada kura-kura peliharaan akak.. Akak tak sampai hati nak biarkannya di rumah. Secara senyap akak bela kura-kura tu di asrama. Sebab akak kata akak kesian sangat pada dia. Moga dengan belas ihsan akak kepada makhluk Allah yang lain, Allah limpahkan Kasih SayangNya buat akak di alam barzakh sana. Amin.."

May 04, 2012

.Andakah Hifzul Quran pilihanNya?



Bismillah..


Sabda Rasulullah S.A.W :
" Barangsiapa yang menghafaz Al Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari "


Siapa yang tak nak tawaran ini..


Sehingga kini saya masih membaja cita-cita suci ini. Cumanya, betapa sukar sebenarnya dalam memeliharanya agar melekat di hati yang penuh debu dosa ini.


Mengenangkan kembali saat 'menghafaz' Al Quran di sekolah dahulu,
bagi kami ianya suatu perlumbaan. Suatu pencapaian yang dibanggakan. Suatu gelaran yang memudahkan urusan. Astaghfirullah..


Saya sedar itu. Namun, saya bersyukur, saya dicampakkan sebagai antara pelajar Tahfiz di sekolah. Siapa yang tak jelous dengan pelajar tahfiz. Betul tak? Tapi bila sudah berada di dalam kelas tu, sikit-sikit syaitan mencucuk agar kita melupakan matlamat kita berada di dalam kelas tersebut.


Kisah pelajar Tahfiz
Saya ingat lagi semasa pemilihan pelajar Tahfiz semasa di Tingkatan satu.
Setelah 'dipaksa' menghafaz satu mukasurat. Tibalah masa nama dipanggil..

" Okay, enti boleh baca sekarang.." Kata salah seorang guru yang menasme' kami. Ada empat orang kesemuanya.

Saya pun memulakan pembacaan. Sudahlah pelajar pertama yang dipanggil. "Bismillahirahmanirrahim.. Lan tanaalul birro hatta tunfiqu mimma tuhibbun.." Sehingga ayat kedua dan... err *stuck. Okay, Tak ingat. Rasa nak nangis juga masa tu. Dalam hati berbicara gerenti tak dapatlah jawabnya.

Dan saya ingat lagi soalan Ustazah tersebut, " Macam mana kalau enti tak dapat tahfiz? "

Dengan yakinnya saya menjawab, " Saya tak masuk sekolah sini. Saya akan mencari Tahfiz di sekolah lain.." Mungkin atas dasar keinginan untuk menghafaz yang sangat tinggi saya berkata begitu. Alhamdulillah rezeki dari Allah, saya terpilih.

Kene marah dengan Ustaz
Ah.. itu perkara biasa. Tapi dengan Ustaz sajalah kene marah. Dengan Ustazah baik aja. Tabiklah dengan banin. Mungkin bagi mereka kene cubit, rotan (ada ke?), dah biasa. Saya rasa, banat Tahfiz batch kami yang beruntung dapat merasai sebentar 'penangan' Ustaz. 

Pernah sekali, saya kene pukul dengan batang penyapu semasa Murajaah juzu' 2. Ingat lagi kata-kata Ustaz, " Kamu ingat Ustaz tidur? Mata Ustaz ni aja yang pejam. Tapi telinga ni dapat tangkap mana yang kamu salah." Adeh..

Tapi tak sakit pun kene batang penyapu tu. Nama pun orang perempuan. Jadi, tak ganas sangatlah. Namun, di sebalik kegarangan Ustaz, dia seorang yang begitu 'caring' terhadap kami. Setiap perkara yang berlaku, Ustaz pasti menjaga kebajikan kelas kami. Memang.. untung. 

Semangat Menghafaz
Semasa form 1 dahulu, bolehlah laju-laju. Bila dah meningkat besar, banyak pula komitmen lain sehingga adakalanya kami membelakangkan Hafazan berbanding kerja sekolah lain.

Pernah Ustazah berkata, " Kerja sekolah guru lain antum boleh siapkan. Tapi, Ustazah cuma minta tasme' satu muka surat sahaja. Susah ke nak siapkan kerja Ustazah?" Soal Ustazah dengan penuh kelembutan. Muka semua tunduk. Hanya kata maaf yang terluah.

Dulu, berlumba-lumba kami menghafaz bagi mencapai 7 juzu' satu tahun. Memang pulun tahap giga. Dan hanya segelintir dari kami yang lepas. Sebahagian yang lain di keluarkan dari Tahfiz. 

Sejak itu, kami yang tinggal berlima semua 'pancit'. Kecuali seorang sahaja yang dapat menamatkan hafazannya. Suruh menghafaz pun sudah tiada semangat mungkin atas faktor tiada suasana. Apapun, alhamdulillah.

Bertambah Jelous
Adik lelaki saya dapat menamatkan hafazannya dahulu dari saya. Biasalah orang lelaki. (Alasan..)

Semasa cuti, saya pasti akan bertanya padanya " Dah juzu' berapa sekarang?". Jawapannya pasti ada peningkatan. Saya?

" Angah juzu' berapa sekarang?"

" Juzu' 4 "

Cuti di kmudiannya. " Angah juzu' berapa sekarang? "

" Juzu' 5 " 

" Lambatnya.." Kureng asam punya adik. Namun, saya terpaksa akur betapa ketika itu, saya semakin lembap dalam menghafaz setelah di 'push' oleh guru-guru.

Namun..


Memeliharanya al Quran amat payah sekali. 
Sehari kita meninggalkannya, seminggu al Quran merajuk dengan kita.


Sekali dosa tercalit di hati, perlukan masa untuk menghakisnya.
Bahkan al Quran itu tidak masuk ke hati yang penuh dengan kegelapan.


Kisah Seorang Penghafaz Yahudi.

Seorang Muallim menceritakan kepada saya, dia mempunyai seorang sahabat yang merupakan Mahasiswa Al Azhar. Juga seorang penghafaz Al Quran. Dalam masa yang sama mereka juga menghafaz hadith Rasulullah s.a.w dan mempelajari ilmu agama.

Tiba suatu ketika, azan berkumandang. Sahabatnya mengajak salah seorang rakan sekelas pembelajaran agamanya bagi menunaikan solat.

Rakannya menjawab, " Ana tidak menunaikan solat kerana ana seorang Yahudi. "

Masya Allah..
Begitulah perumpamaanya jika seseorang itu menghafaz tetapi tidak diamalkan ayatNya itu.

Kelebihan Hafiz al Quran


 Menurut Ismai Masyhuri al-Hafiz, diantara kelebihan yang diperolehi penghafaz al Quran adalah dikurniakan kelebihan pada hari akhirat kelak untuk memberikan syafaat kepada 10 orang ahli daripada ahli keluarganya.


Namun, terdapat tiga syarat. Dia mengHAFAZ al Quran. Lalu dia MEMELIHARAnya. Serta mengAMALkan ayat al Quran tersebut. 
Jika tidak, samalah seperti seorang Huffaz Yahudi tersebut.


Menghafaz Al Quran itu tidaklah WAJIB.
Bahkan sunnah..


Renungkanlah firman Allah s.w.t


" Kemudian Kitab itu, kami wariskan kepada orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar."
Fatir : 31-32

Sama-sama kita menjadi Hifzul Quran, bukannya Fitnatul Quran.
Nauzubillahi min zhalik.










May 02, 2012

.Unik kejadian kita.

.ni dia.. muka budak 'baik'.

Bismillah..
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi "
~cebisan ayat Syurga Cinta.

Apa kena situasi saya dengan ayat di atas?

Sejak dua menjak ini, saya amat merindui 'baby' Farhan nun jauh di UK sana. Nama pun 'babysitter'. Setelah sebulan lebih tak berjumpa. Haih..

Tup..tup..
seorang ahli 'circle' saya mendapat adik baru.
Dapatlah saya melepaskan kerinduan yang membungkam ini..

Betapa bayi ini amat comel dan kecil. Beratnya, 2-7 kg.
Pakai baju lengan pendek kelihatan seperti memakai jubah.

Sempat juga, menukarkan pampersnya, memandikannya. Letak penisilin di tali pusatnya yang belum putus (agak menggerunkan *keluar darah sikit). Memakaikan dia barut supaya mengelakkan kekembungan, memakaikan dia baju yang 'cumil'. Tak lupa juga aksesori... powder hampir saja terlupa.

Oh ya.. bukan saya yang buat semua ini ya. Lain tak bukan, Ummilah..
Saya sekadar melihat dan belajar ilmu teori. Bukan praktikal.

Dah tak berani macam dulu. Rupanya, lagi payah jaga 'baby' ni sebenarnya.
Tapi seronok..

Hebatlah kak Munyyy..
Dia yang menjaga ibunya yang berpantang. Sampaikan ada buku resepi 'berpantang' tu...
Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang tinggi disisiNYA.Amin.

bersama cek mek Mursyidah. Kaki bayi sebesar dua jari

Seorang ibu,
mampu menjaga sepuluh orang anak.

Namun, 
Seramai sepuluh orang itu tidak semestinya
mampu menjaga ibu yang seorang itu.

Kata Ummi :
Apatah lagi keadaan kini, ibu-ibu muda semuanya sibuk-sibuk belaka.
Dengan kerjaya doktornya, engineernya, segalanyalah.
Sekiranya tidak punya kekuatan dalaman, kita akan alami depressed dalam rumah tangga.
Lagi-lagi kalau dapat suami yang tak membantu..

Hummph..

Berbalik kejadian kita..

Firman Allah S.W.T
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Al Insaan : 2

" Kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah "
" Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging "
" Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi Izhom dan kemudiannya Kami membalutkan Izhom dengan daging " Al Mukminun : 14

Unikkan kejadian kita?

Rasanya, anda sendiri sudah biasa mendengar 'ceramah'
berkenaan proses kejadian manusia ni.

Di sini,
saya cuma nak kita review saja penciptaan kita
oleh Yang Maha Hebat, Allah.

-Kita ini datang daripada Allah, pulangnya juga pasti kepada Allah-
Adakah sewajarnya kita mencari selain daripada Allah diantara keduanya?



May 01, 2012

.Keep in touch.


semoga kita menjadi sahabat seperti lelaki ini. Keep in touch, dear.

Bismillah..

Beberapa hari lepas, saya menerima sms daripada Srikandi Umar, " Call ana sekarang. Urgent!"
Hati mana yang tidak keruan..

Nombornya di dail. Tak lama selepas itu, kedengaran suaranya melalui corong handphone. " Sihat? apa yang urgentnya ni.." soal saya.

Lalu dia menceritakan...

Usai perbualan kami yang sebentar itu, saya mendapat berita mengenai seorang sahabat saya, Siti Nur Alia Hani yang sudah lama 'menghilang' kan diri dalam kalangan ahli batch kami.

Rupa-rupanya, Allah mengujinya dengan di sahkan menghidapi penyakit SLE. Semasa sekolah dahulu, dia sering tidak hadir ke sekolah. Kami semua tahu dia sakit. Tapi tidak tahu apa penyakitnya dan tidak sangka sudah seteruk ini.

Mendengarkan berita ini, terus saya search mengenai penyakit ini di internet. Melalui pembacaan, penyakit ini lebih mudah diserang pesakit wanita berbanding pesakit lelaki. Juga, kesan daripada makhluk halus (jin) yang menyerang organ dalaman. 

Siapa yang tidak bergetar hati, bila mengetahui sahabat batch sendiri mengalami penyakit serius tanpa seorang pun daripada kami yang tahu. Astaghfirullah...

Sedih.

Mungkin juga, sekiranya saya yang hadapinya tidak mahu menyusahkan sahabat sendiri untuk tahu keadaan diri. Apatah lagi bagi menagih simpati. Namun, sebagai sahabat.. "SAHABAT", apakah kita tegar membiarkan dia tanggung sendirian?

Apatah lagi, Alia merupakan sebahagian barisan kepimpinan kami di sekolah dahulu. Tetapi disebabkan sakitnya semasa di tingkatan empat, dia meletakkan jawatan sebagai 'naqibah' di sekolah. Mula saat itu, ada juga desas desus katanya, dia di pecat. Astaghfirullah, mana agaknya datang berita yang macam tu?

Jadinya, perbetulkan kembali perspektif anda terhadap Alia, atas dasar apa dia meletakkan jawatan. Sama sekali tidak jawatannya itu di 'pecat'. Hakikatnya, sebalik tersenyumnya wajah si dia, seribu penderitaan yang tersimpan.

Allah. Allah. Allah.

Saya juga terlepas pandang ini semua. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan..

Dengar katanya, keadaan Alia sudah semakin serius. Penyakitnya sudah serang buah pinggang dan asyik berulang alik ke hospital. Setiap hari, pengambilan ubat sebanyak 10 biji . Kita? Senang lenang makan. Mungkin saja, Allah juga kita lupakan. Nak sebut 'Bismillah' pun acap kali terlepas pandang.

Kata-kata ini, khas ditujukan buat ahli batch 13 SMIH yang tersayang. Bersempena lagu kecintaan batch kita 'one heart, one family' Always keep in touch. Pastikan, semua antara kita memegang Tali Allah yang sama. Menggarap Sunnah Rasulullah yang sama. Dan menyebarkan fikrah yang sama. Di sampin saling meneguhkan antara satu sama lain.

Ujian Allah buat Alia, sama-sama kita ambil iktibar. Don't act like this again. We are one. Never mind who you are, as long as you are in BATCH 13. Contact dan ziarahlah dia...

~Semoga sahabatku Alia, terus diberi kekuatan oleh Allah. Sakit itu, penghapus dosamu. Betapa Allah sangat menyayangimu. Percayalah... Sebagai sahabat, ana hanya mampu meneguhkan tali persahabatan kerana Allah yang ana yakin dengan IzinNYA diakhirat kelak bakal menjadi naungan kita bersama. InsyaAllah..