Pages

February 28, 2013

.Balik ke?

Terbayang rumput di Malaysia :)


Bismillah..


Sambil menyelak buku madkhal ila dakwah ditepuk lembut bahu sebelah kanan.Wajah dikalih seiring senyuman yang menghiasi. "Enti balik ke tahun ni?" Tanyanya.


"Tak pasti lagi. Kenapa?"


"Kalau enti nak balik, bagi tahulah ana. Kita boleh tempah secara grouping.." Semangat dia menuturkan.


"Oh ya? Berapa boleh dapat?"


"Dalam 490JD.." Saya mengangguk perlahan. Sejenak fikiran mencongak. Jika ditukarkan dalam bentuk wang Malaysia perlu didarabkan dengan 4.++. Mudahnya, didarabkan dengan 5 terus.


Aduhai, mahu mencecah RM 2+++. Mahu dikorek lubang harta mana di irbid ni?


Mungkin sebahagian pelajar yang mendapat tajaan seperti pelajar perubatan dan pergigian di sini, mudah untuk mereka membuat pilihan pulang ke tanah air.


Cakap sahaja rindu, nah huluran wang disalurkan ke pihak syarikat yang menguruskan penerbangan. Namun, tidak semua begitu. Ada sebahagian mereka mendapat biasiswa, walhal tanggungan keluarga berada dipundak bahunya.


Sekarang ini, semakin meningkat naik pula harga-harga tiket ke Malaysia. Baik melalui penerbangan Kuwait Airlines, Qatar Airlines atau Egypt Air. Dan bertambah jugalah orang yang akan stay di Jordan ini. Mengambil subjek musim panas (semester 'soifi'). Melainkan ada 'seru' untuk balik. Eh?


Itu, belum ditambah lagi dengan mana-mana pelajar yang private ingin membuka rumah baru. Iyalah sebelum ini, pelajar tahun satu ditempatkan disakan (asrama) iaitu tempat dimana pelajar tahun satu 'bertapa' selama setahun sebelum berpindah ke rumah sebenar.


Sangat menguji dirilah sebenarnya bila ada-ada waktu yang memerlukan kewangan yang sangat banyak. Namun, itulah yang mengajar kami erti kehidupan. Tidak semua insan merasai apa yang kita rasai.


Ya, mungkin saja mereka di luar sana lihat, "Oh, indahnya belajar di Jordan." "Nak pergi Jordanlah, sebab ada salji". Dengar sini dulu ya...


Aduhai, tertipu sebenarnya kalian ini. Itu semua hanya kebenaran satu daripada sepuluh pengharapan yang anda bayangkan. Selebihnya? Pastinya tidakkan terlintas kehidupan di sini bagaimana.


Dengan air yang dicatunya mengikut pembahagian tangki rumah. Malah hampir setiap barang mencecah harga 1 JD. Jika di convert kan, bersamaan RM 5.


Hendak katanya, ya itulah tarbiyah yang sebenar buat kami. Dari segi kewangan, memang agak sempit  dan sesak. Apatah lagi rakyat Jordan sendiri. Di sini semuanya bercukai.


Sedangkan top up pun bercukai. Persis kata senior di sini, ah telan je. Harta itu bukankah milik Allah? Mengapa perlu kita risaukan?


Eh tetapi, hidup di sini sangat rasa dilindungi. Saya akui. Mengikut apa yang saya rasa sebagai seorang akhawat. Orang arab di sini sangat menjaga dan memelihara akhawat-akhawat di sini. Kata lainnya, 'ladies first'. Betapa konsep itu, sangat diterapkan dalam kalangan penduduk di sini.


Melainkan orang arab yang tiada tamadun. Faham sahajalah sifat mereka bagaimana. Sering menjadikan pelajar melayu bahan usikan mereka.


"Ayah, harga tiket dah cecah 5++ JD. Macam mana eh?"


"Kita tengok dululah. Kak Long punya tunggu promosi tiket ya. Bajet ayah takut tak cukup nak bayar 2 tiket.." Balas ayah.



'Ayah, angah faham aja situasi kita. Angah tak mengharapkan supaya angah boleh selalu balik ke Malaysia. Sebab niat angah datang sini pun memang untuk mengutip ilmu dan membawa pulang segulung ijazah tu sebagai mahasiswi Mumtaz keluaran Jamiah Yarmouk itu sendiri.

 Seandainya angah belum diizinkan Allah untuk balik, angah redha. Dan angah harap ayah dan ummi juga redha. Cuma satu doa angah, moga suatu hari nanti.. ayah dan ummi dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini. Merasai kehidupan yang selama ini anak ummi ayah lalui dengan hasil angah sendiri. 

Dan seandainya Allah menetapkan juga untuk angah balik Malaysia, sedaya upaya akan dipenuhi masa-masa luang bersama keluarga kita. InsyaAllah'.

T.T


Sukarnya membuat pilihan. Namun, pilihan kita itulah kehidupan. Allahuakbar. Hakikatnya, sebagai seorang daie yang jelas matlamatnya dia tahu akan prioriti yang sepatutnya.

"Balik ke?" Persoalan yang tiada jawapan. Anda rasa? Ke ada yang nak sponsor? Alangkah nikmatnya tidak terkata. Uhuh. Senyum jahat.


"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan Mudahkanlah untukku urusanku.."
(Surah Taha : 25-26)




February 26, 2013

.BuBuU #1



"Em.. nanti awak semua fikirlah ya nak beri nama apa untuk liqo' kita ni.." Kak Ally bertutur lembut, sambil matanya memandang mutarobbinya satu persatu. Iyah, Atty, Nouha, Ella, Arfi, Ekin, Abel. 


"Kita beri nama BuBuU nak!" Iyah terus mencadangkan. 


"Apa tu awak? Comel je.." Kak Ally dan ahli turut tergelak mendengar cadangan Iyah.


"Macam bubu ikan aja kak Iyah ni." Celah Ella. 


"Heyy.. maksud dia Bulat Bulat Ukhwah ya. Comelkan? Setuju tak?"


Disebabkan mereka yang lain sudah malas untuk berfikir panjang. Diterima dengan rela dan senang hati nama yang agak 'comel' itu.


Biarlah, nama itu tidak penting. Kerana ianya sekadar satu wasilah. Namun, misinya ingin menyampaikan Islam seperti mana Rasulullah dan para sahabat laksanakan. Moga Allah melapangkan hati-hati mereka.


Kak Ally sekadar tersenyum kecil melihat keletah mereka. Dilayan saja setiap butir bicara mutarobbinya yang bertujuh itu tanpa sedikit pun perasaan yang memperlekehkan. Ya, sebenarnya itulah proses tarbiyah yang bukan sekejap sahaja untuk mendapatkan hasil dengan sekelip mata.


Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak semudah pada bicara yang boleh memberhentikan itu dan ini, walhal dengan tarbiyah itu sebenarnya mampu mengingatkan hati-hati jika semua itu dipaksikan hanya kerana Allah. Dan halawatul iman itu, sedikit demi sedikit meresap sebati pada hati.


Sedangkan dia juga turut tertaut di jalan ini kerana teladan dan qudwah Islam yang dipamerkan murobbinya dahulu.


"Bubuu.... senang juga nak sebutkan?" Atty memuji.


"Kan....?" Kak Iyah mengajuk Atty sambil mukanya gembira berseri dipuji.


" Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul (penyampai) dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. " (Al Baqarah: 129) 


Cerita ceriti mereka, tidak diketahui apakah kesudahannya. Namun setiap pergantungan, mereka bulatkan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah agar melorongkan mereka ke arah jalan yang terus menuju JannahNya. Tanpa seorang pun yang tercicir dan tertapis sehinggalah tapakan mereka bersama melangkah menghadap Allah yang di cintai.



February 22, 2013

.Berkatalah kepada TuhanMu..



Bismillah..

Mata menghadap ke siling bilik. Putih. Terbias cahaya lampu tidur yang malap-malap.


"Kalau kita terus macam ni memang satu apa pun takkan berjalan."


Hati Husna sedikit tersentuh dengan bicaranya. "Nampak tak yang kita sebenarnya cuba lari dari keadaan. Kita seolah sembunyi disebalik siapa kita yang dahulu."


"Betul.. ana pun rasa macam tu." Nada Hani mengendur perlahan.


"Hakikatnya kita rindu kita yang dahulukan? Waktu itu kitalah pendorong, kitalah penguat dan bila masa yang sibuk itulah kita semakin dekat dengan Allah." Husna meluahkan rasa hati yang terbuku sekian lama.


"Itulah, ana rasa memang kita kena sentiasa saling mengingatkan sesama kita. Takutkan sebenarnya andai kita tertinggal gerabak ni?"


"Takut.. dan tak sanggup nak fikir. Rasa sedih sangat."


"Doakan ana ye, Hani..."


"Sama juga. Assalamualaikum." 


"Waalaikumussalam."


Husna menarik sedikit hirom yang menelimutinya agar sampai ke paras kepala. Sejuk. Tubuhnya diarahkan ke sebelah kanan, membelakangkan Hani di sebelahnya.


Mata dipejam rapat. Sungguh ketika ini, hatinya sedikt resah kerana banyak tanggungjawab yang belum dilangsaikan. Namun, jiwanya terganggu dengan apa yang dirasai dengan jahiliyyah-jahiliyyah kecil yang masih berbekas di jiwanya.


Hatinya meruntun sedih. Apakah memang diterima Allah dosa-dosanya? Bukan setakat jahiliyyah kecil. Segala jahiliyyah silam hanya Allah yang mengetahui segalanya.



Kata Muhammad b Wasi' al Azdi rahimullah: "Kamu semua memuji ketaqwaan dan ibadatku, sedang jika dosa-dosa itu mengeluarkan bau, sudah tentu kamu semua tidak akan mendekatiku.."



Butang play ditekan. Dendangan zikir 'Astaghfirullah' nyanyian Hafiz Hamidun membuatkan hatinya semakin basah dengan memohon keampunan dari Allah.


"Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan..." (Yusuf : 53)


Teringat akan bait nasihat Pensyarahnya di kelas, "Berkatalah pada TuhanMu.... Ya Allah, aku buat kesalahan ini. Aku buat kesalahan itu. Ampuni aku ya Allah."


'Berkatalah pada TuhanMu....'


Sungguh Dia mendengarkan bicara dan rintihan hambaNya.


Ampuni dosaku yang menggunung tinggi ya Allah...



February 19, 2013

.Buku fikrah.


Bismillah..

Ketandusan idea?

Mesti kurang membaca nih.

Nah, bak kata sahabat saya, pasti buku-buku ini
akan membuatkan anda meleleh melihatnya.







*Ummi.. belikan angah buku-buku ni. Plisss..* heh

Rasanya sudah lama tak jadi orang obses dengan buku! Wuh.. memang mampu pandang aja buku-buku ni buat masa sekarang. Sebab baru naik semesterkan? Haruslah.. buku jamiah didahulukan.

Kita pinjam buku akak-akak dululah ye ^^ 



February 14, 2013

.Tempoh tu dah tamat!




Bismillah..

"Bukanlah kita nak pilih orang eh. Islam itu memang untuk semua. Tapi kita tidak mahulah mengumpulkan yang hanya 'tin kosong'. Beza 'tin kosong' dengan 'tin beisi'."

Penuh sentap bicaranya.


Fahamlah saya dengan ungkapan Imam Hassan Al Banna,
“ Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.”


Namun sebelum itu, sama-sama kita renungkan.. 
nasihat Syeikh Jumuah Amin kepada para kader duat,

Jangan terlalu fokus dengan manajmen, idariyah, takhtith (perencanaan), tapi kurang fokus dalam hak-hak Allah. Takhtith dan manajmen baru efektif kalau dilakukan oleh tangan yang berwudhu, kening yang yang banyak sujud, jiwa yang khusyu',hati yang tenang dan tunduk pada Allah. Tanpa itu, sehebat-hebatnya manajemen dan takhtith yang dilakukan takkan memberi kemenangan.


Kita bukan lagi budak 'Latihan Kader Duat' (LKD). Tempoh tu dah tamat!
 Masa 'latihan' itu sudah lepas..Tapi kitalah kader duat tu.
Kitalah yang harus membina dan terbina. Kita yang sedar dan faham inilah yang perlu memacu diri dan insan sekeliling dengan lebih pantas! Demi menggapai JannahNya serta redhaNya..



February 12, 2013

.Semua makhluk mendoakanmu..


Bismillah..

Tarik nafas dalam-dalam. Huh. Beginning the second semester. Moga pandangan, pendengaran dan hati masih dalam pemeliharaan Allah.

Papan tanda kuliah 304 terpampang di pintu kelas. 

Langkah kaki kanan didahului. Hati penuh debaran bila memikirkan madah yang diambil ini adalah madah (baca: subjek) tahun 3. Melihatkan ramai sahabat tahun 1, saya sedikit reda. Tidaklah saya keseorangan.

Senyum.

"Kamu semua tahun 1?" Tanya Dr. Randah. Antara pensyarah yang sentiasa mengambil berat berkenaan pelajar Malaysia di urdun ini. Sikapnya yang penyayang dan mudah mesra sangat disenangi dalam kalangan pelajar tahun satu di sini.

"Tak.." 

"Siapa yang tahun 4?" Tiada siapa yang mengangkat tangan.

"Tahun 3?" Dukturah bertanya lagi. Adalah dalam dua atau tiga orang.

"Tahun 2?" Sama juga. Sedikit sahaja yang mengangkat tangan.

"Ya Allah, bakinya? Semua tahun satu? Cuba angkat tangan tahun 1?" 90 peratus dari kami termasuk saya.

Dukturah menggeleng kepala.

"Mengapa kamu tasjil madah ini? Sedangkan kamu tahu ini madah tahun 3?" Bicara dukturah lembut.

"Tiada madah dukturah.." Sebahagian kami menjawab.

Lazim di sini, tahun 1 sukar untuk mendapatkan madah yang mudah atas faktor baki-baki madah yang tidak di pilih oleh senior. Maka, itulah madah yang dapat dikaup oleh pelajar tahun 1.

"Kamu fikirlah balik. Saya tidak kisah seandainya pelajar arab. Tapi saya risaukan pelajar malizi. Banyak lagi madah tahun 1. Fiqh ibadat, fiqh muamalat. Yang lebih senang dari fiqh aiman."

Saya tahu dukturah...

"Baiklah, saya minta semua tutup buku..." Buku dan pen saya simpan kemas. Bersedia mendengar bicara fikrah dari dukturah.

"Di awal pembelajaran ini. saya sekdar ingin mengingatkan semua agar kita memperbaharui niat kita. Luruskannya hanya kerana Allah. Niatkan kamu datang ke kelas, kerana Allah.."


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا امْرِئٍ مَا نَوَى
Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang diniatkan

"Ya Allah, aku pergi kelas ini keranaMu.."

"Ya Allah, aku mengeluarkan wang membeli kitab ini keranaMu.."

"Ya Allah, aku mempelajari ilmu ini keranaMu.."

"Ya Allah, aku membayar duit sewa ruma keranaMu.."

"Ya Allah, aku bermusafir ke sini bagi menuntut ilmu hanya keranaMu.."

Sentak. Apakah sudah kesemuanya kita niatkan kerana Allah?

Air mata mula bergenang. Benar, hanya insan yang berpijak di bumi ini merasai kepahitan dan kemanisan hidup di negeri orang. Bicara dukturah seakan memahami apa yang kami rasai.

"Saya tidak menghalang untuk kamu mengambil madah ini, tapi anggaplah ianya sebagai satu nasihat.." 

Saya menarik nafas sedalamnya. Sedaya upaya ditahan air mata dari tumpah ke bumi.

"Kamu tahu? Semua makhluk di bumi, di langit, di darat, di lautan mendoakanmu. Setiap kali kamu berjalan menuntut ilmu mereka berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan buat kamu. Para malaikat juga turut serta menaungi orang yang menuntut ilmu dengan sayapnya.. "

Bergenang lagi. 

Terasa seolah sangat dimuliakan apabila difikirkan kembali.

"Sebanyak mana pun duit yang kamu ada, kamu akan pulang kepada Allah. Sehebat mana pun diri kamu, kamu akan pulang kepada Allah. Dan yang paling kita inginkan adalah syurga Allah. Di mana di dalamnya kita bersama Rasulullah tercinta..."

Sambung dukturah lagi, "Pokok-pokok yang banyak. Air sungai yang mengalir. Perempuan-perempuan yang cantik dan dilayani sebaiknya. Jejaka-jejaka yang tampan wajahnya. Semua nikmat itu yang Allah bicarakan di dalam quran."

Buat KITA.. yang sedang bermujahadah menuntut ilmu, teruskan tanpa menyerah dan rebah demi syurga Allah yang kita inginkan itu. Moga Allah mengiringi langkah kita bersama.