Pages

Monday, March 10

.Ah ini semua alasan!




Bismillah.


Tangan laju menaip isi cerita yang ingin diselitkan di dalam blog. 
Akhirnya..


'DRAFT'.


Untuk kesekian kalinya saya mencuba lagi. 
Nampak gayanya, usaha tidak membuahkan hasil. Sekali lagi..


'DRAFT'.


Sejenak saya berfikir. Sampai bila harus begini? Basi sudahkan iman dihati? Sehingga, persekitaran yang mampu dilihat dengan kaca mata tarbiyah, sedikit pun tidak mengesani untuk melaksanakan amal dakwi yang satu ini?


'Tak.. banyak lagi tugasan lain yang boleh aku buat. Sekarang orang tak main dah blog-blog ni. Panjang-panjang sebuah penulisan, manusia manalah yang nak baca. Ayat skema? Hurm.. lainlah gaya APG ke, Budak Mato ke, masuk sikit dengan budak zaman sekarang. Kan?' Acap kali hati berbicara.


Ah ini semua alasan!


---


"Ana merindui enti. Sekalipun enti tiada di sisi, cukuplah dengan penulisan enti, kehadiran dan semangat enti pada ana, dapat dirasai.." Parah juga ya?


Haza min fadhli robbi ya ukhti..


"Enti dah tak menulis blog dah ke? Burtuqaly pun.." 


Luah beberapa orang sahabat saya di Malaysia melalui personal mesej, laman Muka Buku.. Rindu barangkali. 


Burtuqaly.. saya tersenyum sendirian. Ya, dialah insan yang menggerakkan saya dalam keterjebakan dunia maya. Bermula dari Yahoo Messenger! kepada Facebook dan seterusnya dunia Blogging. Dan kini, Multimedia. Teima kasih, Burtuqaly.


Itulah sahabat. Cerminan buat diri kita. Bahkan, saya bersyukur kerana saat kami diperkenalkan dengan erti dakwah dan tarbiyah yang sebenar di bumi Jordan, betapa dunia media amat memerlukan daie-daie yang faham.


Ya Faham. Seiring dengan Iman dan Ikhlas dalam beramal mendekati masyarakat membawa bersama kepada Allah.


Namun, satu yang tidak saya gemari.


"Dunia penuh wayar.." Kata saya padanya. Meski kita hidup dengan nyawa pemberianNya, seolah support system utama manusia kini adalah wayar-wayar Android, Laptop, Camera, dan sebagainya. Sehari tanpa semua itu, hidup manusia itu bagaikan tidak sempurna. Sehingga untuk menulis itu.. tiada masa?


Ah ini semua alasan! 


Manusia bersikap robot apakah aku ini? Itu yang dikatakan daie yang faham? Astagfirullah.


---


"K ipot.. ana dah lama tak menulis ni." Luah saya kepada salah seorang ahli rumah tercinta.


"Lah. Tulislah Bilo. Apa masalahnya?"


"Tak tahu. Ana rasa dah berkarat sangat penulisan ana ni. Susah nak mula balik."


"Meh sini ana tengok, berapa lama enti tak menulis." Terus dia mencapai Laptop Asus miliknya. Blog 'Miraclemukmin.blogspot.com' ditaipnya .


Jelas. Berhabuk! 


"Terakhir, entri bulan Oktober. Ya Allah enti, sekarang dah bulan berapa?" Begitulah nadanya. Seringkali mengusik. Dan membuatkan kita berfikir.


"Tolong ana, kak Ipot.." 


"Enti, daripada bulan November, Disember, Januari, Februari, dan Mac. Dah hampir 5 bulan. Hei, orang mengandung pun perut dah besar tahu!" Masih lagi dengan gayanya menyakat tanpa henti.


Saya sekadar menunduk meminta simpati. 'Tapi memang aku sedang mengandung pun. Anak-anak mutarobbiku masih dalam proses tarbiyah yang perlu aku takwin dengan rapi. Dengan izin Allah, lagi empat bulan, lahirlah mereka yang berjiwa indivdu muslim yang sebenar. InsyaAllah..'


Hati bermonolog lagi. Hah. Masih lagi mencari alasan? Allahu..


Ah ini semua alasan!


---


Menulis. Besar sangatkah permasalahan ini? Tidak. Bukan penulisan. Hakikatnya alasan itu. 


Alasan yang manusia ciptakan. Alasan yang manusia hadirkan. Alasan yang manusia tapakkan. Alasan yang manusia bina sehingga menjadi tembok penghalang untuk kita lebih melaju ke SyurgaNya telah disekat dengan kukuh tanpa kita sedari.


Sesungguhnya, saya manusia biasa punya khilaf. Mungkinkah kerana maksiat yang saya lakukan, menyebabkan masa-masa saya tidak diberkatiNya? Mungkinkah juga antara faktor kekeringan idea kerana disebabkan hubungan saya dengan Allah itu sendiri terlalu rapuh? Sehingga tidak sedikit pun membantu insan lain untuk terus beramal dengan istiqamah.


Ampuni aku ya Allah.. Astaghfirullah.


---


"Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. 


Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."


(Surah Luqman, 31 : 34 ) 


Masih mahu bertangguh lagikah kita dalam beramal?
Mahu tunggu kembali ke Malaysia baru ingin beramal?


Fikir-fikirlah sahabat yang saya kasihi keranaNya. 


Biiznillah.
Jom sama-sama all out dalam mengejar redhaNYA?



AH PERGI KAU ALASAAAAN!