Pages

Tuesday, March 6

.Sepatu kaki.

Bismillah..

versus

Kisah seorang remaja perempuan di tengah bandar Glasgow...

Usai makan tengahari, dia diajak oleh bapa sedaranya untuk membeli sebahagian kecil barang sebelum pulang ke Malaysia nanti. Tanpa banyak alasan, dia sekadar mengangguk tanda bersetuju.

Baju biasa dikenakan dan jaket hitam disarung pada tubuhnya. Tepat jam 1 petang mereka keluar dari perkarangan rumah ke tempat menunggu bas. Sambil itu, dia hanya mendengar 'motivasi' bapa sedaranya yang merupakan pensyarah di situ.

Senyum, dan terus senyum...sehingga bas nombor 44 pun tiba.

" One eighty please.." Duit syiling dimasukkan. Tiket di ambil. 

" Thank you.." Sambil mata meliar mencari ruangan duduk yang kosong. Penuh. Sejurus itu, dia mengambil tempat di bahagian tingkat atas bas. Ruangan sebelah kiri tingkap menjadi pilihannya.

Tempat yang ingin dituju ialah City Centre. Tempat di mana penduduk Glasgow ini, melempiaskan nafsu membeli-belah baik yang tua mahupun muda. Yang lelaki mahupun wanita. Pelbagai barangan ada. Memang menepati citarasa orang ramai. Dia juga salah seorangnya.

Sampai sahaja di City Centre, dia dan bapa saudaranya menelusuri kedai-kedai di situ. Terpampang nama kedai yang gah di mata dunia. Barangan yang berjenama. Cukup terkenal.

Sport Direct. Menjadi perhatiannya.

Sebenarnya sudah lama, dia ingin mengatakan pada bapa saudaranya yang kasut yang sedang dipakai kini, telah bocor. Entah mengapa, dia takut sekiranya menyusahkan mereka untuk bawanya membeli kasut. Jadi dia memilih untuk berdiam diri.

Sampailah satu masa, bapa saudaranya sedar akan kasutnya yang sudah haus dan bocor itu. Mana tidaknya, asyik jalan memanjang.

Sebelum masuk ke dalam kedai dia berdoa agar kasut yang ingin dibeli adalah yang terbaik. Semoga Allah membantunya dalam membuat pilihan.

Alhamdulillah, terjumpa sepasang kasut yang amat menarik perhatiannya. Dicuba pada kaki. Muat. Harga dilihat. 

'Tiada lagi murah ke?' detik hatinya. Sejujurnya dia amat segan untuk memilik barangan yang agak mahal. Mungkin setengah orang akan berkata "okay". Tetapi tidak bagi dia. Bukan bermakna dia seorang yang amat berkira. Tetapi....

malu.

Ya itulah jawapannya. 

Dengan lafaz bismillah, dia terus mencapai dan keputusannya tetap untuk membeli kasut itu.

Pulang daripada membeli belah, senyumannya tidak lekang dari bibir. Tak sangka dapat beli kasut baru. Mahal itu tidaklah. Kurang daripada £20. Biasanya Umminya yang pilihkan. Anak Ummilah katakan...

Malam itu, seperti biasa lagaknya. Mobilenya dicapai. Laman sesawang 'facebook' ditaip. setelah di log in.
Terpapar satu video di 'you tube' yang di link kan oleh teman facebooknya.

Video itu di 'click'..

Dengan menggunakan ear phone, dia hanya mendengar tanpa melihat pada skrin mobilenya. Sepanjang mendengar bicara seorang Ustaz Harun Din yang cukup terkenal itu mengisahkan mengenai mimpinya berjumpa Rasulullah. Tanpa sedar air matanya berguguran mendengarkan kisah itu.

Salah satu yang dikisahkan. Ustaz tersebut terasa amat dekat wajahnya dengan Rasulullah. Ketika itu di dalam sebuah khemah yang amat besar. Di luar khemah itu, terdapat kasut Rasulullah. Beliau menyarungkan kakinya ke kasut Rasulullah. MasyaAllah. Lusuh sungguh kasut Rasulullah itu katanya. 

Sambungnya lagi, tetapi kasut itulah yang mengalasi tapak kaki Rasulullah yang lembut itu. Kata beliau pada kasut itu di dalam hati. " Sungguh kamu telah berbakti kepada Rasulmu. Tetapi apa yang telah aku buat kepada Rasulku?? Beliau menangis sehinggakan bangunnya dari tidur, masih terasa hangatnya bersama Rasulullah...

Remaja perempuan itu mengesat air matanya. Dia mengalihkan pada kasut yang baru di belinya itu. 
Sungguh, kerana itu dia malu. Rasulullah adalah pemimpin tertinggi. Tetapi Baginda juga biasa saja pemakaiannya. 

" Ya Allah.. izinkan aku untuk memakai kasut itu tanpa sedikit riak dihati ini.. ya Allah. " Doanya di dalam hati.

-tamat-

...Temukan aku bertemu dengan Rasulmu Ya Allah....



Sunday, March 4

.Tahajjud.

Bismillah...


Imbas kembali saat mula kaki ini menjejaki bumi eropah ini, waktu siang berlalu dengan amat pantas. Waktu malam pula, Allah berikan lebih panjang untuk hambaNya beristirehat.

Saya bersyukur, hari ini dapat bangun lebih awal daripada biasa. Namun, hati tetap hampa kerana terlepas untuk melaksanakan tahjjud. Saya akui, saya qiam (bangun malam). Sekadar mata celik, tangan mencapai telefon bimbit dan mematikan alarm.

Benarlah firman Allah :
" Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!. Bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil " al-muzammil :1-2

Memandangkan kini, subuh masuk pada jam 4 lebih pagi amat sukar untuk bangun bertahajjud. Saya masih dalam proses untuk mendapat kekuatan bangun bertahajjud yang telah hilang ini. Saya tidak seperti malaikat yang amat patuh kepada suruhan Allah. Kepatuhannya tidak dapat ditandingi oleh manusia. Hatta Rasulullah sendiri. Sebab kita punya nafsu yang sering mengganggu.

Beberapa hari lepas, saya mengadu kepada seorang sahabat saya. Saya berkata padanya, saya tidak seperti di asrama dahulu...

Bangun awal pagi, kejut sahabat lain untuk bertahajjud. Bukan pada waktu subuh tetapi sebelum subuh. Ada yang menyahut. Ada juga sekadar angin lalu sahaja. Benarlah firman Allah, bahawasanya sebahagian kecil sahaja yang kuat bermujahadah. Tetapi nikmatnya, hanya yang merasai kan mampu menghayati 'halawatul iman'.

Kenangan...
Yang membina tarbiyah jati diri. Rindu ^^

Walau apapun, saya tetap berusaha untuk bangun bertahajjud. Saya dan sahabat saya itu, kami sudah 'deal'. Target kami cuba untuk dapatkan 4 kali seminggu. Tinggal lima hari lagi saja, sebelum minggu hadapan. Semoga saya dapat capai target yang ditetapkan.

Kamu yang membaca cerita saya ni, sekadar baca sajakah? Tak terasa apa-apa dihati? Jom! sama-sama kita perbaiki diri. Usah malu untuk melakukan perubahan..  biarlah apapun orang mengata. Sedangkan kita ingin perhatian Allah buat kita. Betul tak??

Semoga hari ini lebih baik dari semalam... wahai orang yang ber IMAN !!

.His help.

Bismillah..



I thought that I can't go to 'bulatan gembira' but He show me the way.

Gembiranya hati.

Kak Nusayba, Kak Adawiah, Kak Fida, Kak Arinah and Kak Mimie. Saya rasa saya sudah benar-benar jatuh cinta pada kamu. ^^ ( asyik terbayang saja muka yang tenang lagi suci itu...)

Bicara mereka.

Keikhlasan mereka.

Senyuman mereka.

Last but not least, pelukan mereka.

Penuh aliran ukhwah. Subhanallah.. terasa tenangnya hati bila bersama mereka.

Satu yang ingin saya kongsikan. Betapa Kita ini menggelarkan diri seorang Muslim. Tapi tak ramai antara muslim ini yang sanggup turunkan ego demi menjad Hamba kepada Allah yang Maha Esa. Bila mana menjadi hamba, kita sepatutnya tunduk dan patuh kepadanya. Tiap arahannya sanggup kita penuhi. Semata untuk mendapat keredhaan Nya..

Right??

Al- baqarah; 207

"Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaanAllah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba nya."


Saturday, March 3

.tali ikatan.

Manusia sememangnya memerlukan Tali itu
Terlalu banyak Tali yang diberi pilihan
Hanya satu saja Tali yang sebenar-benarnya
Yakni Tali Allah Tuhan yang menciptakan

Bismillah...

Sudah beberapa hari juga jemari saya tidak berlari-lari di papan kekunci ini. Semalam saya mendapat mesej daripada kak Nusayba merangkap kakak naqibah saya. Dia mengatakan ada usrah di Glasgow. Semua ahli usrah berkumpul di rumah kak Fida. Sememangnya saya amat berharap dapat pergi ke sana. Macam biasalah.. berbalas di dalam fb.

Dan tibalah hari ini, di mana saya berada dihadapan komputer menggambarkan yang saya tak dapat pergi usrah T.T

Lagi pun, mula pukul 9.15 pagi. Rumah kak Fida di Charles Street. Perlu menaiki bas. Bas pula mula beroperasi pukul 9. Okay, satu perkara lagi...sekiranya saya pergi juga, nanti saya tidak tahu perlu turun di mana. Sudahlah saya tiada nombor phone.

Banyakkan alasan saya. Gedik sungguh! tak independent. Mungkin begini agaknya rasa apabila Bilal b Rabah teramat sangat ingin berjumpa Rasulullah sehingga perlu keluar dalam keadaa sembunyi-sembunyi. Tapi saya tidakklah sehebat Bilal. Beliau sanggup meredah apa jua halangan hanya semata kerana terlalu mencintai Rasulullah.

Begitu juga saya. Saya sudah jatuh cinta pada mereka..
Saya sudah pun call kak Arinah Tapi tidak berjawab. Hati bagai nak retak, pecah berderai bak kaca.

Sakit.

Allah....

Sedih.

Kadang-kadang ada setengah orang dia tak perlukan pun usrah. Atau nama lainnya bulatan gembira. Nama pun bulatan gembira. Peliklah sekiranya orang itu tidak gembira. Betul tak? Tetapi saya percaya bila mana usrah itu tidak dibasahi dengan seruan Allah ia akan kering-dan amat kering. Tanpa memberi kesan pun kepada si pemilik hati. Allahuakbar. Nauzubillah..

Kak Nusayba ada mengajak tidur di rumah kak Fida. Siapa yang tak nak...

Berkumpul semua hanya kerana untuk membicarakan tentang Allah. Mengaitkan semuanya tentang Allah. Mempelajari ilmu Allah. Mentadabbur ayat Allah. Segalanya bagi mendekatkan lagi hati ini untuk mencintai Allah. Tidakkah itu satu situasi yang manis bila mana hambaNya sangat ingin mengenali Tuhannya secara lebih dekat??

Ya, mungkin mereka sudah mula ber'bulatan gembira' sekarang... Aku redha Ya Allah..

'Maafkan Nabila akak.. Tak tahu dapat jumpa akak lagi ke tak lepas ni..'

Sekarang saya dalam proses tarbiyah dalam keadaan berseorangan. Mak cik dan Pak cik saya mungkin saja masih belum menghayati keindahan 'bulatan gembira' itu sendiri. Dalam Islam juga tiada paksaan. Sedangkan Hidayah Allah itu ada di mana-mana. Kita yang perlu cari. Hakikatnya memang sekeliling ini sudah dilengkapi untuk seorang Hamba mengenali Penciptanya. Cuma nak atau tidak..Silakan buat pilihan sendiri.

Saya yakin dan percaya bahawa Ummat Rasulullah s.a.w yang berpegang pada Tali Allah mereka akan kuat. seperti sahabat usrah saya. Bayangkan, mereka kebanyakannya mengambil bidang medik. Amat sibuk. Tetapi bagaimana mereka luangkan masa untuk bersama hanya keranaNya?? Urusan mukmin itu sememangnya sangat 'miracle'. Kesemuanya duduk jauh-jauh.

Saya bagi contohlah..Pelikkan sekiranya saya tinggal di Penang, dan ahli usrah saya ada yang tinggal di Kedah dan Perlis. Begitulah perumpamaanya.

Dalam firman Allah s.w.t


"Sesungguhnya tidak akan sesat seseorang itu sekiranya dia berpegang pada Tali allah yakni Al-Quran dan As-sunnah"

Kuatkan aku Ya Allah...
Aku sangat lemah tika ini...
Dengarkan Aku ya Allah...



Wednesday, February 29

.Perubahan musim.

Bismillah..

sebelum

selepas

Berputarnya bumi pada paksinya
Berubah dari satu masa ke satu masa
Sungguh banyak masa yang diberikanNya
Masih lalai lagikah kamu wahai Ummat Rasulullah!

Puas sudah saya meronda di laman blog sahabat-sahabat saya. Dari satu cerita ke satu cerita. Semuanya mempunyai ibrah yang sangat bermakna. Ada juga yang penulisannya amat kering sekali. Kasihan, mungkin hamba itu ingin meluahkan kekosongan di hatinya.

Sempat juga saya membaca kembali tulisan saya sebelum ini. Saya jumpa sesuatu mengenai jiwa saya. PERUBAHAN. Bila mana saya tidak diberikan acuan tarbiyah, saya terkandas dari landasan fitrah. Sungguh.. amat pantas hati ini berbolak balik.

Suhu di luar sana semakin meningkat. Bermakna musim sejuk mula mengundurkan diri. Kini, musim yang amat 'romantik' bagi saya sudah mula memunculkan diri. Apakah diri saya juga sudah berbunga-bunga?? Ya, sangat berbunga yang dibajai oleh keimanan. Insya-Allah..

Kamu! takkan mampu tembusi hati saya. Hanya saya yang tahu apa yang terlintas di hati saya. Tetapi adakalanya saya sendiri tidak mampu menafsirkan tiap bait lintasan hati ini. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. Cuma yang mendorong kita adalah misi dan visi yang ingin dicapai di akhirat kelak. 

Teman, hati-hati ya dengan keadaan kini. Terlalu banyak maksiat sekeliling yang boleh membutakan hatimu. Jangan diambil remeh kemungkaran yang berlaku. Imbas-imbas selalu jiwa dan dirimu. Adakah masih dijalanNya. Atau sudah hampir ke landasan yang tidak diredhaiNya. Yang putih tetap putih. Manakala hitam tetap hitam. Kejernihan putih jelas kelihatan walau setitik dakwat hitam.

Allah berfirman yang bermaksud:
" Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka. ": 201

Temanku harapan ummah
Jelaskan visi perjalanan
Agar kau berpijak di landasan kebenaran






Tuesday, February 28

.Barakah bumi Gaza.

Bismillah...

Apa yang anda mampu huraikan melalui gambar ini?.. sedih? kesian?
Kalau saya, cukup KAGUM! jeles..

Ini antara pengisian yang saya dapat dalam program daurah hari tu. Slot yang dikemudikan oleh Brother. Azim. Mantan Ketua di UK. Dalam banyak-banyak slot ini yang paling menyentuh hati saya. Jujur sebelum ini, saya tak berapa nak merasai dihati. Tapi kali ini memang tip..top..!

Penyampaiannya amat sederhana diselangi dengan slide gambar semasa Brother Azim mengikut rombongan Aqsa Syarif ke Gaza.

Ada masanya saya geli hati mendengar ceritanya.Tetapi diselitkan tarbiyah di gaza membuatkan hati ini bergetar mendengarnya.

Brother Azim mengatakan pada awalnya dia sangat excited bila diajak bagi menyertai rombongan ke Gaza. Kalau kita pun, pastinya akan mengatakan 'Ya!'. 4 hari sebelum pergi ke Gaza, dia mula memikirkan bahawa yang dia seakan menempah syahid untuk ke sana. Allahuakbar..

Risau juga hatinya. siapa yang tidak takutkan kematian. Sedangkan Allah telah berfirman didalam al-quran bahawa DIA akan menguji hambaNya dengan ketakutan. Tetapi bila diberi nasihat oleh para sahabat, mereka mengatakan " Pergilah, ini peluang!" Dengan hati yang berserah kepada Allah dia pergi jua.

Mereka berada di Gaza selama 4 hari. Betapa tarbiyah di Palestin amat berkesan mendidik anak pemuda di sana. Katanya lagi semasa melepasi sempadan Gaza, amat sukar. Ibarat kita rakyat Malaysia ingin merentasi Thailand tetapi perlu melalui imegresen pihak Singapura. Sungguh tidak adil! Zionis laknatullah!!

Kemudian semasa berada di sana, mulanya mereka singgah dahulu ke rumah Prime Minister Gaza. atas jemputan beliau sebagai menghormati tetamu ke negerinya. Hebatkan pemimpin sebegitu??

Rumahnya, flat sahaja. Tiada yang indah.  Terletak di tingkat atas sekali. Sekali pandang tak sangka rumah itu adalah tempat tinggal seorang pemimpin tertinggi. Di situ, mereka dilayan dengan penuh rasa aliran ukhwah. Tak lupa juga kata Brother Azim.. Isteri perdana menteri tersebut mengucapkan terima kasih khususnya buat sister di UK. Uhuk2.. ^^

Sambungnya lagi, dia kata tidak mahulah cerita pasal Gaza mengenai benda yang sedih2 saja. Asal Palestin sedih. Asal sedih saja Palestin. Kita cerita yang gembira2 saja.

Brother Azim juga ada menujukkan gambar jet yang berlegar di ruang udara. Tetapi jet itu tiada pemandunya. Siapa yang melepasi sempadan bila-bila masda saja boleh di bom. sama juga seperti kapal-kapal yang berada di sekitar lautan Gaza. Jarak 2 kilometer daripada pantai Gaza kelihatan kapal tentera zionis yang siap untuk melepaskan bom.

Mengenai anak kecil di sana pula, mereka amat beradab dan bersopan. Mereka ditarbiyah agar tidak meminta-minta. Malah cuba berusaha atas kudrat diri bagi memperoleh rezeki. Ada satu kisah yang diceritakan, pihak bantuan Aqsa Syarif telah menyediakan bbanyak mainan untuk diberi kepada anak-anak di situ. Setiap seorang memperoleh satu haiwan mainan.

Tibalah seorang budak lelaki, dia menerima haiwan arnab. Jelas di wajahnya agak kecewa. Hmm.. tak gentleman lah kalau budak lelaki main arnab.. ye dak?? Mungkin itu yang berkata di hatinya. Tetapi dia senyap tidak memberontak. Setelah semua sahabatnya memperoleh mainan, di akhir sesi dia bertemu dengan Brother Azim dan meminta izin untuk tukar haiwan arnab kepada harimau. MasyaAllah. Sungguh kagum. Agaknya kalu kita masa kecil dulu, dah main ambil je mainan di atas meja tu tanpa meminta izin... Kagummm.... ^^

Bumi Gaza juga sebenarnya dahulu adalah tempat pelancongan. Tapi kini masih juga menjadi tempat pelancongan. Dan Allah telah berfirfan bahawa bumi Palestin ini ada barakahnya..

Lembu di sana amat besar. Bila ditanya penduduk di situ, makanan apakah yang telah diberikan kepada lembu2 itu. Mereka hanya menjawab itu semua kerja Allah. Mereka tidak punya apa2. subhanallah keyakinan merekan sangat..sangat..lah saya tabik. Pendapatan daripada susu lembu itu, satu hari boleh dapat 75 liter. Banyakkan. Besar lembu itu juga paras ketinggian seorang lelaki Malaysia. Sangat besar.

Akhir sekali, Brother Azim mengatakan sebelum mereka berpisah, penduduk di sana mendoakan..
" Semoga kita nanti dapat bersama2 solat berjemaah di Masjidil Aqsa" 

Sungguh menyentuh hati saya dan membuatkan air mata saya mula bertakung. Kuatnya mereka..
Semoga Allah mengurniakanmu kejayaan SAHABAT...

.Daurah di Manchester.

Bismillah...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan saya untuk mengikuti program tarbiyah ini. Terharu rasanya bila Allah mengabulkan doa yang sungguh saya minta daripadaNya dengan penuh pengharapan. Mungkin juga berkat doa para reader blog saya. Terima kasih ^^

Pada awalnya saya agak ragu-ragu juga untuk pergi. Takut menyusahkan Ummi Yatie dan Ayah Mi, tetapi setelah ummi iznkan saya pergi lega sikit hati ni. Program ni diadakan di Manchester. Dapat mesej daripada kak Arinah bertolak pukul 7 malam. Singgah sekejap di rumah anak dara! hehe. Siap belajar main gitar dengan kak Nani. Terkejut juga, sebabnya saya memang tak prepare apa-apa. Berbalas mesej pun melalui facebook saja.

Sukar untuk saya menceritakan tiap perjalanan yang dilalui. Terasa sangat indah. Rasa macam nak record saja  setiap detik. Kami menaiki kereta ke Manchester, malam jumaat. Sampai di masjid, jam 11 malam. Teruja juga rasanya, sebab saya sudah melepasi sempadan England! melihatkan sign board "Welcome to England". ngee~ ( jangan jeles ye abang, kak ngah tak pergi stadium pun!)

Betapa Allah mudahkan segalanya. Saya tak pernah buat benda pelik macam ni. Mana tidaknya berhubung dengan orang yang tidak dikenali. Main redah je asalkan dapat pergi program. Masa inilah yang baru dapat saya bertemu dengan kak adawiah, kak Arinah dan yang paling utama naqibah saya, kak Nusayba.

Selama 2 hari 2 malam, cukup bermakna untuk saya. Banyak ilmu yang saya dapat. Dan sebuah pengorbanan yang saya rasai, terpaksa tinggalkan majlis makan-makan di rumah kawan Ummi Yatie. T,T

.Tadhiyyah. ^^

Daurah kali ini, ramai juga yang datang. Ada yang daripada London, Brimingham, Dumfries, Aberdeen dan banyak lagilah. Seluruh UK. Berkumpul dengan matlamat yang sama yakni bagi memahami lebih mendalam tentang Islam.

Tajuk besar program ni, kesyumulan Islam. Iyalah, Islam ni bukan setakat beribadah je. Ia merangkumi segenap aspek kehidupan. 

" Udkhulu fi silmi kaafah " (al-baqarah: 208)

Sekiranya hendak memasuki Islam jangan ambil separuh-separuh. Hakikatnya semua hukum Allah dah tertakluk di dalam Al-quran. Saya mengingatkan diri saya juga. ^^

Dan di dalam surah Yusuf :101..

Nabi Yusuf berdoa " wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang2 soleh "

Betapa pentingnya kita mendekati orang yang soleh ini. Bukan bermakna kita meninggalkan terus mereka yang melakukan maksiat, tetapi kita melengkapi fitrah kita sebagai manusia yang amat mencintai kebaikan. Tak kisahlah rapat dengan pak Arab ke, Imam surau ataupun tok syeikh kat gerai kopi ke, asalkan yang boleh membawa kita mendekati Allah s.w.t . Hidup akan terasa lebih bereti dengan kesyumulan Islam ^^

Bila ada keyakinan dihati, tak payah cakap banyak pun tak apa. Orang akan dapat merasai nya melalui sentuhan amal yang dibuktikan. Setengah orang cakap macam tak cukup tape untuk di record tapi amalan?? 
Allahuakbar, saya menginsafi diri ini. saya juga dikalangan hambaNya yang banyak melakukan khilaf. 

Bezanya antara muslim dan mukmin pada amalnya. Muslim sekadar mengucap Syahadah. Mukmin dia turut mengamalkan segalanya mengikut syariat Allah s.w.t

Ya, kalau kita sayangkan Allah. Allah lebih menyayangi kita berkali-kali ganda lebih daripada apa yang kita jangkakan. DIA juga sudah berfirman kepada hambaNYA bahawa "Rahmat pengampunanku amat luas!" Allahuakbar...maaf ya Allah.

Kalau saya ditanya apa yang ingin saya minta daripadaNYA..
dua saja yang saya pohon. " Ampuni aku, dan terimalah amalanku!"

Thursday, February 23

.Nak join.

Bismillah..
sesungguhnya orang yang beriman itu berbeza dengan yang lain

Alhamdulillah masih lagi Allah memberi saya nyawa dan jiwa untuk hidup. Tanpa jiwa mungkin saya hanya hidup seperti mayat hidup yang tidak punya perasaan. Saya dapat merasakan tika ini saya tak punya banyak ilmu. Pendek kata...


lemah.


Penulisan saya juga terkena tempiasnya. Melambangkan yang saya ini tidak menaip dengan hati. Tapi kali ini, saya lain. Sebab saya punya pengharapan yang amat tinggi. Saya berharap agar Allah membuka jalan untuk saya join!


Saya baru dapat tahu daripada kak Rabiatul adawiah, mengenai program yang diadakan di Manchester minggu ni. Bermula hari sabtu pagi. Sampai bila saya tak pasti. Tak sempat berbalas mesej lagi. Al-maklumlah berhubung melalui medium facebook sahaja.


Saya pun explore mengenai adik usrah kak Rabiatul adawiah. Kak Maisarah Takhiuddin namanya. Tak pasti sama ada dia pergi naik kereta api atau kereta sahaja ke Manchester. 


Sabtu ni juga, ada open house di rumah kawan Ummi Yatie. Makan nasi kerabu tu...
Tapi yang paling utama adalah rohani saya. Dia juga perlukan makanan. Fizikal? cukup-cukuplah tu.


Jika dahulu, saya merasakan sayalah orang yang paling sibuk disekolah.
Jika dahulu, saya merasakan sayalah orang yang paling utama mengadakan program disekolah.
Jika dahulu, saya merasakan sayalah orang yang paling jarang berada di dalam dorm.


Tapi kini?


Saya rasa kelapangan yang amat sangat. Benarlah kata senior saya, bila dah keluar nanti kita akan rasa macam lapang. Sampai tak tahu nak buat apa. Saya tahu betapa ramainya orang yang cemburukan kami. Sebab bebas dari segala exam! kerja! dan macam-macam lagi. Sedangkan pemuda seperti kami amat diperlukan kekuatannya. Baik dari segi mental mahupun fizikal.


Saya berharap saya dapat join program tu. Saya nak pergi.. Saya nak pergi... 


Saya tahu,
Mereka mencemburui saya.. *pergi UK
Tapi saya lagi cemburu pada mereka..


STAM? R2S2 ? LKD ? kerja?? hehe itupun nak jelous! sudah semestinya...
Mereka dikelilingi sahabat.. yang dapat memberikan sumber kekuatan. Saya?? amat perit untuk menguatkan diri sendiri. Saya harap awak faham.. 

Ya Rahman Ya Rahim..
Izinkan aku untuk mengikuti program itu
Masaku di sini tidak lama lagi
Izinkan aku untuk mengecapi nikmat ukhwah
di bumiMU yang luas ini..
Ku mohon Ya Allah..
Ku mohon.. 

Wednesday, February 22

.Edinburgh.

Bismillah...
bukan di Sydney, Australia ye..

Mengimbau kembali saat perjalanan kami ke Edinburgh. Saya, kak Fatin, Ayong dan Abang Sala. Sebelum ke Edinburgh kami singgah di SECC. Pemandangan jadi cantik pula hari itu. Memandangkan matahari tidak dibaluti awan. Agak silau. Tapi tetap sejuk dan lain macam sikit rasanya.

Sampai di Edinburgh, kereta di parkir di Masjid Edinburgh. Terasa sayu pula hati bila melihatkan masjid yang tersergam indah ini. Sepanjang sebulan saya di sini, inilah kali pertama saya menjejaki masjid.

Edinburgh Castle

Waktu kami sampai, waktu zohor belum masuk jadi kami ambil keputusan untuk jalan dulu ke Edinburgh castle. Saya tabik dengan ayong sebab dia sedang mengandung tujuh bulan. larat pula tu dia ke hulu ke hilir. gerenti baby yang lahir tu mesti kuat berjalan.

Detik berlalu dengan pantas, akhirnya masuk waktu zohor. Saya dan kak Fatin bercadang solat sahaja di situ. Tak perlu patah balik ke Masjid Edinburgh. Payah pula nanti nak naik ke atas. Yang tidak tahannya, di tandas tidak disediakan air panas. Menggigil kami menyimbah air ke anggota wuduk. sejuknya subhanallah..

Penjaga tandas tu tak benarkan kami membasuh kaki di situ. Terpaksalah ambil tisu yang dilalukan dengan air dan mengelap kaki. Memandangkan tandas di sini semuanya tidak disediakan air paip.

Saya dan kak Fatin solat di bahagian atas bukit park. Mungkin saja ada manusia yang memandang kami. Tapi tuntutan solat itu penting. idak peduli akan kata mereka kami meneruskan solat dengan penuh rasa kenikmatan. Ya, solat bukan hendak dipandang manusia. Hakikatnya kita ingin Tuhan kita yang memandang kita.

Dah pergi macam2 gerai di situ. macam2 jugalah yang dijual. Nak cari yang berharga RM 2... harapan. Takkan jumpa. £1 saja dah mencapai RM 5. jadi saya hanya beli fridge magnet dengan harga £3. Biasalah tempat pelancongan mestilah mahal.

Saat langit bertukar wajah, kami ke Calton Hill. Dapatlah dilihat bandar Edinburgh melalui pandangan atas. Sangat cantik dengan keadaan matahari yang mula membenamkan diri di dasar bumi. Hilang dipandangan mata.

Masa tu jugalah, handphone ini buat hal. Tak dapatlah untuk saya Snap!. agak murung juga waktu tu. Sebab sangat2 cantik. Bila di on kan phone.  Terpampar di skrin, 'SD card is not dtected'


Tidak mengapalah.. redha.

Solat maghrib, di Masjid edinburgh. nikmatnya tidak terkata. Tetapi angin sejuk semakin kuat terasa di sum2 tulang. Bibir juga sudah kering. Rintik-rintik hujan mula turun. Yang menariknya, seperti ada manik-manik kecil seperti pasir jatuh dan tidak meresap pada baju.

Snow??

bukan, tapi saya tak tahu namanya dalam english. tapi dikataan hujan batu. memang cantik. Kalau lebat sikit macam manik-manik jatuh dari langit. Tetapi alhamdulillah tidak besar, kalau tidak sakit bila terkena pada badan. Lama juga saya memerhatikan butir hujan pasir itu. Membuatkan bibir menguntum senyuman.

Dia kecil. Senang tergolek. Bila terkumpul dia menjadi besar. Dan kuat. " SINERGI"..
saya tekan dia. dia mula mencair. Sehinggalah kehadiran Abang Sala dengan Ayong.

Berangkat kami untuk pulang. Sebelum tu kami singgah Forth Bridge. Malangnya kurang jelas sebab waktu malam tak nampak. Melainkan bridge tu ada lampu. manusia perlu berdiri ditengah lautan memerlukkan tiang. Tapi allah menciptakan langit tak pula di cacakkan tiang pada bumi. Tak ramai yang berfikir kan? termasuk saya. Hamba yang hilaf ini seringkali tidak bersyukur atas nikmat kurniaan yang di berikan Allah.

Tuesday, February 21

.Recite Quran.

Bismillah..

'Sebaik-baik manusia
adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya'

super duper hero!

Sedang saya bermain bersama Farhan, tiba-tiba ada sesuatu yang mengusik jiwa saya.

" Okay Spiderman, let's we recite Quran.." ungkapan itu membuatkan aku terjeda.

" Common kakak Nabila. Let's play together. You hold Buzz." 

Arahannya memintas lamunanku. Recite Quran?? Bibir mengukir senyuman.

" Okay spiderman, you teach me how to recite Quran.."

Sekadar mengujinya.

" A.. Ba.."

" Then??"

" I don't know.." Huh, bukan hari tu dah baca sampai 'tha' ke?? lupalah tu. Tapi hati ini terasa gembira sebab dia mengingatinya. Usaha membuahkan hasil.

Pernah suatu hari, dia kata pada Ummi Yatie..

" Mama, read me a doa "

Ummi Yatie pun membacakan padanya al-Fatihah.

" No. No that's one..It just like a sing. " Oh..ho. Zikir rupanya. Ya sememangnya kalau saya 'popok' dia. Zikir yang akan dialunkan. Alhamdulillah..

Dia suka.

Saya suka.

Allah lagi suka.

 .La..ilaha...illah...
..La..ilaha..illah..
..La.. ilaha..illah..muhammada..rasulullah..

'kalimah agung yang akan memberatkan timbangan amal'
Juga merupakan password menjejaki Jannah Allah


.Memasak.

Bismillah..
nasi goreng tuna. Nyum3~

Hati ini berasa sayu bila mengenangkan kak Fatin yang telah pulang ke London bagi menetap bersama kakaknya. Jika sebelum ini, saya celik mata. Kak Fatin berada di sisi. Kini, hanya Farhan. :)

Setelah lama tangan ini tidak MEMASAK. Hari ini saya disuruh memasak menggantikan kak Fatin. Dush! Tapi ianya bukan paksaan dari mereka. Kata mereka ingin merasa air tangan ku. Eceh.. saja jelah.

Waktu itu saya merasakan ada debaran di hati. Perut pula terasa memulas. Sebab apa??

Takut.

Alasan yang tidak munasabah. Hakikatnya memang itu yang terjadi. Tidak pula saya cakap pada mereka. Sekadar bersetuju dengan menganggukan kepala.

Keluar sahaja mereka dari perkarangan rumah, terus saya memasuki dapur dan memerhatikan barang-barang yang perlu disediakan. 

Okay, enough!

keputusannya, saya akan masak nasi goreng tuna!

'Eceh.. nasi goreng saja pun. Itu pun nak kecoh sampai tulis dalam blog..' kata mereka..

Campak! campak dan campak! alhamdulillah jadi *kot. Eheh.. inilah hasilnya. bukan main lama lagi masak. Al-maklumlah tangan dah keras. Menggigil nak masak takut lain pula jadinya.

Di sini, harapanlah nak beli lauk pauk di luar sana. Entah halal atau tidak. Makanan yang syubhah, pastinya dielakkan dari mengambilnya. Jadi, perlulah dimasak.

Rakan saya selalu fikir yang saya ni pandai memasak. Iyakah?? hakikatnya tidak. Saya masih berusaha ke arah itu. Masa inilah yang perlu kita rebut peluang. Betul tak?? Sebelum ini, saya hanya akan memasak bila di sekolah sahaja. Itupun selepas search di internet dan tanya Ummi satu persatu melalui telefon. Bila di rumah, Ummi yang menghidangkan tanpa memanggil kami adik beradik. Katanya, cuti sekolah, bukan selalu dapat memasakkan anaknya yang duduk di asrama ini. Heih.. Ummi, Ummi.

Adakala, orang melihat kita hebat.
Tetapi siapa kita untuk merasa hebat.
Sedangkan kita ini sekadar hamba kepada yang Maha Hebat,
Tetapi ingat!
kita perlu meyakini kita ini Ummat yang hebat.


Saturday, February 18

.Budak.

Bismillah..

Kehadiran saya ke Scotland ini, bukannya saja-saja. Melancong sana sini. Tujuan utama ialah menjaga seorang 'budak'. Nama popularnya, baby sitter.

Semasa SPM, saya berkata pada Ummi yang bila cuti nanti saya nak jadi baby sitter. Tup! Tup! dapat call daripada Ayah Mi. Dia offer untuk jaga anak dia. Sambil-sambil mengajar iqra'.

 Hemm.. tengoklah tu. Bukan main banyak lagi permainan dia.
Kalau di sekolah dulu, biasalah bila nampak 'baby' ramai yang akan berkerumun.
Tetapi rupanya bukan mudah mendidik mereka ini.

Sudahlah Farhan ni cakap slank scottish. Pelat pula. Aduh.. ambil masa jugalah saya nak berkomunikasi dengannya. Robot jadi lobot. Bila saya cakap Batman sebutannyakan betmen. Siap dia betulkan lagi " Not Betmen.. is BatMan". Dush.. amik.

Teringat pula nasihat seorang junior semasa majlis buka puasa MPP tahun lepas.
" Dengan budak ni, kita tak boleh cakap JANGAN. tapi kita tunjuk jalan yang terbaik untuk dia. Dari situ dia belajar."

Dari situ saya mula memahami. Sya melihat mereka sangat pandai melayani kerenah kanak-kanak. Saya?? huhu. pandai tidurkan saja sebenarnya. Itu pun kalau baby dan budak yang baik.

Kadang-kadang pening juga nak cari jalan bagaimana nak tarik perhatian dia. Sudahlah english saya ni berbelit-belit. Arab tak apa juga. Ceh..

Lagi pula Farhan ini budak lelaki. Yang dia tahu bermain aksi ganas. Lawan2. Power Rangers! Superhero!. Aduh..lagilah. Tiap hri saya cuba memahaminya. Alhamdulillah saya semakin rapat dengan dia. ^^

Ada satu waktu ni saya rasa amat kelakar. Saya cuba mengelak daripada dia untuk bermain lawan-lawan. Bukan apa, nanti saya yang sakit. Jadi saya ajak dia main Buzz lightyer dengan Spiderman. Macam main anak patung.. Saya jadi kawan Buzz. Dia kawan Spiderman. Huhu. menajadi.. Tak sangka.

Bila saya ingin tidurkan dia..

" I want mama.."

" Okay, your mom will come.."

Tiba-tiba.. dia datang dekat mak dia, dan cakap

" Nobody want to 'popok' me.." Aiseh. Merajuk pula dengan saya. sebab tak tidurkan dia.

Saya pun ambil dia dan letak atas katil. Cuba tidurkan dia. Tapi tak tidur2. Saya dodoikan dan dia minta saya bacakan buku untuk dia. Akhirnya dia nak mak dia juga. Kelakarlah Farhan ni...

adakalanya, saya main game dengan dia. Budak zaman sekarang...

Tiap kali itu dia akan cakap..

" Play this. Let me show you okay.." Sebab dia tahu saya tak tahu main..

Saya selalu juga usap kepala dia berdoa agar suatu masa nanti dia menjadi pemuda yang memperjuangkan agama Allah.. Amin.

Friday, February 17

.Independent.

Bismillah..

Semalam saya meneruskan perjalanan lagi. Tetapi kali ini tanpa bantuan mak sedara. Tetapi saya bersama kak Fatin. Tidaklah berseorangan.Kami keluar dari rumah jam 11 lebih pagi. Seperti biasa, terlepas bas. Terpaksalah menunggu 15 minit lagi.

Kami menaiki bas nombor 9. Turun di Universiti of Glasgow. Antara universiti yang tertua di dunia. Melihatkan bangunannya serba serbi masih berupa zaman dahulu. Gah, unik, dan mengagumkan.

Pada awalnya kami bercadang untuk ke Marchintosh House. Entah bagaimana kami boleh tersesat masuk ke dalam University of Glasgow. Alang-alang, kami pun berjalan dan terus berjalan. alhamdulillah setelah bertanya  seorang student uni, tahulah ke mana Marchintosh House tu.

Dari jarak beberapa meter sudah kelihatan Hunterian Art Gallery. Rupanya didalam bangunan tu sekali dengan Marchintosh House.. yang tak sedapnya kene bayar £5. Huhu.. harapan kami nak masuk. Tak apalah.. lagipun Marchintosh House tutup.

Kami pun keluar dari bangunan, dan bercita-cita untuk ke Kelvingroove Museum. Tetapi masalahnya, nak ke sana..jalannya tak diketahui. Dalam perjalanan ada pula student yang cuba nak 'ngurat'. Aiseh.. Tak de perempuan lainkah? Siap ajak minum coffee lagi. Saya dan kak Fatin menolak dengan lembut. Biasalah mereka, kehidupan bebas itu biasa. Kasihan..

Jalan..jalan..terus berjalan.

Akhirnya ternampak kelibat bangunan Kelvin Groove. alhamdulillah. syukur. Berjalan saja sudah memakan masa beberapa minit. Kami di dalam Museum tak lama. Sekitar 45 minit. Selepas itu bergegas ke City Centre.
Sebab itu sahaja jalan yang kami tahu untuk ke George Square. Yang utamanya adalah tempat solat.

Kelakar memang kelakar sebabnya macam rusa masuk kampung. Iyalah, negeri orang.. negeri sendiri pun macam itik merentas jalan. Lagipun, hari hujan gerimis. Sejuk. Angin pula kuat.

Waktu solat di sini, pendek. Memandangkan siang lebih pendek. Kami solat zuhur, di sebuah surau. Dalam sebuah kolej yang berhampiran. Sementara menunggu asar, kami tilawah dan memerhatikan manusia-manusia yang taat dan menunduk pada Yang Esa. Berbagai ragam. Pelbagai mazhab.

Yang bestnya ada lotion, bedak yang diwakafkan untuk surau itu. Saya pun, apalagi gunalah. Mana tidaknya, kulit dah kering dan mengelupas.

Disatu meja makan yang terletak disudut tepi, ada dihidangkan sedikit makanan. Saya dan kak Fatin tanpa segan silu mengambil sahaja. Biskut Coklat. Sangat sedap!!. haha. Kak Fatin punya kerja. Saya ikut je. Lagipun mereka tinggalkan, buat sesiapa yang datang solat di situ. Rezeki, takkan nak tolak.

Rupa-rupanya jalan di glasgow ni, pusing-pusing..itu sajalah. Kami singgah di sebuah Restoran King's namanya. Restoran halal. Makan ringan saja.

Heih.. kehidupan, kehidupan.

Berjalan..berjalan..dan terus berjalan.
Kasut saya pun dah bocor.
Bila dilihat, tak pula nampak rosaknya.
Cuma saya tak tahu, dari mana datangnya air yang membasahi stoking. ^^

Semasa perjalanan pulang, kami merentasi sebuah blok bangunan. Kelihatan bas nombor 44 semakin menghampiri.

" Akak, bas!"

" Cepat..lari!!"

Saya pun lari.... macam kene kejar anjing. Harapannya, tidak ketinggalan lagi. Kalau lambat pulang lambat ke rumah, risau pula waktu solat terlepas. Memang mencabar.

Saya dan Kak Fatin terus pecut. Tidak menghiraukan orang sekeliling. Asalkan bas dapat dinaiki. Akhirnya...

Alhamdulillah.. terbatuk-batuk kami. Penat. Tak tipu. Macam cerita hindustan pula. Aksi kejar mengejar. Kelakar pula rasanya. Rupa-rupanya ramai penumpang yang nak naik. Bas berhenti agak lama juga di situ. Kami pula datang dalam keadaan lintang pukang. HuHu.

Duduk dalam bas, langit sudah gelap. Papan tanda kelihatan kabur dari pandangan. Kabus yang memenuhi ruang tingkap bas menyukarkan kami.

sampai juga kami di perhentian. Tetapi....

mana satu jalan nak ke rumah?? tak pasti.

Heih.. kehidupan..kehidupan..

Kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Agaknya pemandu kereta melihat kami macam orang kurang siuman agaknya. Tunjuk sana, tunjuk sini. Sekali lagi allah menurunkan pertolongan. Kelihatan bangunan flat di belakang rumah. Huh, nak dekatlah tu..

berjalan, dan terus berjalan.
Kaki pun sudah mula sakit.
Tapi itulah bukti sebuah pengembaraan.

Terasa diri ini sudah besar. Berdikari. Hanya kebergantungan kepada Allah yang utama. Tiada yang lain. Terima kasih ya Rabb.

Sampai jua ke rumah dengan penuh pengertian perjalanan....

Thursday, February 16

.Stirling Castle.

Bismillah..

Little Dai'e terus melangkah,
Muka bumiNya terus diredah,
Walau tubuh letih dan lelah,
Kepada Allah aku berserah!

Tempat yang ingin dituju ialah Stirling Castle. Tempat di mana ramai pahlawan Scottish disemadikan. Binaannya, amat mengagumkan. Warna coklat-coklat merah berbata. Cukup Unik.

Kalau nak masuk muziumnya perlu bayar.. luar pun cukuplah.

pandangan castle dari bawah bukit.

Selepas itu kami ke Wallace Monumen. Tetapi tempatnya di atas bukit. perlulah mendakinya.. sabar ye kasut. terus bertahan. Sudah macam junggle trecking dah. Redah bukit, redah hutan, redah salji.. alhamdulillah masih hidup. 

Saya fikirkan ada kuda di castle ni. Malangnya tiada. Tinggal harapan. Cuma sepanjang perjalanan ke Stirling, banyak juga kandang kuda yang teramat luasnya. Senang kuda tu nak main lari sana sini agaknya. (impian punya kuda sendiri buat generasi akan datang) Dua kali ganda besar padang sekolah Hidayah, cuma ada dua ekor kuda saja. Huhu.. memang di Scotland penuh dengan landskap yang hijau panoramanya.

Wallace monumen

saya sudah tiba.

Allah memberi manusia akal untuk digunakan sebaiknya. Sudah berapa peratus akal yang telah kita gunakan?
Kemenangan Islam perlu adanya strategi. Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh amat mengetahui serba serbi kotanya. Walau seinci maklumat. Kita??



.Ben Nevis.

Bismillah..

" Today sunshine is not happy. Sunshine is sad.." kata Farhan.

pemandangan Ben Nevis dari kejauhan

Awan yang mendung seakan membayangkan yang matahari akan berselindung terus di balik awan yang menutupi. Kabus yang memenuhi juga menyebabkan suhu berkurangan.


Perjalanan kami ke Glenco memakan masa 3 jam menaiki kereta. Rasa agak pening sedikit. Maklumlah, dah sebulan tak naik kereta.^^


Bergerak seawal jam 8pagi sampai ke glenco kira-kira jam 11 pagi. Berhenti lunch di Fort William. Makan makanan yang di bawa dari rumah. Mee goreng saja. Tiada nasi lemak... Sebab apa?? tak pandai masak lagi.. hehe. Tak apa, nanti saya belajarlah.



Grr... Angin yang bertiup amatlah dingin. Seakan menetap di dalam peti ais. Alhamdulillah mendung saja, tak pula langit tu menitiskan air mata.. ", Kalau tidak, darah pun mungkin tak mahu berjalan di laluan tubuh.

Kami ke puncak Ben Nevis dengan menaiki cable car. Tak gayat sangat. Melainkan naik cable car yang tak bertutup pintu. Macam duduk dibangku.. kaki terjuntai ke bawah. Memang adventure!! tapi belum cukup tabah lagi untuk naik ke level yang seterusnya.


Kebanyakan pelancong yang datang ke sana, bermain ski. Huh, saya sekadar berpakaian biasa dengan kasut saya yang berjasa ini, bertahan jugalah di dataran snow tu.

berguna juga kasut ini. 

Habis mendaki, pijak salji, baling salji, duduk atas salji, semua yang berkenaan dengannya.. kami singgah di cafe. Minum kopi. Huh.. pahitnya + panas. Memanglah.. 'kaw-kaw' punya.


Sepanjang perjalanan berhenti juga di tepi-tepi jalan. Snap! ...snap!.. dan Snap!. Tak pasal-pasal perlu jadi model kak fatin. Bila berjalan dengan photographer terlatih.. begitulah ceritanya.

alhamdulillah sampai ke rumah, langit sudah bertukar wajah.. Rindu pula saya pada Ben Nevis...

Subhanallah..
Subhanallah..
Subhanallah..

cantik sungguh ciptaanMu Ya Allah..

Wednesday, February 8

usrah online

Alhamdulillah setelah dua minggu saya menetap di benua ini, saya akhirnya menjumpai 'USRAH'
gembiranya hati... ^^

Pada mulanya,
Contact number saya dah dapat daripada seorang akh alumni. Isteri dia punya kawan punya naqibah hehe. Cuba di dail... tit!! tiada jawapan dari sana. hati sedikit hampa. Tetapi tidak bermakna putus asa.

Satu hari saya dapat message daripada kak Nusayba. Isteri Akh tadi. Senyuman mekar bak bunga di taman. :)
kami berkenalan dan dia kata ada usrah malam tu. 'usrah online' pukul 8.30 malam. Ok set!!

Bila saya on..FB, pastinya saya tercari-cari empunya diri. Namun masih tak muncul. Seorang daripada ahli usrah dapat dikesan. haha namanya kak Rabiatul adawiah.

' awak janganlah sedih sorang2 dekat glasgow ni. Kalau awak nak maklumat apa2 nanti kita email kat awak. Kita dekat aberdeen. 2 orang dekat Glasgow. Dan ada juga di Dumfries. semua jauh2. jadi kita usrah onlinelah' 


' awak. onlah Skype!. nanti kita add. Kami usrah guna skype' 


SKYPE?? hati saya jadi geli hati. Entahlah.. saya tak tahu perlu cakap bagaimana.. Terasa hebat! bila mukmin itu ingin bersatu, apa jua cara digunakan selagi hati ingin dekat dengan Yang Maha Esa.

Keesokannya, bapa sedara saya kata..

' Kak ngah ahli usrah kak ngah tu isteri kawan Ayah Mi '

' Hah?? iye ke. Dia dah kahwin? tak tahu pulak '

' Haah, tengah mengandung rasanya. Yelah usrah online.. mana nampak '

Ayah Mi gelak berdekah2 tak boleh 'handle' huh.. gelakkan saja lebih. Tapi ada benarnya. Saya rasa sangat kelakar. Apa2 pun.. Hmm memang dunia ni kecil rupanya..

Merentas benua

Sepanjang perjalanan ke sini amat mendebarkan. Perjalanan yang seolah-olah berputar ke belakang dirasakan teramat lama. Kata Ummi saya sematkan di hati ' jangan fikir bukan-bukan. Bayangkan nampak muka ayah Mi je'


..Hanya Tuhan Yang Tahu..

saya berdoa di dalam hati agar dipertemukan dengan seseorang yang juga mencintai Allah. seolah-olah Allah mendengari doaku dan memberiku seorang teman di KLIA sehingga ke Dubai. Namanya Atieh. Tinggal di Iran. Betapa baiknya jasa dia, hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya juga terfikir mampukah saya jadi seperti dia? seperti mana dia membantu saya?? soalan yang tiada jawapan..



saya terbang menaiki Emirates air line. 
'Betulkah aku di atas awan?'

gajet canggih yang menemani ku selama berbelas jam


dari KLIA ke Dubai selama 7 jam. Transit di Dubai 6 Jam. dari Dubai ke Glasgow 7 jam.
Masya-Allah penat juga badan.

Alhamdulillah sampai juga saya ke Bumi UK ni. 

Apabila jejaknya kaki ke tanah Europe ini, angin sejuk dingin menyerbu wajahku dengan lembut. Yang terdetik hanya ucapan 'Subhanallah.. Sejuknya!'~
Apa-apa pun thank you Allah.

Akhirnya..

Alhamdulillah..

Sudah lama saya tak dapat buka blog kesayangan..
Godeh2 akhirnya allah membuka pintu untukku terus menulis.
terima kasih ya Rabb!!

Saturday, January 21

start packing..

Bismillah..

saya dah mula ber'packing' barang untuk ke sana. Saya harapkan beg saya tidak terlalu berat supaya apabila pulang nanti dapat sumbat segala macam barang dari sana = ='

Insya-Allah 24.1.12 ini saya akan ke scotland, UK.

ini petanya. selebihnya kita tunggu dan lihat ye.
Tempat saya, Insya-Allah di Glasgow..
sebab apa saya ke sana? ..........................?

Abang kata, "Bestlah kak ngah, dapat pergi stadium!"

Apakah?? dasar peminat bola.. Manchester dan Liverpool sahaja yang dilihatnya. Sahabat di sana.. doakanlah diriku, kerana aku hanya pergi sendirian. Rabbi yassir wa la tu'assir.

Ya Allah kurniakan daku seorang teman yang mampu mendekatkan lagi diriku dan diriMU ya Rabbi...
Moga di sana diriku mampu memegang Islam di jiwa dan mendekatkan lagi diri mereka denganMU
Ameen..

monolog: Aku punya cita-cita. Kerana cinta aku mengejar cita.
Sabdanya,
 " Bertebaranlah kamu mencari ilmu sehingga ke negeri China". Aku menyahut seruan cintaku.

Friday, January 20

Muallim berperibadi mulia.

Bismillah..

Pagi tadi saya ikut Ummi menghantar adik ke sekolah.
Dalam keadaan hujan yang agak lebat, kami berbual seketika di dalam kereta sementara menunggu hujan reda.

Semasa saya menoleh ke belakang kereta, saya melihat kelibat seseorang.

" Yaya.. siapa tu?"

" Tu muallim.."

Kelihatan muallim tersebut berpakaian sederhana. Jubah putih dikenakan bersama serban terlilit rapi di kepala.

" Muallim? kenapa dia pakai baju tu?"

" Hari inikan, hari Jumaat. Mudah untk solat Jumaat nanti.." jawab Ummi.

'awesome'

Melihatkan Itqan, terkenang sewaktu di awal penubuhan Hidayah. Sekolahnya begitu kecil. Dan saya melihat muallim tersebut bersungguh-sungguh menyambut pelajar tiba di sekolah. Tidak hanya itu. Beg pelajar yang di letak di belakang van juga turut diangkutnya. Sayu hatiku.

 Baiknya hati muallim..

Betapa sunnah Rasulullah begitu indah apabila baginda menggalakkan ummatnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Sekolahnya kecil, tetapi masya-Allah gurunya sungguh berakhlak mulia. Dunia sekarang amat mementingkan kecemelangan akademik, sedangkan akhlak islamiah itu jarang di pantau.

Bukan mudah bagi mencari seseorang yang berakhlak. Mungkin saja seseorang itu pandai dan memperoleh straight A's. Tetapi adakah nilai murni itu sudah tersemat di dalam jiwa??

Kata Ummi, anak muda sekarang tidak melalui kesusahan sebab itu mudah saja berputus asa dengan keadaan. Yang sering dikatakan 'tension' kerana dalaman itu sendiri yang tidak kuat. Saya tidak hanya menunding jari. Bahkan mengingatkan diri ini juga yang sering alpa.

Bila berjumpa, ada salam diucapkan dengan mengukir senyuman?
Bila makan, ada menjemput kedua orang tua kita dan insan sekeliling?
Bila melakukan kesalahan, ada kata maaf bagi merendahkan keegoan?

Bayangkan, betapa qudwah Rasulullah S.A.W amat hebat! terlalu hebat. Sehingga diamnya baginda, para sahabat turut merasakan itu adalah nasihat daripada baginda. Masih wujudkah rijal wa nisa' yang berperibadi mulia? Insya-allah ada.. Jika tiada di tempat anda, didiklah diri dengan ikhlas kerana Allah.

Doanya agar Ustaz dan Ustazah di sekolah Hidayah terus kuat bagi mendidik pelajar. Jangan biarkan biah itu hilang dek kecemerlangan yang dikejar. Usahkan mengharapkan hasil sedangkan Allah mengira tiap usaha wahai guru.. Terima kasih kerana beri daku tarbiyah Islam kepada jiwaku ini.

Mungkin saja apa yang saya tulis, tidak dibaca oleh mereka. Tetapi saya yakin akan ada yang membaca malah turut merasainya untuk disampaikan.

monolog; Petunjuk itu adalah cahayaNYA. diumpamakan seperti matahari yang menyinari bumi. Walau cahayaNYA cuba diberikan kepada seluruh penduduk bumi. Akan tetapi, pastinya ada yang tidak terkena biasannya. Yang terima cahaya itu juga pasti ada!

Thursday, January 19

kenangan USM

Bismillah..

" Kak Ngah, nak ikut Ummi hantar adik tak?"

" Nak!" laju saja jawabnya. ' harini burung nak keluar dari sarang'  >_6
Sepantas kilat saya bersiap. Tak perlu ber'make up' sebab saya yakin muka ini akan bercahaya hanya dengan berwuduk ya..

Perjalanan ke sekolah adik sememangnya tidak mengambil masa yang lama. Tetapi ke Teluk Kumbar itu agak jauh jaraknya dari Sg. Ara. Kalau ingin tahu bagaimana keadaan Penang, ada gaya-gaya kehidupan di KL juga.. Sesak-mesak. Begitu banyak rumah yang menggunung tinggi. Rata-rata bukit di tarah bagi membangunkan pembinaan.

" Kak Ngah, alang-alang keluar ni jom kita makan dekat USM.." pujuk Ummi. Saya sekadar mengiyakan menuruti hajat Ummi.

Sampai di USM, mulalah Ummi di alam kenangannya itu.hehe..

" Kak Ngah ni dulu tempat yang Ayah jumpa dengan Ummi." Ummi menunjukkan satu kawasan tempat makan. Tapi meja di situ sudah tiada.

" Jom kita makan kat sini." ajak Ummi.

" Jom.."

" Kenapa Ummi jumpa dengan Ayah??" soalan cepu mas!

" Ayah yang nak jumpa Ummi.." Ops..silap ayat.

" Berdua saja ke?"

" Tak delah, sekali dengan Ummi Nor(adik ayah)" Ya, sememangnya Ummi takkan keluar berdua dengan lelaki. Memandangkan Ummi Nor kawan rapat Ummi. Dan Ummi pun tak pernah berjumpa dengan Ayah.


'Ceh rapat dengan adik dapat abang. Bahaya ni.' 

" Apa perasaan waktu tu Ummi? Tak takut ke?"

" Berdebarlah.." huhu..sweetnya.

" Kalau angah, jangan haraplah Ummi..takut"

Sambil menyuakan makanan ke mulut.. saya teringat semasa jadi wakil sekolah untuk Explorace di UTM. Kenangan yang indah kerana nama kump. 'Accelerate' bertuah betul kami. Rindu.

" Nak call siapa Ummi?"

" Ayah.." Alahai comel sungguh. Dah menginjak usia pun masih romantik gitu.

" Assalamualaikum Abang, Ishah ni. Dekat USM ni. Makan dengan Nabila dekat dewan makan Gemilang...."

" Saja je call nak beri tahu. Ok bang, Assalamualaikum. Kerja elok-elok. "

Mood Ummi tengah baik ni.

" Ummi, jom pergi Jusco. Kita pergi kedai buku."

" Jom. Bestnya mesti tak ramai orangkan.." Usai makan, kami bergegas ke Jusco. Walaupun jam di tangan menunjukkan baru pukul 9 lebih.

Sampainya kami di sana lebih kurang jam 10.10 pagi. Memang tiada orang. Yang ada pun sekadar pekerja di situ.

" Dik, Jusco buka pukul berapa ya? " tanya Ummi.

" Pukul 11 kak" jawabnya.

Memandangkan, lama lagi masanya. Kami pergi menunaikan solat dhuha + alWaqiah...
Tetapi hajat tidak kesampaian. Saya mencari buku Uthman Affan. Malangnya tiada.Lagipun, saya baru menamatkan buku Umar al-Khattab. Jadinya, saya beli buku Ali Abi Talib dan Saad Abi Waqas (pemanah tepat)...

monolog: Wanita yang soleh itu diciptakan untuk lelaki yang soleh. Dan wanita yang keji itu dicptakan bagi lelaki yang keji. Ya, sememangnya cinta yang berlandaskan keimanan kepada Allah, hubungannya sehingga menembusi syurga. Insya-Allah kerana janji Allah itu pasti. Sayang Ummi,Ayah..

Saturday, December 31

Bidadari syurga

Bismillah..

Kenalkah anda siapakah antaranya yang digelar bidadari syurga?

ANDA/SAYA/MEREKA??

Ya, ingin saya kongsikan mengenai riwayat salah seorang bidadari syurga yakni Ainul Mardhiah..maksud namanya ialah 'mata yang diredhai'.

Ainul Mardhiah merupakan bidadari yang sangat rupawan di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Dia telah diciptakan oleh Allah S.W.T untuk seorang pemuda yang mati syahid.

      Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk sahabatnya berjihad pada agama Allah). Rasulullah telah berkata sesiapa saja yang keluar berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga iaitu Ainul Mardhiah...

     Apabila mendengar saja ucapan Rasulullah itu, seorang pemuda belia melonjak perasaan ingin tahu mengenai bidadari tersebut. Oleh kerana pemuda itu berasa malu terhadap sahabat yang lain, niatnya ingin bertanya kepada Rasulullah didiamkan sahaja. Akan tetapi dia tetap akan keluar berjihad bersama Rasulullah SAW.

     Sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor. Maka pemuda itu pun bersama jemaah yang lain turut serta qailulah bersama Rasulullah SAW. Di dalam tidurnya, lelaki itu bermimpi sedang berada di suatu tempat yang teramat indah panoramanya. Lalu dia bertanyakan kepada seorang lelaki yang berpakaian putih bersih, " Di manakah aku tika ini? ". Lalu lelaki itu pun menjawab, " Inilah syurga yang penuh kenikmatan ".

      Lalu pemuda itu pun menyatakan hasratnya ingin bertemu dangan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan suatu arah. Maka, pemuda itu berjalanlah mengikut arah yang telah ditunjukkan lalu bertemu dangan sebatang pohon dan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya " Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?". Wanita itu pun menjawab, "Bukan. Aku adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

     
      Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang wanita yang kkecantikannya beganda-ganda dari wanita yanng pertama tadi. Wanita itu sedang mengelap permatahiasan di dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi, " Adakah kamu Ainul Mardhiah? " Lalu wanita itu menjawab, " Bukan.Aku adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas singgah sana. " Lalu pemuda itu pun menaiki anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai..

sambung..



     

Friday, December 9

Bersahabat keranaNYA

Bismillah..
atas permintaan seorang pembaca, ana akan menulis sebuah cerita mengenai seorang sahabat yang bersahabat kerana Allah. Mungkin ramai lagi pembaca yang belum pernah menrasai nikmat halawatul IMAN yang sebenarnya. Jom kita sama2 hayati dan selami kisah ini.

Bukan mudah untuk mendapat sahabat yang memahami..
Bukan mudah sebenarnya..

Manusia suka mengharap, kenapa ye?
Tak salahkan, andai kita menjadi yang diharapkan oleh Yang Mencipta?

Sebuah kisah yang diadaptasi oeh buah mulut orang itu..

       Usai Wardah menunaikan solat dhuha, kedengaran pintu bilik dormnya diketuk perlahan.

"Assalamualaikum.." suara Layyin menujah kesunyian ruang.
" Dah dhuha?" tanyanya. Wardah sekadar mengangguk memberi respon.

" Semalam anti kata nak cerita pada ana sesuatu. Apa dia?"

" Ini cerita betul tau. Daripada seorang sahabat kita ni. Anti dengar je lah walaupun tak best tau!"

" Ye.. ye. Ana dengar."

" Ada dua orang sahabat ni. Dua-dua ni memang rapatlah. Cuma rapatnya mereka, orang lain tak nampak pun sebenarnya mereka ni rapat. Macam pelik je ayat ni. Apa-apalah.."

" Mereka ni biasa-biasa je. Cuma bila berada di dalam kelas, mereka akan berbalas surat. Contohnya nama dia Nur dengan Qaseh. Selalunya Nur yang akan beri surat kepada Qaseh dan mengatakan mereka bersahabat kerana Allah ,"

" Bila di asrama, Nur selalu sahaja kejutkan Qaseh untuk bangun solat berjemaah di surau. Tapi seperti biasa, Qaseh sekadar mendengar dan buat tidak peduli ajakan Nur."

"Setiap hari mereka bersahabat macam biasa sahaja. Nur pula tak pernah mengambil hati dengan kelakuan Qaseh. Dan setiap hari jugalah, Nur tak pernah putus-putus mengajak Qaseh membuat perkara kebaikan. Tetapi Qaseh tetap juga bersahaja. Andai mood ada baru dia menerima ajakan Nur."

" Sehinggakan semasa Nur bangun untuk melaksanakan qiam, pasti Qaseh akan dikejutnya supaya sahabatnya itu bersamanya merasai nikmat IMAN. Walaupun dia sering dimarahi Qaseh. Nur tetap teruskan ajakannya tanpa rasa jemu."

" Bila  ditanya kepada Nur kenapa dia sanggup buat macam tu semua..? Jawab Nur, dia bersahabat dengan Qaseh kerana Allah. Bila setiap perkara dilakukan kerana Allah kita tidakkan rasa lemah. Dan Nur ada berkata dia sangat menyayangi Qaseh kerana Allah, sebab itulah yang mendorangnya untuk kuat. "

" Pernah suatu malam, Nur menegur Qaseh sebelum tidur. Dibalasnya pula dengan kemarahan oleh Qaseh. Betapa sedihnya hati Nur dia sekadar menahan peritnya hati dan berharap andai bertemu dengan hari esok akan dilupakan setiap bisa-bisa perkataan yang diterimanya hari ini."

" Hadirnya dikemudian hari, hubungan Nur dengan Qaseh agak renggang tetapi Nur bertekad, dia perlu bersahaja. Sahabatnya itu ada hak untuk memarahinya dan dia perlu menerimanya juga. Setiap kali peristiwa semalam menujah ingatan segera ditepisnya dan melayani Qaseh seperti biasa."

" Qaseh pun berasa bersalah atas tindakannya terhadap Nur, tetapi dia tetap dengan egonya. Malas melayani kemaafan yang sepatutnya dia lakukan."

" Kebiasaanya juga, Nur akan mengejut Qaseh untuk pergi ke kelas pada pukul 9 pagi. tiap kali itu juga Nur akan dimarahi oleh Qaseh yang sememangnya bersikap panas baran. Nur selalu mendoakan agar suatu hari nanti Qaseh akan sedar tujuan dia dihidupkan di dunia ini. "

" Wardah, hebatkan orang tu?? kalau kita tanya pun dia akan kata, itulah bersahabat kerana Allah..."

" Hebat! ana rasa.. ana pun tak sehebat orang tu.. Mungkin kita pun masih tak faham makna 'bersahabat' kan?? em.. cerita tu macam anti je orangnya." Wardah sekadar menguji Layyin.

" Mana ada, bukan analah. Ni orang lain. " balas Layyin.

" Eleh.. ye la tu. Macam dia je. hehe.." Wardah mengusik lagi.

" Suka hati antilah. Dah, kene siap nak pergi belajar kan?? Tak pasal-pasal kene marah pula nanti. "

Coretan penulis yang biasa2 aja. Hebatkan Nur?? siapa dia? ana sendiri tak pasti siapakah gerangannya. Moga-moga Allah memberkati persahabatan mereka. Ameen..

Friday, December 2

.Hati oh hati.




Fikir-fikir kembali, sungguh durjana makhluk yang bernama syaitan.
Perancangannya tidak pernah surut.
Diselangi pula dengan kekuatan nafsu..


Hati oh hati.. 

kenapa kau mudah berbolak balik?
Tidak bolehkah engkau teguh seketika??
Iman sering mendekatimu..
Tapi terkadang kau sambut gembira..
Adakalanya kau tolak jauh ke tepi..


Kau tahu sendiri Allah menciptakanmu tidak seorang diri..
Bahkan kau menjadi pelengkap hati yang lain agar tidak sepi..


Ingat hati,
Kau jangan pernah kalah dengan perkara duniawi..
kerna kau pernah berkata hati yang suci dipenuhi cinta Ilahi..