Pages

Wednesday, December 1

Tuhan nampak kita macam TV??

" Ummi, pernah ada seorang kakak beri tahu pada angah, kita ini ibarat pelakon yang berlakon di pentas dunia. Takut juga apabila memikirkan setiap inci pergerakan kita akan dirakam oleh Allah dan ditayangkan di pawagam akhirat." cerita ana pada Ummi.


Sambil-sambil kami adik-beradik menyusun pinggan untuk diangkat lalu di bawa ke singki.


" Waktu itu, Ummi sendiri tidak dapat tolong anak-anak Ummi." sambut Ummi melayani cerita ana.


" Habis Faheem macam mana ummi. Ummi tak sayang Faheem eh." celah adik ana Faheem meluahkan kerisauan yang melanda hatinya.


" Kalau kita dit dunia ini lakukan segala amalan kita dan beribadat kepada Allah boleh kita sama-sama hidup dekat syurga yang khas Allah ciptakan untuk hambanya yang beramal soleh." sambung ummi meredakan hati Faheem.


" Lagi-lagi seperti 'baby besar' macam Faheem. Tiada dosa, lagi senang Faheem nak masuk syurga." sambung Ummi.


Setelah kami mengangkat pinggan ke dapur, masing-masing mengambil tempat di meja makan kembali. Seperti biasa kami akan berebut untuk meluahkan isi hati kepada Ummi dan Ayah. Waktu keemasannya ialah selepas makan..


" Ummi..nak tahu tak." kata adik ana Nurin.


" Sekejaplah yaya nak cakap. Ummi..Ummiii." celah Alya. Lebih kuat suaranya.


Begitulah keadaanya tiap kali habis makan.


" Mi..Mi...Mi okay. Biar ummi cerita satu cerita masa ummi kecil dulu." Dengan pantas ummi menghentikan perbalahan kami adik beradik. Semua terus senyap dan bersemangat untuk mendengar cerita ummi.


" Okey..Okey sekarang kita dengar cerita ummi," kata Abang.


" Masa Ummi kecil dulu, mak tok pernah cakap pada Ummi, hah shah ingat setiap apa yang kita buat ni Tuhan nampak. Tak kiralah perkara kecil ke besar ke lagilah Tuhan nampak. Kalau kita cakap bohong pun Tuhan tahu," cerita Ummi penuh semangat dengan meniru intonasi mak tok sekali.


" Lepastu, mestilah Ummi hati-hati dengan setiap tindakan Ummi," cerita Ummi sambil melihat reaksi anaknya yang memberikan sepenuh perhatian.


" Sampai satu tahap Ummi tengok tv. Tiba-tiba Ummi terfikir 'eh, aku nampaklah apa yang setiap orang tu buat. Dia cakap apa pun aku tahu. Ha tengok tu, ramai pulak tu yang aku dapat tengok dia buat apa. Orang Cina, India lagi-lagi Melayu. Semuanya aku nampak!," Ummi meneruskan penceritaan sambil antara kami sudah mula menampakkan gigi.


" Lepas itu nak tahu apa yang Ummi fikirkan?" soal Ummi kepada kami.


" Tak tahu!" sambut kami.


" Ummi fikirlah ' eh aku ni Tuhan ke?' mana tidaknya waktu itu Ummi baru umur seperti Faheem. Sah-sahla terima kebenaran itu bulat-bulat" ketawa kami terus meledak. Tidak tersangka Ummi boleh berfikiran sebegitu.


" Bila ummi fikir macam itu. Ummi terus dapatkan Maktok dan tanya ' Mak..Mak Ishah ni Tuhan eh. Sebab Ishah nampak apa yang mereka buat dalam TV' . Habis Ummi tanya terus kene marah dengan mak tok:" kata ummi.


" Ada pula kita ni Tuhan! Tuhan lain kita ini hamba yang Tuhan ciptakan. Orang yang dalam TV itu sama sahaja seperti kita.....," kata Mak tok.


" Akhirnya maktok pun ceritalah yang sebenarnya pada ummi. Alhamdulillah ummi kene marah dengan maktok. Dan Ummi mendapati kebenaran yang sebenarnya.." Ummi mengakhiri ceritanya sambil tersenyum.


" Faheem faham tak?" soal Abang pada Faheem.


" Faheem faham sikitlah," tutur Faheem jujur. Anak bongsu memang sering begitu. Tapi bila mana dia sudah bijak, tiada siapa boleh lawan bak katanya " Faheem kan genius!" Ameen..


"Jadi bila Ummi bagi nasihat kene dengar betul-betul. Ya anak-anak Ummi sayang!" bicara Ummi penuh kelembutan mentup tirai cerita hari itu.


" Sayang Ummi sangat-sangat!" dalam hati ana berbicara tulus..

No comments:

Post a Comment