Pages

Monday, March 19

.Tanah air.

Bismillah...


Syukur kepadaNya, saya telah selamat sampai pulang ke Malaysia. Perjalanan dari Glasgow ke sini, amat meletihkan. Namun keletihan itu terubat kala melihatkan wajah yang amat dirindui.

Malam hari sebelum pulang, Farhan agak berlainan sedikit lakunya. Dia menangis dan melalak. Mungkin kerana aura kepulangan saya ke tanah air terkena tempias dia agaknya.

Kami bertolak ke Glasgow Airport jam 11 pagi. Boarding pass jam 1220. Tetapi Allah uji dengan kelewatan pelepasan kapal terbang disebabkan ada beberapa permasalahan. Tunggulah saya, di dalam kapal terbang selama dua jam lebih. Pada awalnya, waktu berlepas jam 1305 tetapi delay sehingga jam 1530. Sebelum berlepas, saya tunaikan dahulu solat jama' qasar. Sempat juga membaca surah At-Talaq satu muka surat agar Allah permudahkan urusan.

Bila berada di ruang udara bumi, kita dapat lihat keajaiban ciptaan Allah kala pertukaran waktu siang dan malam. Cukup mengagumkan hati. Perjalanan ke tanah air menyebabkan masa berlalu lebih pantas. Seolah-olah Allah menarik nikmat satu hari. Pukul 4 lebih (Glasgow) jam di tangan langit sudah bertukar gelap. Dapatlah dilihat sunset.

Sampai di Dubai Airport agak lewat. Jangkaannya sampai 12 tengah malam. Namun, disebabkan delay di Glasgow, saya sampai jam 2 lebih pagi waktu Dubai. Agak kelam kabut jadinya. Next boarding pass jam 0320 pagi. Sempatlah saya tunaikan solat jama' qasar maghrib isya' sebelum menunggu di gate yang ditetapkan.

Handphone di on. Kelihatan mesej bertimbun-timbun dari Ummi, Ayah dan Ayah Mi. Tetapi disebabkan saya yang kurang kemahiran 'top up' men 'top up', maaflah tak dapat dibalas kerana memang tiada kredit. Handphone di off kan semula.

Saya tidak menunggu lama di gate. Syukur. Transit cuma sementara. Tidak sabar rasanya ingin bertemu keluarga.

Alhamdulillah, pelepasan dari Dubai ke KLIA tepat waktunya. Saya pulang sekali dengan jemaah Umrah yang daripada Jeddah. Memang penuh kapal terbang itu dengan orang Melayu.

Sempat juga berbual dengan seorang ukhti ni.

" Dulu sekolah di mana?"


" Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor"


" SRIH ya?"


" Haah, dulu. Akak tahu ke?"


" Tahu. Sekolah Hilal Asyraf lah kan? " Erk..


" Haah " popular dah sekolahku. Perlu dipertingkat tarbiyahnya ni. Saya tersenyum.

Ayah pesan, sebelum flight. Wudhu' perlu dijaga. Dalam pukul 0445 boleh tunaikan solat Subuh. Mulanya agak tak percaya. Terdetik di hati, dah masuk ke? Jadi, saya mengambil keputusan solat pada Jam 0510 waktu Dubai. Agak takjub, bila melihat perubahan langit. Di hadapan kapal terbang, kasamaran cahaya matahari sudah mula kelihatan. Tetapi di belakang, gelap. Nak ikut mana satu? Mula dah entah mana fatwa keluar.

Syukur, saya terus solat. Sebabnya, jam 0530 pagi langit sudah cerah.

Sepanjang perjalanan ke KLIA, saya dibuai lena. Bangun sekadar untuk menyuakan makanan. Itupun, saya ambil sedikit. Selebihnya, disimpan ke dalam bag. Body clock masih belum dapat di adjust. Waktu itu, waktu malam di Glasgow. Memang sepatutnya waktu untuk tidur.

Sampai sahaja di Malaysia, sudah mula terasa bahangnya angin. Teruja. Tak sangka saya sudah melepasi benua-benua itu. Pengembaraan bumi Scotland sudah saya tempuhi.

Sebelum bertemu dengan keluarga, Allah menguji kesabaran lagi. Disebabkan para jemaaah yang terlalu ramai, agak lama saya menunggu beg di 'keluarkan'. Bahang panas cukup terasa. Sehinggakan saya lelah seperti ingin pitam dek kepanasan yang 'mengejut'. Wajah sudah merah padam. Tangan pula mengeluarkan peluh tidak henti-henti. Baju saya juga sudah lencun dibasahi peluh. Tak perlu bayang. Tetapi bau Glasgow masih melekat...kata mereka.

Dua buah beg roda saya tarik, satu beg galas, dan beg tangan cukup membuatkan badan ini seperti ingin tumbang. Masakan tidak, troli sudah kehabisan di sanggam para jemaah. Cuma yang membuatkan saya rasional, takkan saya tak boleh kuat sedangkan atuk-atuk dan nenek tua boleh saja menguatkan diri mereka dengan kesabaran. Haih.. tabik!

.SABAR. Akhirnya Allah datangkan troli juga. Oh, bersyukur rasanya. Satu nikmat yang dapat melegakan hati hambaNya ini.

Saya melepasi laluan pintu keluar utama. Terasa seperti orang popular pula. Ramai betul orang. Saya mencari kelibat ayah. Kami saling berpelukan melepaskan rindu.

Satu yang saya ungkapkan,

" Ayah, panas.. " Saya senyum. Terasa hampir ingin rebah. Mungkin kerana kekuatan badan yang tidak dapat menampung. Mana tidaknya, saya dibuai lena semasa dalam kapal terbang sehingga tidak mengendahkan makanan yang hadir.

Hari yang sama juga kami bertolak ke Penang. Sampai jam 11 malam.

Alhamdulillah..

Kini terasa debaran result SPM ^^

Rindu Glasgow. Rindu 'baby'.. Semoga Allah mengurniakan Rahmah kepada keluarga 'angkat' di sana.

No comments:

Post a Comment