Pages

Wednesday, May 30

.Mukhayyam Islah.


Bismillah..

Seminggu telah berlalu. Rasanya belum basi lagi untuk saya kepilkan kisah Mukhayyam Islah buat coretan di blog ini a.k.a 'Open Diary'.

Mukhayyam (perkhemahan) ini diadakan di Lata Chelak, Kedah. Wah, ke sana ke mari saya seminggu dua ini.  Sekejap di Penang. Sekejap di Bangi. Sekejap di Kedah. Semua itu urusan sebagai seorang 'alumni Musleh'. 

Thursday, 24 Mei 2012

Kami bertolak pada jam 12 tengah hari menuju ke Lata Celak tempat yang akan diadakan Mukhayyam ini. Pelajar terdiri daripada adik-adik tingkatan dua. Saya merangkap fasilitator bersama sahabat yang lain kesemuanya 5 orang. Mereka alumni Al Islah. Saya? semestinya Hidayah, JB yang dicintai.

Buat pertama kalinya, saya melihat beg-beg disumbat seperti gambar di atas. Ohho, sudah seperti sardin lagaknya. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.Ye ke? Saya rasa ya. eheh..

Kami para fasi ada rumah khas. Teratak kayu yang cukup selesa. Jika hendak dibandingkan dengan adik-adik. Memang bila berjalan tu, rasa seperti mahu roboh. "Kriokkk.." Itu saya. Mungkin anda tidak. Bersama dua orang muallimah dan Ummi Mai merangkap pengarah program.

Kump 2 menjadi 'adik angkat' saya sepanjang mukhayyam ini. Macam-macam yang saya korek, tanam, dan ikat dalam diri mereka.  Mereka ini sememangnya Haybatt! Bermula dengan slot 1 : IKATAN. Alhamdulillah, ilmu itu di hati. dapatlah saya ajar mereka. Segala macam ikatan saya ajar. Harapnya mereka dapat praktikkan. Wah, baru rasa tak sia-sia peroleh ilmu dari Tuan dan Puan di Hidayah yang cukup superb!

Yang Specialnya mukhayyam ini. mereka ditugaskan bagi merakam detik-detik yang dilalui bagi penghasilan video di akhir program. Comelkan? Setiap kumpulan perlu ada satu camera dan laptop. Tak lupa juga handphone. Mana tahu ada yang tersesat? Cukup moden. Biarlah. Itu zaman mereka. Bukan zaman saya. Berlainan cara tarbiyah itu. Tapi matlamat tetap sama. InsyaAllah.

Malam itu, mereka mempersembahkan armiel masing-masing. Juga sedikit 'sharing' bersama facy berkenaan SYAHADAH. Dari situ, potensi ahli kumpulan saya semakin terserlah. Sehinggakan ada antara facy lain yang cemburu. Uhuk2 (^.~)

Friday, 25 Mei 2012

Seperti biasa, pada hari kedua akan adanya junggle trecking. Sebelum itu, saya merasakan inilah mukhayyam yang paling rileks yang pernah saya lalui. Baik jadi kadet mahupun sebagai fasilitator. Sekiranya tidak, pasti minyak angin jadi teman saya bagi menghilangkan pening. Dek rushing sana sini. Kalau dulu, pastinya bunyi wisel yang menghantui kami para kadet. Kalau lambat! alamat bumping atau starjump ganjarannya sehingga melecet kaki ini.

Tapi itu saya. Bukan mereka.

Sepanjang junggle treckking, kesunyian hutan dihiasi suara mereka juga suara facy yang menjerit. Semua itu kerana si pacat bersama teman-temannya telah memulakan operasi pencarian darah manusia. Ohho! saya tidak terkecuali. Beberapa ekor sempat menggeletik dibahagian lapisan seluar. Namun, dari awal saya sudah jampi serapah dengan ayat quran supaya darah saya tidak disedekahkan. Alhamdulillah.. saya sempat 'cabut' dia.

Hmm.. dapat bayang tak? Bagaimana keadaan sebuah pasukan yang terlompat-lompat dek pacat yang hinggap. Bukan seorang dua. Malah dengan fasilitatornya sekali. Memang kelakar. Tapi tiada seorang pun yang merakamnya melainkan rakaman Allah s.w.t

Setelah itu, kami bermandi manda di tepian sungai yang coklat seperti air teh tarik itu. Siapa yang kisah? Semua pakat rendam aja.. Saya masuk dengan kasut-kasut sekali. Di dalam hati, berdoa supaya terhindar dari makhluk Allah yang bernama "PACAT".

Waktu malamnya, kami dihidangkan santapan rohani TAFSIR AL-ZALZALAH. Namun apakan daya, saya cuma menyuap separuh dari sepinggan. Selebihnya telinga yang menjadi saksi kerana mata sudah terlelap. Ditambah pula dengan deruan angin yang dingin. Cukup menyenangkan. Apapun, terima kasih muallimah. Saya terkesan dengan penyampaian itu. Biarlah sedikit, namun melekat sungguh di hati.

Saturday, 26 Mei 2012

Turutan hirasah malam kedua, saya yang terakhir. Saat terjaga, jam di tangan di renung. Pukul 5.30? Betul ke ni? saya mengira semua facy. Cukup 5 orang. Tiada siapa yang hirasah? Habislah.. Terus saya melihat keadaan dibawah di ruangan tingkap yang terbuka. Kelihatan, hanya Ummi Mai seorang yang menunaikan qiamullail. Rasa bersalah menyusup di sanubari. Pastinya tidak sempat menunaikan tahajjud. Terasa satu amanah dengan lenang saya melepaskan. Astaghfirullah...

Seorang demi seorang dikejut. Solat subuh agak lewat. Namun, masih di dalam waktunya. Rupa-rupanya, apabila diselidik, terputusnya hirasah sejak awal pukul 1. Hmm.. memang tidur mati semua. Termasuk saya. (*geleng kepala). Hah, kalau dulu tak bangun hirasah khemah kami jadi mangsa dirobohkan. Allahuakbar! itu saya. Bukan mereka. Hurmm..

Sebelum kami pulang, bertemu sebentar dengan para tuan yang mengendalikan kursus kenaikan pangkat Pegawai Waren. Terdengar perbualan mereka. " Siapa yang jaga? " Adik-adik menjawab, " Facy..". Tanya mereka lagi, " Berpangkat ke? ". Jawab mereka, "Haah. Staff pun ada.". Oh adikku sayang. Habislah saya. Alhamdulillah semua baik-baik. Syukur..

Alhamdulillah.. kami selamat pulang ke Islah tanpa sebarang aral yang melintang.
Semakin sayang kepada adik-adik yang haybatt itu. Nasihat akak, " Jangan lembik2, seorang pemuda itu perlu kental kerana Allah itu sentiasa denganmu.."

UJIAN KEDUNIAAN

Awal-awal sampai, Allah menguji saya dengan menarik kecintaan saya kepada Handphone. Dia terjatuh lemas dalam air. Sekarang ini dalam pembaikian. Harapnya masih boleh digunakan. Biarlah duit itu tidak dibazirkan untuk membeli handphone baru. Mohon doa.

Gelang pemberian Ummi juga tercabut. Hati siapa yang tak retak? Kalau sudah tahu, mengapa dibawa? Jawapan saya, "Terbawa" Apapun, benda sudah jadi. Saya redha.

"Innallaha ma'a sobirin"
Cukuplah Allah bagiku~

ISLAH VS HIDAYAH

Mukhayyam mereka asing. Kami gabung.

Mereka sedikit. Kami ramai.

Mereka 'memberi'. Kami 'melatih'.

Mereka lembut. Kami garang.

Mereka makan nasi. Kami makan ketupat.
Namun keduanya menyenangkan ^^

Setiap perbezaan, itu yang menyatukan. Kita tidak boleh sesekali samakan. Bukan mudah untuk melaksanakan perubahan di sesebuah waqi'. Bahkan Rasulullah sendiri menyeru mengikut keadaan waqi' (tempat) itu sendiri. Setiap sekolah punya cara tersendiri.

Walau bagaimanapun, usah kita mempertikaikan malah kita mendoakan tarbiyah itu kekal utuh di sekolah musleh. Berkali-kali kami diingatkan, jangan dibanggakan dengan nama sekolah yang kita duduki. Malah, perlunya rasa Izzah dengan Islam yang ditinggikan. InsyaAllah.

Semoga Islam itu dipelihara oleh Allah melalui kader-kader dua't lahiran Sekolah Islam. Allahuakbar.






No comments:

Post a Comment