.ni dia.. muka budak 'baik'.
Bismillah..
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi "
~cebisan ayat Syurga Cinta.
Apa kena situasi saya dengan ayat di atas?
Sejak dua menjak ini, saya amat merindui 'baby' Farhan nun jauh di UK sana. Nama pun 'babysitter'. Setelah sebulan lebih tak berjumpa. Haih..
Tup..tup..
seorang ahli 'circle' saya mendapat adik baru.
Dapatlah saya melepaskan kerinduan yang membungkam ini..
Betapa bayi ini amat comel dan kecil. Beratnya, 2-7 kg.
Pakai baju lengan pendek kelihatan seperti memakai jubah.
Sempat juga, menukarkan pampersnya, memandikannya. Letak penisilin di tali pusatnya yang belum putus (agak menggerunkan *keluar darah sikit). Memakaikan dia barut supaya mengelakkan kekembungan, memakaikan dia baju yang 'cumil'. Tak lupa juga aksesori... powder hampir saja terlupa.
Oh ya.. bukan saya yang buat semua ini ya. Lain tak bukan, Ummilah..
Saya sekadar melihat dan belajar ilmu teori. Bukan praktikal.
Dah tak berani macam dulu. Rupanya, lagi payah jaga 'baby' ni sebenarnya.
Tapi seronok..
Hebatlah kak Munyyy..
Dia yang menjaga ibunya yang berpantang. Sampaikan ada buku resepi 'berpantang' tu...
Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang tinggi disisiNYA.Amin.
bersama cek mek Mursyidah. Kaki bayi sebesar dua jari
Seorang ibu,
mampu menjaga sepuluh orang anak.
Namun,
Seramai sepuluh orang itu tidak semestinya
mampu menjaga ibu yang seorang itu.
Kata Ummi :
Apatah lagi keadaan kini, ibu-ibu muda semuanya sibuk-sibuk belaka.
Dengan kerjaya doktornya, engineernya, segalanyalah.
Sekiranya tidak punya kekuatan dalaman, kita akan alami depressed dalam rumah tangga.
Lagi-lagi kalau dapat suami yang tak membantu..
Hummph..
Berbalik kejadian kita..
Firman Allah S.W.T
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Al Insaan : 2
" Kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah "
" Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging "
" Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi Izhom dan kemudiannya Kami membalutkan Izhom dengan daging " Al Mukminun : 14
Unikkan kejadian kita?
Rasanya, anda sendiri sudah biasa mendengar 'ceramah'
berkenaan proses kejadian manusia ni.
Di sini,
saya cuma nak kita review saja penciptaan kita
oleh Yang Maha Hebat, Allah.
-Kita ini datang daripada Allah, pulangnya juga pasti kepada Allah-
Adakah sewajarnya kita mencari selain daripada Allah diantara keduanya?
No comments:
Post a Comment