Pages

Wednesday, July 4

.Intip calon menantu.


Bismillah..

Seperti biasa, ketika waktu makan malam, keluarga kami akan berkumpul bersama. Inilah masanya, semua orang berebut makanan, berebut tempat duduk, juga berebut memanggil "Ummi.. ummi.." agar diberi perhatian terhadap luahan hati masing-masing.

Yang paling cool and steady, sudah semestinya Ayah. Setiap masa, di mana jua berada. Lagaknya tenang mendamaikan.

Berbual punya berbual, entah bagaimana termasuk topik yang agak 'sentimental' itu.

Ayah mula berbicara, "Ayah nak, anak-anak ayah jadi anak yang soleh dan solehah." Selang-seli kami menyambut kata-kata Ayah dengan senyuman tawa dan menganggap itu perkara biasa-biasa aja.

"Baik bos!" celah adik 'gebu' saya.

"Dan, Ayah harapkan bakal menantu ayah tu juga orang yang soleh. Syaratnya, mesti solat subuh berjemaah di masjid." Sepertinya, satu nasihat atau amaran? Saya bingung. Mengapa Ayah berkata demikian.

Apa-apa pun, hah! dengar tu orang di luar sana. *Cess! perasan. Ayah yang kata. Saya dengan penuh bersemangat mengangguk setuju. Kan kakak 'ayu'? (>.<)

Terbatuk kecil saya dan kakak 'ayu'. Kami berpandangan. 'Apa kes ni, cakap pasal benda ni?'

"Pheewit!!" Adik 'macho' memandang kami berdua dengan penuh makna yang tersurat lagi tersirat. Keningnya yang panjang lagi mengancam itu diangkat sebelah.

Peluh merenik *kesat* ~Fuh...

= Perbualan bersama, sebelum kakak 'ayu' ke Jordan =

***

Pelbagai tajuk yang disembangkan oleh para jemaah. Ini termasuklah keluhan beberapa orang ibu dan ayah terhadap anak dara mereka yang tidak kahwin-kahwin kerana sibuk dengan kerjaya sehingga menyerah kepada takdir sahaja. Ada, adalah. Tak ada, malas nak cari.

"Intip-intiplah mana-mana anak teruna yang rajin ke masjid tu, buatkan menantu." saran seorang lelaki warga emas yang sedang mengacau gulai kawah kepada kaum ibu yang rancak berbicara. 

"Waktu siang-siang macam mana nak intip, kita kan kerja?" soal seorang jemaah lelaki. 

"Intiplah waktu solat Subuh atau Isyak. Kalau tengok anak muda itu selalu ke masjid, ada harapan jadi calon menantu." 

"Apa maksud Abang Haji itu, saya tak faham?" tanya lelaki tadi. Dia merapati Abang Haji itu. Dayung pengacau di tangan Abang Haji itu bertukar tangan kepadanya dan disuruhnya Abang Haji duduk bercerita.

Abang Haji itu pun bercerita kisah dia memikat menantu sulungnya. "Setahun saya perhatikan seorang anak muda yang kerap ke masjid waktu Subuh, Maghrib dan Isyak. Saya mengenali keluarganya. Saya merisik khabar dengan ayahnya yang juga 'kaki masjid'." 

"Anak bujang itu, sejak kecil sememangnya rajin ke masjid mengikut ayahnya. Tetapi apabila ayahnya uzur, dia tetap ke masjid seperti biasa. Walau sudah bekerja, apabila balik ke kampung, dia antara jemaah muda awal yang memeriahkan masjid."

"Boleh percaya ke zaman sekarang ini nak cari calon menantu macam itu. Entah-entah dia buat alim sebab nak tarik perhatian orang supaya nampak baik." bidas seorang jemaah wanita yang mendengarnya. 

Abang Haji itu menjawab, "Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang untuk seseorang anak muda melangkah ke masjid subuh-subuh hari, kalau bukan kerana kemahuannya yang kuat dan bersungguh-sungguh membesarkan Allah."

"Orang yang dapat bangun subuh dan berjemaah di masjid adalah orang yang berdisiplin. Lebih-lebih lagi kalau masjid itu jauh, tetapi dia sanggup datang sebagai bukti dia menyayangi Allah dan Rasul. Dalam Islam, orang lelaki sangat dituntut berjemaah pada waktu Subuh dan Isyak di masjid."

sambil membetulkan posisinya, dia menambah, " Musuh Islam, cukup takut kalau orang Islam ramai solat Subuh dan Isyak di masjid kerana pada waktu begini ramai yang lalai."

"Betul tu, Abang Haji, macam orang bercintalah. Kalau sudah cinta, susah macam mana pun dia akan sanggup datang, begitulah halnya kalau kita jatuh cinta dengan Allah dan Rasul. Malu rasanya kalau tak solat berjemaah di masjid. Hilang kejantanan sebagai seorang lelaki!" Sebahagian jemaah lelaki senyum kecil menampakkan baris gigi yang sudah mula goyah.

"Oleh itu, apabila anak muda dapat melawan hawa nafsu malasnya dan berasa bahawa mati itu datang tiba-tiba, takut-takut tidak dapat keberkatan kalau melengahkan solat Isyak maka mujahadahnya itu merupakan jihad besar."

"Bagi anak muda yang sudah biasa beramal solat berjemaah, perkara ini tidak jadi susah baginya sebab sudah biasa. Jadi, hendak mencari calon menantu yang baik-baik, kita juga kena selalu ke masjid."

Fahamlah kami, untuk mndapatkan yang terbaik, kita perlu menjadi yang terbaik dahulu. Tidak cukup hendak menantu yang baik-baik sedangkan ibadah pun masih tunggang langgang dan sambil lewa. Allah akan anugerahkan mengikut apa yang kita usahakan.

Walahualam..






3 comments:

  1. Hanya mampu tersenyum

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.. jzkkk atas perkongsian.. Yosh! kena usaha, baiki diri! :D

    p/s:err.. buang captcha boleh?hehe..sng nk kumen-kumin

    ReplyDelete
  3. alo, yang kena type words utk confirmkan komen.. hehe..

    ReplyDelete