Pages

Wednesday, April 9

.Kerana sebuah misi.



ini pak cik kuwais fomatkan.. 


Bismillah.


"Saya harap awak boleh gantikan saya untuk multimedia ni." Bersungguh dia merayu.


"Tapi, saya banyak kelemahan. Apa yang awak nampak tu hanya berapa peratus aja." Saya cuba berterus terang. Mungkin apa yang dilihat orang hanya pandangan luaran yang bukan pada pandangan maknawi.


"Itu awak boleh belajar. Lagipun, dalam bab dakwah dan tarbiyah, saya tahu awak lebih faham."


Apa yang dia maksudkan? Lebih faham?


Sudah, bila masuk bab dakwah dan tarbiyah, saya seolah terjerat. Terjerat dengan keputusan diri sendiri. Seperti biasa kita akan memikirkan kepentingan diri dahulu. Namun, bila sebut tentang DAKWAH, bila sebut tentang TARBIYAH automatik kita termati kutu memikirkan perihal peribadi. Dan pandangan kaca mata yang luas mula membuka ruang fikiran.

Teringat saat kaki menjejaki Jordan. Niat dipasakkan. "Aku tidak akan sesekali masuk dalam mana-mana persatuan. Cukuplah apa yang dilalui di sekolah. Aku ingin menjadi orang yang biasa.."


Nampaknya harapan tinggal harapan. Ada harapan besar yang mereka harapkan. Allah lebih mengetahui tiap satu perkara.


Arghh!


"Maaf sangat. Awak beri saya masa dulu boleh? Biar saya istikharah dulu?" Pinta saya. Setiap seseuatu harus dipertimbangkan. Sekalipun sekecil perkara. Semuanya akan memberi kesan.


Kesan?


---


Pagi itu, dia menghubungi saya.


"Macam mana? Maaf sangat, dah tiada orang lain yang boleh menggantikan saya.."


Allahuakbar. Saya memejamkan mata. Peritnya membuat keputusan..


"Biiznillah saya terima."


Keputusan ini saya buat tanpa syura. Syura dengan sahabat yang mungkin lebih mengenali kita luar dan dalam. Cuma kepada Dia saya meminta pertolongan. Moga langkah ini adalah yang terbaik untuk saya menyampaikan Syahadatul Haq.


Ya, ketika itu.. saya belum mampu melihat medan amal yang sebenar. Hakikatnya, ada satu tanggungjawab yang besar sedang dipikul. Tanpa mereka sedari.


Sejak itu saya cuba mengenali 'AdobePhotoshop' dengan lebih mendalam, Sejak itu saya cuba berjinak dengan 'DSLR'. Sejak itu saya mula memerhatikan kerja-kerja seorang multimedia yang masanya terlalu sibuk dihabiskan dengan subjek bernama 'Laptop'. Melalui kerja ini, banyak perkara yang akan memberi kesan. Antaranya, masa belajar kita. Masa muayashah kita dengan insan lain. Mana tidaknya, menghadap laptop saja pagi ke malam. Dan paling utama, penjagaan hubungan kita dengan Allah.


Mungkin anda akan mengatakan mudah. Dengan rianya memberi komentar,


"Wah hebat ah poster!"


"Smart sangat nih. Tapi lagi menarik kalau shadow tu up kan sikit."


"Gambar tu bila crop, slowkan sikit dia punya opacity.."


Mulalah bahasa-bahasa pelik keluar. Sebagai seorang yang fobia dengan benda elektronik, pastinya anda hairan. Jika begitu, mengapa saya pilih ini sebagai jalan saya? Seharusnya saya menolak.


Menolak?


---



"We work for the betterment. Kerana kami yakin, hanya Syahadah yang utuh, Hidayah akan teguh. Tika itu, dakwah merentasi segalanya, tak kira benua. Kerana kamilah, hero pengislah dunia.." Secebis ungkapan dari video junior 'Kita-kita 11/12'.


Hammasah mereka saya sedut perlahan-lahan. Namun akan berjayakah?


"Benda ni bukanlah bidang saya. Tapi kerana dakwah apa salahnya kita mencuba.." Bicara akh pelakon video osem Tomato dalam temuduga AMIR CHINA.


Benar.


Saya mengangguk setuju dengan pendapatnya. Multimedia bukan bidang saya. Tapi kerana dakwah apa salahnya, bukan?


Namun, satu yang perlu kita titik beratkan. NIAT. Atas dasar apa kita terima tugas ini? Demi apa kita melaksanakannya? Dan ke mana medium ini ingin kita halakan?


Tidak semudah yang disangkakan. Kerana apabila kita sudah terjebak dengan sesuatu yang luar dari lingkungan 'comfort zone'. Akan ada satu perasaan yang timbul.


Bagaimana ingin mengekalkan kepekatan tarbiyah yang kita perolehi? itu semestinya teruji.


Hakikatnya misi itu belum berjaya. Dan kerana itu, saya tidak mampu untuk menjelaskan. Namun, ketahuilah hakikat tarbiyah itu tidak mengajarkan kita bergerak dakwah ditengah padang pasir. Berhujjah dengan angin.


Bahkan, tarbiyah mengajar kita bagaimana seharusnya kaedah dakwah yang sebenar untuk kita laksanakan di tengah-tengah masyarakat. Ya di TENGAH-TENGAH masyarakat. Rasakan keperitannya dan nikmat kebergantungan kita kepada Allah.


Ingin bergerak dalam persatuan? Ya silakan.
Ingin mengetuai sesuatu perkumpulan? Ya silakan.


Tiada siapa mampu menghalang jika kita inginkannya. Tapi sejauh mana kita meyakini dan merasai dengan sebenar-benarnya untuk membawa insan disekeliling kita menjejak syurga bertemu Allah secara berombongan.


Jika benar, ayuh bersama kita buktikan.


Kerana sebuah misi yang belum tercapai, saya memerlukan kalian untuk kita sama-sama menegakkan Syahadatul Haq dan meluruskan Obsesi kita semata kerana Allah.



"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) 'Ummat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu."

Al Baqarah  2 : 143






No comments:

Post a Comment