Pages

Sunday, January 13

.Ghazzah memanggil.. #1


Bismillah..

"Assalamualaikum awak. Akak ada tawaran ni. Awak berminat nak ke Ghazzah, Palestin? Ini untuk beberapa orang tertentu sahaja untuk misi A2G13 wakil dari Jordan. Seandainya awak berminat, nanti terus hantar salinan passport dan gambar pada kak SY sebelum pukul dua belas ni ya.."


Kelu. "Baik akak. Terima kasih." Dalam keadaan diri yang masih berselubung dalam hirom tebal, saya menerima panggilan yang hampir saja membuat jantung ini berhenti berdegup.


Tangan terus mencapai phone melihat angka yang terpapar. 'Sebelum pukul 12? sekarang pukul 9..'


Dalam dhuha, saya meminta padaNya, andai ini jalan yang terbaik untuk saya ke Ghazzah bukakan jalan seluasnya. Sememangnya Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.


Bayangkan, selama ini kita sekadar membaca status-status facebook aktivis palestin. Tapi pada hari ini Allah memberikan peluang itu dihadapan mata. Tidakkah kita merasakan seolah Allah mendengarkan suara hati kita? Di mana, tidak semua akan memperolehnya. Allahuakbar..


Kad weinak diambil. Terus jemari laju menaip nombor Ummi. Berkali-kali mencuba namun hasilnya tidak memberansangkan. Nampaknya Allah belum mengizinkan talian disambungkan. Sejurus itu nombor ayah pula didail.


"Angah.." Suara garau ayah dicorong telefon.


"Ayah, angah nak beritahu ni. Angah dapat tawaran ke Ghazzah sebagai aktivis palestin. Ayah benarkan angah pergi ke? Sebabnya perlu beri keputusan sebelum pukul 12 ni.." 


"Hmm.. kita yang tanggung sendiri ke macam mana?" tanya ayah lembut.


"Kita yang tanggung sendiri. Tiket flight ke Mesir dengan semasa di Palestin tu sendiri. Ayah bincang dengan ummi dulu. Dalam 10 minit nanti angah call balik ya.." 


Sementara menunggu keputusan, saya melihat gelagat sahabat saya yang juga turut menerima tawaran tersebut.


"Bagaimana sahabat?"


Dia sekadar menggelengkan kepalanya. Fahamlah saya, ibubapanya belum memberi keizinan. Jelas terpancar dibalik suram wajahnya manik-manik jernih mengalir deras. 


Tika itu, hati saya cukup resah memikirkan apakah jawapan yang bakal ummi dan ayah beri nanti..


"Assalamualaikum Ummi.."


"Angah.. rindunya anak ummi." Saya tersenyum. 


Perlahan-lahan saya berbicara, "Ummi.. kalau angah dapat tawaran ke Ghazzah, apa pendapat ummi?" Soal saya lembut. Pada masa yang sama saya terang sedikit perjalanannya.


"Mengapa angah dapat ke? Pergilah... pergilah nak.."  Saya sedikit kaget. Benarkah yang ummi katakan ini? Atau ini hanya anganan?


Ya Allah, mudahnya Ummi melepaskanku. "Betul ke ummi? Nanti Ummi beritahu ayah ya.." bicara saya riang. Alhamdulillah lantas sujud syukur sebagai tanda terima kasih padaNya.


Terus salinan passport dan gambar dihantar kepada kak SY.  


Malam itu, saya congak kembali perbelanjaan bulan ini dan bulan hadapan seandainya saya ke Ghazzah. Sepertinya menjangkau ratusan JD. Dan..mana saya mahu gali lubang-lubang harta? 



Hati saya mula resah. Lantas pen diambil. Empat kolum dilakar. Saya mula menyenaraikan antara pro dan kons sekiranya saya pergi  atau tidak. Demi dakwah dan tarbiyah itu sendiri.


Lama kelamaan hati bertambah rawan. Sebak. Mula persoalan-persoalan hati ini timbul.


Apakah aku layak ke sana?
Sudahkah aku bersedia menghadapi sebarang kemungkinan?
Andai syahid di sana, bagaimana hutang yang belum aku langsaikan?
Seandainya aku pergi bagaimana dakwah dan tarbiyah aku setelah aku pulang?


Tanpa disedari, air mata turun membasahi wajah. Segera telefon bimbit dicapai. Laman Whatsapp dibuka.


"Ummi... Angah rasa sedih tiba-tiba. Tak tahulah perasaan ni. Bila fikir kembali, mampukah untuk ke sana?"


"Ummi? I need your advice.."


"Naik bulan, mula semester 2. Perlu bayar yuran subjek. Angah tasjil 5 madah. Jadinya setiap satu madah sudah berapa? Dan kos perbelanjaan sewa semua.."


Senyap. Tiada jawapan dari Ummi.

SAMBUNG..

No comments:

Post a Comment