Bismillah..
Senyap. Tiada jawapan dari Ummi.
Keesokan harinya, usai menunaikan solat bagi mohon petunjukNya. Saya kembali melihat telefon bimbit. Terlihat tanda hijau dibahagian atasnya.
Segera dibaca balasan ummi.
"Mengapa angah? InsyaAllah, ummi kata pergi aja. Ayah ada dapat bonus dan ummi congak cukup urusan kita. Ingat tak tambang duit angah ke Jordan yang kita bayar dulu? Pihak zakat sudah refund balik pada ayah. Lebih pula tu. Cukup perbelanjaan ke sana semua. Nampak seperti Allah susun-susun.."
Saya sebak. Menangis lagi buat kesekian kalinya. Ya Allah...
"Angah.. angah.. ummi risau angah tak minta duit bila perlu. Jadi teruskan saja misi ni. Ummi rasa rezeki itu akan datang dengan cara yang tak disangka-sangka. So, angah jangan risau ya.."
'Ummi.. Ayah.. ' Air mata dikesat.
Dalam tempoh dua hari menunggu keputusan, saya mula search berkenaan palestin. Sedikit sebanyak saya mula cakna terhadap apa yang berlaku.
Misi-misi yang telah dilaksanakan oleh Aqsa Syarif juga saya baca dan telitinya setiap satu persatu. Tanpa sedar semangat itu timbul dari arah yang tidak disangka. Rasa lebih terbina ciri peribadi muslim dengan membaca isu-isu semasa ini.
'Ya Allah sampaikanlah jejakku ke tanah Palestin...'
"Salam alayk kak SY.." jemari laju menaip pada skrin telefon bimbit. "Kalau boleh saya tahu, siapa ya yang dapat ikut serta misi ke Ghazzah?"
Dalam debaran, saya menanti jawapan dari kak SY.
"Afwan, atas sebab had bilangan peserta misi, enti tidak terlibat dalam misi A2G13-ER. Namun, InsyaAllah dimasukkan ke dalam waiting list misi berikutnya yang belum ditentukan bila. Mohon teruskan berdoa agar PALESTIN TERBEBAS. Barakillahu feek.."
Saya membacanya dengan hati yang redha. Allah lebih mengetahui siapa yang lebih layak menjejaki bumi suci penuh berkah itu.
Saat itu, saya cukup merasakan ditapis olehNya. Wajarlah mengapa Allah belum memilih saya sebagai antara yang ikut serta dalam misi tersebut. Misi dakwah diri sendiri masih lagi lompong. Inikan pula untuk membawa satu amanat yang besar. Kelak, buruk padahnya andai niat tidak berpaksikan yang Satu yakni Allah..
Sangat terkesanlah dengan ayat Allah ini,
"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menghukum kamudengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak merugikannya sedikit pun. Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu.." (At Taubah : 39)
Sekalipun saya tidak terlibat dalam misi tersebut, bukan bermakna misi yang lain turut punah ditelan misi yang tidak tercapai. Allah adalah sebaik-baik penghitung amalan hambaNya. Nampaknya saya perlu lebih berusaha dalam memperbaiki diri saya.
Kerana pilihan Allah itu yang terbaik. Dan, saya mahu menjadi yang terbaik pada pandangan Allah.
Kerana pilihan Allah itu yang terbaik. Dan, saya mahu menjadi yang terbaik pada pandangan Allah.
Pada masa yang sama, hati bermohon agar dipilih olehNya suatu hari nanti. Ya, pasti itu!
No comments:
Post a Comment