aku tidak mahu menjadi seorang yang zalim..
"Nanti kalau awak balik malaysia, walaupun sekejap awak nak buat apa?"
"Oh, InsyaAllah bantu sekolah.."
"Kenapa mesti bantu sekolah? Tapi awak perlu tahu medan kita yang sebenar adalah di sini.."
"Saya tahu akak. Tapi kerana tarbiyah yang saya dapat di sekolah membantu untuk saya jadi SAYA yang hari ini. Dan saya tak mahu tarbiyah itu lesap dan hilang macam tu sahaja tanpa generasi bawah rasa apa yang kami rasa dahulu."
Kakak itu terdiam.
'Sekolah kami lain dengan sekolah biasa. Lainnnn!' Sekadar terluah di sanubari.
Lain kerana apa? kerana dakwah dan tarbiyah yang telah dipupuk dan disemai sedari kami menjejaki sekolah itu.
Dan kini, bantuan kami masih diperlukan. Kerana betapa susah dan payah sekolah itu dijaga oleh tangan-tangan guru serta insan yang berbakti kerana Allah dan demi Islam.
Terimbau satu peristiwa, ketika itu program kepimpinan sekolah. Saya pernah mempersoalkan kepada seorang senior sehingga membuatkan luluh air matanya.
"Abang kakak mahu kami jadi seperti itu dan ini! Tapi kalian jarang turun sekolah untuk membantu kami.. Mana kalian pergi?"
Dengan lancang saya berbicara menahan getaran hati yang membara. Wajah tetap menunduk. Tangan dikepal sambil mata terpejam.
Pada awalnya alumni itu mahu smash kami adik-adiknya. Walhal saya bersiap sedia dahulu untuk 'mengesani' tepat ke hati mereka.
Hati saya ketika itu sakit. Sakit dengan permintaan mereka, namun sedikit daripada mereka yang membantu.
Bila sudah meninggalkan sekolah, banyak pula ujian yang mendatang. Saya akur, semakin sukar untuk kami menginjak ke tapak samaian dakwah dan tarbiyah itu. Apatah lagi dalam keadaan diri yang jauh beribu batu.
Tertampar dengan persoalan diri sendiri. Allah.. Maafkan saya.
Mungkin juga persoalan yang sama akan mereka utarakan. "Mana kalian pergi?"
Sahabat di luar sana, baliklah... Jenguklah walau seketika. Walau kalian bukan siapa di sekolah dahulu, diri kalian amat diperlukan bagi mengisi jiwa adik-adik kita dengan nilai dakwah dan tarbiyah itu. Percayalah..
Ya, mungkin kita sibuk dengan dunia kita. Namun ingatlah dunia kita dan dunia mereka di bawah satu langit yang sama. Masih lagi saling memerlukan.
Ya, mungkin kita sibuk dengan dunia kita. Namun ingatlah dunia kita dan dunia mereka di bawah satu langit yang sama. Masih lagi saling memerlukan.
Jasad cuma satu. Harus bagaimana dibahagikan agar hak setiap satu itu tertunai?
Namun, kita meyakini rangkaian tali dakwah ada pendakwahnya. Juga rantaian tali tarbiyah ada murobbinya.
Jika kita ingin menolak semua itu, siapa lagi yang bakal menegakkan Islam jika bukan melalui tangan-tangan kita? Mereka akan pergi. Kita juga akan pergi. Seandainya kita pengganti mereka. Kita juga harus ada pengganti.
Mood rindu sekolah termasuk isi-isi dalamnya. Sungguh diteratak itu, aku ditarbiyah dan belajar erti dakwah. Dan kefahaman itu, aku rasainya sekarang ^^
No comments:
Post a Comment