Pages

Thursday, July 12

.Forgive n Forget.


Bismillah.

Hujung minggu lepas, saya berkesempatan bersama adik 'gebu' ke MISDC di UTM, KL. Cadangnya ingin pergi berseorangan. Namun, setelah berfikir dua tiga kali, alangkah baiknya jika saya dapat merasai nikmat musafir bersamanya. Maka, secara terpaksa dan rela yang terlakar di wajah adik 'gebu', dia menuruti kehendak kakaknya ini.

Disebalik keriangan bertemu sahabat, Allah selitkan dugaan yang seakan menghimpit jiwa.

Usai menonton perdebatan yang dijayakan oleh junior Hidayah JB dan Al Amin Bangi di peringkat FINAL, dengan suka rianya kami berangkat pulang ke tempat penginapan yang telah disediakan.

Tiba-tiba saya tersedar, seperti ada sesuatu yang hilang. "Mana camera?" tanya saya pada adik 'gebu'.

"Ada dalam beg." ucapnya dengan nada biasa. Saya mencarinya. Barang-barang dikeluarkan satu persatu. Habis bersepah. Ruangan surau yang kosong, saya geledah. Puas mencari, namun..

Tiada. Mana? 

Saya mengetap bibir menahan geram. Rasa seperti ingin menjerit. "Letak mana tadi?" soal saya dengan nada yang masih boleh dikawal dari terhambur amukan marah.

"Tepi beg tadi.." Hisy! Terus saya bertanya kepada adik-adik Itqan berkenaan kehilangan camera tersebut. Waktu itu cukup menguji diri ini. Sedaya upaya wajah ini cuba untuk dimaniskan. Aduh, bukan mudah untuk berakhlak mulia ini ya. Melihatkan mereka, saya senyum.

Nafas ditarik sedalam mungkin. Cuba untuk bertenang. Dengan sepenuh tenaga dikumpulkan, bagi menahan air mata ini tumpah. Hati seakan remuk! perit! "La Taghdab! La Taghdab! La Taghdab! (Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah!)" kata Nabi Muhammad s.a.w. Tidak reda juga. Istighfar meniti dibibir. 

Beg terus diangkut. Saya meninggalkan adik 'gebu' saya dengan terpinga-pinga. Tahulah dia bahawa kakaknya ini sedang marah tahap kemuncak tingginya bangunan KLCC. Cuma, akal masih waras untuk mempertimbangkan.

Kaki terus menongkah arah. Langit malam yang gelap membenarkan air mata ini merembes laju. Peritnya.. tahan marah! Saya mula memikirkan jawapan apakah yang sewajarnya tatkala berhadapan dengan ayah nanti. 

Sudahlah saya ini, sedari kecil 'perosak' camera keluarga. 'Pemecah' laptop ayah. Saya jugalah 'pembazir' apabila handphone ditukar baru.Buat kesekian kalinya, saya menjadi 'penghilang' camera. Walau hakikatnya, kecuaian ini dilakukan oleh adik 'gebu' saya, namun sebagai seorang kakak yang diamanahkan oleh ayah terhadap penjagaan camera itu, diri ini cukup dirundung sifat bersalah yang amat.

Pastinya, makhluk Allah yang bergelar 'syaitonirrojim' itu sedang bertepuk gembira melihat saya dalam keadaan sebegini. 

Bertambah-tambah saya kini, fobia dengan barang elektronik. Itulah padahnya apabila kita menarik aura negatif dalam kehidupan. Benarlah, gelombang persekitaran yang negatif sudah saya  tarik sekuatnya. 'Law of attraction'. 

Bagi menahan peritnya jiwa, saya memaksa diri berbicara juga dengan adik 'gebu' saya. Mahu tidak mahu, saya perlu tidur bersamanya kerana bilik tersebut khas untuk dua orang. Usai dia tidur, saya menelefon Ummi. Sekali lagi air mata mengalir deras.

"Angah, perkara ini dunia aja. Sekiranya itu rezeki kita, esok nanti Allah akan pulangkan balik ke pangkuan kita. Jika bukan, sabarlah. Benda dah nak nak jadi...." Saya senyap. Air mata dikesat. Habis ayah? persoalan itu sekadar direngkungan.

Malam itu saya muhasabah. Saya memikirkan solusi dengan penuh rasional dan akal yang Allah beri sebaik mungkin.

Patutkah aku marah dia? Lagipun, bukannya dia sengaja cuai. Salah aku juga. Ini baru hilang camera. Benda yang tak bernyawa. Kalau aku hilang adik 'gebu'? Oh, itu lagi memeritkan. Ah dunia! Terima kasih ya Allah. Mungkin ada dosa yang aku lakukan sebelum ini dan ini sebagai satu kifarah buat aku. Atau mungkin juga niat aku salah untuk hadir ke sini?

Buntu. Namun, saya redha. Hati kembali tenang. Alhamdulillah.. Sudah saya niatkan untuk bermusafir dengan dia. Mungkin inilah titik ujian yang Allah beri untuk saya lebih kuat. Better hilang camera, daripada hilang dia. Betul tak?

"Dan bersegeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang Muttaqin. Iaitu mereka yang berinfak di waktu lapang dan sempit, MENAHAN AMARAHNYA dan MEMAAFKAN kesalahn orang lain. Sungguh Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Ali Imran : 133-134)

To just FORGIVE n FORGET, is not very easy. Ia tidak sama dengan 'forgiven but NOT forgotten'. Selepas itu, simpan-simpan. Dendam kesumat sehingga tujuh keturunan! Tidak.. bukan begitu. Tetapi Allah memerintahkan kita untuk menahan amarah serta memaafkan saja kesalahan lalu meluputkannya dari jiwa.

Namun, ingatilah kebaikannya. Yeah!

Maka benarlah firmannya, hanya orang Muttaqin dapat melaksanakannya. Juga ganjarannya, Syurga yang amat cocok sekali untuk manusia seperti ini. (Membayangkan diri mendapat award di tengah perhimpunan akhirat..) 'Together WE lifted Taqwa!'. Huh semangat tetiba. Eheh.

Itulah Islam. Itulah orang Muttaqin. Menahan amarah itu bukan saja bererti tidak menjerit melepas geram atau menyakiti orang lain. Sebaliknya, tanam habis-habisan serta memadamkan terus bara pai itu dari jiwa. Hilangkan. Kalau boleh sumbat dalam tong besi, sumbatkan!

Kerana apabila kita marah, "You are not yourself anymore (manusia bertopeng syaitan). Your blood pressure goes up. Your face becomes ugly. Your voice is uncontrollably high. Not a pretty sight."

Jika diletakkan peratusan dalam scanning hati, saya yakin mendapat 50% sahaja. Kerana separuh hari saya merajuk dengan adik 'gebu'. Namun, selepas itu saya mengambil jalan yang ditunjuk oleh Rasulullah dengan menitikberatkan kasih sayang.

"Asyiddaau alal kuffar, ruhama'u bainahum" (Keras dengan orang kafir, kasih sayang sesama mukmin)

Last note,
"Verily Allah looks not at your bodies nor to your faces, but Allah looks to your hearts" (hadis Riwayat Bukhari)

Oh ya, akhir cerita ini, Ayah saya tidak memarahi (menerapkan ayat Allah). Malah, Ayah yang menyatakan rasa bersalahnya kerana memaksa saya membawa camera tersebut. Baik sungguh hati ayah. Sayang Ayah. Lagi 2 bulan, dapat untung jualan kamus, Angah ganti ya.

p/s: sekiranya anda terjumpa camera tersebut, mohon dapat diserahkan kepada pemilik empunya diri ya.

Wallahualam..




1 comment:

najmu thaqib said...

tersenyum baca ni. comel ^^,