Pages

Thursday, June 9

Surat Lama..

Bismillah..
Dengan nama Allah daku mulakan...

Satu malam, sedang ana sibuk menyibukkan diri dengan pembacaan novel Ramlee Awang Murshid yang sudah sekian lama tertangguh Ummi menyapa..

     "Angah nak baca tak surat Tok Ayah untuk Ummi?" 
    "Nak Ummi!" Terus ana memberhentikan pembacaan dan menyambut surat yang berada ditangan Ummi.

Mata ini terus meniti setiap bait perkataan yang telah siap ditaip. Surat lama yang agak kusam. Seakan berhabuk di hujungnya. Dikuis menggunakan jari untuk melihat tulisan itu dengan lebih jelas.

Senyuman ana mengoyak.

     "Ummi dahsyatnya Tok Ayah. Siap peribahasa, perumpaan segala. Semangatnya. Hmm...ni yang best ni baca surat lama. Siap penanda wacana lagi. Sedap betul bahasa. Rasa macam Tuan Puteri.. Anakanda.. Ayahanda.. Best, best..." 

      "Arwah Tok Ayah memang macam tu suka bagi surat. Dari Ummi sekolah menengah lagi..." sambung Ummi.

      "Padanlah..Ummi pun suka juga.Ini surat apa pula Ummi?" sambil menunjuk helaian yang kedua.
    "Itu surat Arwah Tok Ayah bagi tahu ayah nak merisik Ummi.." tanpa segan Ummi menjawab pertanyaan anaknya ini.

huhu..so sweet. Tak sangka.. berani betul Ayah terus jumpa Tok Ayah. Dalam senyuman hati terus berbicara. 


      " Ummi.." panggil..
      " Rasa rindu pula pada Tok Ayah," bicaraku.


    " Kalau rindu, sedekahkan al-Fatihah. Orang yang telah meninggal dunia ni kak ngah, diibaratkan seperti orang yang sedang menunggu surat. Surat itu pula diibaratkan Al-Fatihah. Penantiannya amat memakan masa kerana manusia yang hidup sering sibuk mengejar segala macam perkara keduniaan. Dan Orang yang meninggal dunia hanya bisa menanti dan terus menanti. Sekiranya surat itu diterima tidak pula boleh dibalasnya. Hakikatnya alam barzakh sudah terbatas dengan alam dunia yang tidak mungkin boleh dihidupkan semula. Anak-anak solehlah yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia itu..angah.." celoteh Ummi panjang.

Amat terkesan.. kisah perumpaan Ummi. Jadinya apa antara persediaan kita?? Jangan menjadi orang yang rugi sebab Allah dah bersumpah dengan masa. Cuba fikirkan kenapa Allah telah bersumpah dengan masa.... sebab masa lalu tidakkan berulang kembali.

Kematian selalu ingat kita..
Tapi kita sering tolak jauh-jauh bila kematian menjengah ruang pemikiran kita.. kenapa agaknya??

"kullu nafsin zhaaiqatul mautt.."

monolog diri: amalanku masih tidak mencukupi. Aku datang daripadaNYA. Amat ku pasti pengakhirannya akan ku kembali kepangkuanNYA. Kerana itu, wajarkah aku mengisi masa di antara keduanya mencari selain daripadaNYA??

Friday, March 18

" Tarik dia! "

Bismillah..


Teringat ana kisah tadi. Semasa ana berusaha sedaya mungkin mengajak Faheem solat brjemaah. Memandangkan dia seorang sahaja anak jantan yang masih menetap di rumah. Tidak pergi ke masjid...


" Faheem, jom solat dengan kak ngah, " ajakku penuh kelembutan.
" Tak nak. Nanti fahem solatlah! " dia cuba menolak.
" Ei.. jomlah kita solat berjemaah. nanti dapat 27 kali ganda pahala." usahaku lagi tidak berputus asa.
" Faheem tak naklah! " bentaknya masih dalam keadaan manja anak bongsu.. huh
" Tak baik tau Faheem. Sayang kak ngah tak?? kak ngah nak balik esok tau! '' selorohku.
" Ala kak ngah tipu! esok sabtu lah. Kak ngah balik Ahad! " katanya. (nampaknya penipuanku tak menjadi. erm.. jangan ikut ya. Rasulullah tak ajar macam tu)
" Okay, fine. ah.. tak de Faheem kene solat jemaah jugak. Cepat ambil wudhu' jom solat dengan kak ngah, " paksaku dalam keadaan menahan gelak sambil memegang tangannya daripada terus lari.


" AH..!! lari!." terus sahaja dia lari apabila dapat melepaskan diri daripada tahananku. Dia terus mendapatkan Ummi yang berada di atas katil sedang khusyuk membaca buku. 


Apalagi ana terus terkam dia dan geletek badannya. (Baru puas hati! hehe..)


" Cepatlah Faheem. Jom solat sama2 sebelum ayah balik. " rayuku lagi. Memandangkan Ummi keuzuran ana mengambil alih tugas itu. (^,^)
" ee.. kak ngah ni sibuklah. Tepi! Faheem tak nak solat. Ummi tengok kak ngah ni," rintihnya bagi mendapat belas Ummi.
" Faheem solatlah dengan kak ngah.." nasihat Ummi.
" Haha..padan muka. Cepat!" senyuman yang tidak tertahan melihat adik seorang ni. Ya! kali ini ana menggunakan sedikit taktik dan kekerasan. Tapi tetap dikatakan lembut bagi orang lelaki.


" Cepat dodol.. jom! adoi... liatnya Faheem ni. Macam dodol! " kataku sambil menarik kakinya turun ke bawah katil. Badannya yang meniarap, sedaya mungkin supaya tidak jatuh ke bawah. Tangannya pula sebolehnya menarik baju Ummi.


" Faheem tak nak lah macam ni. Penatlah kak ngah. Cepat Dol! Ha! kalau Faheem jatuh.. Faheem hensem!" tarikku sepenuh hati.
" Argh! Ummi tolong Faheem. Ah!! hahahha.. Faheem bukan dodol lah," huh sempat lagi bela diri. Akhirnya dia jatuh jua ke bawah dan naik kembali mendapatkan Ummi.
" Yeh, Faheem dah jatuh. Kali kedua jatuh kena ambil wudhu'," berjaya juga tarik dodol ni turun. Kali ketiga dia naik kembali ke atas katil.
" Kali ketiga ni kalau Faheem jatuh kena solat dengan kak ngah okey?? yah! TARIK!" percubaan kali ketiga sedayaku. (memang sukar mengajak adik lelaki ni. Ada egonya yang tersendiri)
" ahahah yah! beraksi! cepat lakukan! ahaha Ummi tolong!" aksi ultramannya keluar sambil tanganku mencengkam kakinya dan tarik turun ke bawah.( dah mula dah drama dia)


Akhirnya, berjaya. Satu usaha yang amat payah untuk di ungkapkan.
" Dah tak payah nak gedik cepat ambil wudhu'. Jom." badannya kuangkat bawa ke hadapan bilik air. Sambil tersenyum dan menggedik.. dia akhirnya mengaku kalah dan mengambil wudhu'.


Ana terus menunggu dia di muka pintu bilik air. Usai sahaja, ana terus memeluknya erat dan bawa ke bilik adikku untuk menunaikan solat.


" Jom kita pergi bilik air-cond. Solat! lagi selesa. Hmm??" ajakku.
" Emm.." sahutnya sambil memelukku.




       Alhamdulillah akhirnya berjaya juga mengajaknya solat BERJEMAAH. Rasa kelakar pun ada juga. Bukan main susah nak ajak. Adik oh adik. Di rumah bolehlah buat macam ni. Tak dapat bayang kalau ana menggunakan cara sebegini di sekolah.. tak pernah di buat orang dan agak tidak matang ye! 


        Jujur.. semasa ana dan kak long kecil dahulu seperti adikku yang Faheem ini sukar sekali untuk kami solat berjemaah. Hanya apabila ayah terlewat ke masjid, barulah solat berjemaah. Jarang2 sekali. apabila solat dengan ayah, hmm memang lama kerana dulu solat kami macam patuk ayam ^,^ 


        Tapi ayah tak pernah marah dan kami tahu sendiri. Teringat suatu ketika, kami bergaduh sebab ayah meminta seorang daripada kami berjemaah dengan ayah. Malangnya kami berdua sudah tunaikan solat. Tetapi ayah tetap ingin berjemaah sehinggakan kami perlu solat semula. Bab2 solat ni.. ayah menjadi contoh bagiku. Rasanya ayah dah lama tidak solat bersendirian.. sama2lah kita ambil pengajaran dari cerita tadi.


monolog diri: Sesungguhnya aku sebagai hamba kepadaNYA  hanya mampu berusaha. Segala natijah hanya dia yang berhak menentukan. Kerna aku hanya penyeru, bukan penghuukum.

Wednesday, March 16

Keadilan Umar Abdul Aziz

Bismillah..


Keesokan harinya mereka wuquf di padang arafah. Sekali lagi Khalifah Umar Abdul Aziz dikerumuni orang ramai. Seorang budak lelaki berasa sangat hairan lalu bertanya kepada ayahnya. 


"Wahai ayahku, lihatlah betapa ramainya orang yang sedang mengerumuni Khalifah Umar Abdul Aziz. Mengapa begitu besar kasih sayang orang ramai kepada beliau?"


"Wahai anakku, itu salah satu bukti Tuhan sayang kepada Khalifah Umar abdul Aziz. Apabila Tuhan sayang kepada seseorang, maka semua makhluk sayang kepadanya. Beliau khalifah agung daripada keluarga Bani Umaiyah," jawab si ayah.


Apabila berada di Mina, Khalifah Umar Abdul Aziz melihat orang ramai sedang berkumpul. Tiba-tiba beliau menangis teresak-esak.


"Mengapa menangis wahai Amirul Mukminin?" tanya Muzahim yang sentiasa berada di sisi menemaninya.


"Lihatlah betapa ramai rakyat saya. Hari ini mereka menyayangi saya. Tetapi saya khuatir di akhirat kelak mereka memusuhi saya," jawab Khalifah Umar Abdul Aziz.


"Tuan seorang khalifah yang adil dan bertaqwa. Mereka menyayangi tuan di dunia dan akhirat. Tahukah tuan mereka mendoakan kesejahteraan tuan di dunia dan akhirat? kerana keadilan tuan memerintah. Rezeki juga datang melimpah dan selamat dalam perjalanan," kata Muzahim pula.


monolog diri: Sahabat, mohon kemaafan andai diri ini tidak berlaku adil dan terlepas pandang perkara remeh yang sebenarnya penting. Sekiranya dirimu menyayangiku hanya keranaNYA, Tunjukilah jalan yang terbaik buat diriku yang juga hamba kepada yang lebih Maha Berkuasa.

Tuesday, February 15

JAT [Juara Agung Tahunan]

Bismillah..


[JAAFAR AT-THOYYARI]


Alhamdulillah syukur kepada Allah telah berlangsungnya sukan tahunan SMIH yang amat dinanti-nantikan pelajar SMIH sendiri.


Saat jejaknya kami ke stadium bayangan keriuhan sukan seakan menerpa di benak fikiran. 


" Apalah agaknya perasaanku saat akhir nanti."


Sedang ana melihat banat rumah kuning daripada atas stadium satu laungan menerpa..


" Nabila, turun cepat. Lead Doa!," bergegas ana turun ke track untuk mendapatkan sahabat yang ana percayai bakal menghasilkan sesuatu yang luar biasa ini. 


 "Ya Allah, ampuni kami. Rahmati kami. Permudahkan urusan kami. Lancarkan pergerakan kami. Kuatkan kaki mereka ya Allah.. kerana aku tahu Ya Allah hanya Engkau yang mampu menguatkan kami. Hanya Engkau yang mampu menggerakkan kaki mereka dengan laju Ya Allah. Andai kali ini kemenangan itu adalah yang terbaik untuk kami meninggikan ISLAM. Kau berilah ya Allah. Andai bukan Ya Allah Kau tentukanlah yang terbaik untuk ami Ya allah..kuatkan hati kami dengan ikatan terhadapMu.. Ameen "

.........................................................
Datang seorang sahabat kepada ana..



" Nabila ana nak nti jaga ahli perbarisan. Jangan sampai apa yang kita buat tak diredhai Allah. Lagi-lagi ramai Qiyadah. Takkan kita tak mampu untuk pegang. MPP pun ramai. Siap dengan Ustaz Iswan sekali. Selitkan gaya hidup Islam walaupun sedikit. Islam tak susah." 


" Walau sibuk macam mana pun latihan jangan abaikan solat.. Utamakan Allah. Insya-Allah benda yang mustahil bakal terjadi andai Allah menginginkan ia terjadi." Dush!! seakan satu tamparan hebat tepat mengenai pipi. Satu lontaran amanah hadir tanpa diminta.


"Insya-Allah," Hanya itu yang mampu untuk ana tuturkan.


Saat kucar kacirnya perbarisan. Sahabat ana saling menguatkan.  


Takmil Wa Istikmal. Saling lengkap-melengkapi


" Kita mampu buat yang terbaik jangan risau. Tajdid niat. Kita buat kerana Allah. Dah kita jangan stress-stress. Tenang saja. " kata-kata yang sering kali membuat ana tersenyum


sepanjang latihan sukan berlangsung ana memikirkan apa yang ana mampu selitkan tentang Islam memandangkan sukan bertemakan " Sukan Variasi Transformasi Islam"


Kali terakhir latihan perbarisan...


" Okay, malam ni sebelum tidur solat taubat ya! supaya Allah ampunkan apa kita buat yang ter 'lagha' ni. Ha! solat hajat sekali. Mana tahu Kuning juara!"



satu pertingatan menusuk kalbu.


..................................................................................
Seorang junior berkata...


"Akak, ustaz kata rumah kuning sekarang no. 1. Betul ke akak? " 


" Eh, mana ada. No 4 lah. belum keputusan lagi. Tahun lepaskan kita menang no. 4. Belum berubah lagi." senyum ana padanya. Harapan ingin lihat kuning juara tetapi mampukah??


...................................................................................


Saat perbarisan.. dengan baju putih kuning bercahaya suci lagi bersinar..


" Kita buat yang terbaik. Thiqoh antara kita. Tak kisah apa pun nak jadi yang penting kita dah usaha."


' Bukan meletakkan kepercayaan pada ciptaan-NYA
Tetapi letaklah kepercayaan kepada PENCIPTA kita '
...............................................................
Saat sorakan...


JAT. duduk sahaja di stadium. Sorakan kami sentiasa bergema sampailah bersambungnya sorakan banin yang lebih mantap! dengan botol menjadi mangsa hempasan kami. 


Dengan gloves kuning cerah comel lagi menceriakan. 


Pergerakan sorak yang kreatif menambat mana-mana sahaja mata yang menyoroti ke arah kami.


" Rabbi Yassir.. Rabbi yassir..
  Wa La Tu'assir.. Wa La Tu'assir"  


Laungan kekuatan rumah kami!


salah satu lirik sorakan kami..
" Kena yakin kita boleh.. kita boleh..
  Kalau menang jangan riya'. baiklah..
  Kalau kalah jangan futur. Insya-Allah..
  Itu dia janji SAFRA'... SAFRA'."

..........................................................................

Keputusan keseluruhan..

" Johan keseluruhan pada tahun ini jatuh kepada.....!!!! rumah kuning ! " gemaan bergema memecahkan suasana kesepian dan menyayat hati kami ahli rumah kuning.

" Kita menang?? betul ke?? macam tak percaya!!" seorang sahabat datang memeluk meluahkan kegembiraan yang tidak terkata.

" Kan ana dah kata, bila kita gerak bersama Allah. Allah akan berikan yang the best untuk kita! "

" Cepat !! jom sujud syukur!" kata seorang sahabat.

Dalam satu saf SAFRA" kami sujud kepadanya yang Maha Agung! Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah.


Kemenangan itu manis,
Bertambah manis sekiranya di penuhi ketinggian Islam..
Berpaksikan keimanan


Family Day #5

" Alah.. kak ngah tak ada apa-apalah. Kejap aja." tingkahnya.


" Iyalah, kak ngah tau, selagi tak langgar selagi tu nak mainkan, " dalam nada cuba memprotes apa yang ingin dibuatnya.


Masuk sahaja ke dalam kereta.. Dia terus 'reverse' dan bahagian muncung di hadapan kereta hampir sahaja mengenai tiang di parking lot itu.


Dari luar kereta ana dan kak long menegahnya. Tetapi apakan daya nasihat kami tak di makannya. Dalam hati ini hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami.


Tak sampai seminit sahaja, Dia terus reverse dan...


Tiba-tiba dia melanggar dinding hotel dan satu dentuman yang kuat bergema di ruang itu. 


DUM!!! Abang!


jerit kami..


 Dalam keadaan panik kami mendekati kereta yang dibawanya. Awish yang dalam ketakutan terus keluar dan lari meninggalkan kereta, memandangkan pak guard yang duduk berhamipran datang menuju ke arah kami.

Alhamdulillah abang tidak cedera apa-apa. Tetapi keadaan bertambah kecoh apabila datang ibu bapa saudara yang lain.


" Dah.. Abang tenang-tenang." ana cuba menenangkannya. Terus sahaja dia berlari mendapatkan ibunya yang baru sahaja sampai. Masih lagi kelihatan pelik kerana melihatkan kereta yang sudah berubah kedudukan .


"Ibu! Ibu! tolong Abang Ibu!," rayunya.


" Abang kenapa ni abang? " soal ibunya penuh kerisauaan.


" Sabar Puan, kalau macam ni dah memang adat," tutur pak guard cuba menenangkan ibunya.


Terus ibunya masuk ke dalam kereta tersebut dan memarkir kembali .


" Kak ngah.. abang takut. Argh... macam mana ni.. takut  kak ngah.." rintihnya minta simpati.


" Istighfar abang..hmm, nak buat macam mana benda dah jadi. Ni lah pengalaman abang sebelum pergi kisas. Orang lain tak dapat pengalaman macam ni. Hehe sorry mulut kak ngah masin. Lain kali jangan main-main dengan kak ngah ya... " ana cuba menggembirakan suasana.


Terkuak sahaja pintu kereta.. dia terus mendapatkan tangan ibunya dan mencium lalu meminta maaf.


"Abang..kenapa abang buat ibu macam ni.. Abangkan belum ada lesen. Ibu suruh abang bukak enjin kereta aja. Bukan bawa kereta. Benda macam ni bukan mainan abang.. dah la ni kereta sewa. " bicara ibunya sedih.


" Sorry bu, Abang minta maaf bu. Ibu, Abang minta maaf ibu.." rintih si anak memohon kemaafan ibunya. Alhamdulillah semuanya tiada apa-apa dan keadaan menjadi seperti biasa.. Itulah kisah yang bermacam ragam dan kerenah manusia.


cerita BILIK 404!!


Sesungguhnya Allah begitu dekat dengan-Mu..

Sunday, February 6

Family Day #4

bismillah..


Kisah yang terakhir..


Sedang ana sibuk menulis sesuatu di dalam kereta Unser. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam sedang bergerak di belakang. Tidak jauh daripada kereta yang sedang ana duduki.


Datang satu suara...


" Abang pandai bawak kereta!!" laung seorang adik saudara. Terus ana melompat keluar dari kereta dan menghampiri kereta hitam tersebut. Agak teruja. Adik susu pandai bawa kereta. Tapi dia hanya keluarkan kereta dan parking balik.


Usai dia keluar dari kereta, kak long bertanya..


" Abang pandai bawa kereta ke??"


" Tak adalah, abang try aja tadi, " ujarnya penuh semangat. Sambil gelak menyusuli. Tiba-tiba datang Awish, adik saudara. Umur lingkungan 14 tahun. Terus saja dia memasuki kereta dan mengajak abang naik kembali.
Apalagi, sebagai seorang yang pantang dicabar terus sahaja dia masuk semula ke dalam kereta.


Ana pun tahan supaya jangan teruskan..tapi nak buat macam mana lelaki...


bersambung...

Family Day #3

Bismillah..


Pada sebelah malam, kira-kira jam 9 malam kami sudah bersiap-siap untuk saat yang amat dinantikan semua iaitu BBQ. Tidak lengkap rasanya jika tidak diadakan.


 Ayah-ayah sibuk membolak-balikkan masakan. Ummi-Ummi pula bertungkus-lumus membantu dan melengkapkan yang kurang. Anak-anak besar sibuk menjaga anak-anak yang kecil bermain di taman permainan.


Usai sesi berbarbeque, kami pun naik ke kondo.


Tatkala kaki ini ingin meangkah ke ruang bilik, ana di tahan oleh Ummi Zah.


" Jangan masuk, nanti Ummi Zah cerita. Pergi ambil whudu'. Dah basuh kaki belum??" bertalu-talu arahan, penyataan sekaligus pertanyaan yang mebingungkan. Ana hanya menggeleng.


" kenapa ni?" soal hati. Tiba-tiba kedengaran suara adik sedara ana menangis teruk. Akhirnya barulah dapat difahami dan diketahui mereka ini terlihat!....


" Macam mana mulanya ni? macam mana dapat tahu??" satu pertanyaan kepada semua yang disekeliling.


Dikisahkan, ada seorang mak cik di situ menasihati Ayah Rul..
" Berhati-hati buat BBQ jangan buang apa-apa dekat pokok besar tuh. Ada jin Islam "


Tiba-tiba adik susu ana mencelah..
       " Pokok yang besar sebelah tempat kita tadi tu ke?? Padanlah.. petang tadi abang nampak ada papan tanda tulis 'BAHAYA jangan hampiri kawasan pokok ini'. Mula-mula macam pelik jugak. Dahsyat betul pokok pun ada papan tanda. Tapi bila fikir balik mungkin khazanah negara agaknya..." ceritanya.


Saat itu mulalah kecoh...


Salah seorang sepupu ana menyampuk..
        " Perasan tak tadi, Qayyum main bola sorang-sorang. Seronok aja dia main."


        " Main dengan jin tulah agaknya. Asyik baling bola ke pokok tu aja." Ayah Nash menambah. Heih, bertambah seram kami hendak tidur malam ni.


Akhinya, kami semua berserah hanya kepada yang maha Kuasa. Di bawahNYA sahajalah kami berlindung. Malam yang manakutkan beakhir dengan tidur kami yang lena. Ahamdulillah.


Benarlah firman Allah,
                 Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku!




Kita hidup bukan seoang. Banyak lagi ciptaan yang telah Allah ciptakan demi pembuktian Kekuasaan-NYA..

Saturday, February 5

Family Day #2

Bismillah..

Keesokan harinya, kami beramai-ramai turun ke tepi pantai untuk mengadakan acara kemuncak. Setiap acara yang dipertandingkan mewakili semua tahap. Tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang-orang veteran.

Antara acaranya ialah isi air dalam cawan secara berpartner, kutip telur penyu, baling belon air dan berlari sambil belon diletakkan di pipi. Bagi ana permainannya sungguh mudah tetapi menjadi sukar bila tidak sama tahap.

 Cuba bayangkan jika kita dapat partner yang lebih rendah daripada kita? Ataupun yang terlebih tinggi? Bukankah itu sukar? Tapi memang seronok dan sangat comel! Itulah hakikatnya manusia diciptakan berbeza-beza bentuknya. Subhanallah..

Dan kami mengakhiri acara dengan mencipta sebuah istana idaman khas buat Mak Tok. Kami bergabung tenaga baik yang tidak tahu apa-apa sehinggalah manager, pelukis pelan dan bermacam-macam pekerjaan lagi. 

Nak tak nak bertambah rumit bila mana orang-oang besar menyiapkan, kanak-kanak ini hanya tahu mengorek pasir dan bakal menghancurkan istana yang dibina. Tetapi ahamduillah kesemuanya saling melengkapi bagi menghasilkan yang terbaik bukan yang sempurna.

Pada sebelah petangnya...

Kami pergi secara konvoi ke muzium ***(tidak mampu untuk diingati). Di situ banyak juga tempat pengumpulan khazanah negara. Paling bedebar apabila memasuki dan melalui terowong PKM( parti komunis Malaya) di bawah tanah. Sambil-sambil melihat dan meninjau setiap isi, ana tertarik di satu kawasan di mana terletaknya banyak jenis senjata yang telah digunakan untuk beperang. Tiba-tiba terinagat ana kepada rumah kuning. Mungkin sebab alatannya. 

Semasa dalam perjalanan pulang, walaupun ana merupakan cucu seorang tentera darat, jujur ana akui jiwa pejuang seakan meledak apabila memikirkan bila Islam bakal tertegak dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Tetapi pastikah kita menjodi golongan itu??  




Family Day #1

In The name of Allah al-Fattah..

Syukur kepada Allah atas kurniaan masa yang telah diberikan kepada keluaga kami bagi mengadakan hari keluaga buat kali yang kedua ini. Begitu banyak kisah yang boleh dikongsikan di sini.. ada yang indah, seram, menakutkan , dan sedih.


 Walaubagaimanapun, itulah yang telah dicorakkan oleh kami bersama bagi menjayakan 'Family Day' sepanjang 3 hari 2 malam ini. Bermula daripada 3/2/11-5/2/11 

Bertempat di kondominium TNB, Port Dikson. Bersebelahan pantai. Seramai 33 orang kesemuanya temasuk ibu bapa, anak-anaknya dan yang paling utama Mak tok. 


Kami bersama-sama dan bersatu dalam satu unit kondo, 3 bilik yang selesa cuma kurang privacy. Alhamduillah, ruangnya muat untuk kami.


Bermulanya kisah, bilik kami sudah di cop sebagai keluarga yang bakal mengadaptasi suasana sekeliling dengan ragam kami yang pelbagai. Di kondo ini sebenarnya tidak dibenarkan untuk memasak, akhirnya dapur masak kami dirampas oleh guard di situ. Pantang ada bauan yang menusuk. Pasti di tekannya loceng bilik itu.


Sehinggalah bila mana loceng berbunyi, semua akan bekata "Guard! Guard!" fobia jadinya.


Tapi family kami tidak mengendahkannya. Tidak boleh guna kuali, kami gantikan dengan rice cooker. Hidup pelu bijak! dan kreatif. Lebih-lebih lagi untuk memasak bak kata Ummi.


Selesai petang belalu, waktu malam kunjung tiba. Kami beramai-ramai membaca surah Yasin dan sedikit tahlil. Khas buat arwah Tok Abah dan seluruh umat Islam yang sudah pun meninggal dunia. 


Diketuai oleh ayah merangkap ketua keluarga yang sentiasa tenang dan berwibawa itu.


Ayah juga bedoa agar Hari Keluarga ini tidak berlalu dengan sia-sia malah diiringi mahabbah wa rahmah oleh Allah.


 Nantikan kisah menarik seterusnya...

Thursday, December 2

INDiBADH kah kita?

" Kak ngah, Abang tak tahulah Abang nak sekolah mana tahun depan," luah adik susu ana. Dia kini bakal memasuki tingkatan 4 tahun hadapan.


Saat itu ana sedang asyik menonton televisyen tertarik dengan luahan hatinya.


" Kenapa Abang nak tukar sekolah pula?" ana menyoalnya. 


" Entahlah, Abang rasa macam tiada fungsi Abang bersekolah. Abang rasa kosong sangat. Abang sayang kawan-kawan Abang. Tapi Abang rasa dah lama Abang tinggalkan agama. Abang cuma jaga yang asas saja. Tapi sampai bila. Abang tak larat bergerak seorang," bicaranya penuh mengharapkan bantuan.


Akhirnya dia menceritakan keadaan dia di sekolah. Benarlah sekiranya ana sendiri berada di tempatnya, ana juga mungkin tidak mampu.Jujur ana katakan adik susu ana ini telah Allah kurniakan dia kelebihan dari segi kecerdikan juga penampilan seorang pemimpin cukup terserlah dalam dirinya. Cuma suasana disekelilingnya membuatkan dirinya seakan serba kekurangan dalam memperluaskan ilmu agama.


" Kalau diberi peluang Abang nak bersekolah di mana?" ana menyoalnya lagi.


" Abang ada mohon nak masuk KISAS. Tapi faham-faham sajalah sekolah SBP bukan senang nak tukar-tukar sekolah ni," cepat sahaja dia menjawab.


" Okay, macam ni. Kalau Abang rasa Abang dapat kesedaran macam ni, kenapa Abang tak teruskan dan buat perubahan dekat sekolah Abang," ana memberi cadangan.


" Susah Kak Ngah, Abang tak kuat. Penat Kak Ngah. Sudahlah Abang ni banyak lagi ilmu agama yang Abang tak tahu," rungutnya. 


Kasihan sungguh ana memikirkan keadaannya yang seakan-akan menagihkan kebenaran tapi tidak mempunyai sahabat yang 'hardcore' untuk mendorongnya.


" Abang dekat sekolah pengawaskan, Abang kata Abang rasa kosongkan. Abang pernah terfikir tak 'kenapa Abang kena catit-catit nama orang yang lewat'. Selepas itu Abang kene check dorm. Rasa tak 'kenapa mesti aku lakukan benda remeh macam ni' ?" ana menyoalnya bagi membuka mindanya. Saat itu dia hanya mengangguk.


" Sebab orang Islam itu sepatutnya ber DISIPLIN. Lain katanya indhibadh. Dengan tugas kita itu, kita dah permudahkan urusan guru. Dan kerja itu sangat mulia. Cara orang Islam juga perlu berlainan. Dia tidak hanya mencatit tapi dia mendoakan perubahan seseorang itu," beritahu ana setulus hati kepadanya.


Lalu ana pun menceritakan sebuah kisah mengenai Umat Islam yang sememangnya berdisiplin dan indhibadh itu.


Seorang lelaki yang baru memasuki Islam menunjungi Kaabah dan berkata


" Isy..ramai betul umat Islam ni. Mesti susah nak buat saf bila hendak solat. Mahunya berjam-jam nak buat barisan,"


" Eh ini baru sikit," kata seorang sahabatnya.


" Kalau begitu, pasti berhari-hari untuk menyusun barisan ini,"


" Tapi pernah ramai lagi. Lagi-agi musim haji. Melimpah ruah sampai keluar," celah sahabatnya.


" Oh kalau begitu, lagilah sukar untuk disusun. Makan masa berminggu-minggu agaknya,"


Tiba-tiba seruan azan kedengaran dan bergema seluruh Kaabah. Sejurus habis sahaja seruan azan dilaungkan, kesemua umat Islam yang berada di seluruh tempat berpusu-pusu membuat saf siap sedia untuk menunaikan solat. Menghadapkan kiblat yang satu juga berimamkan seorang ketua yang memimpin solat. Tidak sampai lima minit Saf sudah tegak berbaris.


Terpempan kedua orang sahabat tersebut. Subhanallah Islam sebenarnya sangat sempurna dan terlalu tinggi. Sampaikan sekecil-kecil perkara Allah mengajarkan kepada kita sesungguhnya umat Islam itu hidupnya penuh dengan INDiBADH. Tanpa peraturan pasti tiada paksinya yang mampu bergerak utuh.


" Hmm.. jadi kita ni Abang memang kene bersabar dalam menolong agama Allah ni," bicara ana mematikan cerita tersebut.


" Ya Allah. Dengan solat sahaja dah mengajar kita tentang disiplin. Padanlah Abang rasa kosong sebab selama ni segala apa yang Abang buat tidak merasakan yang Abang bekerja kerana Allah," Dia tersenyum gembira.


Alhamdulillah..


 " Ya Allah peliharalah adikku ini. Berilah dia jalan untuk lebih mendekatkan diri kepadaMU. Sungguh aku bersyukur padaMU kerana memberiku nikmat Iman dan Islam dalam keadaan sekeliling yang mengikuti cara hidup Islam."


" Jadi sekarang ini, Abang mohonlah petunjuk Allah nak menyambung pelajaran Abang di mana. Insya-Allah Abang, selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah mendekati kita," Ana berlalu dan meninggalkannya dengan persoalan.

Wednesday, December 1

Tuhan nampak kita macam TV??

" Ummi, pernah ada seorang kakak beri tahu pada angah, kita ini ibarat pelakon yang berlakon di pentas dunia. Takut juga apabila memikirkan setiap inci pergerakan kita akan dirakam oleh Allah dan ditayangkan di pawagam akhirat." cerita ana pada Ummi.


Sambil-sambil kami adik-beradik menyusun pinggan untuk diangkat lalu di bawa ke singki.


" Waktu itu, Ummi sendiri tidak dapat tolong anak-anak Ummi." sambut Ummi melayani cerita ana.


" Habis Faheem macam mana ummi. Ummi tak sayang Faheem eh." celah adik ana Faheem meluahkan kerisauan yang melanda hatinya.


" Kalau kita dit dunia ini lakukan segala amalan kita dan beribadat kepada Allah boleh kita sama-sama hidup dekat syurga yang khas Allah ciptakan untuk hambanya yang beramal soleh." sambung ummi meredakan hati Faheem.


" Lagi-lagi seperti 'baby besar' macam Faheem. Tiada dosa, lagi senang Faheem nak masuk syurga." sambung Ummi.


Setelah kami mengangkat pinggan ke dapur, masing-masing mengambil tempat di meja makan kembali. Seperti biasa kami akan berebut untuk meluahkan isi hati kepada Ummi dan Ayah. Waktu keemasannya ialah selepas makan..


" Ummi..nak tahu tak." kata adik ana Nurin.


" Sekejaplah yaya nak cakap. Ummi..Ummiii." celah Alya. Lebih kuat suaranya.


Begitulah keadaanya tiap kali habis makan.


" Mi..Mi...Mi okay. Biar ummi cerita satu cerita masa ummi kecil dulu." Dengan pantas ummi menghentikan perbalahan kami adik beradik. Semua terus senyap dan bersemangat untuk mendengar cerita ummi.


" Okey..Okey sekarang kita dengar cerita ummi," kata Abang.


" Masa Ummi kecil dulu, mak tok pernah cakap pada Ummi, hah shah ingat setiap apa yang kita buat ni Tuhan nampak. Tak kiralah perkara kecil ke besar ke lagilah Tuhan nampak. Kalau kita cakap bohong pun Tuhan tahu," cerita Ummi penuh semangat dengan meniru intonasi mak tok sekali.


" Lepastu, mestilah Ummi hati-hati dengan setiap tindakan Ummi," cerita Ummi sambil melihat reaksi anaknya yang memberikan sepenuh perhatian.


" Sampai satu tahap Ummi tengok tv. Tiba-tiba Ummi terfikir 'eh, aku nampaklah apa yang setiap orang tu buat. Dia cakap apa pun aku tahu. Ha tengok tu, ramai pulak tu yang aku dapat tengok dia buat apa. Orang Cina, India lagi-lagi Melayu. Semuanya aku nampak!," Ummi meneruskan penceritaan sambil antara kami sudah mula menampakkan gigi.


" Lepas itu nak tahu apa yang Ummi fikirkan?" soal Ummi kepada kami.


" Tak tahu!" sambut kami.


" Ummi fikirlah ' eh aku ni Tuhan ke?' mana tidaknya waktu itu Ummi baru umur seperti Faheem. Sah-sahla terima kebenaran itu bulat-bulat" ketawa kami terus meledak. Tidak tersangka Ummi boleh berfikiran sebegitu.


" Bila ummi fikir macam itu. Ummi terus dapatkan Maktok dan tanya ' Mak..Mak Ishah ni Tuhan eh. Sebab Ishah nampak apa yang mereka buat dalam TV' . Habis Ummi tanya terus kene marah dengan mak tok:" kata ummi.


" Ada pula kita ni Tuhan! Tuhan lain kita ini hamba yang Tuhan ciptakan. Orang yang dalam TV itu sama sahaja seperti kita.....," kata Mak tok.


" Akhirnya maktok pun ceritalah yang sebenarnya pada ummi. Alhamdulillah ummi kene marah dengan maktok. Dan Ummi mendapati kebenaran yang sebenarnya.." Ummi mengakhiri ceritanya sambil tersenyum.


" Faheem faham tak?" soal Abang pada Faheem.


" Faheem faham sikitlah," tutur Faheem jujur. Anak bongsu memang sering begitu. Tapi bila mana dia sudah bijak, tiada siapa boleh lawan bak katanya " Faheem kan genius!" Ameen..


"Jadi bila Ummi bagi nasihat kene dengar betul-betul. Ya anak-anak Ummi sayang!" bicara Ummi penuh kelembutan mentup tirai cerita hari itu.


" Sayang Ummi sangat-sangat!" dalam hati ana berbicara tulus..

Steamboat Tom Yam!

In the name of Allah Ar-Razak..
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
Waktu cuti ni sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya alamat terlepas dan melepas diibaratkan seperti berlian yang sungguh berharga dibawa arus sungai yang deras. Tak mampu untuk dikejar oleh manusia yang hanya mempunyai dua kaki untuk bergerak. 

"Umi tak nak, anak umi asyik mengadap komputer aja sampai tak sedar keadaan sekeliling. Facebook. Facebook juga. Tugas, tugas juga tapi jangan terlalu leka hanya dengan komputer.." luahan hati seorang ibu buat anak-anaknya.

"Baik ummi." insaf ana apabila mendengar luahan hati ummi. Ummi tak pernah marah tanpa sebab. Tapi ummi sangat menekankan peribadi seseorang muslim itu menjadi yang terbaik. Lagi-lagi buat anaknya yang jarang benar balik ke rumah sampaikan tangan sudah kaku untuk memasak.

Jadi inilah hasilnya.. Steamboat Tom Yam.. ini pun ilmu juga untuk dikongsi bersama.

   1. Sediakan dalam satu bekas [ fish cakes, mushrooms,
crab stick...dan lain-lain]
   2. Sediakan 2 jenis brokoli.. brokoli hijau dan putih.
 3. potong kecil-kecil..              
4. penuhkan separuh tempat masak khas steamboat dengan air.
5. Dan panaskan.
 6. Masukkan perisa Tom Yam secukup rasa.
                                      
 7. Masukkan satu senduk stok ayam penambah rasa

 8. Masukkan bahan-bahan yang telah disediakan.
 9. Tutup dan tunggu selama 5 minit atau lebih

  nampknya ada orang yang sudah menunggu..sabar ya..
       10. Apabila sudah kembang, gaulkan mengikut arah lawab jam.
                  Ustazah Melly kata " Bila kita masak, kita pun ingat Allah juga. Masa gaul bacalah 'laisalaha min dunillahi kasyifa'. Lepastu kita doa mudah-mudahan makanan yang kita masak cukup dan elak daripada segala penyakit"
   ya..sudah kembang dan sudah boleh diangkat.
                                     ok! siap dan boleh dimakan..berselera betul adik-adik ana makan
-berbaktilah kepada kedua orang tuamu selagi mereka hidup..tak sia-sia insya-Allah. Demi mendapat Redha Allah..  Alhamdulillah..


Saturday, November 27

Cinta kami di NADWAH!

In the name of Allah Al-Quddus..



Cinta kami bersatu!

Terlalu banyak kisah yang menyentuh minda dan hati ini andai terlintas kembali kisah kami ber'sepuluh' yang banyak kecacatannya.


kata seorang daripada mereka.. 
" Kak bila, kami ni cacat dan memang cacatlah kan.. tapi kami akan cuba untuk jadi matang dan ayu kat sana nanti.."
" Bahaya ni bawak tentera cacat kat sana. Semua orang ada cacatnya.. itulah fungsi kita saling lengkap melengkapi." semua senyum tanda memahami kecacatan angkatan tentera saya yang bakal di bawa ke kedah untuk menjalani THERAPY.

Inilah tentera cacat saya (mereka yang kata) sangat istimewa dan terlalu istimewa bagi saya.
          Raihan . Fitriyyah . Atiqah . Awatif . Nadhirah . Maisarah . Syahirah . Ahidah . Syaima' .

Sampai sahaja kami di Dorm banat sekolah Al-Islah, suasana bingit menerpa. Ramai daripada mereka(sekolah lain) mengenali kami. Tiba-tiba suara kami sudah menguasai bilik itu.. "hmm kecacatan semakin terserlah," bisik hati saya.


Saya tak nak cerita daripada awal. Rasanya agak sukar untuk ditafsirkan kerana hanya hati yang melaluinya mampu merasai.

"Dengan usaha yang sedikit ini, disusuli dengan keikhlasan, mudah-mudahan kita beroleh
 syafaat, rahmat dan Hidayah daripada Allah"

"Ana nak sesiapa diantara kita yang mempunai peluang untuk bercakap atau diminta untuk bercakap dihadapan orang ataupun microfon di tangan jangan lupa untuk cakapkan kata-kata ini. Ni lah masanya nak output," Saya memperingatkan.  

Sepanjang program ini berjalan saya tak mampu mencari di mana renggangnya kami.

Mengenai manifesto. Bermula dari itulah sekolah kami mula menjadi rujukan. Tidak hanya kami barisan F4 yang mencurahkan idea. Juga Syaima' peneman kami terus menerus berada disisi memerhatikan kakaknya menerangkan itu dan ini.

Forum MPP
Saat terpilih menjadi ahli panel sedaya upaya menolak. Atas dorongan Ustaz dan sahabat sekeliling. Hati saya semakin redha untuk penerimaan itu. Bagi saya untuk bercakap di hadapan orang yang hebat. Subhanallah.. hanya Allah yang mengetahui. Bila mana saya berada dihadapan, ustaz dan ustazah wajah mereka penuh harapan. Begitu juga sahabat saya. Muka penuh semangat mengalahkan orang yang nak bercakap. Saat saya ingin mengakhiri kata-kata saya melihat di kejauhan kesemua badan sahabat saya ternaik-naik.

"apa benda tu?" sambil mengerutkan kening cuba untuk memahami.
"aduhai kenapa dengan mereka ni? dengan gaya yang semangat pulak tu!" senyap sebentar untuk me'contact' hati mereka.

Akhirnya! dapat! hmm.." Baiklah.. dengan usaha yang sedikit ini..(sambung sendiri)," automatik badan sahabat2 saya berhenti dan senyum selebar mungkin. Alhamdulillah mesej mereka sampai ke hati.

Debaran semakin terasa..bila nak reda debaran ni..

solat hajat
Lepas solat zohor, slot untuk manifesto setiap sekolah. Kami mengambil inisiatif untuk solat hajat. Moga dengan solat hajat ini Allah melancarkan lagi dengan licin sepanjang slot manifesto berjalan. Apabila berada dalam satu saf bersujud kepadaNYA memohon pertolongan seakan terasa kehangatan ukhwah kami..

Manifesto
Masa di beri hanya 7 minit. Tetapi kekuasaan Allah masa seakan dipanjangkan 2 minit dan Allah menamatkan masa pada waktu yang sepatutnya.  Tika ini Allah memperlihatkan kekuasaannya dan membuka hijab sikit demi sedikit. Hebat aturanmu Ya Allah!

wakil MPP musleh
Saat dia berasa lemah kami semua menguatkan.. juga adik2 dengat kuat menyokong si dia. Hanya sekolah kami yang tidak memberi nama. Sehinggalah tika itu. Air mata si dia menitis. Kami menggenggam jarinya memberikan sedikit kekuatan kerana kami tahu tugas itu berat. Dan kami ahli MPP sekolah tidak mampu untuk memegang yang lebih berat sedangkan kami ingin memegang sekolah. Atas keputusan syura yang telah dibuat kami tetap memilih si dia. Ustaz dan ustazah juga thiqah dengan keputusan kami. Bila nasiyd InsYa-Allah dimainkan kami melihat si dia dihadapan. Kami berusaha contact hatinya dan berkata " kau mampu dan Allah sentiasa bersamamu". Mata kami semua berkaca memandangkan lirik nayid tersebut yang bertepatan dengan keaadaan kami. Tatkala disebut wakil smi HIDAYAH jb. Mereka mengangkat tangan. Semakin hangat kesatuan kami. Bantu Kami Ya Allah. Kami ingin menyelamatkan sekolah lain...

Mungkin apa yang saya ceritakan tidak difahami pembaca.. tak perlu di faham secara detail. Cukuplah sekadar berharap agar Islam mampu naik kembali dan merasai kemanisan ukhwah apabila hanya bergantung bersama di bawah lembayung rahmat Allah. Mungkin anda tidak akan memahami kenapa perlu bersedih, kenapa perlu segala2nya.. kerana kami merasakan tugas kami berat dan sangat berat untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. 

Dengan rasminya program telah tamat dan bermula dari itu saya mengenal erti pencuri masa. Bila masa lapang pasti kami adakan perbincangan lagi-lagi perancangan sekolah. Demi menghidupkan suasana Islam di sekolah.. permudahkan Ya Rabb! sekarang tiba masanya untuk output!! Tugas kami berkongsi.. Kata seorang kakak disana.. "Kita bukan riya' dengan sekolah kita. Tapi kita sangat berasa i'zzah." Benar!

Persahabatan kerana Allah ibarat tasbih
Ada permulaan dan tiada penghujungnya
Siapa yang memegang tasbih pasti akan mengingati Allah
sebagai sumber kekuatan dan ketenangan
menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan onak
Bila hati diserahkan pada Allah sepenuhnya
Tidak akan terlepas dari ujian
Untuk memastikan berkekalna CINTA kepada yang Esa!
alhamdulillah..

selesai sudah..