Pages

Saturday, March 30

.Bukan mudah sebenarnya~


Begini agaknya saya bila di Jordan~


Bismillah..


TAK DAPAT TANGKAP

Bersemangat pensyarah menerangkan istilah-istilah Usul Fiqh kepada kami. Dengan penuh gaya dan ekspresi wajah yang menarik agar pelajarnya memahami dengan sebenar-benar kefahaman. Ditambah dengan analogi yang doktor cipta menyebabkan kami termasuk dalam kancah istilah Usul Fiqh itu sendiri tanpa kami sedari.


"Hal anta mutazawwij?" pelajar lelaki itu tercengang sebentar.


"Qul na'am (katakan Ya)." Arah Dr. Abdul Jalil.


"Na'am.." Dia menurut. 


"Aiwah, begitulah selepas sepuluh tahun kamu tidakkan bertanya kepada dia kamu sudah berkahwin? Akan tetapi persoalannya, berapa anak yang kamu ada sekarang?"


Aduhai, seperti biasa tidak dapat menangkap kemas analogi ciptaan Dr. Abdul Jalil. 


"Baik, sama juga seperti Usul Fiqh, maksudnya berterusan. Jika seseorang masih memiliki wudhu' lalu dia tertidur. Kamu tidak akan bertanya kepadanya 'kamu ada wudhuk?'. Kerana hukumnya berterusan selagi tidak ada dalil yang mengatakannya dan membuktikan wudhu'nya terbatal."


Lap peluh yang turun melaju. Bukan mudah nak terjemah daripada bahasa arab kepada bahasa melayu seiring dengan kefahaman yang jitu. Ini pun setelah saya serta sahabat mengkaji dan memahami secara halus apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah kami.


Perkara biasa juga, nota cincai serta lompong itu milik kami pelajar timur tengah. Adakalanya, segala apa yang pensyarah utarakan, kami sekadar mencatit, mencatit dan mencatit. Sudah biasa dengan kecincaian dan kelompongan nota itu.


Pada mulanya saya fikirkan hanya saya seorang yang begitu. Hakikatnya, carilah mana-mana senior yang hebat sekalipun mereka. Cuba lihat sebentar nota mereka. Sama tiada beza. Mana perkataan yang tidak dapat ditangkap akan lompong.


Tambahan saya masih lagi budak baru belajar. Memang mata ini sering menjeling nota orang sebelah. Tidak pun, habis kelas ambil gambar nota pelajar arab dan pulang saja ke rumah, nota itu disalin semula. Keesokannya nota itu perlu di re-check. Banyak sebenarnya perkataan yang salah. Mujur saja mereka sanggup melayan kerenah kami.

Bukan mudah sebenarnya~


SALAH CAKAP


"Eh awak guna kitab apa ni ya?" Seorang akhawat jordan yang duduk disebelah kanan bertanya. 


"Oh ini, kitab Al Wafi 'Aqad Zawaj wa atharihi' karangan Dr. Muhammad Hussain alQudhoh" Bicara saya perlahan memandangkan Dr. Zakaria Qudhoh sudah masuk ke dalam kelas siap untuk memulakan pembelajaran.


"Saya nak nombor phone awak?" Terus saya bagi. Sedikit menggangu tumpuan saya di dalam kelas ketika itu.


Habis pembelajaran dia berkata pada saya, "Boleh tak awak tolong carikan mana-mana buku musta'mal supaya saya boleh pinjam. Tidak kisahlah mana-mana kawan awak pun."


Mulanya saya agak lambat faham apa yang sedang dia bicarakan. Namun, Allah bagi sense secara tak langsung terfaham sendiri. Selalunya begitu. Hijab kefahaman terbuka mungkin?


 "Awak beli saja dekat maktabah nur. 5JD satu." Seorang akhawat arab yang lain menasihati sahabatnya itu.


Bagi saya serta para pelajar Malaysia yang lain, kami kurang gemar memberi pinjam buku pelajaran kepada mereka. Bukan kerana kedekut. Ini kerana faktor adab mereka menggunakan buku-buku tersebut. Kebiasaannya, mereka jarang memulangkan buku setelah lama meminjam.


Tambahan, sekiranya mereka duduk di atas tempat yang agak kotor, pastinya kitab-kitab yang dipenuhi ilmu itu akan dijadikan sebagai alas duduk mereka. Sudah menjadi adat di sini. Kalau begitu tingkahnya, bertambah sukarlah untuk kami memenuhi hasrat mereka.


Setelah puas saya mencari buku musta'mal, seperti yang dijangkakan tiada siapa akhawat Malaysia yang ingin memeberikan pinjaman. 


Keesokkannya, dia bertanya pada saya bagaimana dengan kitab itu?


Apa yang kelakarnya saya menjawab, "Aasifah ya'ni fil ams, ana asaluki sodiqati.." Saya memandang sahabat saya di sebelah. Tidak dapat meneruskan perkataan. Waktu itu sudah dapat merasakan ayat tak betul dan.....tak faham!


Akhawat arab itu mula tersengih. Namun saya bersungguh juga menerangkan. Tidak mengapalah.. salah pun salahlah. 


"A'ah... ya'ni ana asaluki sodiqati. ma fi kitab!" 


Sudah, campur fushah dan ammi. Nahu sorof pun tunggang langgang. Sambil cakap pun saya turut tergelak sebab diri sendiri pun tak faham apa yang diperkatakan. Hendak bagaimana, perkataan yang lain tidak keluar. Itu saja yang mampu. 


Sejurus itu dia mengangguk sambil menahan gelak. "Fahimtu.." (Saya faham).


Keluar daripada kelas, dia masih tidak dapat menahan tawanya sambil menceritakan situasi itu kepada dua orang lagi kawannya. Hakikatnya saya ketika itu tidak jauh dibelakang mereka. Dia mengulang-mengulang perkataan "Asaluki sodiqati.."


Saya tersenyum sendirian dan mula memikirkan apa yang telah saya katakan padanya. "Asaluki sodiqoti?" (Saya bertanya awak kawan saya?) Padanlah, memang salah cakap pun. Dan saya terima gelakkan mereka. Apa pun, saya sudah cuba dan berjaya membuatkan dia faham.


Memang orang yang tak pandai bercakap begini ya? Buat perkataan sendiri. Macam baby...?


Bukan mudah sebenarnya~


JADI TEMAN


Suatu hari, semangat saya berjalan sendirian memerhatikan suasana sekitar yang mana tahu sekiranya boleh dijadikan sebagai ibrah?


Mata tertancap pada sebuah kedai. Tiba-tiba datang seorang lelaki arab tinggi berkemeja. Berdiri betul-betul di hadapan saya.


"Sorry, I'm engineering student. Can you speak in english?" Bersemangat dia bertutur dalam bahasa inggeris.


"Na'am.." Saya berbalas dalam bahasa arab. Agak sukar sebenarnya bila berada dikawasan orang arab kita ingin bertutur dalam bahasa inggeris. Tidak tahu mengapa. Memang begitu setiap kali perkataan inggeris ingin dikeluarkan, bait perkataan arab bakal mendahului ruang fikiran.


"Can I ask you something..?"


Saya mengangguk. Apakah saya bakal diwawancara? Berdebar pula rasanya. Bagaimana andai saya tidak dapat bertutur dalam bahasa inggeris mahupun bahasa arab dengan baik? Saya cuba menenangkan diri.


"Begini, saya harap sangat supaya awak dapat jadi kawan saya.."


Saya terkedu. "Apa maksud awak?" 


"Saya sebenarnya memerlukan seorang kawan yang boleh berbahasa inggeris dengan baik dan mampu untuk mengajarkan saya. Dan bukan setakat itu, saya juga akan mengajar awak bahasa arab."


Saya tersenyum geli hati. Bersungguh benar lelaki ini. Sudahlah berhentikan saya tengah jalan. Ingin menjadikan saya sebagai teman? Allahuakbar. Walaupun saya pernah menetap di United Kingdom selama 3 bulan, lidah saya masih belum fasih bertutur dengan lancar.


Pantas saya menggeleng. "Saya cadangkan awak carilah kawan belajar seorang lelaki. Saya tak boleh mengajar awak." Tegas saya padanya. Lidah pun sudah berbelit-belit campur bahasa inggeris mahupun arab.


Tangannya dilekapkan ke dada. "Saya tidak mengharapkan apa-apa. Cuma menjadi teman saya. Sehari sekadar satu jam pun tidak mengapa. Awak sendiri tahukan keadaan orang arab bagaimana? Mereka tidak terdedah dengan bahasa luar."


Saya mengangguk. Sememangnya saya faham situasi itu. Tetapi bagaimana ya ingin memahamkan orang sebegini? Sekalipun ilmu itu digarap namun keredhaan Allah itu belum tentu dikecapi. 


"Awak ingin saya ajarkan apa? Bahasa arab? Syariah? Boleh. Saya boleh bantu awak dan awak bantu saya."


"Saya minta maaf. Saya tak boleh. Istilah kejuruteraan saya tidak tahu. Berbeza. Awak cari kawan lelaki yang lain." Seperti ingin terus lari saja dari keadaan. Pening. 


Datang seorang sahabat saya dari jauh melihat situasi kami. 


"Kenapa ni?"


"Dia minta ana jadi kawan dia untuk ajarkan bahasa inggeris."


"Kalau tak boleh cakap tak boleh." 


"Dah cakap dah."


Lelaki arab itu melihat saja kami berdua berbual. "Awak boleh ke nak ajar dia bahasa arab?" Dengan lantang sahabat saya mempertahankan saya. 

Lelaki itu terdiam. Dia mengeluh perlahan. "Saya cuma minta dia untuk ajarkan saya bahasa inggeris. Sungguh saya memang lemah dan tak faham apa yang pensyarah cakapkan di kelas." Suasana semakin tegang.


"Begini, jujur saya memang tak dapat mengajar awak. Saya tak punya masa yang banyak tambahan banyak kelas di jamiah..." Melainkan jika awak seorang perempuan, sangat saya alukan. Ayat itu hanya terbuku dihati tidak meluahkan.


Dia mengangguk. "Baiklah.. saya minta maaf kerana mengganggu awak. Saya cuma mencari seorang teman." Dia menunduk hormat. Dan berlalu pergi. Tampak kesedihan pada wajahnya. 


Sahabat saya sudah panas hati melihat keadaan itu. Mujur dia datang 'menyelamatkan' saya. Sudah seperti baby saya ini. Sering saja mumble bila berbicara. Perlu ada emak yang mem'back up'.

Bukan mudah sebenarnya~


Begitulah asam dan keping kehidupan. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Ya mungkin sekarang ini di bawah. Sekejap lagi nanti kita naik atas baliklah tu. Usaha dan berdoalah selalu. InsyaAllah.

Tak begitu?


"Mereka itu adalah orang yang bertaubat, beribadah memuji Allah, mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang beriman."

(At-Taubah: 112)




Friday, March 29

.QUMMMMM!


memang sironok sanget~

Bismillah..

Mata menghadap buku. Tapi mata terpejam. Makin lama wajah semakin menunduk tawadduk.


Teringat kata kak QUM, "Kenapa awak tidur? Bangunlah.. Awak nak tidur dan rehat, dekat kubur nanti!"


Ditambah dengan bicara kak QUM lagi, "Kalau nak tidur ingat eh, mak ayah awak hantar ke Jordan naik kapal terbang bukan basikal.."


Aduhai, sentap sangat tu kak QUM. Tak boleh sentap lagi kah?


Baik, memandangkan kami sudah berjanji. Dan Allah telah menjadi saksi. Aku harus bangkit kembali.


Kepala diangkat. Dengan mata pena yang tajam dilarikan selaju mungkin pada kertas dengan sepenuh kefahaman.


Sambil menyanyi kecil, 'Hadapilah segala tantangan, sambutlah harimu dengan suka cita. Hadapilah segala ujian, dalam kesulitan pasti ada kemudahan..'


Nasyid diteruskan lagi. 'Ummat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari hari semalam...'


Kitab semakin banyak tersusun. Ahhah. QUMMMMM!


Akak sebelah pandang semacam. "Awak dah kenapa?"


Kenyit mata. "Maaf akak. Semangat terlebih. Eheh (74:2) peace yo!". Quality is our mission. Dunya wal akhirah.

QUM!
Bangunlah...!

Friday, March 22

.Berpagi-pagian memburu pahala.


Bismillah..
Awas! mesej sebegini mungkin meluatkan para pembaca dan segala isinya.
Tapi percayalah ini bukan sekadar omongan kosong cinta orang bertarbiyah~



Suatu pagi yang dingin


"Bangun pagi-pagi dimulakan dengan zikrullah. Rasa lebih syiok seandainya enti disisi. Kat sini berhampiran pantai. Dengar hembusan ombak menghempas persisiran. Namun, ramai hambanya yang masih lena."


"Allah.. menjadi ghuraba' antara mereka pasti syiok! Enti, pagi-pagi dengar bunyi mesej masuk, ana dah dapat agak dah siapa :) Sama-sama istiqamah, cinta."


"Hahah.. hebat juga enti kalau dengar bunyi mesej.."


"Contact hati.. Enti, kalaulah pintu Doraemon tu wujud, setiap kali tahajjud ana akan pergi tempat enti dan solat sama-sama."


"Bestnya kalau wujud. Wehee.."


"Unfourtunately, kalau wujud tak ada privasi hidup. Orang akan senang-senang masuk rumah kita. kikiki."


"Heyheyhey.. apa salahnya jenguk privasi orang. Hehe. Selamat berpagi-pagian memburu pahala."


Suatu pagi yang hening


"Salaam cinta. Akhirnya hari khamis tiba jua. Puasa jom! Moga cinta kita padaNya terus bercambah sebagaimana rindu ana pada enti. Hukhuk. Jiwang gitu bunyinya:) Yelah, selain dari Dia, nak jiwang-jiwang dengan siapa lagi kan?"


"Ngeeee.. Malunya ana *tutup muka*. Ahhah. InsyaAllah. Semoga kita antara hambanya yang memperoleh ketenangan daripadaNya. Selamat berpagi-pagian memburu pahala. Love you fillah forever!"


Suatu pagi yang sunyi


"Bangkit bertahajjud jom! Berpagi-pagian memburu pahala.."


"Hoyeah! sorry lambat kejut enti."


"Berapa minit beza? T.T"


"Pukul 3 pagi tadi terjaga. Perkara sama terjadi masa nak type tertidur. Ana pun lewat sebenarnya. Wuuu sedih. Masa nak mesej enti, enti dah mesej dulu. Tak apa, masa yang sedikit ni yang Allah bagi kat kita. Manfaatkan."


Suatu pagi yang nyaman


"Sayangku, tahajjud jom!"


"11 minit lewat dari enti. Congrats! 2-0. Tak apa, I still have chance:)"


"Okay, kita tengok sampai akhir bulan ni. Hah lagi satu, nak ucapkan.. Sanah Helwa, ukhty. Moga terus thabat di jalan dakwah dengan kita mula berpagi-pagian memburu pahala."


"Thanks enti. Ini yang sayang lebih ni. Wehehe.."


Suatu pagi yang sayu


"Enti, qiam jom?"


"3-0. Hehe malunya. InsyaAllah, as soon as possible I will break your record. Wait and see. *smirk face* Huhu."


"Ahhah tinggal lagi beberapa hari. Boleh ke? Wehehe. Ini pusingan kalah mati tau."


"Fine.. kita tengok! Okay, selamat berpagi-pagian memburu pahala."


"Keep looking for the sunshine that always follows the day. Life is a mixture of sunshine and rain. Laughter and pleasure. Teardrops and pain. All day can't be bright. But its certainly true there was never cloud. That the sun didnt shine through -kata2 dibantal busuk-"


"Suweetonya! Hukhuk. Enti, maafkan ana ya. Ana banyak sangat kelemahan terutama dalam jalan ni. Thats why, I hope you can guide me. Mungkin lepas ni, handphone ni sudah tiada mesej-mesej dari enti. Walau siapapun ana kelak, nak bagi tahu betapa ana sayang enti sangat. I can't describe how much I love You.."


"Enti buat ana sebak pagi-pagi ni. Huh kuat! Jujur, ana uhibukifillah kaman. Doakan ana. Nanti ana letak nama enti besar-besar dalam salam perantauan heh. Wehehe."


"Assalamualaikum.."


"Waalaikumussalam.."

(Al Muzammil : 1-10)

Kita tiada masa yang special denganNya. Melainkan waktu sepertiga malam.
Kerana kita yakin keesokannya kita bakal menerima perkataan yang berat.

Maka, 
dengan itu kerana Syurga dan Cinta Allah, kita sanggup apa saja. Let's we berpagi-pagian memburu pahala!




Sunday, March 17

.Hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..



Bismillah..


وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

"Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dapat duduk sebentar, beriman sejenak kala kesibukan harian kita. Dan pada hari ini, kita dikejutkan dengan berita kematian 3 orang pejuang Allah yang sudah pun melaksanakan Syahadah alHaqnya. Persoalannya, bagaimana pula kita?"


Bicara kak Nesyi pada pembukaan usrah kami minggu ini.


"Innalillahi wa inna ilaihi roji'unn.." Kami menyambutnya dengan huluran doa buat mereka yang 'syahid' dengan syahadah Islam. Dan kami adalah saksinya.


Arwah pak cik Jusri Jusoh (kedua dari kiri)~

Merupakan seorang da'ie yang bergerak aktif di awal perkembangan dakwah di Johor era tahun 80an sehingga kini. Melalui huluran tenaga dan bantuan kewangannya, ramai daripada pemuda Johor mengenal apa itu dakwah dan tarbiyah. 


Bagi saya, pak cik Jusri antara orang yang dekat dengan saya. Anak-anak pak cik juga merupakan sebahagian daripada generasi didikan sekolah dimana di situ saya ditarbiyah. Sekolah Menengah Islam Hidayah. Dan pak cik jualah antara penyumbang terbesar dalam pembinaan sekolah kami. Bersama barisan sahabatnya, pak cik Hafidzi Mohd Noor, pak cik Hasanuddin Mohd Yunus, pak cik Zin Kandar serta pak cik Ahmadon.


Betapa melalui sentuhan tarbiyahnya kerana Allah,
Ummah telah menyaksikan hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..


Al Fatihah buat arwah.


Arwah Ummu Nidhal bersama akhawat Jordan dalam misi A2G13~


Ummu Nidhal atau nama sebenarnya ialah Maryam Farhat. Merupakan seorang pejuang muslimat Hamas juga dikenali sebagai Khansa' Palestine. Beruntungnya dua orang ukhty ini dapat berdampingan dengan seorang yang hebat dalam dakwahnya di ghazzah.

Meskipun seorang akhawat, Ummu Nidhal mampu berdiri saing membina akhawat-akhawat ghazzah dalam pembebasan tanah mereka. Antara perkataan yang sering diungkapkan Ummu Nidhal berbunyi, "Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan mengatasi perasaan sedih tersebut.."

Pada ketika anak sulungnya Fathi Farhat mendapat tawaran bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dia memeluk anaknya sambil berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata ini anakku, tetapi jangan percaya pada air mata ibu yang mengalir ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui RabbMu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabat, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Ta'ala.."


Betapa melalui sentuhan tarbiyahnya kerana Allah,
Ummah telah menyaksikan hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..


Al Fatihah buat arwah.


Arwah Akh Iman. Mesej terakhir beliau kepada murobbinya~

Dunia dakwah seakan gempar dengan pemergian beliau rijal muda yang begitu aktif dalam dakwah dan tarbiyah. Kisah beliau begitu menyayat hati saya sebagai salah seorang generasi muda yang masih lagi berhutang Syahadah alHaq dengan Allah..


Sekali imbas membaca mengenai beliau, pastinya para ikhwah diluar sana lebih terkesan dengan peribadi yang beliau pamerkan. Dan lebih menyentapkan lagi kita sebagai dai'e dengan quote akh ini iaitu "Dakwah dan tarbiyah adalah nadiku, mana mungkin aku hidup tanpanya.." Subhanallah. Tegar prinsip beliau. 


Dan benarlah dengan apa yang dikotakan pada bicaranya, sehingga akhirnya dakwah dan tarbiyah adalah nadinya. Beliau kemalangan, usai melunaskan tugas sebagai seorang muwajjih (penyampai) pada program Syahadah alHaq.


Betapa melalui sentuhan tarbiyahnya kerana Allah,
Ummah telah menyaksikan hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..


Al Fatihah buat arwah.



Bagaimana pengakhiran kita? Apakah hutang syahadah alhaq telah dilangsaikan?
Ingin juga seperti mereka.. Allahu pilihlah aku.


Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Muhammad) satu ummat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatanmu.

Al baqarah : 143








Saturday, March 16

.Panah manusia dengan cinta Allah.



Bismillah..

Busur dilepaskan.


Tersasar. 


A'yun kembali membetulkan posisi darjah yang sebenar. Kedua kaki dihalakan ke hadapan. Badan diarah menghadap ke kanan. Busur yang tergantung kemas dibelakang diambil satu.


Tiga jemarinya bersiap sedia menarik tali pemanah bagi melepaskan busur. Matanya tajam menghala ke titik tengah. Itu sasarannya.


Kepalanya dilentokkan sedikit. Pemanah ditarik dari atas ke bawah. Betul-betul lurus menghala titik sasaran. Matanya sebelah kirinya dipejam. Tali yang ditarik sehingga paras bawah dagu dilepaskan.


Tersasar.


"Orang yang fokus, dia mampu seimbang antara realiti dan fantasi. Dia kenal dan pasti bagaimana cara mengimbanginya. Sedikit darjah kamu terlalai, beribu darjah kamu bakal tersasar.." Coach Na'il bersuara tegas dibelakang.


Sentap dan dalam maksudnya.


Bibir A'yun mengoyak senyuman dibalik hijab yang terhias labuh. Posisinya masih tidak berganjak. Hanya tangannya sahaja yang laju mengambil busur panah dibelakang. Meneruskan panahannya.


Natijahnya sama. Tersasar dan terus tersasar.


"A'yun, jasad kamu di sini. Tapi fikiran kamu ke lain bukan?" Coach Na'il memulakan langkah bijak merangkap keadaan.


A'yun menghela nafas keras. Pemanahnya diturunkan. Purdah yang dipakainya basah pada sebahagian wajahnya. Akibat kerutan yang dicipta bagi menghasilkan tumpuan yang luar biasa, terhasil peluh-peluh kecil di dahi.


Dia melihat barisan pemanah sahabatnya. Mereka juga gigih berlatih sepertinya.


Tangan dicekak pada pinggang. Matanya yang bundar melirik kearah coachnya sambil pemanah tersisip rapi dibahagian kanan. Hujung pemanah diletak atas kaki kirinya menghindar kerosakkan lenturan pemanah.


"Sebenarnya, saya fokus saja. Tapi aura coach yang terlalu hebat sehingga menyebabkan busur saya tersasar-sasar. " A'yun cuba berbasa basi. Mengelak pertanyaan coachnya.


Coach Na'il tetap berdiri tegap tanpa sebarang reaksi. Tangan yang disilang dihadapan jelas menampakkan kredibiliti sebagai seorang jurulatih terhandal.


Siapa yang tidak kenal Coach Na'il disekolah. Pemanah terhebat peringkat negeri Kelantan. Tambahan dengan kekuatan hafazan Coach Na'il yang tiada tandingannya. Ditakdirkan Allah, A'yun terpilih menjadi anak didik Coach Na'il dalam kelab pemanah.


Coach Na'il sekadar menggeleng. "Istighfarlah... Kamu tidak selalunya begini."


A'yun menundukkan wajahnya. "Coach.. bagaimana seseorang itu boleh hebat?" Akhirnya persoalan yang terbuku dihati terluah jua.


Coach Na'il mengerutkan wajah. "Apa maksud kamu?"


"Hebat seperti Rasulullah.. seperti Khalid Al Walid?"


Sebagai seorang yang agak ego pendirian, A'yun tidak sekadar menunggu jawapan tanpa menerbitkan lebih banyak persoalan. Dia sekadar menjungkit bahu. Badannnya kembali menghadap ke hadapan. Pemanahnya diangkat semula.


Bersedia melepaskan busur sekali lagi.


"Manusia itu hebat, bila mana hubungannya dengan Allah itu kuat. Sekalipun dia jahil dan hebat dengan kejahilannya, apabila mengenal Allah pasti kehebatannya terserlah pada jalan kebenaran. Seperti Khalid Al Walid. Beliau seorang panglima yang handal yang tidak pernah kalah pada mana-mana pertempuran..."


A'yun tersenyum kecil. Busur dijari kembali ditarik. Dengan lafaz Astaghfirullah, dia melepaskan. 


Hampir pada titik sasaran.


"Orang yang mendapat cinta Allah dan manusia adalah orang yang jiwanya dibersihkan dengan taqwa, fikirannya disucikan oleh Iman, dan akhlaknya diwarnai dengan kebaikan. Tanpa kamu sedar, makhluk sekeliling akan turut mengikut jejak langkah kamu kerana cinta kamu kepada Allah."


A'yun melepaskan lagi busur. Sedikit lagi menghampiri sasaran.


"Sama juga seperti busur panah yang diperbuat daripada logam. Tidak mudah patah. Begitu juga perumpamaannya bagi orang yang faham.."


Telinga menangkap kemas bicara Coach Na'il. Dia tidak putus asa. Satu lagi busur ditarik kemas. Matanya difokuskan seratus peratus.


"Sebagai seorang pemanah, kamu harus tahu, kehebatan itu terhasil bila kamu berjaya..." A'yun menunggu bicara Coach Na'il. Dengan lafaz bismillah. Busur meluncur laju.


"Panah manusia dengan cinta Allah...." Coach Na'il menamatkan bicaranya.


Tepat pada titik tengah.


A'yun melepas nafas lega. "Terima kasih coach atas nasihatnya..." A'yun senyum mesra. Melalui matanya sahaja, jelas kegembiraan yang terpamer pada wajahnya yang dihijab purdah.


"Em.. teruskan berlatih!" Coach Na'il tetap bersahaja. Kakinya mengatur langkah berlalu pergi. 


A'yun menggelengkan kepala. "Coach...coach.." Dia tergelak kecil melihat gelagat coachnya yang begitu. Jelas seperti datuk-datuk yang memberi nasihat bermakna buat cucu yang ego seperti dirinya.


A'yun menuju papan pemanah. Busur yang jatuh dikutip satu persatu. 'Untuk menjadi hebat pada pandangan Allah, hubungan aku dengan Allah harus kuat! Ya Rabb terima aku sebagai abidMu yang beriman dan berpegang teguh pada jalanMu.' Hati kecilnya bersuara.



"Sebagai seorang pemanah, kamu harus tahu, kehebatan itu terhasil bila kamu berjaya...panah manusia dengan cinta Allah." Terngiang-ngiang ditelinganya mutiara kata Coach Na'il.


"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham." (Sahih Bukhari)





Friday, March 15

.Jaga iman, jaga hati.



Bismillah..

Nad menyanyi kecil lagu nasyid 'Demi Cinta Suci'. Dalam suasana yang hening di petang hari, dia mengambil tempat belajar yang berhampiran dengan taman bunga di kawasan perumahannya. Amanda street.


Sambil menghirup udara segar, matanya tetap fokus akan subjek yang cuba difahaminya. Psikologi. Mata pelajaran yang perlu memahami 'manusia'.


Tanpa sedar ada sosok tubuh yang tidak jauh darinya setia mendengar nyayian kecil Nad. Habis rangkap pertama Izzah memotong, "Nad.. awak pernah suka seseorang?"


Nad sedikit kaget. Entah datang dari arah mana suara itu, alih-alih soalan 'cepumas' itu diterimanya. Tubuhnya dikalih kebelakang. Melihat gerangan suara insan yang bertanya. 


Dia tersenyum. "Izzah... " Izzah memandang penuh bermakna sahabatnya. Kerusi kosong di sebelah Nad dibersihkan sedikit, lalu duduk betul-betul menghadap Nad.


Nad tidak terus menjawab. Dia ada pendirian. Tidak semua perkara perlu diceritakan pada orang. Hatta sahabatnya sendiri. Kerana baginya, Allah yang lebih layak untuk dia meluahkan segalanya. "Kenapa Izzah tanya macam tu?"


"Iyelah, tadi Nad nyanyi lagu 'demi cinta suci'. Izzah cuma nak tahu. Izzah tengok, Nad seolah-olah tak pernah sukakan sesiapa. Macam mana Nad bina pendirian macam tu?"


Nad tersengih sumbing, sambil tangannya pantas menumbuk kecil bahu sahabatnya yang tersayang. "Hey, suka hati aja ya buat analisa sendiri. Stalk orang melebih-lebih ni."


"Hmm.. Nad kan cool aja!" 


Nad menghalakan pandangannya ke arah bunga-bunga yang baru mula bercambah naik. Bermacam jenis.


"Mana Izzah tahu Nad tidak suka sesiapa?" Izzah sekadar menggeleng.


"Izzah, tipulah kalau seseorang tu tidak terbit dihatinya perasaan yang dikatakan 'cinta'. Namun sejauh mana kita merasakan prioritinya. Jujur, buat masa sekarang Nad lebih asyik bercinta dengan sahabat..." Matanya merenung dalam sahabat dihadapannya.


Kenangan silam terimbau seketika. Siapa dia yang dahulu, rahsia itu dilipat kemas agar hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Andai aib itu dibuka-buka, pasti sekarang ini dia tidak mampu berdiri teguh berdepan dengan mutarobbinya juga sahabat seperjuangan.


Pasti, bukan bicara syurga yang akan dikongsikan. Berkat tarbiyah yang diterima, Allah melorongkan hatinya mencari cahaya yang sebenar. Keluar dari kegelapan. Keluar dari maksiat yang menipu. Yang disangkakan biasa pada kaca mata seorang manusia yang fasiq.


"Nad tak faham... susah. Perit tahu tak?" Izzah mengeluh.


Nad diam. Membiarkan sahabatnya meluahkan rasa yang terperuk lama di hati. Dulu, dia juga pernah begitu.


"Izzah nak kahwin! Tak kisahlah sesiapa pun. Yang penting nak ayah dengan mak carikan.."


Kini giliran Nad pula menghela nafas. Payah. Seakan ada butir emas tersekat dikerongkongan. Sukar untuk dia mengeluarkan bicara.


Bukan mudah memberi nasihat pada mereka yang sebegini. Jujur, perkara ini paling lemah untuk ditanganinya. Bukan apa. Hanya satu sebab. Dia takut. 


Takut tersasar. Takut tidak mampu pelihara iman. Tidak mampu pelihara hati. Sedangkan itu yang sedaya upaya diperjuangkan di bumi 'omputih' ini agar ilmunya ditanam kemas di lubuk hati.


"Nad.. dengarlah ni."


"Ya... Nad dengar. Baguslah kalau Izzah dah target macam tu. Biar ayah dengan mak yang uruskan." Nad senyum. Tidak berani berkata lebih. 


Kaca mata yang dipakai, dibuka sebentar. 


Sambil melarikan pen diatas buku nota, hatinya berdoa agar Allah memelihara sahabatnya ini. Kasihan. Betapa Allah sedang kuat mengujinya. Malah dalam perjalanan dia melawan, syaitan lebih kuat mencucuk. Allah..

------------

Bunyi mesej masuk. Tertera nama 'Izzah'.


"Nad, Izzah buat keputusan nak jaga iman, jaga hati daripada fikir benda-benda tak patut. Doakan ya!" Mesej itu dibaca dengan senyuman. Alhamdulillah, sahabatnya masih berfikir dengan akal dan hati. Bukan berlandas nafsu semata.


Laju jemari Nad membalas. "Hey bagusnya keputusan... hukhuk. Ingat, akhawat Gaza yang kahwin muda-muda tu pun ada degree tahu. Alhamdulillah. Cukup tau angau-angau ni. Tak laratlah nak layan. Penat."


'Aku sentiasa mendoakanmu sahabatku. Betapa aku kini cuba menyebarkan cintaku padamu. Moga engkau sedar akan huluran cinta yang hanya mampu dirasa oleh ruh dan hati yang tertaut...'


"Kuangsamlah dia ni. Selama ni tak ikhlaslah dengar luahan hati orang! Okkeh luv u dear.." Tergelak kecil Nad membacanya. 


Orang lain sibuk membalas cinta dengan yang bukan halal. Walhal dengan sahabat, tidak ramai yang sedar hakikat manisnya ukhuwwah kerana ianya kekal. Kekal ke syurga jika kerana Allah.


Hati Nad lega. Teringat pesanan ibunya yang jauh di Malaysia. "Jaga iman kita, jaga juga iman mereka. Jaga hati kita, jaga juga hati mereka..." Pesanan yang ringkas tapi bermakna.


Allah saja tempat dia meluahkan segala-galanya. Ya, segalanya. Berani melepaskan, dengan harapan aturan terbaik dariNya!


"Sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang menyekutukannya dengan Allah."
(An-Nahl: 99-100)






Saturday, March 9

.Studi itu fardhu buat muslim!


Bismillah..

Musim-musim imtihan ini, mulalah tangan menggatal mencari sumber yang boleh menjadi pencetus semangat untuk belajar. Bukanlah maksudnya kita ini malas belajar. Tapi sejauh mana kita meletakkan CINTA terhadap ilmu itu sendiri. Bagaimana?


Bayangkan, sedang khusyuk kita membaca buku, sedar sahaja dahi sudah terlekap pada muka buku. Jelas kelihatan huruf betul-betul dihadapan mata. Akhirnya, masa berlalu begitu saja. Mana tidak 'seterress'. Itu saya, tidak tahu pula anda bagaimana. 


Saya petik status page I-Soulartz,

Buku. pen. kamus. lecture note.

Exam fever :'(

Bicara sentap dari Master DnT di Malaysia,

"Jika kita studi kerana Allah, kita akan dapat Allah dan Rasul based on hadis 1"

"Jadi, sepatutnya dengan kita lagi banyak studi, lagi DAHSYAT dan MEMBUAK-BUAK perasaan ingin melakukan dakwah dan tarbiyah."

"Sebabnya, dengan lagi kuat kita studi, menambahkan keimanan dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah."

"Alasan dulu bolehlah untuk kata 'oh dengan tersusunnya tulang-tulang dalam badan membolehkan manusia bergerak.' Bukan eh.."

"Tetapi bagaimana kita MENYIKAPI studi tu sendiri! Bagaimana kita letakkan CINTA kita dengan studi tu sendiri!"

"Ana tidak cakap pasal result eh. Ana tak cakap pasal pointer. Tapi usaha yang menjadi bekalan kita, serta betapa kita ini yakin bahawa dengan studi menTHABATkan lagi di atas jalan dakwah dan tarbiyah ni..."

Sentap T.T


Baik, rasa seperti ingin menangis pula membaca status ini. Pastinya, penyampai itu menyampai dari hati bukan? Kerana itu ia mampu menembusi hati insan yang membacanya. Allahuakbar. Terima kasih 'Master DnT Malaysia'. 

Senyum puas.


Rasulullah pernah bersabda, 


           عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Cuba kita perhatikan hadis ini. Betapa Rasulullah menekankan bahawa menuntut ilmu (belajar) atau famousnya studi adalah fardhu.


Apa yang dimaksudkan dengan fardhu?


Emm, sekiranya kita gagal khusyuk dalam solat, apa yang akan kita buat? Semestinya kita akan menambah dengan solat sunat. Kan?


Dan, bagaimana pula seandainya kita belajar tidak faham-faham. Apa agaknya yang seharusnya kita buat?


Biasanyalah, kita akan pergi tutup buku, buka muka buku. Tidak pun, kita bangun dari kerusi, masak air panas dan bancuh kopi. Jadi, apa akhirnya?


Tak salah pun buat semua tu. Tiada dalil haram pun yang mengesahkan. Silakan untuk kita lakukan apa saja. Namun, sebagai ummat yang mengimani sabda baginda, pastinya kita akan teruskan baca lagi. Studi lagi sehingga faham. 


Lagi. lagi dan lagi. 


Bukan kita menjadikan alasan, dengan studi menyebabkan semua kerja aku terbantut. Sebab result macam ni lah, menyebabkan aku jadi fitnah seorang daie.


Anda,
Sebenarnya, bukan result anda itu yang menjadi fitnah. Tapi andai usaha anda yang tidak seberapa itulah yang menjadi fitnah. 


Ah, nangis satu baldi!


Sedih bila sentuh bab-bab Allah hanya melihat pada usaha kita... Namun, hakikat manusia akan tetap pandang kepada keputusan itu sendiri...


Malah sebenarnya, jika kita merasakan studi adalah salah satu jalan untuk kita mendekatkan lagi diri pada Allah, kita tidak akan merasakan ianya sebagai satu bebanan. Walhal, lebih lagi sebagai titik tolak kita lebih melaju dalam menyeru insan lain kepada Allah.


Kerana fikrah tanpa ilmu itu SESAT. Tapi sejauh mana kita memfikrahkan ilmu yang kita peroleh dalam kehidupan. Allahu T.T


Ya Allah, kurniakan daku nikmat mempelajari setiap ilmuMu. Jauhkan aku daripada segala maksiat yang cuba menerobos kesucian ilmuMu. Ameen..


Jangan lupa saya dalam doa anda ya! ^^,


Thursday, February 28

.Balik ke?

Terbayang rumput di Malaysia :)


Bismillah..


Sambil menyelak buku madkhal ila dakwah ditepuk lembut bahu sebelah kanan.Wajah dikalih seiring senyuman yang menghiasi. "Enti balik ke tahun ni?" Tanyanya.


"Tak pasti lagi. Kenapa?"


"Kalau enti nak balik, bagi tahulah ana. Kita boleh tempah secara grouping.." Semangat dia menuturkan.


"Oh ya? Berapa boleh dapat?"


"Dalam 490JD.." Saya mengangguk perlahan. Sejenak fikiran mencongak. Jika ditukarkan dalam bentuk wang Malaysia perlu didarabkan dengan 4.++. Mudahnya, didarabkan dengan 5 terus.


Aduhai, mahu mencecah RM 2+++. Mahu dikorek lubang harta mana di irbid ni?


Mungkin sebahagian pelajar yang mendapat tajaan seperti pelajar perubatan dan pergigian di sini, mudah untuk mereka membuat pilihan pulang ke tanah air.


Cakap sahaja rindu, nah huluran wang disalurkan ke pihak syarikat yang menguruskan penerbangan. Namun, tidak semua begitu. Ada sebahagian mereka mendapat biasiswa, walhal tanggungan keluarga berada dipundak bahunya.


Sekarang ini, semakin meningkat naik pula harga-harga tiket ke Malaysia. Baik melalui penerbangan Kuwait Airlines, Qatar Airlines atau Egypt Air. Dan bertambah jugalah orang yang akan stay di Jordan ini. Mengambil subjek musim panas (semester 'soifi'). Melainkan ada 'seru' untuk balik. Eh?


Itu, belum ditambah lagi dengan mana-mana pelajar yang private ingin membuka rumah baru. Iyalah sebelum ini, pelajar tahun satu ditempatkan disakan (asrama) iaitu tempat dimana pelajar tahun satu 'bertapa' selama setahun sebelum berpindah ke rumah sebenar.


Sangat menguji dirilah sebenarnya bila ada-ada waktu yang memerlukan kewangan yang sangat banyak. Namun, itulah yang mengajar kami erti kehidupan. Tidak semua insan merasai apa yang kita rasai.


Ya, mungkin saja mereka di luar sana lihat, "Oh, indahnya belajar di Jordan." "Nak pergi Jordanlah, sebab ada salji". Dengar sini dulu ya...


Aduhai, tertipu sebenarnya kalian ini. Itu semua hanya kebenaran satu daripada sepuluh pengharapan yang anda bayangkan. Selebihnya? Pastinya tidakkan terlintas kehidupan di sini bagaimana.


Dengan air yang dicatunya mengikut pembahagian tangki rumah. Malah hampir setiap barang mencecah harga 1 JD. Jika di convert kan, bersamaan RM 5.


Hendak katanya, ya itulah tarbiyah yang sebenar buat kami. Dari segi kewangan, memang agak sempit  dan sesak. Apatah lagi rakyat Jordan sendiri. Di sini semuanya bercukai.


Sedangkan top up pun bercukai. Persis kata senior di sini, ah telan je. Harta itu bukankah milik Allah? Mengapa perlu kita risaukan?


Eh tetapi, hidup di sini sangat rasa dilindungi. Saya akui. Mengikut apa yang saya rasa sebagai seorang akhawat. Orang arab di sini sangat menjaga dan memelihara akhawat-akhawat di sini. Kata lainnya, 'ladies first'. Betapa konsep itu, sangat diterapkan dalam kalangan penduduk di sini.


Melainkan orang arab yang tiada tamadun. Faham sahajalah sifat mereka bagaimana. Sering menjadikan pelajar melayu bahan usikan mereka.


"Ayah, harga tiket dah cecah 5++ JD. Macam mana eh?"


"Kita tengok dululah. Kak Long punya tunggu promosi tiket ya. Bajet ayah takut tak cukup nak bayar 2 tiket.." Balas ayah.



'Ayah, angah faham aja situasi kita. Angah tak mengharapkan supaya angah boleh selalu balik ke Malaysia. Sebab niat angah datang sini pun memang untuk mengutip ilmu dan membawa pulang segulung ijazah tu sebagai mahasiswi Mumtaz keluaran Jamiah Yarmouk itu sendiri.

 Seandainya angah belum diizinkan Allah untuk balik, angah redha. Dan angah harap ayah dan ummi juga redha. Cuma satu doa angah, moga suatu hari nanti.. ayah dan ummi dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini. Merasai kehidupan yang selama ini anak ummi ayah lalui dengan hasil angah sendiri. 

Dan seandainya Allah menetapkan juga untuk angah balik Malaysia, sedaya upaya akan dipenuhi masa-masa luang bersama keluarga kita. InsyaAllah'.

T.T


Sukarnya membuat pilihan. Namun, pilihan kita itulah kehidupan. Allahuakbar. Hakikatnya, sebagai seorang daie yang jelas matlamatnya dia tahu akan prioriti yang sepatutnya.

"Balik ke?" Persoalan yang tiada jawapan. Anda rasa? Ke ada yang nak sponsor? Alangkah nikmatnya tidak terkata. Uhuh. Senyum jahat.


"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan Mudahkanlah untukku urusanku.."
(Surah Taha : 25-26)




Tuesday, February 26

.BuBuU #1



"Em.. nanti awak semua fikirlah ya nak beri nama apa untuk liqo' kita ni.." Kak Ally bertutur lembut, sambil matanya memandang mutarobbinya satu persatu. Iyah, Atty, Nouha, Ella, Arfi, Ekin, Abel. 


"Kita beri nama BuBuU nak!" Iyah terus mencadangkan. 


"Apa tu awak? Comel je.." Kak Ally dan ahli turut tergelak mendengar cadangan Iyah.


"Macam bubu ikan aja kak Iyah ni." Celah Ella. 


"Heyy.. maksud dia Bulat Bulat Ukhwah ya. Comelkan? Setuju tak?"


Disebabkan mereka yang lain sudah malas untuk berfikir panjang. Diterima dengan rela dan senang hati nama yang agak 'comel' itu.


Biarlah, nama itu tidak penting. Kerana ianya sekadar satu wasilah. Namun, misinya ingin menyampaikan Islam seperti mana Rasulullah dan para sahabat laksanakan. Moga Allah melapangkan hati-hati mereka.


Kak Ally sekadar tersenyum kecil melihat keletah mereka. Dilayan saja setiap butir bicara mutarobbinya yang bertujuh itu tanpa sedikit pun perasaan yang memperlekehkan. Ya, sebenarnya itulah proses tarbiyah yang bukan sekejap sahaja untuk mendapatkan hasil dengan sekelip mata.


Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak semudah pada bicara yang boleh memberhentikan itu dan ini, walhal dengan tarbiyah itu sebenarnya mampu mengingatkan hati-hati jika semua itu dipaksikan hanya kerana Allah. Dan halawatul iman itu, sedikit demi sedikit meresap sebati pada hati.


Sedangkan dia juga turut tertaut di jalan ini kerana teladan dan qudwah Islam yang dipamerkan murobbinya dahulu.


"Bubuu.... senang juga nak sebutkan?" Atty memuji.


"Kan....?" Kak Iyah mengajuk Atty sambil mukanya gembira berseri dipuji.


" Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul (penyampai) dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. " (Al Baqarah: 129) 


Cerita ceriti mereka, tidak diketahui apakah kesudahannya. Namun setiap pergantungan, mereka bulatkan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah agar melorongkan mereka ke arah jalan yang terus menuju JannahNya. Tanpa seorang pun yang tercicir dan tertapis sehinggalah tapakan mereka bersama melangkah menghadap Allah yang di cintai.



Friday, February 22

.Berkatalah kepada TuhanMu..



Bismillah..

Mata menghadap ke siling bilik. Putih. Terbias cahaya lampu tidur yang malap-malap.


"Kalau kita terus macam ni memang satu apa pun takkan berjalan."


Hati Husna sedikit tersentuh dengan bicaranya. "Nampak tak yang kita sebenarnya cuba lari dari keadaan. Kita seolah sembunyi disebalik siapa kita yang dahulu."


"Betul.. ana pun rasa macam tu." Nada Hani mengendur perlahan.


"Hakikatnya kita rindu kita yang dahulukan? Waktu itu kitalah pendorong, kitalah penguat dan bila masa yang sibuk itulah kita semakin dekat dengan Allah." Husna meluahkan rasa hati yang terbuku sekian lama.


"Itulah, ana rasa memang kita kena sentiasa saling mengingatkan sesama kita. Takutkan sebenarnya andai kita tertinggal gerabak ni?"


"Takut.. dan tak sanggup nak fikir. Rasa sedih sangat."


"Doakan ana ye, Hani..."


"Sama juga. Assalamualaikum." 


"Waalaikumussalam."


Husna menarik sedikit hirom yang menelimutinya agar sampai ke paras kepala. Sejuk. Tubuhnya diarahkan ke sebelah kanan, membelakangkan Hani di sebelahnya.


Mata dipejam rapat. Sungguh ketika ini, hatinya sedikt resah kerana banyak tanggungjawab yang belum dilangsaikan. Namun, jiwanya terganggu dengan apa yang dirasai dengan jahiliyyah-jahiliyyah kecil yang masih berbekas di jiwanya.


Hatinya meruntun sedih. Apakah memang diterima Allah dosa-dosanya? Bukan setakat jahiliyyah kecil. Segala jahiliyyah silam hanya Allah yang mengetahui segalanya.



Kata Muhammad b Wasi' al Azdi rahimullah: "Kamu semua memuji ketaqwaan dan ibadatku, sedang jika dosa-dosa itu mengeluarkan bau, sudah tentu kamu semua tidak akan mendekatiku.."



Butang play ditekan. Dendangan zikir 'Astaghfirullah' nyanyian Hafiz Hamidun membuatkan hatinya semakin basah dengan memohon keampunan dari Allah.


"Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan..." (Yusuf : 53)


Teringat akan bait nasihat Pensyarahnya di kelas, "Berkatalah pada TuhanMu.... Ya Allah, aku buat kesalahan ini. Aku buat kesalahan itu. Ampuni aku ya Allah."


'Berkatalah pada TuhanMu....'


Sungguh Dia mendengarkan bicara dan rintihan hambaNya.


Ampuni dosaku yang menggunung tinggi ya Allah...