Bismillah..
Tarik nafas dalam-dalam. Huh. Beginning the second semester. Moga pandangan, pendengaran dan hati masih dalam pemeliharaan Allah.
Papan tanda kuliah 304 terpampang di pintu kelas.
Langkah kaki kanan didahului. Hati penuh debaran bila memikirkan madah yang diambil ini adalah madah (baca: subjek) tahun 3. Melihatkan ramai sahabat tahun 1, saya sedikit reda. Tidaklah saya keseorangan.
Senyum.
"Kamu semua tahun 1?" Tanya Dr. Randah. Antara pensyarah yang sentiasa mengambil berat berkenaan pelajar Malaysia di urdun ini. Sikapnya yang penyayang dan mudah mesra sangat disenangi dalam kalangan pelajar tahun satu di sini.
"Tak.."
"Siapa yang tahun 4?" Tiada siapa yang mengangkat tangan.
"Tahun 3?" Dukturah bertanya lagi. Adalah dalam dua atau tiga orang.
"Tahun 2?" Sama juga. Sedikit sahaja yang mengangkat tangan.
"Ya Allah, bakinya? Semua tahun satu? Cuba angkat tangan tahun 1?" 90 peratus dari kami termasuk saya.
Dukturah menggeleng kepala.
"Mengapa kamu tasjil madah ini? Sedangkan kamu tahu ini madah tahun 3?" Bicara dukturah lembut.
"Tiada madah dukturah.." Sebahagian kami menjawab.
Lazim di sini, tahun 1 sukar untuk mendapatkan madah yang mudah atas faktor baki-baki madah yang tidak di pilih oleh senior. Maka, itulah madah yang dapat dikaup oleh pelajar tahun 1.
"Kamu fikirlah balik. Saya tidak kisah seandainya pelajar arab. Tapi saya risaukan pelajar malizi. Banyak lagi madah tahun 1. Fiqh ibadat, fiqh muamalat. Yang lebih senang dari fiqh aiman."
Saya tahu dukturah...
"Baiklah, saya minta semua tutup buku..." Buku dan pen saya simpan kemas. Bersedia mendengar bicara fikrah dari dukturah.
"Di awal pembelajaran ini. saya sekdar ingin mengingatkan semua agar kita memperbaharui niat kita. Luruskannya hanya kerana Allah. Niatkan kamu datang ke kelas, kerana Allah.."
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا امْرِئٍ مَا نَوَى
Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang diniatkan
"Ya Allah, aku pergi kelas ini keranaMu.."
"Ya Allah, aku mengeluarkan wang membeli kitab ini keranaMu.."
"Ya Allah, aku mempelajari ilmu ini keranaMu.."
"Ya Allah, aku membayar duit sewa ruma keranaMu.."
"Ya Allah, aku bermusafir ke sini bagi menuntut ilmu hanya keranaMu.."
Sentak. Apakah sudah kesemuanya kita niatkan kerana Allah?
Air mata mula bergenang. Benar, hanya insan yang berpijak di bumi ini merasai kepahitan dan kemanisan hidup di negeri orang. Bicara dukturah seakan memahami apa yang kami rasai.
"Saya tidak menghalang untuk kamu mengambil madah ini, tapi anggaplah ianya sebagai satu nasihat.."
Saya menarik nafas sedalamnya. Sedaya upaya ditahan air mata dari tumpah ke bumi.
"Kamu tahu? Semua makhluk di bumi, di langit, di darat, di lautan mendoakanmu. Setiap kali kamu berjalan menuntut ilmu mereka berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan buat kamu. Para malaikat juga turut serta menaungi orang yang menuntut ilmu dengan sayapnya.. "
Bergenang lagi.
Terasa seolah sangat dimuliakan apabila difikirkan kembali.
"Sebanyak mana pun duit yang kamu ada, kamu akan pulang kepada Allah. Sehebat mana pun diri kamu, kamu akan pulang kepada Allah. Dan yang paling kita inginkan adalah syurga Allah. Di mana di dalamnya kita bersama Rasulullah tercinta..."
Sambung dukturah lagi, "Pokok-pokok yang banyak. Air sungai yang mengalir. Perempuan-perempuan yang cantik dan dilayani sebaiknya. Jejaka-jejaka yang tampan wajahnya. Semua nikmat itu yang Allah bicarakan di dalam quran."
Buat KITA.. yang sedang bermujahadah menuntut ilmu, teruskan tanpa menyerah dan rebah demi syurga Allah yang kita inginkan itu. Moga Allah mengiringi langkah kita bersama.
No comments:
Post a Comment