Pages

Wednesday, November 7

.Bukan turn I masak!




Bismillah..

     Kaki melangkah laju. Ditambah perasaan bahagia dek selesai sudah satu madah(subjek) madkhal tasyri' di Kuliah 105. Walau hakikatnya, keesokannya tetap ada satu lagi imtihan Quran di Markaz Hafsah.

     Seseorang memanggil. Muka dikalih. "Kenapa Atiq?"

     "Nak ke mana? Bukan liqo' pukul 5 ke?"

     "An Jad?? (Iya ke?) Bukan pukul 7 eh.."

     Sambil mata melirik jam di tangan. Benar. Jarum jam tepat pukul 3.30 petang. Mesej dibuka kembali. Sah! Tak peka langsung.

     "Tapi hari ni, turn ana masak..." Mahu tidak mahu berbaki waktu yang sedikit itu saya membuat keputusan untuk pulang juga. Memikirkan mungkin akak-akak balik lambat dan pastinya penat dari ujian praktikal pergigian. Bahasa mudahnya 'lab' (memang penat....)

      Sambil langkahan menongkah arus angin yang berdebu, dia sambung berbicara "Sempat ke? Kita kena Harisun ala waqtihi (menepati masa)". Memang setiap kali liqo' diadakan, kesemua ahli kami akan berlari-larian agar sampai sebelum jam yang ditetapkan. Usah kerana kita, proses TARBIYAH itu semakin lambat. Allahuakbar.

     Saya diam seribu bahasa. Hanya riak wajah berkerut tanda masih memikirkan solusi yang terbaik.

     "Tak pun nanti ana bantu nti masak. Cepat sikit.." Bagai ais yang menyejukkan jiwa. Ya Allah..

     "Okay.." Seperti ingin terbang rasanya. Seandainya dikurniakan kepak, sudah lama dikibarkan seluasnya agar cepat sampai. Terasa ada semangat datang dari arah yang tidak disangka. Sempat lagi saya membelajanya falafil di Mat'am Meqbel. Gembira tengok orang lain gembira. Heh.

      Naik saja tangga blok bangunan kami, sudah terhidu bau masakan orang melayu. Cepat-cepat pintu dibuka.

      MasyaAllah.. ADA PERIUK ATAS TEMPAT MASAK.

      Saya terus meluru ke dapur memastikan ada lauk di dalam periuk tersebut. Alhamdulillah.. Allah mendengar kata hati ini. Sekelip mata rasanya keresahan terubat. Sekalipun perkara ini kecil namun cukup bermakna.

      "Kak Rina.. akak masak ke?" Sambil memeluknya saya mengucapkan terima kasih. Sekiranya tidak kerana sifat ta'awunnya yang sebesar zarah itu, semestinya saya akan lewat ke liqo. Dan kesan pada ahli kami yang berkemungkinan besar bakal terlepas kelas malam yang diadakan oleh PERMAI.

      "Haah. Nanti awak ganti akak punya turn esok. Lagipun akak habis awal tadi.." Senyum.

      Terharu rasanya. Saya mengucapkan syukur sebanyaknya di dalam hati. 

      Alhamdulillah, selesai solat kami ke tempat liqo' yang ditetapkan. Dalam perjalanan, kami hiasi dengan 'sharing' berkenaan surah al masad dan an nasr. Tidaklah perjalanan itu disia-siakan bukan? Biarlah kita datang ke liqo' itu dengan hati yang terus-terusan mengingatkan kembali kepada Allah.

      Memandangkan saya membelanjanya falafil, Allah mengganjari kembali dengan sebatang aiskrim dari sahabat saya itu. Dapatlah menghilangkan sedikit dahaga sepanjang perjalanan kaki dua kerat ini. Sweetkan?

***

وَتَعَاوَنُوا عَلَى البِرِّ وَالتَّقْوَى
"Saling berbantulah kamu ke arah ketaqwaan"

Betapa istimewanya ayat ini, kepada sesiapa sahaja Allah menyeru untuk kita melaksanakannya. Betapa nikmatnya berbuat kebaikan, hanya yang merasaikan mampu menjiwai. Terkeluar pula madah bahasa pujangga.

Apatah lagi, seandainya kita membuat sesuatu perkara yang membahagiakan orang lain. Sekalipun hanya kata2 yang sejuk untuk didengari. Hati yang galau juga, InsyaAllah sedikit sebanyak dapat di'islami'sasikan kehidupan kita itu. 

Lebih lagi yang hidup 'berumahtangga' dengan sahabat masing-masing. Betapa pentingnya dalam toleransi dalam mewujudkan keharmonian perhubungan. Bila 'rumahtangga' harmoni, wujudlah 'komuniti' yang harmoni. Tak gitu?

Mudah saja sebenarnya.

At least, bila kita tengok ahli rumah kita bertungkus lumus, berhempas pulas dengan bawang dan periuk yang berasap di dapur, tidak salahkan untuk kita membantunya memasakkan nasi? Jika tidak pun, tolong basuhkan pinggan yang berlambak di singki. 

Jangan pula kita setakat menjeling dari jauh. Dan berkata, "Dah memang turn dia hari ni..nasiblah. Bukan turn I masak!"

Assalamualaikum! memanglah hari ni bukan turn you masak. Nanti masa akan datang macam mana? WAJIB masakan itu disediakan setiap hari. Waktu itu, dah tak main dah sorok bawah selimut buat-buat pejam mata dan.. tidur. Lainlah sudah ada bibik dan berduit. Itu lain cerita. Tapi kitakan umat RASULULLAH?

Bersifat ta'awunlah walau dalam perkara yang kecil. Sedangkan Rasulullah sentiasa menyantuni sahabatnya juga kepada ahli keluarganya. Apatah lagi kita yang mengaku sebagai ummatnya ini. 

Siapa tahu, amalan itulah yang terdapatnya keberkatan amal ikhlas yang diterima Allah di akhirat kelak? Sama-sama kita islamikan kehidupan ini dengan sebenarnya ^^v
Aiwah..

Allahu yu'tikum aafiah. InsyaAllahu kheir~



    

No comments: