[Hasil tangan jiwa yang membara di malam hari..]
Bismillah..
Ketika ini, saat ini, ramai sedang memperkatakan berkenaan kenaikan harga minyak di Jordan. Sedikit sebanyak pelajar yang menuntut di sini, turut merasakan sedikit kesempitan.
Sekalipun, mereka yang menuntut di sini mendapat tajaan kerajaan tetap merasakan bahangnya. Kenaikannya bukan kenaikan biasa. Dua malah tiga kali ganda dari biasa. Bila di 'convert' kan wang di sini mahunya tercekik memikirkannya. Namun, masih lagi dalam keadaan terkawal.
Oleh kerana hal ini, rasa membara para penduduk Jordan seakan meletus apabila perkara ini diumumkan awal muharam kelmarin. Sepanjang cuti ini, kami pelajar Malaysia perlu lebih berhati-hati untuk keluar dari rumah kerana banyak demostrasi diadakan di syari'-syari' berdekatan terutamanya Syimali. Pihak penentang juga pihak pembangkang kerajaan.
Hakikatnya, bila difikirkan.. perkara ini kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan apa yang berlaku di Gaza. Kita di sini, sibuk menahan kesejukan. Sangat menghangatkan berselebung dibalik hirom 8kg. Sambil sibuk mempekatakan kenaikan harga barang. OH kalian.. cukuplah!
Walhal mereka? Hangatnya mereka, dengan semangat yang berkobar-kobar melawan Tentera Zionis laknatullah dengan dihujani bedilan bom bertali arus.
Insaf.
Namun, kita perlu bagaimana untuk membantu mereka?
Sungguh saya buntu. Betapa hampirnya mereka dengan saya. Semuanya keliling negara jordan ini sendiri. Allahuakbar!
Status di facebook, tidak berhenti mengkhabarkan tentang mereka, membuatkan jiwa dan raga bertambah sebak dengan kehinaan diri sendiri.
Sedeqah? Doa? Menuntut Ilmu?
Benar, ketiga-tiga wasilah ini menjadikan sumber 'senjata' buat saudara kita di sana. Mungkin, kita merasakan ianya kecil.Tapi tidak bagi Allah. Mudah-mudahan Allah mengira tiap kecil usaha kita.
Ya Allah..
Hancurkan mereka!
Menangkan kami ya Rabb...
:: Kita datang daripada Allah. Sekembalinya kita pasti kepada Allah.
Maka, selayaknyakah di antara keduanya kita mencari selain Allah? ::
irbid, jordan
irbid, jordan
No comments:
Post a Comment