Bismillah..
" Sodaqallahul azhim.. " Saya menyudahkan bacaan.
Sambil menyelak muka surat yang dibahagian belakang yang terdapat doa, bahagian hitam tanda bahagian yang sudah dihafaz diperhatikan. Terdetik dihati, " Bilalah saya akan tamatkan hafazan? "
" Akak, jom baca doa sama-sama.."
" Awak khatam ke? " Saya mengangguk. Andai 'khatam' yang dimaksudkan, adalah 'khatam' yang sebenar pasti rasanya lebih nikmat yang tidak terhingga.
Saya memulakan bacaan doa. Tiap bait cuba dihayati bahasanya. Allah..
Ya Allah, hiasilah diri kami dengan keindahan al quran. Muliakanlah kami dengan kemuliaan al quran.
Dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat al quran. Dan pakaikan kami dengan pakaian permata al quran.
Masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat al quran. Serta selamatkan kami
daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkah kehormatan al quran.
Mata dipejam. Terimbau akan seseorang yang tiada dia tanpa quran.
" Ana rasa enti tertinggal sesuatulah.." Kata sahabat karibnya.
" Eh? " Dia memandang sahabatnya. Hanya mengguna isyarat mata dia bertanya.
" Ini hah! Kekasih pujaan hati tertinggal.." Sahabatnya meleretkan senyuman kecil.
" Ouh.. terima kasih. Macam mana boleh tertinggal ya? " Dia menyambut quran yang dihulurkan.
Subhanallah. Sahabatnya sendiri sedar tiada dia tanpa quran. Luar biasanya dia..
" Dia bukan hebatkah? " Tanya Ukht yang berbaju t-shirt biru.
" Memang dia hebat pun. Pandai pula tu. Walaupun kita nampak gayanya biasa-biasa aja. " Sambut teman dihadapannya.
Saya sekadar mencuri dan menumpang perbualan mereka. "Tapi apa yang menyebabkan dia hebat? " Tanya saya.
" Enti tak tahu, dia tu tidak sah kalau tiada quran di sisi. At least, quran kecil. Bila masa terluang jemarinya pasti bergerak tanda berzikir. Mana tidak hebat dia tu.. "
Saya terkejut. Sehingga begitu sekali? Kagumnya saya, subhanallah. Dalam diam orang lain turut memerhatikannya. Pastinya al quran itu dihatinya.
Rupanya bukan hanya saya yang sedar. Insan disekeliling turut merasai bahawa tiada dia tanpa quran.
Pernah suatu hari, kami bersama-sama berkongsi pengalaman dan sedikit qadhaya. Namun, dia hanya senyap sambil wajahnya tidak putus dengan senyuman.
Sedang kami sibuk bercerita, tangannya laju menyelak al quran dihadapannya. Lalu dia mencelah dengan berhikmah.
" Sebenarnyakan.. Allah sudah beritahu pun dalam quran ini. Cuba lihat surah dan ayat ini. Ada.. Allah sudah terangkan. " Dia memberitahu sambil menunjukkan isi terjemahan qurannya kepada kami.
Subhanallah.. benar! Surah dan ayat yang diberi tepat dengan apa yang dirasai.
Tambahnya lagi. " You're all Muslims. Be proud of who you are. Show the world that you're a Muslim, act like a Muslim, dress like a Muslim, talk and do everithing like a Muslim. Allah sees whatever you do.." MasyaAllah I'm touched.
Sekalipun saat dia berbicara dihadapan. Setiap isinya, akan diulang dan disebut-sebut oleh insan yang mendengar. Terkesan hebat barangkali. Segala pujian dikembalikan kepada Allah..
Simboliknya, tiada dia tanpa quran.
Aku? apa simboliknya aku?
Mata yang dipejam lantas dicelikkan. Al quran coklat ini, saya usap penuh kasih sayang. Memandang dengan hati yang sayu.
Betapa al quran adalah wahyu dan mukjizat terbesar untuk Rasulullah serta ummatnya. Sekiranya Rasulullah mampu berdamping dengan quran dalam hidupnya, mengapa tidak kita? Sekiranya para sahabat mampu menghafaznya, mengapa tidak kita? Sekiranya, khulafa' ar rasyidin mampu memperluaskan empayar Islam dengan al quran, mengapa tidak kita? Allahu akbar..
Jika dia..
Bisa dilihat 'Tiada dia tanpa quran'
Mengapa tidak saya?
2 comments:
salam ziarah, salam ukhuwah, :)
salam ukhwahmu disambut mesra :)
Semoga beroleh manfaat diteratak kechik ini..
Post a Comment