Pages

Thursday, January 31

.Ayah enti ikhwah?

Hensem lah ayah waktu muda.. hukhuk

Bismillah..

Seorang sahabat menepuk bahu tanda ingin berkenalan. Sedikit sebanyak saya tahu latar belakang keluarganya. Secara tidak langsung dia mengajukan soalan ini, "Ayah enti ikhwah?"


Ketika itu saya buntu mahu beri jawapan apa padanya. Saya sekadar mengangguk. Kerana saya merasakan ya. Dalam hati berbisik, "Ikhwah?" Serius saya tidak tahu. Panggilan itu pun amat janggal pada pendengaran saya.

Bukan ikhwah tu untuk orang muda sahaja ke? Pening..

Sungguh pun saya berada ditingkatan empat ketika itu. Juga bersekolah di sekolah bertarbiyah. Namun, saya tidak pasti itu semua. Lainlah yang sering disebut 'anak pak cik mak cik'. Ah, itu saya biasa dengar.


Persoalan itu dibiarkan berlalu samapailah suatu masa, ummi banyak berkongsi perihal berkenaan latar belakang tarbiyah kami. 


"Ramai juga yang tanya ummi, bagaimana ummi boleh berkahwin dengan orang yang bukan ikhwah. Jawab ummi sudah jodoh. Dan ummi bahagia dengan ayah. Lagipun, ayah tak pernah sekat ummi untuk aktif dalam dakwah dan tabiyah. " Bicara ummi perlahan. 


Saya mula mengerti.. 


Benar, sepanjang saya berada disekolah ummi yang lebih aktif dalam program-program tarbiyah anjuran sekolah. Bukan bermakna ayah saya tidak turut serta, namun didikan ayah lebih terasa di rumah.


Saling melengkapi..


Saya pernah bertanyakan ummi, "Ummi, kenapa ayah tak join usrah kita ya?" Membuak-buak perasaan saya ingin tahu ketika itu. 


Sambil tersenyum ummi berbicara, "Sebenarnya ayah tidaklah menolak. Tapi ayah kurang gemar bila adanya sesuatu program, solat akan dikebelakangkan. Angah pun tahu ayahkan?"


"Lagipula, cita-cita ayah tinggi untuk Islam itu. Jadi mungkin ayah kurang gemar program itu yang hadir hanya kita-kita."  


Saya mengangguk laju. Ayah juga pernah memberitahu cita-citanya ingin menyebarkan Islam dengan menjadi  khotib di luar negara. Saya juga tidak sejauh fikiran ayah meletakkan Islam yang pertama. Saya hormat pandangan ayah.


Di lain hari, ada seorang mak cik bertanya kepada ummi, "Alang.. suami alang ada cakap nak usrah tak?" soal mak cik  itu lembut sebagai tanda keprihatinan seorang sahabat.


Sejurus itu ummi bertanya kepada ayah semasa di rumah. 


Jawab ayah, "Abang dah ada usrah dekat rumah. Ishah lah naqibah abang.." Geli hati saya mendengar jawapan ayah. Sempat lagi bergurau manja dengan ummi. 


Meskipun begitu, Ummi tidak sesekali memaksa ayah untuk mengikut jalan tarbiyah ini. Malah sentiasa membantu ayah dalam program-program jemaah surau dan menjadi tulang belakang ayah sedaya mampu. Jauh sudut hati saya kagum dengan kekuatan yang Allah kurniakan buat ummi.


Sampailah suatu hari sekitar tahun lepas. Saya melihat ummi bertungkus lumus menyiapkan juadah petang yang menyelerakan. 


"Sedapnya Ummi..nak satu!" sambil tangan menjalar laju mencuri sepotong sandwich segar buatan ummi.


"Ini untuk ayah." Wajah ummi ceria menuturkan. 


"Tapi kenapa banyak?"


"Sebab hari ini ayah ada usrah. Itu yang ummi buat banyak-banyak untuk ahli usrah ayah."


Mata saya membulat. Terpana seketika. "Betul ke Ummi?" Saya tertawa riang. Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu. Ummi pula tersenyum simpul menyerlahkan kegembiraan dihati.


Keesokan harinya, Ummi mendapat panggilan dari sahabatnya yang merupakan zaujah kepada naqib ayah sendiri.


"Alang.. semalam suami alang bawa sandwich ya? Sedap katanya.." Cepat benar tersebar cerita sandwich yang ayah bawa semasa usrah. Ummi tersenyum gembira apatah lagi bila mendapat pujian dari ayah sendiri.


Malam itu, persoalan saya akhirnya terjawab. Bagaimana ayah boleh 'ter'join usrah. Rupanya ayah mula berminat apabila naqib ayah menerang berkenaan Hidayah Centre iaitu pusat dakwah untuk orang non muslim. Dari situ mungkin ayahdapat merasakan kesyumulan Islam dalam jalan ini.


Saat itu, mungkin hati ayah mula terbuka menerima apa yang dibawa. Sebenarnya kita menginginkan Islam yang syumul itu. Dan hakikatnya, kita tidak mampu untuk menegakkan Islam jika kita bergerak hanya seorang. Sedangkan Rasulullah punya sahabat sebagai pendokongnya.


Dan Islam itu tidaklah tertakluk kepada sesuatu bangsa. Malah Islam itu untuk semua. Sesiapa saja boleh menikmatinya tarbiyah dan dakwah Islam yang benar. Fikrah Islam yang dibawa oleh jemaah Ikhwan Muslimin sedikit sebanyak menyentak hati ayah perlahan-lahan untuk menyoroti bersama jalan tarbiyah ini.


Berkata seorang pak cik, "Bukanlah tahap dakwah dan tarbiyah ini sebagai tiket ahli syurga. Walhal, kita mengikutinya kerana kita imani bahawa dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini mungkin adalah salah satu amalan yang diredhai Allah untuk kita bersama-sama melihat wajah Allah di syurga nanti..."


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan jiwa merekadan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga.
(At-Taubah : 11)

Tahniah ayah.. The fresh ikhwah!

Tahniah ayah ummi sebab berbaitul muslim. Next step, towards Ustaziyatul Alam. Moga Allah mempermudahkan langkah kita bersama.

Alhamdulillah..


6 comments:

Nadia Fariza said...

C0meeell! hahaks! :D

nahmri. said...

Eheh, cik nadia!laju aja ya
of coursesss ayah saya comel hehe.
Terima kasih ^^

D-SIM said...

saya tak join usrah, tapi doakan saya agar terbuka hati untuk join sama :)

nahmri. said...

InsyaAllah.. Semoga Allah menunjuki jalan yang lebih merasakan anda dekat denganNya.

Ameen.

Ir Jinggo said...

wah bestnya! keluarga hebat! :D
jeles.

nahmri. said...

Alhamdulillah..
Namun, perlu siap sedia dengan liku2 yg akan Allah beri. huh :)