Pages

December 02, 2010

INDiBADH kah kita?

" Kak ngah, Abang tak tahulah Abang nak sekolah mana tahun depan," luah adik susu ana. Dia kini bakal memasuki tingkatan 4 tahun hadapan.


Saat itu ana sedang asyik menonton televisyen tertarik dengan luahan hatinya.


" Kenapa Abang nak tukar sekolah pula?" ana menyoalnya. 


" Entahlah, Abang rasa macam tiada fungsi Abang bersekolah. Abang rasa kosong sangat. Abang sayang kawan-kawan Abang. Tapi Abang rasa dah lama Abang tinggalkan agama. Abang cuma jaga yang asas saja. Tapi sampai bila. Abang tak larat bergerak seorang," bicaranya penuh mengharapkan bantuan.


Akhirnya dia menceritakan keadaan dia di sekolah. Benarlah sekiranya ana sendiri berada di tempatnya, ana juga mungkin tidak mampu.Jujur ana katakan adik susu ana ini telah Allah kurniakan dia kelebihan dari segi kecerdikan juga penampilan seorang pemimpin cukup terserlah dalam dirinya. Cuma suasana disekelilingnya membuatkan dirinya seakan serba kekurangan dalam memperluaskan ilmu agama.


" Kalau diberi peluang Abang nak bersekolah di mana?" ana menyoalnya lagi.


" Abang ada mohon nak masuk KISAS. Tapi faham-faham sajalah sekolah SBP bukan senang nak tukar-tukar sekolah ni," cepat sahaja dia menjawab.


" Okay, macam ni. Kalau Abang rasa Abang dapat kesedaran macam ni, kenapa Abang tak teruskan dan buat perubahan dekat sekolah Abang," ana memberi cadangan.


" Susah Kak Ngah, Abang tak kuat. Penat Kak Ngah. Sudahlah Abang ni banyak lagi ilmu agama yang Abang tak tahu," rungutnya. 


Kasihan sungguh ana memikirkan keadaannya yang seakan-akan menagihkan kebenaran tapi tidak mempunyai sahabat yang 'hardcore' untuk mendorongnya.


" Abang dekat sekolah pengawaskan, Abang kata Abang rasa kosongkan. Abang pernah terfikir tak 'kenapa Abang kena catit-catit nama orang yang lewat'. Selepas itu Abang kene check dorm. Rasa tak 'kenapa mesti aku lakukan benda remeh macam ni' ?" ana menyoalnya bagi membuka mindanya. Saat itu dia hanya mengangguk.


" Sebab orang Islam itu sepatutnya ber DISIPLIN. Lain katanya indhibadh. Dengan tugas kita itu, kita dah permudahkan urusan guru. Dan kerja itu sangat mulia. Cara orang Islam juga perlu berlainan. Dia tidak hanya mencatit tapi dia mendoakan perubahan seseorang itu," beritahu ana setulus hati kepadanya.


Lalu ana pun menceritakan sebuah kisah mengenai Umat Islam yang sememangnya berdisiplin dan indhibadh itu.


Seorang lelaki yang baru memasuki Islam menunjungi Kaabah dan berkata


" Isy..ramai betul umat Islam ni. Mesti susah nak buat saf bila hendak solat. Mahunya berjam-jam nak buat barisan,"


" Eh ini baru sikit," kata seorang sahabatnya.


" Kalau begitu, pasti berhari-hari untuk menyusun barisan ini,"


" Tapi pernah ramai lagi. Lagi-agi musim haji. Melimpah ruah sampai keluar," celah sahabatnya.


" Oh kalau begitu, lagilah sukar untuk disusun. Makan masa berminggu-minggu agaknya,"


Tiba-tiba seruan azan kedengaran dan bergema seluruh Kaabah. Sejurus habis sahaja seruan azan dilaungkan, kesemua umat Islam yang berada di seluruh tempat berpusu-pusu membuat saf siap sedia untuk menunaikan solat. Menghadapkan kiblat yang satu juga berimamkan seorang ketua yang memimpin solat. Tidak sampai lima minit Saf sudah tegak berbaris.


Terpempan kedua orang sahabat tersebut. Subhanallah Islam sebenarnya sangat sempurna dan terlalu tinggi. Sampaikan sekecil-kecil perkara Allah mengajarkan kepada kita sesungguhnya umat Islam itu hidupnya penuh dengan INDiBADH. Tanpa peraturan pasti tiada paksinya yang mampu bergerak utuh.


" Hmm.. jadi kita ni Abang memang kene bersabar dalam menolong agama Allah ni," bicara ana mematikan cerita tersebut.


" Ya Allah. Dengan solat sahaja dah mengajar kita tentang disiplin. Padanlah Abang rasa kosong sebab selama ni segala apa yang Abang buat tidak merasakan yang Abang bekerja kerana Allah," Dia tersenyum gembira.


Alhamdulillah..


 " Ya Allah peliharalah adikku ini. Berilah dia jalan untuk lebih mendekatkan diri kepadaMU. Sungguh aku bersyukur padaMU kerana memberiku nikmat Iman dan Islam dalam keadaan sekeliling yang mengikuti cara hidup Islam."


" Jadi sekarang ini, Abang mohonlah petunjuk Allah nak menyambung pelajaran Abang di mana. Insya-Allah Abang, selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah mendekati kita," Ana berlalu dan meninggalkannya dengan persoalan.

December 01, 2010

Tuhan nampak kita macam TV??

" Ummi, pernah ada seorang kakak beri tahu pada angah, kita ini ibarat pelakon yang berlakon di pentas dunia. Takut juga apabila memikirkan setiap inci pergerakan kita akan dirakam oleh Allah dan ditayangkan di pawagam akhirat." cerita ana pada Ummi.


Sambil-sambil kami adik-beradik menyusun pinggan untuk diangkat lalu di bawa ke singki.


" Waktu itu, Ummi sendiri tidak dapat tolong anak-anak Ummi." sambut Ummi melayani cerita ana.


" Habis Faheem macam mana ummi. Ummi tak sayang Faheem eh." celah adik ana Faheem meluahkan kerisauan yang melanda hatinya.


" Kalau kita dit dunia ini lakukan segala amalan kita dan beribadat kepada Allah boleh kita sama-sama hidup dekat syurga yang khas Allah ciptakan untuk hambanya yang beramal soleh." sambung ummi meredakan hati Faheem.


" Lagi-lagi seperti 'baby besar' macam Faheem. Tiada dosa, lagi senang Faheem nak masuk syurga." sambung Ummi.


Setelah kami mengangkat pinggan ke dapur, masing-masing mengambil tempat di meja makan kembali. Seperti biasa kami akan berebut untuk meluahkan isi hati kepada Ummi dan Ayah. Waktu keemasannya ialah selepas makan..


" Ummi..nak tahu tak." kata adik ana Nurin.


" Sekejaplah yaya nak cakap. Ummi..Ummiii." celah Alya. Lebih kuat suaranya.


Begitulah keadaanya tiap kali habis makan.


" Mi..Mi...Mi okay. Biar ummi cerita satu cerita masa ummi kecil dulu." Dengan pantas ummi menghentikan perbalahan kami adik beradik. Semua terus senyap dan bersemangat untuk mendengar cerita ummi.


" Okey..Okey sekarang kita dengar cerita ummi," kata Abang.


" Masa Ummi kecil dulu, mak tok pernah cakap pada Ummi, hah shah ingat setiap apa yang kita buat ni Tuhan nampak. Tak kiralah perkara kecil ke besar ke lagilah Tuhan nampak. Kalau kita cakap bohong pun Tuhan tahu," cerita Ummi penuh semangat dengan meniru intonasi mak tok sekali.


" Lepastu, mestilah Ummi hati-hati dengan setiap tindakan Ummi," cerita Ummi sambil melihat reaksi anaknya yang memberikan sepenuh perhatian.


" Sampai satu tahap Ummi tengok tv. Tiba-tiba Ummi terfikir 'eh, aku nampaklah apa yang setiap orang tu buat. Dia cakap apa pun aku tahu. Ha tengok tu, ramai pulak tu yang aku dapat tengok dia buat apa. Orang Cina, India lagi-lagi Melayu. Semuanya aku nampak!," Ummi meneruskan penceritaan sambil antara kami sudah mula menampakkan gigi.


" Lepas itu nak tahu apa yang Ummi fikirkan?" soal Ummi kepada kami.


" Tak tahu!" sambut kami.


" Ummi fikirlah ' eh aku ni Tuhan ke?' mana tidaknya waktu itu Ummi baru umur seperti Faheem. Sah-sahla terima kebenaran itu bulat-bulat" ketawa kami terus meledak. Tidak tersangka Ummi boleh berfikiran sebegitu.


" Bila ummi fikir macam itu. Ummi terus dapatkan Maktok dan tanya ' Mak..Mak Ishah ni Tuhan eh. Sebab Ishah nampak apa yang mereka buat dalam TV' . Habis Ummi tanya terus kene marah dengan mak tok:" kata ummi.


" Ada pula kita ni Tuhan! Tuhan lain kita ini hamba yang Tuhan ciptakan. Orang yang dalam TV itu sama sahaja seperti kita.....," kata Mak tok.


" Akhirnya maktok pun ceritalah yang sebenarnya pada ummi. Alhamdulillah ummi kene marah dengan maktok. Dan Ummi mendapati kebenaran yang sebenarnya.." Ummi mengakhiri ceritanya sambil tersenyum.


" Faheem faham tak?" soal Abang pada Faheem.


" Faheem faham sikitlah," tutur Faheem jujur. Anak bongsu memang sering begitu. Tapi bila mana dia sudah bijak, tiada siapa boleh lawan bak katanya " Faheem kan genius!" Ameen..


"Jadi bila Ummi bagi nasihat kene dengar betul-betul. Ya anak-anak Ummi sayang!" bicara Ummi penuh kelembutan mentup tirai cerita hari itu.


" Sayang Ummi sangat-sangat!" dalam hati ana berbicara tulus..

Steamboat Tom Yam!

In the name of Allah Ar-Razak..
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
Waktu cuti ni sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya alamat terlepas dan melepas diibaratkan seperti berlian yang sungguh berharga dibawa arus sungai yang deras. Tak mampu untuk dikejar oleh manusia yang hanya mempunyai dua kaki untuk bergerak. 

"Umi tak nak, anak umi asyik mengadap komputer aja sampai tak sedar keadaan sekeliling. Facebook. Facebook juga. Tugas, tugas juga tapi jangan terlalu leka hanya dengan komputer.." luahan hati seorang ibu buat anak-anaknya.

"Baik ummi." insaf ana apabila mendengar luahan hati ummi. Ummi tak pernah marah tanpa sebab. Tapi ummi sangat menekankan peribadi seseorang muslim itu menjadi yang terbaik. Lagi-lagi buat anaknya yang jarang benar balik ke rumah sampaikan tangan sudah kaku untuk memasak.

Jadi inilah hasilnya.. Steamboat Tom Yam.. ini pun ilmu juga untuk dikongsi bersama.

   1. Sediakan dalam satu bekas [ fish cakes, mushrooms,
crab stick...dan lain-lain]
   2. Sediakan 2 jenis brokoli.. brokoli hijau dan putih.
 3. potong kecil-kecil..              
4. penuhkan separuh tempat masak khas steamboat dengan air.
5. Dan panaskan.
 6. Masukkan perisa Tom Yam secukup rasa.
                                      
 7. Masukkan satu senduk stok ayam penambah rasa

 8. Masukkan bahan-bahan yang telah disediakan.
 9. Tutup dan tunggu selama 5 minit atau lebih

  nampknya ada orang yang sudah menunggu..sabar ya..
       10. Apabila sudah kembang, gaulkan mengikut arah lawab jam.
                  Ustazah Melly kata " Bila kita masak, kita pun ingat Allah juga. Masa gaul bacalah 'laisalaha min dunillahi kasyifa'. Lepastu kita doa mudah-mudahan makanan yang kita masak cukup dan elak daripada segala penyakit"
   ya..sudah kembang dan sudah boleh diangkat.
                                     ok! siap dan boleh dimakan..berselera betul adik-adik ana makan
-berbaktilah kepada kedua orang tuamu selagi mereka hidup..tak sia-sia insya-Allah. Demi mendapat Redha Allah..  Alhamdulillah..