Pages

March 28, 2012

.Merasai kemanisan.

Bismillah...



" Alang, kalau boleh nak minta (mawarputih) berikan sedikit tazkirah kepada pelajar asrama banat Itqan. Tajuknya bebas. Harinya, rabu malam lepas solat maghrib " Pesanan ringkas yang diterima oleh Ummi daripada ahli 'bulatan gembira'nya.

Gulp.

and

Gasp.

Bagi tazkirah?? Perkataan yang tidak asing lagi buat ikhwah wa akhawat. Namun, menjadi sedikit asing bila mana orang baru balik dari luar negara untuk memberikan 'pengisian'.

Allahuakbar. Bagaimana nanti hati mereka?

Malam itu, saya tidak dapat tidur lena. Asyik dok pikir apa yang perlu di beri. "Haih, banyak betul ilmu ni. Tapi tak guna kalau tak diamalkan.." desis hati.

-----------------------------------------------
Setelah di search segala laman web mengenai dakwah yang agak 'popular' dalam arena dakwah. Akhirnya saya menjumpai...

Dengan segelas cawan yang kosong di atas meja. Sedikit air oren dituang ke dalam cawan. 

" Agak-agak air di dalam ni apa rasanya? " Soal saya.

" Manis...!!" Mereka menjawab. Lalu saya minum air tersebut.

" Hmm.. sedap. Tapi, bagaimana pula rasanya jika akak tambahkan sedikit serbuk kopi ke dalam air oren ni?" Saya meminumnya.

" Akak, jangan! nanti sakit perut.." " Air tak sedap... " Suara-suara mereka menjawab. Plus loghat Penang mereka.

" Begitulah yang diibaratkan dengan Islam. Hanya yang merasai kemanisan Islam itu sendiri yang akan tahu. Bila dia sudah merasai, mestilah dengan yakinnya dia memberitahu orang lain akan kemanisannya."

Muka mereka masih terpinga-pinga. Aiseh, kenapa macam tak dapat catch up saja..

Allah berfirman " Wahai orang yang Beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya. dan jangan engkau turuti langkah syaitan "

Hmm... saya tenung setiap wajah mereka. Kenapa still macam tiada 'contact hati' dengan mereka ya?
Saya seperti rasa bercakap sendirian. Apakah tajuk saya terlalu tinggi? Mungkin juga...

Apa nak buat? lidah sudah kelu untuk berkata. Nampaknya, kene praktis lagi ni. Tapi sekarang macam mana?????? Masa itu jugalah hati dah berbolak balik.

Saya pun melencong ke arah tajuk manisnya ukhwah. Alhamdulillah, nampak wajah mereka mula berseri-seri.     

Set. 

Oh ya, mereka masih 'muda'. Masih baru bak pucuk yang baru saja di tanam. Sikit-sikit dahululah. Hati memujuk. 

Saya berkata pada mereka, " sahabat yang terbaik itu bila mana kita terpandangkan wajahnya kita pasti teringatkan Allah. Setiap perilakunya, ingin saja kita contohi. Bila dia baca Quran, kita nak ikut sama. Bila dia belajar bersungguh-sungguh, kita nak ikut sama. Dan apa yang dia bicarakan, pasti kita teruja untuk menyebarkannya "

Waktu itu, saya berserah kepada Allah andai ada hati-hati yang terbuka untuk menerima apa yang saya sampaikan, moga dia menjadi lebih baik dari saya.

Tiba-tiba, semasa sedang bersalaman dengan mereka, bagi mengakhiri tazkirah pada hari tersebut. Datang seorang junior ni.

Dia bertanya, " Akak, macam mana kalau kita tiada sahabat?" soalannya membuat saya terjeda. Apa maksudnya?

" Tiada? Takkan tiada. Pasti ada " Saya senyum.

Sebelum saya pulang, hati saya tergerak untuk mencari 'junior' tersebut. Datang seorang rakannya, katanya dia sedang menangis di tepi katil sambil mengelap air matanya dengan kain tuala.

" Anti okay? Mengapa ni?" Saya terus memeluknya.

Dia mengatakan yang dia amat merindui sahabatnya. Sahabatnya itu sudah pindah ke sekolah lain. Dan mungkin itu antara sahabat yang sering mengingatkannya kepada Allah..

Lalu dia memeluk saya, hati saya tersentuh. 'Contact hati' sudah ada sasarannya. Saya senyum dan membalas pelukannya.

" Terima kasih, akak." Ucapnya.

Masya Allah..

Mungkin dalam ramainya jasad, sedikit saja yang hatinya di 'sentuh'. Dalam ramai hati yang di 'sentuh' sedikit sahaja yang benar-benar 'MERASAI KEMANISAN'

Saya perlu teguh berusaha bagi menyemai benih-benih tarbiyah dalam diri mereka.

Alhamdulillah..
Nampaknya tugas saya baru saja bermula di peringkat yang paling-paling awal....
Bukan mudah sebenarnya. Lebih lagi mendidik mereka yang sangat 'zero'. Tetapi, saya yakin mereka pastinya bakal menjadi dai'e yang lebih baik kelak. InsyaAllah. 

I believe that. I believe...
Allah always show you the right path if you have faith in Him. InsyaAllah. ^^

.Segeralah kamu.

Bismillah..


" Hey lembab, asal kau buat kerja macam kura-kura. Hah! " Kata si pemilik kereta mewah kepada pemandunya. Pemandu itupun terkial-kial membukakan pintu untuk Tuannya yang hakikatnya lebih kura-kura dari dia. Masakan tidak, umur sudah mencecah 40 an masih tidak tahu memandu kereta.

Aduhai, angkuh sungguh ya pemilik kereta itu.

Pernah tak sekali dalam hidup kita di gelar kura-kura?
Sedihlah kalau pernah. Ada ke patut manusia itu di samakan seperti haiwan. Tapi tak apa, better kura-kura dari siput. Ya dak?

Sebenarnya bukan 'lembab' yang menjadi perhatian saya. Namun berkenaan 'bersegera'.
Sedikit perkongsian yang saya ikuti bersama pemberi ilmu iaitu 'Tuan Soleh' panggilan glamor pelajar SMIH di dalam program Jilsah.

Di dalam surah Ali Imran, 133 Allah berfirman...

 " Wasari'u " Bersegeralah kamu.

"Alahai, apa bendalah yang perlu nak dipercepat-cepatkan? lek-lek lu.." 


Kalau dikatakan dengan segera, apa maknanya? saya bagi contohlah.
Jika Pak Aji suruh kita beli ais krim dekat kedai seberang, mana lagi segera. Naik kereta atau jalan kaki? Pastinya, naik kereta.

PerintahNya,
kita perlu segera kepada dua perkara. Pertama, keampunan Allah "maghfirah". Kedua, dalam memperoleh syurga Allah "wa jannatin" .

Suatu masa dahulu, para sahabat Rasulullah S.A.W yakni mereka yang begitu rapat dengan baginda. Tiap kali mereka berasa bersalah dan berdosa, tiang berhampiran masjid akan menjadi sasaran bagi diikat diri mereka. Sehinggalah Rasulullah menyatakan keampunan Allah kepada mereka.

Situasi pejuang Islam iaitu Handzalah pula, malam akad nikahnya dia telah dipanggil seruan Jihad oleh Rasulullah. Dan cuba fikirkan, bagaimana dia bersegera menyahut seruan itu tanpa gentar sedangkan baru beberapa ketika dia bersama Isterinya.

Hebat sungguhkan Iman mereka?

Mengapa perlu agaknya untuk kita pohon keampunan??

Kerana, kita ini orang yang berIMAN saudara, saudari sekalian..
Orang yang beriman itu punya TAQWA. dan syurgaNya itu telah disediakan buat hamba-hambanya yang bertaqwa. " U'idat lil muttaqin"

Penghalang kepada Syurga adalah dosa yang tidak terhapus. Maka, dengan itu kutiplah peluang yang Allah kurniakan bagi memohon keampunan dariNya.

Nah, conclusion nya..
Usah ditangguh, dosa yang tertanggung.

'Dan bersegerelah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurgaNya
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi 
orang-orang yang bertaqwa' 
Ali Imran: 133

March 26, 2012

.Bangkit.

Bismillah...


"Bye-bye SPM"

"Hello IPT"

Ungkapan sahabat yang menarik perhatian saya di laman sesawang popular 'facebook'

Sebelum ini,
engkau mengatakan ungkapan 'aku redha'
Apakah engkau masih kesal dengan apa yang telah diperolehi?

Tidak.

Malah aku ingin menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Maafkan aku.
Atas khilafku itu.

Kini aku bangkit!
Bangkit dari perasaan rendah diri
pada diri sendiri.

Sesungguhnya Allah telah berfirman,
"Barangsiapa yang berSYUKUR kepadaku,
Akan aku TAMBAHkan kepadanya rezekinya"

March 23, 2012

.Kenali diri.

Bismillah..



Seperti biasa bagi pelajar lepasan SPM, yang sudah menerima keputusan. Pastinya semua sibuk melayari mana-mana web yang menawarkan scholarship. Sibuk memenuhi borang UPU. Ada juga yang mencari ruang selagi ada celahan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya juga tidak terkecuali.

Kita ini, memang mudah berkata-kata. Memberi nasihat orang yang berada di hadapan kita. Namun bagi menurunkan ego untuk mengenali diri sendiri amat sukar sekali. Saya sendiri cuba mengenali diri saya. Saya sering rasa ada yang kurang pada diri. Tetapi lain pula pendapat bagi insan yang di hadapan saya.

Susahkan nak pisahkan diri dengan diri kita sendiri? Ada saja suara-suara yang bisa memanipulasikan emosi dan keadaan.

Setelah pergi ke satu laman web ini. Dapatlah sedikit info bidang apa yang sesuai dengan saya. Cukup banyak. Cuma satu yang tidak boleh diambil. Bidang farmasi. Sah-sah berdasarkan result yang diperolehi. Pastinya subjek yang ke arah sains sekadar mencuba tetapi saya mungkin kurang minat.

Dah tu kenapa ambil sains tulen??? Senyum.

Apa pun hidup perlu diteruskan. Ramai lagi yang jauh lebih kuat Allah menguji mereka. Kamu di sana kuat ya! Mungkin cinta Allah pada kamu lebih sedikit cinta Allah dari saya mana tahu? Mungkin juga pada pandangan Allah kamu lebih mulia dari saya. Tahniah kamu..

Inilah hasil keputusan ujian tersebut. Sama-sama kita bantu diri kita.

Saya tergolong dalam golongan 'SEA'



SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia

Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.

ENTERPRISING (KEUSAHAWANAN) : Dayasaing, keyakinan diri, pengaruhi orang lain

Anda merupakan seorang individu yang mempunyai tahap dayasaing dan cita-cita yang tinggi. Anda suka melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau ekonomi. Anda lebih suka bekerja dengan idea daripada bekerja dengan benda. Kebiasaannya, anda mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Anda sering memberi keutamaan kepada prestij, keuntungan, status diri atau kecemerlangan organisasi. Anda suka untuk memulakan sesuatu projek yang kebiasaannya mempunyai kaitan dengan bidang perniagaan. Anda seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Anda tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

ARTISTIK : Kreatif, berdikari, tidak suka dikongkong

Anda merupakan seorang individu yang kreatif dan berminat dalam bidang seni dan budaya. Anda seorang yang sukaberdikari dan sangat menghargai kepada ekspresi kendiri serta banyak bergantung kepada kekuatan emosi dan imaginasi. Anda sering berhubung dengan orang lain secara tidak langsung menerusi pelbagai cara dan medium. Kebiasaannya, anda tidak suka dikongkong dalam melakukan sesuatu kerja. Anda suka kepada kerja-kerja yang melibatkan kemahiran atau bakat diri dalam menghasilkan sesuatu produk, idea atau persembahan. Anda melihat diri sendiri sebagai mempunyai keupayaan dari segi muzik atau artistik. Kebiasaannya, anda inginkan kebebasan dalam bekerja untuk menghasilkan sesuatu idea, bentuk atau produk baru. Anda selalunya seorang yang mudah tersentuh dari segi emosi dan sangat menghargai keindahan dan nilai-nilai estetika.

March 22, 2012

.Takdir dihujung usaha manusia.

Bismillah...



Nafas dihela. Seperti yang dijangka namanya tidak tersenarai pada skrin layar dewan Al-Qadisiyah. Tempat dimana julung-julung kalinya telah menyaksikan air muka para pelajar tiap kali perhimpunan. Dan kali ini bagi merasmikan keputusan yang diperoleh kesemua calon SPM 2011.

Seramai 12 orang sahabat seperjuangannya memperoleh straight A's. Alhamdulillah. Dia berasa bangga dengan kejayaan sahabat-sahabatnya. Walau dia tidak tergolong dalam kalangan mereka. Usah dimimpikan menjadi kenyatan. Jauh sekali untuk setanding dengan mereka.

Dengan kalimah tasbih terus-terusan meniti di lidahnya. Selagi slip peperiksaan itu belum mencecah ke tangannya, selagi itu takdir bisa merubah arah hanya dengan tembakan doa. Kerna takdir itu juga di hujung usaha manusia.

Kini tubuhnya sudah berada di hadapan meja pengambilan slip Sijil Peperiksaan Malaysia. Nama disebut. Sementara menunggu Ustazah menyerahkan, debaran di hati hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati.

Tangan dihulur menerima slip keputusan. Dengan lafaz Bismillah dia melihat satu persatu gred subjek yang diperolehi.

" Satu A, Bahasa Melayu "


" Dua A, Bahasa Inggeris ". Tersenyum.

" Tiga A, Sejarah "


" Empat A, Matematik "


" Lima A, Pendidikan Quran dan Sunnah "

Dilihatnya kali kedua dan ketiga. Tiada.

Matanya melirik ke bahagian dua matapelajaran yang paling di bawah. Pendidikan Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab Tinggi.

" Allah...kedua-duanya B+ " Hati mula mempersoalkan. Mengapa?? Lebih lagi matapelajaran yang paling diminatinya. Juga bidang yang bakal diambil kelak.

Dia tidak kesalkan keputusannya yang memperoleh 5A tetapi yang dikesalkan kedua-dua subjek itu. Kala itu, sepertinya tiada petunjuk ke arah mana bidang yang perlu di ambil.

Apapun, dia bersyukur dan redha dengan ketetapan yang ditentukan olehNya. Dia akui ketika dahulu, dia merupakan kepimpinan yang tidak tahu bagaimana untuk membahagikan antara tugasan belajar dan jawatan yang disandang. Akhirnya dia terkandas dan tersungkur di medan belajar.

Apa yang ditakutinya telah terjadi. Mungkin saja dia sudah menjadi fitnah kepada kepimpinan itu sendiri. Hakikat penanggungan menjadi seorang ketua tiada siapa yang dapat memahami selain Dia. Beratnya langkah seakan menghimpit dada dan menyebabkan tubuh ini tidak berdaya menanggung nama sebagai seorang Timbalan *******.

Semasa sibuk di gelanggang kepimpinan, dia selalu sedar kudratnya dalam pelajaran amat lemah sekali. Dia bukan pelajar yang genius. Dia bukan pelajar yang mampu menjadi contoh buat semua ahli bawahannya dalam kepimpinan. Sebab itu, tiap kali ucapannya di khalayak ramai suaranya seakan menahan tangis dalam diri.

Jujur, dia sangat takut untuk menjawab persoalan di hadapan Allah kelak. Pastinya orang yang dipimpin tidak merasai apa yang dia rasai. Cuma yang mereka tahu memuji dan mengkritik pimpinan mereka sendiri.

Mungkin dia bisa menyerahkan sijil aktviti yang dia lalui sepanjang di sekolah yang telah mencecah 30 lebih sijil. Tetapi apakah itu yang akan diminta olehNya?

Tidak... Sama sekali tidak.

Jila dahulu, siapa sahaja yang menyandang jawatan tertinggi di sekolah pasti keputusannya cermelang plus terbilang. Tetapi tidak pada seorang Akh Abdullah ( Bukan nama sebenar ).

Akh Abdullah merupakan Ketua Pelajar setahun tua darinya. Orangnya cukup sibuk. Sungguh kelihatan pergerakannya ke sana ke mari saban hari. Kala keputusan SPM keluar, kurang memuaskan. Tetapi pada pandangan guru, beliau cukup hebat walau begitu keputusannya.

Sepanjang berada dalam bidang kepimpinan hatinya selalu merintih " Aku takut untuk menjadi seperti dia. Aku tak kuat "

Kini, seakan dialah yang mewarisi keputusan seperti Akh Abdullah itu.

Perit. Mungkin seperti itu yang dirasakannya.

Bukan bermakna dia menyalahi takdir Allah, cuma dia merasakan amat berdosa berbicara dikhalayak ramai namun diri sendiri tidak dapat dikendali.

Slip di tangan ditenung lama.


Apa dosaku? Apakah amanahku masih belum terlangsai? Apakah yang menghijab aku? 

Dia membedah amalnya. Pusing. Dia tidak dapat menyimpulkannya.

Memandangkan flight ke Penang pada hari itu juga. Dia tidak menetap lama di sekolah. Alhamdulillah..

Dia mungkin tidak kuat bagi menghadapi ratusan pelajar junior yang pastinya akan bertanyakan keputusannya. Mungkin dia mampu tersenyum. Tetapi hati yang menangis tiada siapa yang tahu.

Dia akui, betapa Allah memberikannya ketenangan yang amat amat luar biasa pada hari itu. Sedikit pun air matanya tidak melimpah dari empangan tubir mata. Sungguh dengan ketenangan itu, Allah mengujinya.

Malam itu, dia mematikan handphone. Tidak mampu baginya berbicara dengan ibubapanya.  Tidak mampu menjawab panggilan saudara mara.

Namun dia bersyukur Matematik tambahannya mencapai gred yang tidak prnah dia membayanginya. " B ". Sepanjang berada di tingkatan lima,  dia hanya memperoleh gred G tiap kali peperiksaan. 'G' nya bukan calang-calang 'G'. Antara ranking yang paling teruk. Walau hampir saban hari dia menghadap latihan subjek tersebut. Cuma, akhir-akhir sebelum tibanya hari peperiksaan Allah seakan membuka hijab satu persatu.

Jika disukat air mata yang keluar kerana subjek ini, pastinya sudah 'one litre of tears'. Satu-satunya subjek yang yang dia tidak punya kekuatan melihat lama-lama wajah kesungguhan gurunya itu. Pasti nanti ada yang terkena jangkitan selsema.


Semasa di dalam flight ke Penang, dia mula mengimbau saat kesibukannya dalam bidang kepimpinan yang mungkin juga tersenarai antara virus yang mencacatkan pembelajarannya. Namun, dia akui dia cukup kagum mereka yang mampu mengimbangkan antara keduanya dengan baik.

Matanya dipejam. Dulu..

Pernah dia terlewat masuk ke kelas kerana menghadiri meeting pada waktu rehat. Lambatnya cuma lima minit. Guru tersebut berkata padanya.

" Tak kiralah anti ni Timbalan Ketua ke, Pengawas ke, apa ke. Masa belajar jangan diadukkan dengan masa meeting. Anti dah lambat lima minit masa Ustazah. Kalau ikutkan pengtua dia tetap tak bagi adakan meeting." Ustazah berbicara tanpa memandangnya.

Tersentap jantung ditegur begitu. Hati mana yang tidak bergetar mendengarkan seorang guru berkata begitu? Merekalah ibu kita di sekolah. Dia hanya mampu senyap. Tidak berani melawan.

Sedih. Amat sedih.

Jarang sekali waktu rehat, dia menjamah makanan. Setiap kali sahabatnya mengajak, pastinya lidah amat berat untuk menolak dan berkata.. 'Ada meeting'

Hidupnya sentiasa dalam dilema. Sedangkan tiap kali meeting, pasti dia akan meminta izin keluar awal daripada meeting. Tika itu juga guru yang mengetuai mula berubah wajahnya.

Pernah Ustaz berkata, " Kalau anti keluar, semua pun patut keluar ". Hanya kata maaf yang terluah.
Allah..

Tanpa sedar air matanya keluar juga. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Yang mana perlu diutamakan, seharusnya dia perlu bijak menanganinya.

Dia perlu kuat untuk mendukung Agama Allah. dia tahu ini hanya ujian kecil buatnya. Ada yang lebih besar menjengah ruang kehidupannya. Cuma belum masanya.

Sesungguhnya dia meyakini takdir Allah itu adalah yang terbaik buatnya. Juga tentunya ada hikmah yang belum tersingkap.


Dia yakin itu
Ihfazillah
Allahu yahfazka

March 20, 2012

.Merapat dengan Allah.

Bismillah...

Keputusan SPM pastinya sudah tertera cuma belum diumumkan sahaja.
Disebabkan jet lagged yang belum reda, saya mengambil peluang ini untuk menulis. Sebentar lagi flight saya ke Johor. Walau masa tinggal kurang daripada 24 jam, saya cuba merapatkan diri dengan Yang Maha Esa.

"Mungkinkah keputusan yang bakal keluar itu nanti membawa kejayaan kepada Islam?" persoalan yang sering kali menjengah benak minda.

" InsyaAllah " Saya cuba menenangkan hati yang gundah ini.

Semoga Allah mengurniakan kejayaan yang terbaik dan cemerlang buat saya dan sahabat-sahabat batch 13. Ameen Ya Allah..

Sesungguhnya kami ini lemah dihadapanMu. Sedangkan dihadapan makhluk ciptaanmu sendiri, adakalanya kami tidak kuat menyampaikan ketinggian Islam itu sendiri. Semoga dengan wasilah SPM ini kami mampu menaikkannya dengan keizinan dariMu.

Andai Engkau idak menerima doaku, Kau terimalah doa guru-guru kami dan ibu bapa kami Ya Allah..

March 19, 2012

.Tanah air.

Bismillah...


Syukur kepadaNya, saya telah selamat sampai pulang ke Malaysia. Perjalanan dari Glasgow ke sini, amat meletihkan. Namun keletihan itu terubat kala melihatkan wajah yang amat dirindui.

Malam hari sebelum pulang, Farhan agak berlainan sedikit lakunya. Dia menangis dan melalak. Mungkin kerana aura kepulangan saya ke tanah air terkena tempias dia agaknya.

Kami bertolak ke Glasgow Airport jam 11 pagi. Boarding pass jam 1220. Tetapi Allah uji dengan kelewatan pelepasan kapal terbang disebabkan ada beberapa permasalahan. Tunggulah saya, di dalam kapal terbang selama dua jam lebih. Pada awalnya, waktu berlepas jam 1305 tetapi delay sehingga jam 1530. Sebelum berlepas, saya tunaikan dahulu solat jama' qasar. Sempat juga membaca surah At-Talaq satu muka surat agar Allah permudahkan urusan.

Bila berada di ruang udara bumi, kita dapat lihat keajaiban ciptaan Allah kala pertukaran waktu siang dan malam. Cukup mengagumkan hati. Perjalanan ke tanah air menyebabkan masa berlalu lebih pantas. Seolah-olah Allah menarik nikmat satu hari. Pukul 4 lebih (Glasgow) jam di tangan langit sudah bertukar gelap. Dapatlah dilihat sunset.

Sampai di Dubai Airport agak lewat. Jangkaannya sampai 12 tengah malam. Namun, disebabkan delay di Glasgow, saya sampai jam 2 lebih pagi waktu Dubai. Agak kelam kabut jadinya. Next boarding pass jam 0320 pagi. Sempatlah saya tunaikan solat jama' qasar maghrib isya' sebelum menunggu di gate yang ditetapkan.

Handphone di on. Kelihatan mesej bertimbun-timbun dari Ummi, Ayah dan Ayah Mi. Tetapi disebabkan saya yang kurang kemahiran 'top up' men 'top up', maaflah tak dapat dibalas kerana memang tiada kredit. Handphone di off kan semula.

Saya tidak menunggu lama di gate. Syukur. Transit cuma sementara. Tidak sabar rasanya ingin bertemu keluarga.

Alhamdulillah, pelepasan dari Dubai ke KLIA tepat waktunya. Saya pulang sekali dengan jemaah Umrah yang daripada Jeddah. Memang penuh kapal terbang itu dengan orang Melayu.

Sempat juga berbual dengan seorang ukhti ni.

" Dulu sekolah di mana?"


" Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor"


" SRIH ya?"


" Haah, dulu. Akak tahu ke?"


" Tahu. Sekolah Hilal Asyraf lah kan? " Erk..


" Haah " popular dah sekolahku. Perlu dipertingkat tarbiyahnya ni. Saya tersenyum.

Ayah pesan, sebelum flight. Wudhu' perlu dijaga. Dalam pukul 0445 boleh tunaikan solat Subuh. Mulanya agak tak percaya. Terdetik di hati, dah masuk ke? Jadi, saya mengambil keputusan solat pada Jam 0510 waktu Dubai. Agak takjub, bila melihat perubahan langit. Di hadapan kapal terbang, kasamaran cahaya matahari sudah mula kelihatan. Tetapi di belakang, gelap. Nak ikut mana satu? Mula dah entah mana fatwa keluar.

Syukur, saya terus solat. Sebabnya, jam 0530 pagi langit sudah cerah.

Sepanjang perjalanan ke KLIA, saya dibuai lena. Bangun sekadar untuk menyuakan makanan. Itupun, saya ambil sedikit. Selebihnya, disimpan ke dalam bag. Body clock masih belum dapat di adjust. Waktu itu, waktu malam di Glasgow. Memang sepatutnya waktu untuk tidur.

Sampai sahaja di Malaysia, sudah mula terasa bahangnya angin. Teruja. Tak sangka saya sudah melepasi benua-benua itu. Pengembaraan bumi Scotland sudah saya tempuhi.

Sebelum bertemu dengan keluarga, Allah menguji kesabaran lagi. Disebabkan para jemaaah yang terlalu ramai, agak lama saya menunggu beg di 'keluarkan'. Bahang panas cukup terasa. Sehinggakan saya lelah seperti ingin pitam dek kepanasan yang 'mengejut'. Wajah sudah merah padam. Tangan pula mengeluarkan peluh tidak henti-henti. Baju saya juga sudah lencun dibasahi peluh. Tak perlu bayang. Tetapi bau Glasgow masih melekat...kata mereka.

Dua buah beg roda saya tarik, satu beg galas, dan beg tangan cukup membuatkan badan ini seperti ingin tumbang. Masakan tidak, troli sudah kehabisan di sanggam para jemaah. Cuma yang membuatkan saya rasional, takkan saya tak boleh kuat sedangkan atuk-atuk dan nenek tua boleh saja menguatkan diri mereka dengan kesabaran. Haih.. tabik!

.SABAR. Akhirnya Allah datangkan troli juga. Oh, bersyukur rasanya. Satu nikmat yang dapat melegakan hati hambaNya ini.

Saya melepasi laluan pintu keluar utama. Terasa seperti orang popular pula. Ramai betul orang. Saya mencari kelibat ayah. Kami saling berpelukan melepaskan rindu.

Satu yang saya ungkapkan,

" Ayah, panas.. " Saya senyum. Terasa hampir ingin rebah. Mungkin kerana kekuatan badan yang tidak dapat menampung. Mana tidaknya, saya dibuai lena semasa dalam kapal terbang sehingga tidak mengendahkan makanan yang hadir.

Hari yang sama juga kami bertolak ke Penang. Sampai jam 11 malam.

Alhamdulillah..

Kini terasa debaran result SPM ^^

Rindu Glasgow. Rindu 'baby'.. Semoga Allah mengurniakan Rahmah kepada keluarga 'angkat' di sana.

March 18, 2012

.Sebatang lidi.

Bismillah...


Pernah seorang junior berkata,
" Ana seperti lidi. (*Jari di petik menghasilkan bunyi). Mudah patah bila seorang. Tetapi bila mana batang-batang lidi itu dikumpulkan membentuk sebuah penyapu. Terus sebatang lidi menjadi kuat. Tak mudah patah."


Saya tahu, Allah menguji saya bergerak sendirian. Di tengah-tengah bumi Scotland. Bukan mudah sebenarnya. Sangat sukar. Mungkin kamu tidakkan faham. Tapi itu yang mampu saya luahkan.

Kebanyakan sahabat saya, bersungguh dalam menuntut ilmu kala Allah memberi cuti yang amat panjang kepada kami.

Perit.

Ingin melakukan Qiam? Bangunlah sendiri. Tiada yang mengejutkan.

Ingin murajaah al-Quran? Bacalah sendiri. Tiada siapa yang paksa.

Ingin mencari Ilmu agama? Layarilah internet. Tiada di sekeliling.

Ingin pergi Usrah? Pandai-pandailah usaha sendiri. Diri sendiri nak, diri sendiri cari.

Kala saya di sini, saya pelajari ilmu berdikari. Berfikir sendiri. Semuanya sendiri. Dan saya cuba memahami diri sendiri.

Yang lain, lebih belajar tentang alam kehidupan. Tentang ilmu hati manusia. Tentang panorama musim yang diciptakan Allah buat hambaNya. Juga kehidupan orang bukan Islam itu sendiri. Kasihan mereka...

Sejujurnya, saya amat merindui hidup berjemaah. Saling munguatkan. Saling menasihatkan di jalan kebenaran. Saling cinta mencintai kerana Allah.

Hati ini merintih. Terasa amat berdosa. Sangat-Sangat berdosa. Tak layak rasanya untuk masuk ke SyurgaNya. Namun tak pula aku mampu jejak ke NerakaNya.

Ya allah, ampukan aku andai aku punya banyak khilaf. Kurniakan daku kekuatan tulus DariMu.
Lorongkan aku tetap di JalanMu Ya Allah, Jangan kau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi Hidayah petunjuk kepadaku. 
Aku pohon Ya Allah...

March 15, 2012

.Magic word.

Bismillah..


Setiap ilmu yang kita pelajari pasti menghasilkan 'magic'nya.
Sama juga seperti dalam berbicara. Walaupun kita hanya meluahkan bicara dalam bentuk penulisan, ianya mampu 'menyentuh' sekiranya kita halusi. Itulah yang dikatakan dengan 'magic'.


" Johnny, recite Quran now!"


" Johnny, can you please recite Quran now?"

Definisi yang sama tetapi berbeza pada struktur ayat itu. Maka, penghasilan dan kesannya juga bakal mencetuskan perbezaan.

Kala zaman ini, tidak ramai yang menitik beratkan kesopanan dalam berbicara. Main redah saja apabila bertutur. Main sanggam saja bicara SMS. Apakah kita ini berbicara dengan robot yang tidak punya hati? Yang terdiri anggotanya daripada wayar-wayar sambungan?

Kita juga manusia, fitrahnya juga kita ingin dilayan sebagai manusia. Betul tak?

Bagi saya, seseorang itu mampu jatuh cinta dengan orang yang tidak dikenali hanya kerana orang yang tidak dikenali itu menggunakan 'magic word'. Jika saya mengatakan seseorang itu jatuh cinta, kita luaskan pemikiran yakni jatuh cinta boleh kepada sesiapa saja. Jatuh cinta kepada sahabat, guru, pak cik tua, makcik tua hanya kerana mereka berakhlak dengan kita. Tak percaya??

Semasa di sekolah dahulu, antara taktik saya dalam berurusan mengendalikan program sekolah ialah dengan menggunakan 'magic word'. Contoh 'magic word' yang sering diajar tetapi jarang dititikberatkan ialah 'maaf', 'terima kasih' dan yang seumpama dengannya. Mudah saja.

Pernah suatu ketika, saya dalam situasi yang amat menyukarkan untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih berpangkat tinggi dari saya, saya berkata kepadanya " Ana minta maaf kalau ana tak mampu untuk selesaikan perkara ni. Jadi ana harap **** dapat membantu ana."

Tup..tup.. bukan satu sahaja yang dia bantu. Malah lebih daripada satu. Alhamdulillah, program yang dilaksanakan berjalan dengan mudah. Mungkin kerana hati-hati itu yang suci lagi ikhlas. Kita tidak tahu.

Akal memproses logik. Penghasilannya TAHU.

Hati memproses emosi. Penghasilannya MAHU.

Kerna itu, gunalah bahasa HATI agar kita lebih berkomunikasi. Insan yang mendengar juga akan melaksanakannya tanpa sebarang paksaan oleh AKAL yang TAHU. Tetapi apabila HATI sudah berkata MAHU. Segalanya akan dirasakan MAMPU.

Saya yakin, jika ada yang mengucapkan 'terima kasih' kepada kita, secara automatik kita rasa dihargai. Seolah-olah mereka memahami situasi kita. Fitrah manusia itu sendiri. Ianya refleksi perubahan daripada emosi yang menghasilkan reaksi.

Tidak bolehkah kita menggunakan peraturan semudah itu dalam berkomunikasi?
Jawapannya pada diri anda.

March 13, 2012

.Perkembangan 'baby'.

Bismillah...

" Come on baby, let's do it together.." 

" I'm not baby. I'm Farhan," Bicaranya.

Begitulah setiap kali saya ingin 'kacau' dia. Biar dia rindu saya nanti...

Alhamdulillah atas tindakan kelembutan diiringi ketegasan, akhirnya dia dapat membaca iqra'. Walaupun misi saya mengharapkan dia dapat sehingga iqra' 2 tidak kesampaian. namun hati ini tetap gembira.

moga hatinya juga disinar keimanan..

Satu lagi pencapaian yang baik, dia sudah mula untuk solat. Syukur..
Sebelum ini, kata Ayah Mi, Farhan ni nak aja untuk ikut solat bersama. Dia mula berubah sejak penangan komputer yang lebih menarik minatnya daripada menunaikan solat.

tengok tu..sejukkan hati?

Saya ada record. Cara dia solat. Agak kelakar juga sebab biasalah budak-budak tak tahu bacaan apa yang perlu dibaca. Sebutannya hanya " shhshhhshhhshhh " (Faham sendiri ^^)

" Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang beruntung."
al-Baqarah : 5

Didiklah anak-anakmu dengan pengajaran Islam.  Mungkin saja ia tidak menguntungkan kamu di dunia. Namun, kala kamu dialam kubur 3 amalan yang dapat menolongmu yakni,
Harta yang diinfakkan
Ilmu yang bermanfaat
Doa anak soleh

Tika itu kamu mampu tersenyum dengan amalanmu yang tidakkan berkesudahan sehingga tibanya hari Kebangkitan..

March 12, 2012

.Top show.

Bismillah..


Mesti ramai dalam kalangan kita yang ada makhluk di atas ini di rumahkan?. Pengaruh makhluk ni memang sangat dahsyat kalau kita fikirkan. Baik dari segi kebaikan mahupun ke arah keburukan. Lebih-lebih lagi sekarang ini, makhluk ni sudah mula membiak secara amat pantas dek kemajuan teknologi. Ada yang nipis, besar, kecil, gemuk segala macam pilihan buat umat manusia.

Sejak saya sampai di sini, makhluk ini antara yang sering saya menghadapnya saban hari. Lainlah kalau di asrama. Andai disogok dengan kisah menarik pun saya berjaya menolaknya. Saya lebih rela berhempas pulas di bilik gerakan yang tercinta. Huh.

Kebanyakan realiti tv di sini banyak terdiri daripada 'top show'.

Kalah astro..  
Namun saya amat bersyukur kerana atas didikan tarbiyah yang diterima di sekolah dan di rumah, dapat saya imbangkan bagi pemilihan cerita yang ingin ditonton di sini. Bukannya apa, terlalu banyak top show sehinggakan manusia dan makhluk ini bisa kamcing yang boleh membahayakan kesihatan mental mahupun fizikal. Lebih lagi hati.. *kuat ya wahai hati..

Antaranya, 'America's next Top Model'. Dapat juga saya lihat bagaimana mereka memperdagangkan tubuh mereka semata menggapai gelaran Top Model. Subhanallah kasihan saya lihat.

Ada juga, 'The biggest losser'. Ini antara program yang saya rasakan agak menarik. Peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang mengalami masalah obesiti yang melampau. Jadinya mereka akan berusaha untuk menurunkan berat badan dengan bersenam sekaligus berlawan antara satu sama yang lain. Peserta yang paling kurang penurunan berat badan akan disingkirkan. Akhirnya kita dapat lihatlah bagaimana mereka kurus dan sihat diakhir program ^^.

Selain itu, 'master chef'', 'American Idol' itupun sudah ada di Malaysiakan. Yang lebih dahsyat, mereka mencari cinta melalui 'Top show'. Program 'The Love Machine' dan 'Love in the Wild'. 

Sayang seribu kali sayang. Mereka punya banyak wang tetapi diperjudikan untuk perkara kemaksiatan. Kerana apa?? kerana Hidayah Allah belum sampai kepada hati-hati mereka ini. Mereka tercari-cari kebergantungan kepada sesuatu perkara sehinggakan dengan realiti tv ini yang memberi kepuasan kepada mereka.

Saya rasa, mesti hafazan saya dah banyak hilang tengok realiti tv ini. Hendak murajaah seakan perlu mujahadah yang amat kuat. Fuh,  Sangat-sangat membahayakan. Mungkin bagi mereka tiada apa yang perlu dimalukan kerana bersosial itu adalah budaya mereka. Tetapi tidak sama sekali kepada ummat Islam. 

Jika di lihat pula keadaan Malaysia, sudah mula filem-filem yang mencontohi aksi barat. Cukup banyak sehingga tidak terbilang dijari. Kenapa jadi begitu ya?? Saya amat hairan...Apakah kerana faktor.... (fikir sendiri)

Namun kita tidak boleh terlalu 'extreme'. Perlu ada taktiknya. Dan saya amat yakin, tidak lama lagi Islam yang Gemilang bakal menapak kembali di bumi Allah ini. Usahkan mengharapkan yang lain, bahkan kita mula dengan diri kita sendiri.

Jadi, sokonglah realiti tv seperti 'Imam Muda', 'Mari mengaji', dan filem-filem yang yang membawa hati mencintai Allah. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit itu apabila diiringi dengan keikhlasan, pasti dilimpahi barakah dan rahmatNya.

Jika anda berbakat dalam bidang media. Teruskan.. semoga andalah pejuang yang global mampu membawa Ummat Islam ke jalan kebenaran.. ^^

March 11, 2012

.Muzik.

Bismillah...


Hamba yang dhoif lagi banyak dosa ini terus-terusan belajar dan belajar.
Belajar untuk mendekatiNya.

Seorang Murobbi perlu adanya mutarobbi untuk ditarbiyah. Tanpa adanya setiap peranan tidak terjadilah sebuah situasi yang diinginkan.

Jumaat lepas, saya pergi ke rumah Cik Ayu. Rumah cik Ayu dekat Charles Street. Saya pergi bersama Ummi Yatie. Masak nasi ayam, buat goreng pisang segalanyalah. Seronok juga. Melayu mesti nak juga bertemu melayunya. Hehe..

Sampailah mata ini ternampak sebuah alat muzik ini. Berhampiran dengan dinding. Amat menarik perhatian. Yakni piano mudah alih. Apalagi, dengan muka tak malunya saya cuba-cuba tekan keyboard tu. Piano tersebut milik Sofea, anak perempuan Cik Ayu.

Buku kod untuk bermain piano, saya belek. Sumpah tak faham. Sebabnya semasa kecil dahulu Tok Ayah pernah menghadiahkan saya dan kak long sebuah mainan berupa alat muzik. Kecil aja. Tak ingat namanya. Lengkap dengan buku kod untuk  alat muzik itu. Tetapi kodnya mudah seperti 1,2,3,4. Nama pun, mainan untuk budak-budak.

Saya pun mengambil peluang dengan meminta Sofea mengajar saya beberapa lagu. Betapa seronoknya dia. Hehe. Saja ambil hati kanak-kanak. Lepastu kita 'sirami' hati dia.

Memandangkan saya hanya tahu memainkan lagu 'Happy Birthday', dia agak teruja untuk mengajar saya lagu-lagu yang lain. Dalam masa yang singkat, dapatlah saya main tiga lagu hasil ajaran Sofea.

Satu benda yang membuatkan hati saya seronok, melihatkan kesungguhan Sofea mengajar saya. Berkali-kali saya silap. Kesabaran dia, boleh saya contohi. Adakalanya saya meminta maaf sebab tak dapat 'catch up'. Mungkin disebabkan seronok mempunyai teman, dia tidak kisah langsung.

Antara situasi yang menggamit memori..

" I'm sorry Sofea. Could you play again? " 


" It's okay. Just be relax, then you follow me how to play. You can use tihs part or this part." Sambil dia menunjukkan bahagian lantunan yang lebih nyaring atau lebih gemersik.

Bila saya silap...

" Okay, now you close your eyes. I want to test you. " saya pun menutup mata. Dia tekan satu lantunan lalu saya menekanya. Selepas itu, saya menguji dia pula. Ketawa berdekah-dekah Sofea setiap kali saya silap. Iyalah, mana saya tahu.

Itu kes piano. semasa di rumah Kak Arinah saya menjadi penonton setia kak Nani dan gitarnya. Sempat jugalah saya test..test.. Tetapi tak reti-reti pun. Dapat juga saya record kak Nani mainkan satu lagu untuk saya. Hehe.. Sweet tak?

Sebenarnya hiburan ini ada bermacam-macam genre. Saya tidak terlepas daripada meminati hiburan. Tak salah andai kita meminati sesebuah lagu tetapi pastinya di dalam Islam kita perlu ada 'guide line'. Jangan sampai dengan hiburan, konon menenangkan diri katanya hakikatnya dengan MENGINGATI ALLAH hati akan menjadi tenang. Hatta lagu nasyid sendiri bisa melalaikan.

Ada sesetengah orang, mungkin saja dia tidak meminati sebarang muzik. Tetapi boleh jadi juga dia meminati perkara lain yang menjadi hobinya. Contohnya, seorang mak cik yang minta terhadap bunga amat tinggi bak gunung Everest. Andai dia lalai kerana bunga, itu sudah bahaya. Contoh lain pula, seorang remaja lelaki yang meminati bola sepak, sampaikan pelajarannya terabai. Itu sudah salah konsep. Betul tak?

Apa yang penting, bersederhanalah dalam apa jua perkara. Bukan seperti Taghut yang sentiasa berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Tidak namanya manusia jika seperti itu. Kerna kita dihidupkan ada limit nya.

Mungkin saja, sekiranya Ummi tahu saya bermain alat muzik yang bertali. Habislah..
Maaf Ummi, kak ngah ada misi untuk mendekati mereka. Memahami mereka.

Tetapi...

Buat para du'at sekalian, tidak kiralah siapa anda. Berjawatan tinggi atau tidak. Ikhwah mahupun akhawat. Brothers or sister. Guru atau anak murid. Selagi mana anda bergelar hamba kepada Yang Maha Esa satu pesanan saya buat kita bersama,

Andai anda ingin mengajak seseorang kembali kepada Allah perlu jelaskan matlamat. Jangan sampai anda yang terikut dengan mereka. Tetapi mereka yang jatuh cinta dengan cara anda. Biasalah dalam berdakwah, pasti setengah daripada kita akan berkata.." Kita kene ikut cara mereka. Biar senang masuk ". Apa maknanya itu??

Seorang Ar-rijal! Seorang An-Nisa'!! Kita hakikatnya punya personaliti yang tersendiri. Gunakan sebaik mungkin untuk membwa insan lain mengenal siapa Pencipta kita yakni Allah S.W.T. Bukan dengan mudahnya, kita menjatuhkan personaliti kita dengan meminjam personaliti orang yang di dakwah sehingga lenyap personaliti kita sebagai seorang mukmin yang amat..amat..luar biasa ini. Percayalah. Yakinlah dengan janji Allah.

Dan, Hidayah itu milik Allah. Kita hanya perlu berusaha, mengajak mereka tanpa mengenal erti lelah. Kita yang tahu ini wajib memmberitahu. Sebab di akhirat kelak, siapa yang sanggup menanggung beban dosa itu?? Saya sendiri amat takut. Biarlah kita ini, dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab. Seronokkan jika itu yang kita miliki.. sama-sama kita muhasabah diri yang banyak dosa ini. Saya juga tidak terlepas dari masalah ini. ^^

" Berhibur tiada salahnya. Kerna hiburan itu indah.
 Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah "
- petikan lagu nasyid Raihan.  

.Berkembang maju.

Bismillah..

GPS

Dunia kini, sememangnya sudah berkembang maju. Dari segenap segi. Cuma manusia itu sendiri diberi pilihan sama ada ingin menggunakannya atau membiarkan. Macam saya.. ^^

Konon hebat bercakap dikhalayak ramai. Hakikatnya, saya akui jika ada yang mengatakan saya seperti katak di bawah tempurung, saya mengangguk tanda setuju. Bila dah duduk di luar negara baru tahu betapa saya agak sempit pemikiran saya sebenarnya. 

Mana tidaknya, semasa zaman sekolah dahulu buku novel sahaja yang ditatap. Sampaikan seorang sahabat mengatakan saya ibarat watak di dalam novel. Tak tahulah sejauh mana kesahihan itu. Cakaplah apa jenis jenama, 'brand' yang terkemuka. Pastinya saya akan jawab, saya tidak tahu. Cukuplah yang asas. Sekadar handphone, Nokia, Samsung, Sony Ericson dan sebagainya. Tak tahu pula bahawasanya setiap handphone ni ada nombor di belakangnya. Kini, toleh kanan, toleh kiri, semuanya touch skrin. Hebat betul zaman IT ni.

Orang sudah ada blog, saya baru nak mula. Orang sudah ada facebook, saya baru nak aktif. Mungkin ikut genetik Ummi agaknya. Suka yang 'simple-mimple' aja. Jujur saya katakan, sememangnya saya tiada nafsu terhadap barangan yang berjenama. Sebab apa?? Sebab tak tahu.. 'Tak kenal maka tak cinta'. JAdinya, tak rasa cemburu sedikit pun sekiranya kawan menggunakan ipad, iphone segalanyalah..

Semalam, semasa beli barang dengan Ummi Yati di Sainsbury's ada perkhidmatan layanan sendiri. Maksudnya tiada cashier yang menjaga. Kita scan barang itu sendiri. Serba serbi touch skrin. 'Yes' atau 'no'. Sentuh sahaja. Selepas itu masukkan duit di tempat yang disediakan. Bakinya akan dikeluarkan. Kagum juga saya. Mana tidaknya, 'katak baru keluar menjengah dari tempurungnya'. 

Satu hari itu pula, kami pulang menaiki teksi ke rumah. Waktu itu, jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih malam, jadinya perkhidmatan bas tiada. Terpaksalah naik teksi. Kagumnya, sebelum bergerak pak cik teksi itu set kan alamat rumah kami di GPS. Sepanjang perjalanan, hanya berpandukan GPS. Hebat betul sekarang ini, sampaikan pak cik pemandu teksi lagi maju daripada saya. heh

Cuma satu yang saya risaukan. Bagaimana nanti generasi akan datang? Generasi bila mana anak-anak saya membesar. Kene fikir jauh ya.. Bukan bermakna sekarang sudah bersiap sedia untuk Baitul Muslim.. 

Dunia sudah ada di depan mata. Dari sekarang kita perlu memikirkanya. Bukan hanya saya seorang, tapi kamu! kamu! dan kamu!. Maaf.. KITA.

Di kala akhir zaman inilah, fatwa kebenaran juga bakal terpesong. Ulama' sendiri sukar menemu jawapan yang tidak disebutkan di dalam hadis nabi. Habis waktu itu nak bergantung kepada siapa?? Tika itu juga, Islam sudah dianggap begitu asing. Orang yang mengamalkan Islam dianggap kolot. Kebenaran sudah bercampur dengan kebatilan...

Allahuakbar.. tak sanggup rasanya nak membayangkan.

Semoga kita dibawah naungan Allah yang Maha Berkuasa seluruh Alam. Mari kita koreksi hati. Refleksi iman. Apakah masih al-Quran dan As-sunnah itu masih kita berpegang kepadanya??

 "Dahulunya Islam datang dalam keadaan asing. Dan Islam akan kembali asing seperti dahulunya. Beruntunglah bagi golongan yang asing itu "

yakni golongan 'Ghuraba'..

March 08, 2012

.Perselisihan.

Bismillah...



Setiap perhubungan yang terjalin pasti disirami dengan tujahan perselisihan. Adakalanya syaitan sengaja memberi tusukan kemaksiatan. Tanpa kita sedari ianya membawa padah andai hati tidak kembali kepada yang menciptakan.

" Kau tak payah nak menipu akulah! Kau saja tak balas mesej aku sebab kau dah bosan dengan akukan?"

" Kau jangan nak menuduh sesuka hati boleh tak! Kau cerminlah diri tu sikit... Kau ingat aku nak sangat lah ber 'sahabat' dengan kau hah!!" 

Nauzubillah.. pernah tak berlaku pergaduhan seperti ini dalam kehidupan kita? Mestilah pernahkan. Lebih-lebih lagi adik beradik. Tapi bila mana pepatah ada mengatakan 'air yang dicincang tidakkan putus', tunggulah beberapa hari. InsyaAllah baik punya.

Sebenarnya saya, pernah mengalami perkara seperti dialog di atas. Tapi tidaklah seteruk bahasa seperti itu. Gaduh orang perempuan.. takkan lah dahsyat macam tu. lebih lagi dengan sahabat keimanan.

Ada dua peraturan dalam persahabatan iaitu pertama adalah serendah ukhwah adalah husnudzon. Manakala yang kedua, setinggi ukhwah adalah ithar.

Ini kisah antara saya dan serikandi umar a.k.a s/u. Saja saya nak bawa kisah ini sebagai ibrah buat readers dan followers saya walaupun seciput tu. Tapi saya tahu, mesti ada yang senyap-senyap baca blog saya kan?? ^^ Tak kisahlah. Terpulang kepada empunya diri.

Siapa s/u? dia sahabat yang persis Umar. Garang hehe. Jangan marah ye s/u. Sejak dua tiga minggu ni, saya tunggu mesej dari dia. Malangnya berbaur hampa. Mulalah syaitan ni cucuk-cucukkan hati ni. Sudah fikir yang bukan-bukan. Tiba-tiba..

" Salam..nt maaafkan ana tak balas. Busy. Soalan yang sama. Bila nt nak balik? Ana nak share dengan nt macam-macam. Malas nak tulis panjang-panjang." 

..........contact hati..............^^

" Insya-Allah bulan 4 ana dah balik. Alah, tulis je. ana sanggup baca. "

" Tak nak. Nak cerita jugak "

" Huh, degil eh. Yelah nanti ana spent masa bila turun Johor "

Perbualan yang berbunga ceria + mekar bak bunga sakura yang sedang mengembang di Knightswood Park. Saya tidaklah mengatakan yang si s/u ni best friend saya. Hakikatnya, jika kita seorang mukmin, kita ibarat binaan batu bata yang kukuh andai kita membina diri dengan mukmin yang lain. Orang sekolah luar saja yang 'bff' ni. Tapi kita, siapa yang membawa saya mengenali Allah dialah sahabat special saya.

Di sebalik keindahan persahabatan kami pernah diganggu syaitan laknatullah yang cuba memutuskan tali yang telah diikat kukuh ini. Kami mula mengenali peribadi masing-masing semasa di tingkatan empat. Semasa kursus staff sarjan. Mungkin sebab karakter berbeza yang melahirkan chemistry yang kamcing. Macam orang bercinta pula.

Tibalah saat kemuncak persahabatan kami diuji. Masih lagi teringat akan tarikh itu. Sehari sebelum tamatnya SPM. Pergaduhan yang besar antara saya dan dia. Antara kami bermacam rahsia yang kami simpan bersama. Walaupun kepimpinan sekolah, ada masanya kami nakal juga. Ya mungkin saja, lagaknya seperti seorang detektif, macam-macam selok belok sekolah kami tahu.

Sampailah satu tahap, saya ingin menyelesaikan satu masalah tanpa memberitahu dia dan berlakunya perselisihan antara kami. Hari itu, saya dan dia berpuasa.  Saya rasa yang dia macam semacam. Saya pun tanya " s/u, nt okay tak?" . Dan dia menjawab, " nt kisah ke kalau ana ok ke tak!" nada lembut + tegas+ sedih. Macam-macam lagilah. Saya pun pelik dan tak faham.

Malam itu, kami tak bertegur sapa. Ya, selalunya saya dan dia akan tidur bersama tetapi tidak malam itu. Rasa sedih tu memang dah tahap giga. Bayangkan, esok adalah paper yang terakhir untuk SPM. Esok jugalah hari perpisahan kami. Takkan nak biar macam tu aje. Sedangkan sudah dibina beberapa tahun? Arghh.. memang malam itu, saya tak dapat tumpukan pembacaan.

Sebelum tidur, saya capai handphone dan berbalsa SMS dengan dia. Mujur dia tak tidur lagi. Saya pun terangkan apa yang berlaku. Waktu itu memang saya merendahkan ego dengan meminta maaf dan berharap dia kembali seperti sebelum ini.

Saya balas padanya, " Nt sendiri kenal ana. Ana takkan buat sesuatu keputusan tanpa meminta petunjuk Allah. Al-quran dah ana rujuk. Harap nt faham.."

Esoknya, saya bangun pagi rasa mata ni berat. menangis...
Tapi saya amat yakin yang bila mana hubungan itu kerana Allah, pastinya akan mengahasilkan sesuatu yang luar biasa.

Pagi itu, alhamdulillah kami banat mengadakan qiam jamaie. Saya lihat ke kiri dan ke kanan. Dia tiada. Hati ini di gagahkan, kaki melangkah ke dorm s/u. Semasa saya menjenguknya, ketika itu dia baru sahaja hendak mengangkat takbir untuk tahajjud. Saya menepuk bahunya. Dia menoleh. Wajahnya kemerahan, mata juga ditakungi air. Hatinya sepeti hatiku..sedih.

Semasa qiamullail, saya berdoa pada Allah agar hubungan kami pulih. Terasa amat perit bila berenggang. Terasa hati ini dihiris-hiris sembilu. Kaki yang melangkah pula seolah memijak duri di jalanan.

Syukur kepada Allah, pagi itu lagak kami seperti biasa. Satu pertanyaan yang membuatkan bibir mengoyak senyuman...

" Ana nak belajar dengan nt boleh tak?" Terharu rasanya. Saya pun terus melupakan apa yang berlaku semalam. Hati saya girang sebabnya SYAITAN kalah. ^^

Jadinya, peliharalah persahabatan yang dibina itu. Adakalanya kita perlu berdiam diri bila perselisihan berlaku. Sebabnya boleh jadi apa yang diperkatakan bisa mengundang kemarahan orang lain. Dan.. perlu juga kita bercakap benar walaupun ia pahit .

" qulil haqqa wa lau kaana murran "

Jangan diikutkan hati yang diamuk kemarahan jika ingin meleraikan simpulan yang terpintal. Cuba check balik diri kita.. Kalau saya, amat sukar nak capai tahap ithar sedangkan husnudzon pun tak sampai seratu peratus. Apa-apa pun berbalik kepada yang Maha Esa. ok! ^^

selamat beramal ikhlas keranaNyA..

March 07, 2012

.Kebahagiaan.

Bismillah..


Hari ini, terasa diri ini amat bahagia....

situasi 1: " Ummi, angah rasa berat hati untuk pergi Australia. Biarlah angah tinggal dengan Ummi sebelum sambung belajar " 

-keputusan muktamad! saya dengan rasminya tidak jadi pergi Australia. ^^

situasi 2: " Angah!! rindunya. On skype!" 

-setelah berbulan tak dapat on skype dengan Along, akhirnya dapat juga. Sudah hampir saya berputus asa sebab tak dapat on. Cuba..cuba..dan terus cuba... Satu ungkapan saja 'Thanks Allah'

situasi 3: " Nabila! ana dah dapat dua kali qiam minggu ni.."

-Terasa bersemangat untuk seperti dia. Ya! saya akan cuba untuk capai target kita bersama. Kita sudah bejanji. Takkan mahu menjadi hamba munafik pula. Ye dak??

situasi 4: " Kak Ngah, cuba tengok dekat luar. rain stone(hujan batu). Pergilah keluar. Ambil gambar."

-dapat saya merasai yang agak lebat sedikit berbanding di Edinburgh hari itu. Sekali lihat seperti snow tapi ianya seperti batu. Sakit juga bila termasuk dalam mata. Sejuknya tangan sehingga kebas dan kemerahan.

Gembira rasanya hari ini. Mungkin kita benar-benar meletakkan harapan keppadaNya atas setiap apa yang kita lakukan. 

Hari ini, Allah hadirkan 4 musim. Cuaca terang bersinar dari pagi. apabila tengah hari sudah mula mendung. Tiba-tiba hujan batu. Sekaligus jadi snow bila mana hujan batu itu berkumpul. Indahnya hari ini..


March 06, 2012

.pick one.

Bismillah...

.pick one only.
...wa man yattaqillaha yaj'allahuu makhrajaa..

Kehidupan adalah sebuah perjalanan. Banyaklah analogi yang boleh dipetik bagi merangka sebuah cerita sebagai gambaran tentang kehidupan ini. Macam dalam gambar tu. Smarties yang pelbagai warna adalah pilihan yang diberi. Tapi hanya satu yang dipilih untuk mencapai matlamat yakni masuk ke dalam mulut.

 That's it..

Jadi apa masalahnya?? Bukanlah masalah sangat, tetapi ujian olehNya untuk seorang hamba ini agar berfikir untuk membuat keputusan. Perlu guna akal sebaiknya. hmm..

Beberapa hari lepas, seorang sahabat saya bertanya bila saya akan pulang ke Malaysia. Seperti biasa, jawapannya " Bulan 4, ana pasti dah balik ". Entah bagaimana saya bertanya padanya mengenai program R2S2. Program yang telah diadakan oleh pihak sekolah, kepada kami para alumni lepasan SPM '11. Dari awal saya tidak dapat ikuti sebab fly ke sini.

Namun, hati ini berhasrat untuk join pulang saja dari UK. Kami pun set untuk pergi. Tetapi memerlukan wang RM 600. Banyak tu. Mana nak korek?? Kami mula memikirkannya. Saya tidaklah kata, saya ini miskin tetapi hakikatnya takkan selamanya saya nak bergantung kepada Ummi dan Ayah.

Saya tahu keadaan keluarga saya, tapi Ummi dan Ayah tidak pernah sekali pun merungut kesusahan berkenaan wang dihadapan kami. Walaupun saya pernah bertanya, Ummi hanya bercerita tanpa merasakan gusar sedikit pun mengenai wang. Jaranglah kalau di rumah Ummi dan Ayah akan marah dan mengata mereka tiada wang.

Kata Ummi, wang itu kepunyaan Allah. Rezeki datang daripadaNya. Jadi tak perlu risau. Adalah tu..
Dengan penuh gaya bicara dengan yakinnya.

Disebabkan itu, semasa di sekolah dulu, hampir setiap hari muka saya yang menjual nasi tengah hari di sekolah. Buat muka tembok saja. Duit yang saya peroleh itu, akan digunakan bagi membayar duit kelas, kelab, dan sebagainya. Setiap kali Ummi beri duit, saya akan simpan dan bayar untuk tuisyen sehinggakan adik-adik saya segan nak minta duit dari saya. * Sorry nurin..

Persoalan yang akan keluar ialah  " Nak buat apa dengan duit tu? " sampai satu ketika adik saya yang Asyraaf tiada stok makanan. Dia meminta sedikit daripada saya. Katanya juga, dia pun jual nasi tengah hari. Terharu rasanya.

Perkara itu menjadikan saya berdikari dan memahami situasi mereka. Sengaja saya tak khabarkan pada mereka mengenai perkara ni.

Balik pada yang asal, huh dah melencong jauh.
Saya datang ke UK antara rezeki yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. Bapa saudara offer. ^^

Sedang saya dan sahabat saya berpakat untuk mencari kerja, tup tup.. ada iklan di Facebook group pals. Seorang akak di Australia sedang mencari dua orang baby sitter untuk anaknya. Saya pun berbincang dengan akak tu. Kak Aliya namanya.

Dia memerlukan baby sitter tu awal. Memandangkan saya balik akhir bulan 3. Tak tahulah apa keputusannya. Tetapi dia memerlukan masa 3 bulan. Bolehkah saya?? Serius, saya memang tak suka buat keputusan.

Saya dan sahabat saya itu masih dalam proses perbincangan dengan ibubapa kami lagi. Saya taklah mengharap sangat. Namun pengalaman itu yang sukar untuk dicari. Nantilah.. saya istikharah. Lihat hati ini lebih berat ke arah mana. Sesungguhnya pilihan Allah itu yang terbaik.

Ada rasa kelakar juga di hati ni, sebab tahun lepas semasa ihtifal. Semasa kak long mengambil hadiah, seorang sahabat berkata " tahun depan anti pula ". Saya balas, " waktu tu ana tak datang. Ana fly." Terus sahabat saya buat mimik muka sedih. Geli hati..

Saya bukan apa, sudah Allah campakkan ke dalam hati rasa tanggungjawab kepada ummi dan ayah. Tak salahkan kalau saya cari peluang pekerjaan?? Cuma saya agak sedih bila mana mungkin  mereka hanya fikir saya melancong sana sini, tanpa membantu mereka..maaf sahabat.

Semoga Allah menetapkan keputusan yang terbaik.. Alya (adik) dah muncung bila dapat tahu saya mohon ke Australia. Katanya rindu!! dia nak saya duduk rumah. Maaf juga pada Ummi dan Ayah.. T.T sedih pula rasa...

Saya petik wahyu Nya..

" Dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA." At-Talaq: 3

Sama-sama kita imani ayat allah ini. Zup! terasa tusukan ke hati bila mendengar ayat ini.

.Sepatu kaki.

Bismillah..

versus

Kisah seorang remaja perempuan di tengah bandar Glasgow...

Usai makan tengahari, dia diajak oleh bapa sedaranya untuk membeli sebahagian kecil barang sebelum pulang ke Malaysia nanti. Tanpa banyak alasan, dia sekadar mengangguk tanda bersetuju.

Baju biasa dikenakan dan jaket hitam disarung pada tubuhnya. Tepat jam 1 petang mereka keluar dari perkarangan rumah ke tempat menunggu bas. Sambil itu, dia hanya mendengar 'motivasi' bapa sedaranya yang merupakan pensyarah di situ.

Senyum, dan terus senyum...sehingga bas nombor 44 pun tiba.

" One eighty please.." Duit syiling dimasukkan. Tiket di ambil. 

" Thank you.." Sambil mata meliar mencari ruangan duduk yang kosong. Penuh. Sejurus itu, dia mengambil tempat di bahagian tingkat atas bas. Ruangan sebelah kiri tingkap menjadi pilihannya.

Tempat yang ingin dituju ialah City Centre. Tempat di mana penduduk Glasgow ini, melempiaskan nafsu membeli-belah baik yang tua mahupun muda. Yang lelaki mahupun wanita. Pelbagai barangan ada. Memang menepati citarasa orang ramai. Dia juga salah seorangnya.

Sampai sahaja di City Centre, dia dan bapa saudaranya menelusuri kedai-kedai di situ. Terpampang nama kedai yang gah di mata dunia. Barangan yang berjenama. Cukup terkenal.

Sport Direct. Menjadi perhatiannya.

Sebenarnya sudah lama, dia ingin mengatakan pada bapa saudaranya yang kasut yang sedang dipakai kini, telah bocor. Entah mengapa, dia takut sekiranya menyusahkan mereka untuk bawanya membeli kasut. Jadi dia memilih untuk berdiam diri.

Sampailah satu masa, bapa saudaranya sedar akan kasutnya yang sudah haus dan bocor itu. Mana tidaknya, asyik jalan memanjang.

Sebelum masuk ke dalam kedai dia berdoa agar kasut yang ingin dibeli adalah yang terbaik. Semoga Allah membantunya dalam membuat pilihan.

Alhamdulillah, terjumpa sepasang kasut yang amat menarik perhatiannya. Dicuba pada kaki. Muat. Harga dilihat. 

'Tiada lagi murah ke?' detik hatinya. Sejujurnya dia amat segan untuk memilik barangan yang agak mahal. Mungkin setengah orang akan berkata "okay". Tetapi tidak bagi dia. Bukan bermakna dia seorang yang amat berkira. Tetapi....

malu.

Ya itulah jawapannya. 

Dengan lafaz bismillah, dia terus mencapai dan keputusannya tetap untuk membeli kasut itu.

Pulang daripada membeli belah, senyumannya tidak lekang dari bibir. Tak sangka dapat beli kasut baru. Mahal itu tidaklah. Kurang daripada £20. Biasanya Umminya yang pilihkan. Anak Ummilah katakan...

Malam itu, seperti biasa lagaknya. Mobilenya dicapai. Laman sesawang 'facebook' ditaip. setelah di log in.
Terpapar satu video di 'you tube' yang di link kan oleh teman facebooknya.

Video itu di 'click'..

Dengan menggunakan ear phone, dia hanya mendengar tanpa melihat pada skrin mobilenya. Sepanjang mendengar bicara seorang Ustaz Harun Din yang cukup terkenal itu mengisahkan mengenai mimpinya berjumpa Rasulullah. Tanpa sedar air matanya berguguran mendengarkan kisah itu.

Salah satu yang dikisahkan. Ustaz tersebut terasa amat dekat wajahnya dengan Rasulullah. Ketika itu di dalam sebuah khemah yang amat besar. Di luar khemah itu, terdapat kasut Rasulullah. Beliau menyarungkan kakinya ke kasut Rasulullah. MasyaAllah. Lusuh sungguh kasut Rasulullah itu katanya. 

Sambungnya lagi, tetapi kasut itulah yang mengalasi tapak kaki Rasulullah yang lembut itu. Kata beliau pada kasut itu di dalam hati. " Sungguh kamu telah berbakti kepada Rasulmu. Tetapi apa yang telah aku buat kepada Rasulku?? Beliau menangis sehinggakan bangunnya dari tidur, masih terasa hangatnya bersama Rasulullah...

Remaja perempuan itu mengesat air matanya. Dia mengalihkan pada kasut yang baru di belinya itu. 
Sungguh, kerana itu dia malu. Rasulullah adalah pemimpin tertinggi. Tetapi Baginda juga biasa saja pemakaiannya. 

" Ya Allah.. izinkan aku untuk memakai kasut itu tanpa sedikit riak dihati ini.. ya Allah. " Doanya di dalam hati.

-tamat-

...Temukan aku bertemu dengan Rasulmu Ya Allah....



March 04, 2012

.Tahajjud.

Bismillah...


Imbas kembali saat mula kaki ini menjejaki bumi eropah ini, waktu siang berlalu dengan amat pantas. Waktu malam pula, Allah berikan lebih panjang untuk hambaNya beristirehat.

Saya bersyukur, hari ini dapat bangun lebih awal daripada biasa. Namun, hati tetap hampa kerana terlepas untuk melaksanakan tahjjud. Saya akui, saya qiam (bangun malam). Sekadar mata celik, tangan mencapai telefon bimbit dan mematikan alarm.

Benarlah firman Allah :
" Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!. Bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil " al-muzammil :1-2

Memandangkan kini, subuh masuk pada jam 4 lebih pagi amat sukar untuk bangun bertahajjud. Saya masih dalam proses untuk mendapat kekuatan bangun bertahajjud yang telah hilang ini. Saya tidak seperti malaikat yang amat patuh kepada suruhan Allah. Kepatuhannya tidak dapat ditandingi oleh manusia. Hatta Rasulullah sendiri. Sebab kita punya nafsu yang sering mengganggu.

Beberapa hari lepas, saya mengadu kepada seorang sahabat saya. Saya berkata padanya, saya tidak seperti di asrama dahulu...

Bangun awal pagi, kejut sahabat lain untuk bertahajjud. Bukan pada waktu subuh tetapi sebelum subuh. Ada yang menyahut. Ada juga sekadar angin lalu sahaja. Benarlah firman Allah, bahawasanya sebahagian kecil sahaja yang kuat bermujahadah. Tetapi nikmatnya, hanya yang merasai kan mampu menghayati 'halawatul iman'.

Kenangan...
Yang membina tarbiyah jati diri. Rindu ^^

Walau apapun, saya tetap berusaha untuk bangun bertahajjud. Saya dan sahabat saya itu, kami sudah 'deal'. Target kami cuba untuk dapatkan 4 kali seminggu. Tinggal lima hari lagi saja, sebelum minggu hadapan. Semoga saya dapat capai target yang ditetapkan.

Kamu yang membaca cerita saya ni, sekadar baca sajakah? Tak terasa apa-apa dihati? Jom! sama-sama kita perbaiki diri. Usah malu untuk melakukan perubahan..  biarlah apapun orang mengata. Sedangkan kita ingin perhatian Allah buat kita. Betul tak??

Semoga hari ini lebih baik dari semalam... wahai orang yang ber IMAN !!

.His help.

Bismillah..



I thought that I can't go to 'bulatan gembira' but He show me the way.

Gembiranya hati.

Kak Nusayba, Kak Adawiah, Kak Fida, Kak Arinah and Kak Mimie. Saya rasa saya sudah benar-benar jatuh cinta pada kamu. ^^ ( asyik terbayang saja muka yang tenang lagi suci itu...)

Bicara mereka.

Keikhlasan mereka.

Senyuman mereka.

Last but not least, pelukan mereka.

Penuh aliran ukhwah. Subhanallah.. terasa tenangnya hati bila bersama mereka.

Satu yang ingin saya kongsikan. Betapa Kita ini menggelarkan diri seorang Muslim. Tapi tak ramai antara muslim ini yang sanggup turunkan ego demi menjad Hamba kepada Allah yang Maha Esa. Bila mana menjadi hamba, kita sepatutnya tunduk dan patuh kepadanya. Tiap arahannya sanggup kita penuhi. Semata untuk mendapat keredhaan Nya..

Right??

Al- baqarah; 207

"Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaanAllah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba nya."