Pages

Thursday, December 2

INDiBADH kah kita?

" Kak ngah, Abang tak tahulah Abang nak sekolah mana tahun depan," luah adik susu ana. Dia kini bakal memasuki tingkatan 4 tahun hadapan.


Saat itu ana sedang asyik menonton televisyen tertarik dengan luahan hatinya.


" Kenapa Abang nak tukar sekolah pula?" ana menyoalnya. 


" Entahlah, Abang rasa macam tiada fungsi Abang bersekolah. Abang rasa kosong sangat. Abang sayang kawan-kawan Abang. Tapi Abang rasa dah lama Abang tinggalkan agama. Abang cuma jaga yang asas saja. Tapi sampai bila. Abang tak larat bergerak seorang," bicaranya penuh mengharapkan bantuan.


Akhirnya dia menceritakan keadaan dia di sekolah. Benarlah sekiranya ana sendiri berada di tempatnya, ana juga mungkin tidak mampu.Jujur ana katakan adik susu ana ini telah Allah kurniakan dia kelebihan dari segi kecerdikan juga penampilan seorang pemimpin cukup terserlah dalam dirinya. Cuma suasana disekelilingnya membuatkan dirinya seakan serba kekurangan dalam memperluaskan ilmu agama.


" Kalau diberi peluang Abang nak bersekolah di mana?" ana menyoalnya lagi.


" Abang ada mohon nak masuk KISAS. Tapi faham-faham sajalah sekolah SBP bukan senang nak tukar-tukar sekolah ni," cepat sahaja dia menjawab.


" Okay, macam ni. Kalau Abang rasa Abang dapat kesedaran macam ni, kenapa Abang tak teruskan dan buat perubahan dekat sekolah Abang," ana memberi cadangan.


" Susah Kak Ngah, Abang tak kuat. Penat Kak Ngah. Sudahlah Abang ni banyak lagi ilmu agama yang Abang tak tahu," rungutnya. 


Kasihan sungguh ana memikirkan keadaannya yang seakan-akan menagihkan kebenaran tapi tidak mempunyai sahabat yang 'hardcore' untuk mendorongnya.


" Abang dekat sekolah pengawaskan, Abang kata Abang rasa kosongkan. Abang pernah terfikir tak 'kenapa Abang kena catit-catit nama orang yang lewat'. Selepas itu Abang kene check dorm. Rasa tak 'kenapa mesti aku lakukan benda remeh macam ni' ?" ana menyoalnya bagi membuka mindanya. Saat itu dia hanya mengangguk.


" Sebab orang Islam itu sepatutnya ber DISIPLIN. Lain katanya indhibadh. Dengan tugas kita itu, kita dah permudahkan urusan guru. Dan kerja itu sangat mulia. Cara orang Islam juga perlu berlainan. Dia tidak hanya mencatit tapi dia mendoakan perubahan seseorang itu," beritahu ana setulus hati kepadanya.


Lalu ana pun menceritakan sebuah kisah mengenai Umat Islam yang sememangnya berdisiplin dan indhibadh itu.


Seorang lelaki yang baru memasuki Islam menunjungi Kaabah dan berkata


" Isy..ramai betul umat Islam ni. Mesti susah nak buat saf bila hendak solat. Mahunya berjam-jam nak buat barisan,"


" Eh ini baru sikit," kata seorang sahabatnya.


" Kalau begitu, pasti berhari-hari untuk menyusun barisan ini,"


" Tapi pernah ramai lagi. Lagi-agi musim haji. Melimpah ruah sampai keluar," celah sahabatnya.


" Oh kalau begitu, lagilah sukar untuk disusun. Makan masa berminggu-minggu agaknya,"


Tiba-tiba seruan azan kedengaran dan bergema seluruh Kaabah. Sejurus habis sahaja seruan azan dilaungkan, kesemua umat Islam yang berada di seluruh tempat berpusu-pusu membuat saf siap sedia untuk menunaikan solat. Menghadapkan kiblat yang satu juga berimamkan seorang ketua yang memimpin solat. Tidak sampai lima minit Saf sudah tegak berbaris.


Terpempan kedua orang sahabat tersebut. Subhanallah Islam sebenarnya sangat sempurna dan terlalu tinggi. Sampaikan sekecil-kecil perkara Allah mengajarkan kepada kita sesungguhnya umat Islam itu hidupnya penuh dengan INDiBADH. Tanpa peraturan pasti tiada paksinya yang mampu bergerak utuh.


" Hmm.. jadi kita ni Abang memang kene bersabar dalam menolong agama Allah ni," bicara ana mematikan cerita tersebut.


" Ya Allah. Dengan solat sahaja dah mengajar kita tentang disiplin. Padanlah Abang rasa kosong sebab selama ni segala apa yang Abang buat tidak merasakan yang Abang bekerja kerana Allah," Dia tersenyum gembira.


Alhamdulillah..


 " Ya Allah peliharalah adikku ini. Berilah dia jalan untuk lebih mendekatkan diri kepadaMU. Sungguh aku bersyukur padaMU kerana memberiku nikmat Iman dan Islam dalam keadaan sekeliling yang mengikuti cara hidup Islam."


" Jadi sekarang ini, Abang mohonlah petunjuk Allah nak menyambung pelajaran Abang di mana. Insya-Allah Abang, selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah mendekati kita," Ana berlalu dan meninggalkannya dengan persoalan.

No comments: