Pages

June 09, 2011

Surat Lama..

Bismillah..
Dengan nama Allah daku mulakan...

Satu malam, sedang ana sibuk menyibukkan diri dengan pembacaan novel Ramlee Awang Murshid yang sudah sekian lama tertangguh Ummi menyapa..

     "Angah nak baca tak surat Tok Ayah untuk Ummi?" 
    "Nak Ummi!" Terus ana memberhentikan pembacaan dan menyambut surat yang berada ditangan Ummi.

Mata ini terus meniti setiap bait perkataan yang telah siap ditaip. Surat lama yang agak kusam. Seakan berhabuk di hujungnya. Dikuis menggunakan jari untuk melihat tulisan itu dengan lebih jelas.

Senyuman ana mengoyak.

     "Ummi dahsyatnya Tok Ayah. Siap peribahasa, perumpaan segala. Semangatnya. Hmm...ni yang best ni baca surat lama. Siap penanda wacana lagi. Sedap betul bahasa. Rasa macam Tuan Puteri.. Anakanda.. Ayahanda.. Best, best..." 

      "Arwah Tok Ayah memang macam tu suka bagi surat. Dari Ummi sekolah menengah lagi..." sambung Ummi.

      "Padanlah..Ummi pun suka juga.Ini surat apa pula Ummi?" sambil menunjuk helaian yang kedua.
    "Itu surat Arwah Tok Ayah bagi tahu ayah nak merisik Ummi.." tanpa segan Ummi menjawab pertanyaan anaknya ini.

huhu..so sweet. Tak sangka.. berani betul Ayah terus jumpa Tok Ayah. Dalam senyuman hati terus berbicara. 


      " Ummi.." panggil..
      " Rasa rindu pula pada Tok Ayah," bicaraku.


    " Kalau rindu, sedekahkan al-Fatihah. Orang yang telah meninggal dunia ni kak ngah, diibaratkan seperti orang yang sedang menunggu surat. Surat itu pula diibaratkan Al-Fatihah. Penantiannya amat memakan masa kerana manusia yang hidup sering sibuk mengejar segala macam perkara keduniaan. Dan Orang yang meninggal dunia hanya bisa menanti dan terus menanti. Sekiranya surat itu diterima tidak pula boleh dibalasnya. Hakikatnya alam barzakh sudah terbatas dengan alam dunia yang tidak mungkin boleh dihidupkan semula. Anak-anak solehlah yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia itu..angah.." celoteh Ummi panjang.

Amat terkesan.. kisah perumpaan Ummi. Jadinya apa antara persediaan kita?? Jangan menjadi orang yang rugi sebab Allah dah bersumpah dengan masa. Cuba fikirkan kenapa Allah telah bersumpah dengan masa.... sebab masa lalu tidakkan berulang kembali.

Kematian selalu ingat kita..
Tapi kita sering tolak jauh-jauh bila kematian menjengah ruang pemikiran kita.. kenapa agaknya??

"kullu nafsin zhaaiqatul mautt.."

monolog diri: amalanku masih tidak mencukupi. Aku datang daripadaNYA. Amat ku pasti pengakhirannya akan ku kembali kepangkuanNYA. Kerana itu, wajarkah aku mengisi masa di antara keduanya mencari selain daripadaNYA??

No comments: