Pages

Wednesday, March 16

Keadilan Umar Abdul Aziz

Bismillah..


Keesokan harinya mereka wuquf di padang arafah. Sekali lagi Khalifah Umar Abdul Aziz dikerumuni orang ramai. Seorang budak lelaki berasa sangat hairan lalu bertanya kepada ayahnya. 


"Wahai ayahku, lihatlah betapa ramainya orang yang sedang mengerumuni Khalifah Umar Abdul Aziz. Mengapa begitu besar kasih sayang orang ramai kepada beliau?"


"Wahai anakku, itu salah satu bukti Tuhan sayang kepada Khalifah Umar abdul Aziz. Apabila Tuhan sayang kepada seseorang, maka semua makhluk sayang kepadanya. Beliau khalifah agung daripada keluarga Bani Umaiyah," jawab si ayah.


Apabila berada di Mina, Khalifah Umar Abdul Aziz melihat orang ramai sedang berkumpul. Tiba-tiba beliau menangis teresak-esak.


"Mengapa menangis wahai Amirul Mukminin?" tanya Muzahim yang sentiasa berada di sisi menemaninya.


"Lihatlah betapa ramai rakyat saya. Hari ini mereka menyayangi saya. Tetapi saya khuatir di akhirat kelak mereka memusuhi saya," jawab Khalifah Umar Abdul Aziz.


"Tuan seorang khalifah yang adil dan bertaqwa. Mereka menyayangi tuan di dunia dan akhirat. Tahukah tuan mereka mendoakan kesejahteraan tuan di dunia dan akhirat? kerana keadilan tuan memerintah. Rezeki juga datang melimpah dan selamat dalam perjalanan," kata Muzahim pula.


monolog diri: Sahabat, mohon kemaafan andai diri ini tidak berlaku adil dan terlepas pandang perkara remeh yang sebenarnya penting. Sekiranya dirimu menyayangiku hanya keranaNYA, Tunjukilah jalan yang terbaik buat diriku yang juga hamba kepada yang lebih Maha Berkuasa.

No comments: