Pages

January 03, 2013

.Pak cik boleh hisap rokok di Syurga..

"Sesungguhnya agama Islam mudah.. permudahkanlah, jangan kamu susahkan. Sampaikanlah khabar gembira dan jangan buat mereka lari.." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bismillah..


Sebatang rokok mula dihisap penuh nikmat.


'Argh.. orang arab. Tidak sah jika tidak merokok' hati merungut. Ukht H di sebelah sudah mula tidak senang duduk. Muflar dileher kembali melilit bahagian muka. Harapannya agar terhindar dari asap rokok yang mampu membunuh itu.


Pak Cik teksi yang menghisap rokok itu terlihat tindakan sepontan dua penumpangnya ini. "Ma'aleish.." Dia mula bicara. "Kamu terganggu ke?" tanyanya.


Kedua sahabat itu menggangguk.


"Pak cik, memang orang arab ini suka merokok ya?" Ukht H bertanya lembut Pak Cik teksi tersebut.


"Aadi fi urdun..(biasa di Urdun)" Jawabnya. 


"Tapi pak cik, bukan ke nanti duit pak cik banyak keluar dengan pak cik hisap rokok. Lagi pula, merokok ini membahayakan kesihatan. Pak cik tidak kasihankah dengan diri dan keluarga pak cik?" Ukht H tetap tegar berbicara. Dalam hatinya mungkin membara-bara sakit hati dengan gelagat orang arab yakni orang Islam itu sendiri menjadi perokok tegar di mana-mana.


"Anak-anak aku pun merokok. Aku tahu semua itu. Tapi itulah, jika Allah mengizinkan masa untuk aku berhenti merokok, aku berhenti.."


"Isbir ya ammu.. (bersabarlah pak cik). Pak cik boleh merokok di syurga nanti. Percayalah.." Ukht H menggeleng kepala laju.


"Mungkin sekarang ini pak cik boleh beralah. Tetapi dihadapan Allah nanti bagaimana? Apa yang pak cik nak jawab dengan Allah? Keif ya ammu..keif.." Suara Ukht H mula mengendur dalam memberi nasihat.


Pak cik teksi seolah tersentap dengan bicara Ukht H. Dia tahu apa yang dilakukannya itu salah. Ya, mungkin sekarang ini dia boleh memberi alasan. Namun, di akhirat kelak bagaimana?


Perlahan-lahan teksi kuning itu berhenti. 


Di luar teksi Ukht H menghulurkan wang 1 JD sebagai bayaran. Sekali lagi Uhkt H bersuara, "Ya ammu.. janji dengan saya ya yang pak cik akan berhenti merokok?" 


"InsyaAllah. Kau doakanlah aku.." balas pak cik teksi itu.


"Saya akan doakan pak cik.. assalamualaikum!" Ukht H tersenyum lega. 


Teksi kuning kembali meluncur laju. 


Tidak semua orang mampu untuk mencipta pertemuan bermakna. Yakni diistilahkan dengan pejumpaan yang  berisi. Sedangkan saya sendiri, mungkin belum mampu mencapai tahap itu.


Namun, dengan waktu yang Allah beri bagi mengecapi tahun baru ini, saya sangat berazam untuk menjadi seperti Ukht H itu.


Ya, mungkin dia tidak perasan dengan tingkahnya sendiri. Namun, saya sebagai sahabatnya, sedikit sebanyak mengambil ibrah yang cuba dipancarkannya.


Walaupun sebentar bersama, hatta beberapa minit di dalam teksi dia mampu menyalurkan sedikit tarbiyah yang akan saya semat dalam kehidupan.


Allah.. mengenai pak cik teksi itu tadi, moga Allah memberinya kekuatan dalam menjalani perubahan. Dan setiap titik usahanya dalam mengejar syurga Allah.






4 comments:

seharum lavender said...

sama2jom jadi mcm ukhkti itu..

Mawar Putih said...

InsyaAllah. Walaupun sedikit biar mengesani

Ir Jinggo said...

nice. really nice. malang, ramai yang hanya petah berbicara tentang Islam hanya dalam bulatan2, masjid dan surau, serta kelas pengajian Islam. Kehidupan seharian? segan-segan. hmm.. T_T

Mawar Putih said...

yup. saya juga masih segan untuk ' 'berkata' pada masyarakat. Sama2 kita try to output ^^