Pages

Monday, September 6

Faheem pecah REKOD..

Bismillahirrahmanirrahim..

27 ramadhan, malam kedua kami sekeluarga tiada yang kurang pergi tarawikh bersama. Sesampai sahaja di masjid kami turun dari kereta dan..
"Hari ni buat 20 rakaat ye,"laung ayah.

"ala..tak nak 20!," Alya(ke-2 last) tarik muncung yang sedepa sambil bersandar dikereta unser kami.

"Syy..jangan merungut kalau tak nak buat kebaikan," ana mematikan muncungnya itu.

     Semasa jalan, ana memandang ke bumbung langit. 

"hmm..tak de bintang. Bulan pun sembunyi juga ke. Adakah hari ini malam lailatul Qadr??," getus hati ana. Ana pernah dengar sekiranya malam tersebut merupakan malam lailatul Qadr bintang tak kelihatan kerana ditutupi sayap2 malaikat yang turun ke bumi.
Wallahua'lam.. sekiranya betul,masih ada peluang untuk ana beramal.

                                    twit..............................................................................

       " Mlm esok imam kita, imam Said al-Khudri akan menamatkan perkhidmatannya kerana akan pulang ke kampungnya. Tapi seorang lagi imam iaitu Imam Maher tetap akan bersama kita," pengumuman imam.

       'tidak kusangka ada juga insan bernama Maher selain Maher zain'
Tatkala diri ini mengangkat takbir, di dalam suasana yg dingin biasan air-cond membuatkan hati ini semakin tersentuh diiringi alunan ayat Quran bacaan Imam Maher. Tidak terlalu lambat,tidak terlalu cepat menyebabkan ma'mum di belakang tidak sedar lapan rakaat sudah berlalu.
      
         'ya Allah indahnya ayatMu..bila aku mampu menjadi seorang Hamalatul Quran seperti imam ini?' persoalan yang tiada jawapan.

        Masuk rakaat seterusnya..umi mencuit ana.
       "Angah, cuba tgk Faheem solat smpai 20," bisik ummi.
       "Ye ke mi. wah, mantap!," dengan kudrat mata yang tidak seberapa ana mengecilkan mata mencari kelibatnya. Tapi apakan daya tetap kabur.

                      twit.....................................................................................

Bersurai dari masjid ana mendapatkan Faheem.

        "iem tadi iem solat 20 rakaat eh." ana bertanya penuh teruja.
        dia senyap dan tidak menjawab p'tanyaan ana.

'sah2la dia main solat aje. padanlah tak sedar dah 20.aduhaii adikku pecah rekod dlm adik beradiklah macam ni' . Tidak lama lepas itu dia menjawab " Faheem solat je.Faheem penat,Faheem berhentilah" jawabnya bersahaja dengan lagak manja bongsunya.

         Tapi hakikatnya dia meneruskan dan tidak memikirkan kepenatan. Kagum! Setelah diselidik rupa-rupanya apa yang Faheem fahamkan solat tarawikh 8 rakaat maknanya 8salam. Maknanya 16 rakaat dia solat. Alhamdulillah. Akhirnya kami menerangkan kepadanya yang sebetulnya. Tetapi rasanya seperti tidak mahu diberitahu agar dia solat 20 rakaat. Tapi ilmu itu penting terhadap haknya.

        Tiba-tiba k. long menyampuk "Faheem tadi k. long nampak masa solat iem byk gerak.tergaru sana,tergaru sini. batal kalau macamtu," k. long mengomen.

         "Faheem gatal. Faheem garuk ajelah" dengan semangatnya dia menjawab.

         "lepas ni kalau gatal pun jangan garu lebih tiga kali. batal!" kata k. long lagi. Faheem hanya mengangguk tanpa meneruskan sebarang bicara. 

Hmm solat 20 tapi tunggang langgang pergerakan. Masih boleh diperbaiki..ini baru adik tapi ada juga yang dah besar panjang pergerakan bebas tak tentu arah..

                                twit.............................................................................

*apa2 pun Alhamdulillah Faheem berjaya memecahkan rekod dalam kalangan kami adik beradik. Semoga Allah melindungimu seperti Allah memelihara org2 soleh.
*Sekiranya menjadi imam,sama2lah kita ikhlas kerana Allah. tak terlalu cepat atau lambat.'Bersederhanalah kamu dlm setiap tingkahmu'

Alhamdulillah...

1 comment:

--- said...

salam.
hehe. twit.twit.
i'm the one,hu?
ohoho~ letakla cbox. lagi senang nak komen.
anyway,nice blog.