Pages

Wednesday, November 21

.'Mereka' di sini, di sana.

Bismillah..

Usai menonton video keadaan di Gaza,
 membuatkan hati saya menjadi tidak tentu arah. 

SEDIH!

MARAH!

CEMBURU!

Semuanya bercampur dalam jiwa yang satu. 
 Rasa tidak layak untuk saya bergembira ketika ini.
 Rasa tidak layak saya untuk tidur lena saat ini. Malah rasa hina diri ini berbanding mereka..

Apatah lagi tatkala melihatkan keadaan sekeliling. Bangunan di sini, sama seperti di sana. Kesejukan di sini, sama seperti di sana. Wajah orang arab di sini, iras mereka di sana. Cuma, beza pada ISLAM yang ada dalam diri mereka di sini juga di sana. 

Bila Palestin bakal menjadi milik kita sepenuhnya? 
Ketika itu ya Allah, ku mohon agar aku menjadi hambaMu yang terpilih berada di tanah barakah Palestin bagi meraikan kemenangan hak kebenaran meruntuhkan kezaliman kuffar laknatullah!

***
Ya Rasulullah, lihatlah umatmu ini. Alangkah indahnya seandainya Engkau ada di sisi, sebagai penguat umat Islam itu sendiri. Namun, benarlah firman Allah, "Usahlah bersedih.. Allah tetap bersama kita". Andai seorang syahid, laungan kalam takbir ALLAHUAKBAR sebagai pemangkin semangat Rijal Ad Deen! 

Sungguh berduri jalanmu ini ya Rasulullah..

:: Kita datang dari Allah. Sekembalinya kita pasti kepada Allah.
Maka selayaknyakah di antara keduanya kita mencari selain Allah? ::

irbid, jordan

Monday, November 19

.Hancurkan mereka! Menangkan kami..

[Hasil tangan jiwa yang membara di malam hari..]

Bismillah..

Ketika ini, saat ini, ramai sedang memperkatakan berkenaan kenaikan harga minyak di Jordan. Sedikit sebanyak pelajar yang menuntut di sini, turut merasakan sedikit kesempitan. 

Sekalipun, mereka yang menuntut di sini mendapat tajaan kerajaan tetap merasakan bahangnya. Kenaikannya bukan kenaikan biasa. Dua malah tiga kali ganda dari biasa. Bila di 'convert' kan wang di sini mahunya tercekik memikirkannya. Namun, masih lagi dalam keadaan terkawal.

Oleh kerana hal ini, rasa membara para penduduk Jordan seakan meletus apabila perkara ini diumumkan awal muharam kelmarin. Sepanjang cuti ini, kami pelajar Malaysia perlu lebih berhati-hati untuk keluar dari rumah kerana banyak demostrasi diadakan di syari'-syari' berdekatan terutamanya Syimali. Pihak penentang juga pihak pembangkang kerajaan. 

Hakikatnya, bila difikirkan.. perkara ini kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan apa yang berlaku di Gaza. Kita di sini, sibuk menahan kesejukan. Sangat menghangatkan berselebung dibalik hirom 8kg. Sambil sibuk mempekatakan kenaikan harga barang. OH kalian.. cukuplah!

Walhal mereka? Hangatnya mereka, dengan semangat yang berkobar-kobar melawan Tentera Zionis laknatullah dengan dihujani bedilan bom bertali arus.

Insaf.

Namun, kita perlu bagaimana untuk membantu mereka? 

Sungguh saya buntu. Betapa hampirnya mereka dengan saya. Semuanya keliling negara jordan ini sendiri. Allahuakbar!

Status di facebook, tidak berhenti mengkhabarkan tentang mereka, membuatkan jiwa dan raga bertambah sebak  dengan kehinaan diri sendiri. 

Sedeqah? Doa? Menuntut Ilmu?

Benar, ketiga-tiga wasilah ini menjadikan sumber 'senjata' buat saudara kita di sana. Mungkin, kita merasakan ianya kecil.Tapi tidak bagi Allah. Mudah-mudahan Allah mengira tiap kecil usaha kita.

Ya Allah..
Hancurkan mereka!
Menangkan kami ya Rabb...

:: Kita datang daripada Allah. Sekembalinya kita pasti kepada Allah.
Maka, selayaknyakah di antara keduanya kita mencari selain Allah? ::

 irbid, jordan


Wednesday, November 14

.1434H.



Bismillah..

Berlabuhnya matahari, menandakan permulaan kepada peningkatan tahun. Walhal hakikatnya, sekadar tambah 'satu' angka di akhir nombor tersebut.

 Namun begitu, bagi insan yang mampu melihat dengan kaca mata tarbiyah, sepintas lalu pastinya amalan akan diimbas kembali.

Sepanjang setahun ini, apa yang telah kita lakukan?
Sudah yakin sangatkah tingkatan IMAN kita di masa akan datang?
Selesa sangatkah kehidupan kita sehingga ISLAM itu hanya dipandang sebelah mata?
Segala amalan yang kita laksanakan benar-benar IHSAN kah kita kepada Allah?
Kita punya jawapan itu di dalam hati.

Azan maghrib berkumandang.
Dengan senyuman, tambahan angka itu disambut..

1433 kepada
1434 Hijrah.

 Semakin bertambahnya tahun, saya yakin kemenangan Islam bakal diterajui!
Sedikit lagi. Yakinlah. Malah kita jualah yang menentukan tapakan manakah yang bakal kita pertahankan.

Sama ada terus dalam bungkusan busuk JAHILIYYAH..
Atau menuju kepada cahaya cara hidup ISLAM..

Cuma satu persoalan masih tergantung-gantung di minda.
 'Bila kita akan benar-benar bersatu?'
Ya, BERSATU! 

Banyak sangatkan..perpecahan sekeliling kita? Tak salahkan andai kita berdoa sebagai satu wasilah untuk kita bersatu? Daripada sibuk-sibuk kita tambah musuh bersekutu? 

Jika perkara itu masih menjadi sebahagian dalam hidup kita, masih belum HIJRAH namanya... Kerana apa? Seorang daie itu hanya terlihat kebaikan pada dirinya. Sekecil-kecil Jahiliyyah mampu disingkirkannya..

Mari.. kita sambut Hijrah yang bermakna hasil titik peluh Rasulullah dan Sahabat bersama.
 ***

"Marilah kita menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah.."
(Al Imran :64)

:: Kita datang daripada Allah. Sekembalinya kita pasti kepada Allah.
Maka, selayaknyakah di antara keduanya kita mencari selain Allah? ::
 irbid, jordan

Saturday, November 10

.Allahu yubaarik fiik.


Bismillah..

Jikalau perasan, setiap kali keluarnya entri baru saya, balik-balik mengisahkan keluarga. Tidak mengapakan? Mungkin kerana saya amat mencintai mereka. Kerana itu saya mengambil peluang menulis di tinta maya ini agar mengekspresi hati yang jauh di irbid.

Ini dia adik 'alim' saya. Yang dulu sibuk-sibuk himpit bersama, menyusu dengan Ummi.
 (Perlu diberitahu, supaya ramai yang tidak salah faham)

Sedang siap bertempur dalam medan SPM di KISAS. Moga Allah megurniakan ketenangan hati sepanjang fatrah imtihan yang 'hangat' ni. 

[Scene tahun lepas]

 Ayah bertanya padanya "Abang  target berapa straight A's?"

 "Straight A's tu rasa dah dalam genggaman. Tapi straight 'A+'  tu.. emm InsyaAllah..."

Dalam hati.. 'Cehss! siapa yang nak ambil SPM... sebenarnya?'

Moga bicaramu menjadi impian.. adikku. 
_________________________________________________

Ini pula adik 'macho' saya. Segak lagi bergaya. Heh?

Baru sahaja melepasi pertarungan di alam peperiksaan PMR di smihjb. Selepas ini, istikharah untuk mengambil subjek apa ya tahun hadapan..

[Setiap kali telefon]

"Abang!" Teruja..

"Angah!" Gaya manja perli orang. Sabar..

"Hey, guna handphone siapa ni?" Tidak pun. "Ehem online mana ni?"

"Ustaz Iswan.." ataupun, "Bilik gerakan.."

Suka sangat ambil kesempatan 'keturunan'. Eheh.

"Angah doakan abang ye.. Maafkan abang kalau buat salah."

"Mohon pada Allah..bang." Sayu seketika.

Moga Allah menunjukimu jalan yang lurus, adikku.
__________________________________________________

Manakala, ini pula adik 'smart' saya. Harapnya, inilah adik yang benar-benar last.

Dengarnya, keputusan ayah dan Ummi bakal mendaftarkannya ke sekolah Tahfiz. Faheem pon nak jadi macam abangkan?

[Setiap kali abang balik dari asrama]

"Ummi, nak jadi macam abanglah..." Ada nada kelakar di situ. Namun, diraikan sahaja.

"Faheem nak jadi macam abang eh.." Kami mengusiknya.

"Mana ada!" Tidak mahu mengaku.

Moga istikharah Ayah dan Ummi terbaik buatmu, adikku.

 ***
Kali ini, semua bicara ikhlas ini ditujukan buat adik saya yang hok jate belako.
Bukan mahu promote. Walhal supaya titipan doa pembaca disana yang mungkin sebagai sumbangan buat mereka. Saya tidak minta banyak. Sekadar sedikit tembakan doa. Semoga Allah mengira tiap doa yang terlintas dihati kalian. InsyaAllah~

Allahu yubaarik fiik
"Semoga Allah memberkatimu"


Thursday, November 8

.Sibuk kejar adik?

 
intai dari jauh

Bismillah..

       Kad Weinak dikeluarkan dari dompet putih. Nombor 080099800 di dail. Beginilah setiap kali jika ingin menghubungi orang tersayang yang jauh di Malaysia. Masa yang diberikan pula tidak lama. Hanya diberi peluang 50 minit. Sedikit bukan? 

       Selang beberapa saat terdengar suara Ummi tercinta. Sedikit sebanyak ungkapannya memberi kekuatan dalaman buat diri ini.

        "Ummi.. macam mana Nurin?" Saya terus bertanya.

    "Dia tengah tidur sekarang. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar." Lega sedikit hati mendengarnya.

    Apabila berada jauh dari keluarga, ketika itulah adakalanya Allah menguji perasaan. Mendengarkan adik saya yang perempuan mempunyai ketumbuhan dan perlu pembedahan segera amat merisaukan hati sepanjang hari. Rasa amat sukar untuk menumpukan terhadap sesuatu perkara tatkala memikirkannya.

     "Angah.. sebelum Nurin tertidur tadi, Nurin cerita yang dia mimpi Along ada dengan dia sepanjang pembedahan berjalan. Duduk dengan dia." Kedengaran sedikit esak tangis Ummi menceritakan hal itu kepada saya. Mungkin juga kerana mat amerindui Along.

       Sayu. Tanpa sedar air mata menitis laju. Tangan lantas ditekup ke mulut. Menghalang suara tangis didengari Ummi. Biarlah kali ini saya pula menjadi pendengarnya. Melapangkan telinga menerima luahan seorang ibu.

       "Masa tu dia cerita macam-macam pada Along. Dan Along nasihatkan pada dia supaya kuat. Rindu agaknya...." Suara Ummi tersekat lagi menahan tangis. Diam. Ya, pasti dia rindu. Sudah setahun lebih Along masih di sini. Semakin melebat air mata menurun.

       "Nurin kata dia nak jadi macam Angah.." Allahuakbar. Siapa diri ini untuk dicontohi? Saya menyeka air mata perlahan.

         "Dia nak sangat tulis blog macam Angah.. Lepastu dia minta supaya Along ajarkan pada dia." Saya tergelak kecil.

         Teringat suatu ketika dulu, saya pernah terjumpa diarinya. Senyap-senyap saya membacanya. Benar, gaya penulisannya sangat dikenali. Begitu dekat saya rasa. 

        SAH! memang cara tulisan saya ditirunya. Masa itu jugalah dia merajuk dengan saya kerana membaca diarinya. Habis saya dimarahinya. Padahal, saya tahu mesti dia pun membaca diari saya sorok-sorok. Saya juga begitu. Sering melihat kakak sendiri. Ingin jadi sepertinya..^^

           Senyum terkenang masa lalu. Sungguh jiwa raga amat merindui keluarga tercinta di sana.

***
Surat layang untuk Nurin..

'Nurin Asyura' nama yang indah seindah dirinya. Popular lagi tu. Siapa diri Nurin, itu tidak penting. Yang penting dengan sifat yang ada pada Nurin, mampu mengingatkan insan lain kepada Allah.

 Matlamat kita yang utama ialah dapat berjumpa dengan Allah kelak. Di samping setia bersama Rasulullah di JannahNya nanti. InsyaAllah. Angah tak mahu Nurin terdesak untuk jadi seperti Along mahupun Angah sendiri. 

Be yourself dear..

Satu yang Angah bangga sekarang, alhamdulillah dalam diri Nurin ada ciri-ciri pemikiran seorang yang bertarbiyah. Kaca mata kehidupan yang Yin lihat juga sama seperti Angah dan Along lihat. 

Waiting for the next step. Becoming dai'e yang thabat dalam dakwah. Semoga Allah terus memberi mu nikmat sihat. Dan kutiplah sebanyaknya mutiara hikmah sekeliling Nurin ya. Rindu Nurin... T.T

***
ADIK?
HADEK-HADEK?
ADEQ?
macam-macam istilah..

Adik sendiri, mungkin jarang kita hargai dan nasihat...kan? Asyik sibuk kejar adik orang lain saja. Walhal, adik sendiri terbiar ke tepi. Bagaimana tu?

Rasulullah dahulu, keluarganya adalah yang pertama. Walau baginda tahu ramai bapa saudaranya yang berpangkat besar dalam kaumnya akan menolak keras Dakwah baginda. Kita? Sudah dimulakan?

Atau kita sibuk kembangkan dengan orang lain. Adik sendiri kita 'siiiiiir'kan?

Ya ikhwah wa akhawatee fillah, 
Engkau sendiri tahu bahawa nikmat Iman dan Islam itu amat manis rasanya.
Tidakkah Engkau rasa perit ahli keluargamu sendiri tidak memahami apa yang kau rasa?
Lalu harus bagaimana??

Mulakanlah dari sekarang duhai kader duat sekalian..
Titipkanlah buat mereka apa yang kau rasa.
Mungkin dengan sedikit itu, dia lebih rasa dan mengimaninya.

Kita datang dari Allah, sewajarnya nanti kita pulang kepada Allah.
Maka hubungkanlah segalanya dengan Allah, agar kembalinya kepada Allah,
kita tetap BERSAMA mereka..




Wednesday, November 7

.Bukan turn I masak!




Bismillah..

     Kaki melangkah laju. Ditambah perasaan bahagia dek selesai sudah satu madah(subjek) madkhal tasyri' di Kuliah 105. Walau hakikatnya, keesokannya tetap ada satu lagi imtihan Quran di Markaz Hafsah.

     Seseorang memanggil. Muka dikalih. "Kenapa Atiq?"

     "Nak ke mana? Bukan liqo' pukul 5 ke?"

     "An Jad?? (Iya ke?) Bukan pukul 7 eh.."

     Sambil mata melirik jam di tangan. Benar. Jarum jam tepat pukul 3.30 petang. Mesej dibuka kembali. Sah! Tak peka langsung.

     "Tapi hari ni, turn ana masak..." Mahu tidak mahu berbaki waktu yang sedikit itu saya membuat keputusan untuk pulang juga. Memikirkan mungkin akak-akak balik lambat dan pastinya penat dari ujian praktikal pergigian. Bahasa mudahnya 'lab' (memang penat....)

      Sambil langkahan menongkah arus angin yang berdebu, dia sambung berbicara "Sempat ke? Kita kena Harisun ala waqtihi (menepati masa)". Memang setiap kali liqo' diadakan, kesemua ahli kami akan berlari-larian agar sampai sebelum jam yang ditetapkan. Usah kerana kita, proses TARBIYAH itu semakin lambat. Allahuakbar.

     Saya diam seribu bahasa. Hanya riak wajah berkerut tanda masih memikirkan solusi yang terbaik.

     "Tak pun nanti ana bantu nti masak. Cepat sikit.." Bagai ais yang menyejukkan jiwa. Ya Allah..

     "Okay.." Seperti ingin terbang rasanya. Seandainya dikurniakan kepak, sudah lama dikibarkan seluasnya agar cepat sampai. Terasa ada semangat datang dari arah yang tidak disangka. Sempat lagi saya membelajanya falafil di Mat'am Meqbel. Gembira tengok orang lain gembira. Heh.

      Naik saja tangga blok bangunan kami, sudah terhidu bau masakan orang melayu. Cepat-cepat pintu dibuka.

      MasyaAllah.. ADA PERIUK ATAS TEMPAT MASAK.

      Saya terus meluru ke dapur memastikan ada lauk di dalam periuk tersebut. Alhamdulillah.. Allah mendengar kata hati ini. Sekelip mata rasanya keresahan terubat. Sekalipun perkara ini kecil namun cukup bermakna.

      "Kak Rina.. akak masak ke?" Sambil memeluknya saya mengucapkan terima kasih. Sekiranya tidak kerana sifat ta'awunnya yang sebesar zarah itu, semestinya saya akan lewat ke liqo. Dan kesan pada ahli kami yang berkemungkinan besar bakal terlepas kelas malam yang diadakan oleh PERMAI.

      "Haah. Nanti awak ganti akak punya turn esok. Lagipun akak habis awal tadi.." Senyum.

      Terharu rasanya. Saya mengucapkan syukur sebanyaknya di dalam hati. 

      Alhamdulillah, selesai solat kami ke tempat liqo' yang ditetapkan. Dalam perjalanan, kami hiasi dengan 'sharing' berkenaan surah al masad dan an nasr. Tidaklah perjalanan itu disia-siakan bukan? Biarlah kita datang ke liqo' itu dengan hati yang terus-terusan mengingatkan kembali kepada Allah.

      Memandangkan saya membelanjanya falafil, Allah mengganjari kembali dengan sebatang aiskrim dari sahabat saya itu. Dapatlah menghilangkan sedikit dahaga sepanjang perjalanan kaki dua kerat ini. Sweetkan?

***

وَتَعَاوَنُوا عَلَى البِرِّ وَالتَّقْوَى
"Saling berbantulah kamu ke arah ketaqwaan"

Betapa istimewanya ayat ini, kepada sesiapa sahaja Allah menyeru untuk kita melaksanakannya. Betapa nikmatnya berbuat kebaikan, hanya yang merasaikan mampu menjiwai. Terkeluar pula madah bahasa pujangga.

Apatah lagi, seandainya kita membuat sesuatu perkara yang membahagiakan orang lain. Sekalipun hanya kata2 yang sejuk untuk didengari. Hati yang galau juga, InsyaAllah sedikit sebanyak dapat di'islami'sasikan kehidupan kita itu. 

Lebih lagi yang hidup 'berumahtangga' dengan sahabat masing-masing. Betapa pentingnya dalam toleransi dalam mewujudkan keharmonian perhubungan. Bila 'rumahtangga' harmoni, wujudlah 'komuniti' yang harmoni. Tak gitu?

Mudah saja sebenarnya.

At least, bila kita tengok ahli rumah kita bertungkus lumus, berhempas pulas dengan bawang dan periuk yang berasap di dapur, tidak salahkan untuk kita membantunya memasakkan nasi? Jika tidak pun, tolong basuhkan pinggan yang berlambak di singki. 

Jangan pula kita setakat menjeling dari jauh. Dan berkata, "Dah memang turn dia hari ni..nasiblah. Bukan turn I masak!"

Assalamualaikum! memanglah hari ni bukan turn you masak. Nanti masa akan datang macam mana? WAJIB masakan itu disediakan setiap hari. Waktu itu, dah tak main dah sorok bawah selimut buat-buat pejam mata dan.. tidur. Lainlah sudah ada bibik dan berduit. Itu lain cerita. Tapi kitakan umat RASULULLAH?

Bersifat ta'awunlah walau dalam perkara yang kecil. Sedangkan Rasulullah sentiasa menyantuni sahabatnya juga kepada ahli keluarganya. Apatah lagi kita yang mengaku sebagai ummatnya ini. 

Siapa tahu, amalan itulah yang terdapatnya keberkatan amal ikhlas yang diterima Allah di akhirat kelak? Sama-sama kita islamikan kehidupan ini dengan sebenarnya ^^v
Aiwah..

Allahu yu'tikum aafiah. InsyaAllahu kheir~