Bismillah..
Berlabuhnya matahari, menandakan permulaan kepada peningkatan tahun. Walhal hakikatnya, sekadar tambah 'satu' angka di akhir nombor tersebut.
Namun begitu, bagi insan yang mampu melihat dengan kaca mata tarbiyah, sepintas lalu pastinya amalan akan diimbas kembali.
Sepanjang setahun ini, apa yang telah kita lakukan?
Sudah yakin sangatkah tingkatan IMAN kita di masa akan datang?
Selesa sangatkah kehidupan kita sehingga ISLAM itu hanya dipandang sebelah mata?
Segala amalan yang kita laksanakan benar-benar IHSAN kah kita kepada Allah?
Kita punya jawapan itu di dalam hati.
Azan maghrib berkumandang.
Dengan senyuman, tambahan angka itu disambut..
1433 kepada
1434 Hijrah.
Semakin bertambahnya tahun, saya yakin kemenangan Islam bakal diterajui!
Sedikit lagi. Yakinlah. Malah kita jualah yang menentukan tapakan manakah yang bakal kita pertahankan.
Sama ada terus dalam bungkusan busuk JAHILIYYAH..
Atau menuju kepada cahaya cara hidup ISLAM..
Cuma satu persoalan masih tergantung-gantung di minda.
'Bila kita akan benar-benar bersatu?'
Ya, BERSATU!
Banyak sangatkan..perpecahan sekeliling kita? Tak salahkan andai kita berdoa sebagai satu wasilah untuk kita bersatu? Daripada sibuk-sibuk kita tambah musuh bersekutu?
Jika perkara itu masih menjadi sebahagian dalam hidup kita, masih belum HIJRAH namanya... Kerana apa? Seorang daie itu hanya terlihat kebaikan pada dirinya. Sekecil-kecil Jahiliyyah mampu disingkirkannya..
Mari.. kita sambut Hijrah yang bermakna hasil titik peluh Rasulullah dan Sahabat bersama.
Mari.. kita sambut Hijrah yang bermakna hasil titik peluh Rasulullah dan Sahabat bersama.
***
"Marilah kita menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah.."
(Al Imran :64)
:: Kita datang daripada Allah. Sekembalinya kita pasti kepada Allah.
Maka, selayaknyakah di antara keduanya kita mencari selain Allah? ::
irbid, jordan
irbid, jordan
No comments:
Post a Comment