Pages

Thursday, November 8

.Sibuk kejar adik?

 
intai dari jauh

Bismillah..

       Kad Weinak dikeluarkan dari dompet putih. Nombor 080099800 di dail. Beginilah setiap kali jika ingin menghubungi orang tersayang yang jauh di Malaysia. Masa yang diberikan pula tidak lama. Hanya diberi peluang 50 minit. Sedikit bukan? 

       Selang beberapa saat terdengar suara Ummi tercinta. Sedikit sebanyak ungkapannya memberi kekuatan dalaman buat diri ini.

        "Ummi.. macam mana Nurin?" Saya terus bertanya.

    "Dia tengah tidur sekarang. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar." Lega sedikit hati mendengarnya.

    Apabila berada jauh dari keluarga, ketika itulah adakalanya Allah menguji perasaan. Mendengarkan adik saya yang perempuan mempunyai ketumbuhan dan perlu pembedahan segera amat merisaukan hati sepanjang hari. Rasa amat sukar untuk menumpukan terhadap sesuatu perkara tatkala memikirkannya.

     "Angah.. sebelum Nurin tertidur tadi, Nurin cerita yang dia mimpi Along ada dengan dia sepanjang pembedahan berjalan. Duduk dengan dia." Kedengaran sedikit esak tangis Ummi menceritakan hal itu kepada saya. Mungkin juga kerana mat amerindui Along.

       Sayu. Tanpa sedar air mata menitis laju. Tangan lantas ditekup ke mulut. Menghalang suara tangis didengari Ummi. Biarlah kali ini saya pula menjadi pendengarnya. Melapangkan telinga menerima luahan seorang ibu.

       "Masa tu dia cerita macam-macam pada Along. Dan Along nasihatkan pada dia supaya kuat. Rindu agaknya...." Suara Ummi tersekat lagi menahan tangis. Diam. Ya, pasti dia rindu. Sudah setahun lebih Along masih di sini. Semakin melebat air mata menurun.

       "Nurin kata dia nak jadi macam Angah.." Allahuakbar. Siapa diri ini untuk dicontohi? Saya menyeka air mata perlahan.

         "Dia nak sangat tulis blog macam Angah.. Lepastu dia minta supaya Along ajarkan pada dia." Saya tergelak kecil.

         Teringat suatu ketika dulu, saya pernah terjumpa diarinya. Senyap-senyap saya membacanya. Benar, gaya penulisannya sangat dikenali. Begitu dekat saya rasa. 

        SAH! memang cara tulisan saya ditirunya. Masa itu jugalah dia merajuk dengan saya kerana membaca diarinya. Habis saya dimarahinya. Padahal, saya tahu mesti dia pun membaca diari saya sorok-sorok. Saya juga begitu. Sering melihat kakak sendiri. Ingin jadi sepertinya..^^

           Senyum terkenang masa lalu. Sungguh jiwa raga amat merindui keluarga tercinta di sana.

***
Surat layang untuk Nurin..

'Nurin Asyura' nama yang indah seindah dirinya. Popular lagi tu. Siapa diri Nurin, itu tidak penting. Yang penting dengan sifat yang ada pada Nurin, mampu mengingatkan insan lain kepada Allah.

 Matlamat kita yang utama ialah dapat berjumpa dengan Allah kelak. Di samping setia bersama Rasulullah di JannahNya nanti. InsyaAllah. Angah tak mahu Nurin terdesak untuk jadi seperti Along mahupun Angah sendiri. 

Be yourself dear..

Satu yang Angah bangga sekarang, alhamdulillah dalam diri Nurin ada ciri-ciri pemikiran seorang yang bertarbiyah. Kaca mata kehidupan yang Yin lihat juga sama seperti Angah dan Along lihat. 

Waiting for the next step. Becoming dai'e yang thabat dalam dakwah. Semoga Allah terus memberi mu nikmat sihat. Dan kutiplah sebanyaknya mutiara hikmah sekeliling Nurin ya. Rindu Nurin... T.T

***
ADIK?
HADEK-HADEK?
ADEQ?
macam-macam istilah..

Adik sendiri, mungkin jarang kita hargai dan nasihat...kan? Asyik sibuk kejar adik orang lain saja. Walhal, adik sendiri terbiar ke tepi. Bagaimana tu?

Rasulullah dahulu, keluarganya adalah yang pertama. Walau baginda tahu ramai bapa saudaranya yang berpangkat besar dalam kaumnya akan menolak keras Dakwah baginda. Kita? Sudah dimulakan?

Atau kita sibuk kembangkan dengan orang lain. Adik sendiri kita 'siiiiiir'kan?

Ya ikhwah wa akhawatee fillah, 
Engkau sendiri tahu bahawa nikmat Iman dan Islam itu amat manis rasanya.
Tidakkah Engkau rasa perit ahli keluargamu sendiri tidak memahami apa yang kau rasa?
Lalu harus bagaimana??

Mulakanlah dari sekarang duhai kader duat sekalian..
Titipkanlah buat mereka apa yang kau rasa.
Mungkin dengan sedikit itu, dia lebih rasa dan mengimaninya.

Kita datang dari Allah, sewajarnya nanti kita pulang kepada Allah.
Maka hubungkanlah segalanya dengan Allah, agar kembalinya kepada Allah,
kita tetap BERSAMA mereka..




No comments: