Pages

February 26, 2013

.BuBuU #1



"Em.. nanti awak semua fikirlah ya nak beri nama apa untuk liqo' kita ni.." Kak Ally bertutur lembut, sambil matanya memandang mutarobbinya satu persatu. Iyah, Atty, Nouha, Ella, Arfi, Ekin, Abel. 


"Kita beri nama BuBuU nak!" Iyah terus mencadangkan. 


"Apa tu awak? Comel je.." Kak Ally dan ahli turut tergelak mendengar cadangan Iyah.


"Macam bubu ikan aja kak Iyah ni." Celah Ella. 


"Heyy.. maksud dia Bulat Bulat Ukhwah ya. Comelkan? Setuju tak?"


Disebabkan mereka yang lain sudah malas untuk berfikir panjang. Diterima dengan rela dan senang hati nama yang agak 'comel' itu.


Biarlah, nama itu tidak penting. Kerana ianya sekadar satu wasilah. Namun, misinya ingin menyampaikan Islam seperti mana Rasulullah dan para sahabat laksanakan. Moga Allah melapangkan hati-hati mereka.


Kak Ally sekadar tersenyum kecil melihat keletah mereka. Dilayan saja setiap butir bicara mutarobbinya yang bertujuh itu tanpa sedikit pun perasaan yang memperlekehkan. Ya, sebenarnya itulah proses tarbiyah yang bukan sekejap sahaja untuk mendapatkan hasil dengan sekelip mata.


Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak semudah pada bicara yang boleh memberhentikan itu dan ini, walhal dengan tarbiyah itu sebenarnya mampu mengingatkan hati-hati jika semua itu dipaksikan hanya kerana Allah. Dan halawatul iman itu, sedikit demi sedikit meresap sebati pada hati.


Sedangkan dia juga turut tertaut di jalan ini kerana teladan dan qudwah Islam yang dipamerkan murobbinya dahulu.


"Bubuu.... senang juga nak sebutkan?" Atty memuji.


"Kan....?" Kak Iyah mengajuk Atty sambil mukanya gembira berseri dipuji.


" Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul (penyampai) dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. " (Al Baqarah: 129) 


Cerita ceriti mereka, tidak diketahui apakah kesudahannya. Namun setiap pergantungan, mereka bulatkan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah agar melorongkan mereka ke arah jalan yang terus menuju JannahNya. Tanpa seorang pun yang tercicir dan tertapis sehinggalah tapakan mereka bersama melangkah menghadap Allah yang di cintai.



2 comments:

-Ainul Yaqin- said...

BuBuA- bulat bulat Abel yang dirindui

Mawar Putih said...

eh? hehe tiada watak dalam cerita ni :)