Pages

February 28, 2013

.Balik ke?

Terbayang rumput di Malaysia :)


Bismillah..


Sambil menyelak buku madkhal ila dakwah ditepuk lembut bahu sebelah kanan.Wajah dikalih seiring senyuman yang menghiasi. "Enti balik ke tahun ni?" Tanyanya.


"Tak pasti lagi. Kenapa?"


"Kalau enti nak balik, bagi tahulah ana. Kita boleh tempah secara grouping.." Semangat dia menuturkan.


"Oh ya? Berapa boleh dapat?"


"Dalam 490JD.." Saya mengangguk perlahan. Sejenak fikiran mencongak. Jika ditukarkan dalam bentuk wang Malaysia perlu didarabkan dengan 4.++. Mudahnya, didarabkan dengan 5 terus.


Aduhai, mahu mencecah RM 2+++. Mahu dikorek lubang harta mana di irbid ni?


Mungkin sebahagian pelajar yang mendapat tajaan seperti pelajar perubatan dan pergigian di sini, mudah untuk mereka membuat pilihan pulang ke tanah air.


Cakap sahaja rindu, nah huluran wang disalurkan ke pihak syarikat yang menguruskan penerbangan. Namun, tidak semua begitu. Ada sebahagian mereka mendapat biasiswa, walhal tanggungan keluarga berada dipundak bahunya.


Sekarang ini, semakin meningkat naik pula harga-harga tiket ke Malaysia. Baik melalui penerbangan Kuwait Airlines, Qatar Airlines atau Egypt Air. Dan bertambah jugalah orang yang akan stay di Jordan ini. Mengambil subjek musim panas (semester 'soifi'). Melainkan ada 'seru' untuk balik. Eh?


Itu, belum ditambah lagi dengan mana-mana pelajar yang private ingin membuka rumah baru. Iyalah sebelum ini, pelajar tahun satu ditempatkan disakan (asrama) iaitu tempat dimana pelajar tahun satu 'bertapa' selama setahun sebelum berpindah ke rumah sebenar.


Sangat menguji dirilah sebenarnya bila ada-ada waktu yang memerlukan kewangan yang sangat banyak. Namun, itulah yang mengajar kami erti kehidupan. Tidak semua insan merasai apa yang kita rasai.


Ya, mungkin saja mereka di luar sana lihat, "Oh, indahnya belajar di Jordan." "Nak pergi Jordanlah, sebab ada salji". Dengar sini dulu ya...


Aduhai, tertipu sebenarnya kalian ini. Itu semua hanya kebenaran satu daripada sepuluh pengharapan yang anda bayangkan. Selebihnya? Pastinya tidakkan terlintas kehidupan di sini bagaimana.


Dengan air yang dicatunya mengikut pembahagian tangki rumah. Malah hampir setiap barang mencecah harga 1 JD. Jika di convert kan, bersamaan RM 5.


Hendak katanya, ya itulah tarbiyah yang sebenar buat kami. Dari segi kewangan, memang agak sempit  dan sesak. Apatah lagi rakyat Jordan sendiri. Di sini semuanya bercukai.


Sedangkan top up pun bercukai. Persis kata senior di sini, ah telan je. Harta itu bukankah milik Allah? Mengapa perlu kita risaukan?


Eh tetapi, hidup di sini sangat rasa dilindungi. Saya akui. Mengikut apa yang saya rasa sebagai seorang akhawat. Orang arab di sini sangat menjaga dan memelihara akhawat-akhawat di sini. Kata lainnya, 'ladies first'. Betapa konsep itu, sangat diterapkan dalam kalangan penduduk di sini.


Melainkan orang arab yang tiada tamadun. Faham sahajalah sifat mereka bagaimana. Sering menjadikan pelajar melayu bahan usikan mereka.


"Ayah, harga tiket dah cecah 5++ JD. Macam mana eh?"


"Kita tengok dululah. Kak Long punya tunggu promosi tiket ya. Bajet ayah takut tak cukup nak bayar 2 tiket.." Balas ayah.



'Ayah, angah faham aja situasi kita. Angah tak mengharapkan supaya angah boleh selalu balik ke Malaysia. Sebab niat angah datang sini pun memang untuk mengutip ilmu dan membawa pulang segulung ijazah tu sebagai mahasiswi Mumtaz keluaran Jamiah Yarmouk itu sendiri.

 Seandainya angah belum diizinkan Allah untuk balik, angah redha. Dan angah harap ayah dan ummi juga redha. Cuma satu doa angah, moga suatu hari nanti.. ayah dan ummi dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini. Merasai kehidupan yang selama ini anak ummi ayah lalui dengan hasil angah sendiri. 

Dan seandainya Allah menetapkan juga untuk angah balik Malaysia, sedaya upaya akan dipenuhi masa-masa luang bersama keluarga kita. InsyaAllah'.

T.T


Sukarnya membuat pilihan. Namun, pilihan kita itulah kehidupan. Allahuakbar. Hakikatnya, sebagai seorang daie yang jelas matlamatnya dia tahu akan prioriti yang sepatutnya.

"Balik ke?" Persoalan yang tiada jawapan. Anda rasa? Ke ada yang nak sponsor? Alangkah nikmatnya tidak terkata. Uhuh. Senyum jahat.


"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan Mudahkanlah untukku urusanku.."
(Surah Taha : 25-26)




2 comments:

D-SIM said...

oh, cuti summer ?

harga tiket ke Malaysia ke yang cas mahal atau memang macam tu ?

Orang belajar kat Malaysia pun kena berjimat, tak bermewah pun. Cuma kos balik ke kampung lah lebih jimat kalau nak banding dengan Jordan, and obviously jaraknya lebih dekat :p

Mawar Putih said...

haah ya cuti summer. Tapi, ada 3 pilihan.

Sama ada ingin balik 3 bulan (bagi yang tidak mengambil soifi)
1 bulan lebih (bagi yang ambil soifi)
stay (yang ambil soifi tapi tak balik)

Tiket yang paling murah pun by grouping. Dan kalau lambat harga makin naik.

Jadi posibility untuk balik tu agak payah. Melainkan Allah melapangangkan rezeki lebih buat kami.