Pages

Saturday, February 5

Family Day #2

Bismillah..

Keesokan harinya, kami beramai-ramai turun ke tepi pantai untuk mengadakan acara kemuncak. Setiap acara yang dipertandingkan mewakili semua tahap. Tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang-orang veteran.

Antara acaranya ialah isi air dalam cawan secara berpartner, kutip telur penyu, baling belon air dan berlari sambil belon diletakkan di pipi. Bagi ana permainannya sungguh mudah tetapi menjadi sukar bila tidak sama tahap.

 Cuba bayangkan jika kita dapat partner yang lebih rendah daripada kita? Ataupun yang terlebih tinggi? Bukankah itu sukar? Tapi memang seronok dan sangat comel! Itulah hakikatnya manusia diciptakan berbeza-beza bentuknya. Subhanallah..

Dan kami mengakhiri acara dengan mencipta sebuah istana idaman khas buat Mak Tok. Kami bergabung tenaga baik yang tidak tahu apa-apa sehinggalah manager, pelukis pelan dan bermacam-macam pekerjaan lagi. 

Nak tak nak bertambah rumit bila mana orang-oang besar menyiapkan, kanak-kanak ini hanya tahu mengorek pasir dan bakal menghancurkan istana yang dibina. Tetapi ahamduillah kesemuanya saling melengkapi bagi menghasilkan yang terbaik bukan yang sempurna.

Pada sebelah petangnya...

Kami pergi secara konvoi ke muzium ***(tidak mampu untuk diingati). Di situ banyak juga tempat pengumpulan khazanah negara. Paling bedebar apabila memasuki dan melalui terowong PKM( parti komunis Malaya) di bawah tanah. Sambil-sambil melihat dan meninjau setiap isi, ana tertarik di satu kawasan di mana terletaknya banyak jenis senjata yang telah digunakan untuk beperang. Tiba-tiba terinagat ana kepada rumah kuning. Mungkin sebab alatannya. 

Semasa dalam perjalanan pulang, walaupun ana merupakan cucu seorang tentera darat, jujur ana akui jiwa pejuang seakan meledak apabila memikirkan bila Islam bakal tertegak dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Tetapi pastikah kita menjodi golongan itu??  




No comments: