Bismillah..
"Ihdinas siraatol mustaqiim"
Ungkapan bacaan yang sering dibaca bagi tiap muslim saat menunaikan solat. Namun, ungkapan itu sendiri masih lagi belum lekat sepenuhnya di hati-hati kita. Right?
Melaluinya, manusia dapat mengenal pencipta mereka.
Melaluinya, manusia mengetahui akhlak rasulnya.
Melaluinya, manusia dapat membina sebuah tamadun.
Melaluinya juga manusia dapat menyingkap satu persatu keajaiban sekelilingnya.
Tidakkah kita fikir?
Sebahagian dari kita hanya mengambil sebahagian saja dari seluruhnya?
Jika benar, kita akui penciptaan manusia di dalam Al Quran,
Apakah kita menidakkan mengenai hukum yang diturunkan Allah?
Sekiranya kita mengakui Al Quran itu adalah KALAM Tuhan.
Apakah KALAM Tuhan itu ada yang menipu?
mahupun yang dusta?
Tak logiklah sekiranya, kita mengatakan " Oh, ayat ni memang betul. Lagipun saintis dah menemukan puncanya". Masa lain pula, " Eh, ayat ni maksudnya lain. Istilah modennya bukan begini " and bla..bla..bla. ~nonsense.
Allahuakbar. Takut pula rasanya.
Keadaan kini, cukup membuka ruang untuk kita MENCIPTA fatwa baru mengikut kesesuaian keadaan.
Na'uzubillah. Moga jauh dari golongan itu. Sehingga kebenaran semakin terhakis dek kebatilan yang berlumba-lumba melitupi kebenaran. Allah..
Saya cukup sedih, apabila ada UMMAT RASULULLAH yang berkata "Sekarang ni, kalau kita ingin mengajak orang lain kenal Islam, perlu dibuktikan dengan sains. Bukan main luah aja ayat AlQuran. Kalau macam tu orang tak nak dengar sangat." Biasalah tu kan?
Tapi, satu yang saya fikir.
Sekiranya kita ini diterbalikkan masa hidup di zaman Rasulullah. Saat Rasulullah menuturkan KALAM Allah. Mampukah kita menjadi seperti Abu Bakar yang terus menerus mempercayai kata-kata baginda? Sekiranya sebagai isteri pula, percayakah kita apa yang baginda lontarkan. Saat ceritanya, bertemu dengan Malaikat Jibril, Khadijah percaya malah menenangkan juga memberikan dorongan yang utuh kepada baginda?
Kita?
pihak mana kita tika itu?
Jika kita bersifat seperti sekarang ini, lalu bertanya baginda " Ya Rasulullah, apa buktinya kebenaran kata-katamu?" Dan berapa ramai yang mengatakan GILAnya baginda. Sedih.. Bayangkan, jika kita sendiri di tempat Baginda, apa yang akan kita jawabkan? Sedangkan kita sendiri tahu Rasulullah itu, tidak tahu membaca juga menulis. Allah.
Begitu juga dengan zaman kini. Kaedah teknologi sains mampu menterjemah kepada pembuktian Al Quran itu adalah sebenar-benarnya. Namun, masih lagi antara kita menambil enteng kebenaranNYA.
Allah juga sering menggembirakan hati baginda dengan kisah nabi terdahulu lalui. Sama sepertinya. Petikan dari Surah Hud : 27
" Maka berkatalah para pemuda kafir dari kaumnya, 'Kami tida melihat engkau, melainkan hanyalah seorang manusia biasa seperti kami, dan kami tidaklah melihat orang yang mengikti engkau, melaikan orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya. Kami tidak melihat kamu memiliki suatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami menganggap kamu adalah pendusta"
Baca ayat ini, cukup membuatkan hati ini bergetar hebat. Pastinya, keadaan baginda tika itu lebih teruji. Namun, atas dasar sifat kasihnya baginda terhadap ummatnya. Dibiarkan saja lontaran kata nista terhadap baginda. Asal suatu hari nanti ummatnya kembali kepada Agama Allah yang benar ini.
Subhanallah..
Ya Allah. Kuatkan aku untuk turut serta merasi mehnah berada di Jalan Rasulullah ini. T.T
Biarlah mereka kata "Aku gila!"
Cukuplah dengan kalamMu mengubat hati.
Biarlah mereka kata "Aku pendusta!"
Cukuplah dengan kalamMu menenangkan hati.
Kerana JanjiNya pasti.
Allah berjual beli dengan orang Mukmin akan ganjaran Syurga buat Hambanya yang berada fi sabilillah..
InsyaAllah.
~Rindu baginda. Kerana akhlaknya membuatkan aku jatuh cinta.
Ya kerana tingkahnya aku jadi si buta yang merindukan kekasihNya.
No comments:
Post a Comment