Pages

Friday, May 4

.Andakah Hifzul Quran pilihanNya?



Bismillah..


Sabda Rasulullah S.A.W :
" Barangsiapa yang menghafaz Al Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari "


Siapa yang tak nak tawaran ini..


Sehingga kini saya masih membaja cita-cita suci ini. Cumanya, betapa sukar sebenarnya dalam memeliharanya agar melekat di hati yang penuh debu dosa ini.


Mengenangkan kembali saat 'menghafaz' Al Quran di sekolah dahulu,
bagi kami ianya suatu perlumbaan. Suatu pencapaian yang dibanggakan. Suatu gelaran yang memudahkan urusan. Astaghfirullah..


Saya sedar itu. Namun, saya bersyukur, saya dicampakkan sebagai antara pelajar Tahfiz di sekolah. Siapa yang tak jelous dengan pelajar tahfiz. Betul tak? Tapi bila sudah berada di dalam kelas tu, sikit-sikit syaitan mencucuk agar kita melupakan matlamat kita berada di dalam kelas tersebut.


Kisah pelajar Tahfiz
Saya ingat lagi semasa pemilihan pelajar Tahfiz semasa di Tingkatan satu.
Setelah 'dipaksa' menghafaz satu mukasurat. Tibalah masa nama dipanggil..

" Okay, enti boleh baca sekarang.." Kata salah seorang guru yang menasme' kami. Ada empat orang kesemuanya.

Saya pun memulakan pembacaan. Sudahlah pelajar pertama yang dipanggil. "Bismillahirahmanirrahim.. Lan tanaalul birro hatta tunfiqu mimma tuhibbun.." Sehingga ayat kedua dan... err *stuck. Okay, Tak ingat. Rasa nak nangis juga masa tu. Dalam hati berbicara gerenti tak dapatlah jawabnya.

Dan saya ingat lagi soalan Ustazah tersebut, " Macam mana kalau enti tak dapat tahfiz? "

Dengan yakinnya saya menjawab, " Saya tak masuk sekolah sini. Saya akan mencari Tahfiz di sekolah lain.." Mungkin atas dasar keinginan untuk menghafaz yang sangat tinggi saya berkata begitu. Alhamdulillah rezeki dari Allah, saya terpilih.

Kene marah dengan Ustaz
Ah.. itu perkara biasa. Tapi dengan Ustaz sajalah kene marah. Dengan Ustazah baik aja. Tabiklah dengan banin. Mungkin bagi mereka kene cubit, rotan (ada ke?), dah biasa. Saya rasa, banat Tahfiz batch kami yang beruntung dapat merasai sebentar 'penangan' Ustaz. 

Pernah sekali, saya kene pukul dengan batang penyapu semasa Murajaah juzu' 2. Ingat lagi kata-kata Ustaz, " Kamu ingat Ustaz tidur? Mata Ustaz ni aja yang pejam. Tapi telinga ni dapat tangkap mana yang kamu salah." Adeh..

Tapi tak sakit pun kene batang penyapu tu. Nama pun orang perempuan. Jadi, tak ganas sangatlah. Namun, di sebalik kegarangan Ustaz, dia seorang yang begitu 'caring' terhadap kami. Setiap perkara yang berlaku, Ustaz pasti menjaga kebajikan kelas kami. Memang.. untung. 

Semangat Menghafaz
Semasa form 1 dahulu, bolehlah laju-laju. Bila dah meningkat besar, banyak pula komitmen lain sehingga adakalanya kami membelakangkan Hafazan berbanding kerja sekolah lain.

Pernah Ustazah berkata, " Kerja sekolah guru lain antum boleh siapkan. Tapi, Ustazah cuma minta tasme' satu muka surat sahaja. Susah ke nak siapkan kerja Ustazah?" Soal Ustazah dengan penuh kelembutan. Muka semua tunduk. Hanya kata maaf yang terluah.

Dulu, berlumba-lumba kami menghafaz bagi mencapai 7 juzu' satu tahun. Memang pulun tahap giga. Dan hanya segelintir dari kami yang lepas. Sebahagian yang lain di keluarkan dari Tahfiz. 

Sejak itu, kami yang tinggal berlima semua 'pancit'. Kecuali seorang sahaja yang dapat menamatkan hafazannya. Suruh menghafaz pun sudah tiada semangat mungkin atas faktor tiada suasana. Apapun, alhamdulillah.

Bertambah Jelous
Adik lelaki saya dapat menamatkan hafazannya dahulu dari saya. Biasalah orang lelaki. (Alasan..)

Semasa cuti, saya pasti akan bertanya padanya " Dah juzu' berapa sekarang?". Jawapannya pasti ada peningkatan. Saya?

" Angah juzu' berapa sekarang?"

" Juzu' 4 "

Cuti di kmudiannya. " Angah juzu' berapa sekarang? "

" Juzu' 5 " 

" Lambatnya.." Kureng asam punya adik. Namun, saya terpaksa akur betapa ketika itu, saya semakin lembap dalam menghafaz setelah di 'push' oleh guru-guru.

Namun..


Memeliharanya al Quran amat payah sekali. 
Sehari kita meninggalkannya, seminggu al Quran merajuk dengan kita.


Sekali dosa tercalit di hati, perlukan masa untuk menghakisnya.
Bahkan al Quran itu tidak masuk ke hati yang penuh dengan kegelapan.


Kisah Seorang Penghafaz Yahudi.

Seorang Muallim menceritakan kepada saya, dia mempunyai seorang sahabat yang merupakan Mahasiswa Al Azhar. Juga seorang penghafaz Al Quran. Dalam masa yang sama mereka juga menghafaz hadith Rasulullah s.a.w dan mempelajari ilmu agama.

Tiba suatu ketika, azan berkumandang. Sahabatnya mengajak salah seorang rakan sekelas pembelajaran agamanya bagi menunaikan solat.

Rakannya menjawab, " Ana tidak menunaikan solat kerana ana seorang Yahudi. "

Masya Allah..
Begitulah perumpamaanya jika seseorang itu menghafaz tetapi tidak diamalkan ayatNya itu.

Kelebihan Hafiz al Quran


 Menurut Ismai Masyhuri al-Hafiz, diantara kelebihan yang diperolehi penghafaz al Quran adalah dikurniakan kelebihan pada hari akhirat kelak untuk memberikan syafaat kepada 10 orang ahli daripada ahli keluarganya.


Namun, terdapat tiga syarat. Dia mengHAFAZ al Quran. Lalu dia MEMELIHARAnya. Serta mengAMALkan ayat al Quran tersebut. 
Jika tidak, samalah seperti seorang Huffaz Yahudi tersebut.


Menghafaz Al Quran itu tidaklah WAJIB.
Bahkan sunnah..


Renungkanlah firman Allah s.w.t


" Kemudian Kitab itu, kami wariskan kepada orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar."
Fatir : 31-32

Sama-sama kita menjadi Hifzul Quran, bukannya Fitnatul Quran.
Nauzubillahi min zhalik.










No comments: