Pages

Monday, July 30

.Jalan TAQWA.


Bismillah..

"Awak tahu tak, semalam kita nampak dia. Wah, handsome gila!" erk. Sudah handsome, gila pula? 

Istighfar.

"Hey budak sopsuci! tak payah nak tunjuk alim sangatlah. Harapkan pakai jubah meleret-leret tanah kaup najis buat apa!" Huh, menyirap tahap giga nih. Bagi 'sebijik' baru tahu.

Istighfar.

Mata menjamah semua hidangan di bazaar Ramadhan. Nak yang mana ye? Tanpa sedar orang di sebelah, mencapai kuih di situ, di sini, dan di sana. BANYAKNYA!!

Istighfar.

Semua perkara ini 'ditahan' bagi mengawal diri. Serta melatih diri kita, untuk bulan-bulan yang kan datang. Jika bukan Ramadhan, bila lagi? Semuanya dipasakkan kerana Allah, InsyaAllah.

***

Umar al Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab r.a tentang TAQWA. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan): "Pernahkah enkau lalu di jalan yang banyak duri?"

Umar menjawab, "Sudah tentu!"

Ubay bertanya lagi, "Justeru apa yang engkau lakukan?"

Umar menjawab, "Aku akan mengangkat sedikit kainku dan aku akan melangkah dengan berhati-hati."

Ubay berkata "Itulah yang dimaksudkan dengan TAQWA." Mudahkan analoginya? Namun, bukan mudah untuk mencapainya. Sama-samalah kita mengejarnya!

Motto Ramadhan: "Kurangkan percakapan, Tingkatkan amalan."

Friday, July 20

.Di mana Ramadhan kita?


Bismillah..

Kedengaran laungan azan di masjid berdekatan. Ramadhan, kembali buat kesekian kalinya. Saat yang ditunggu berkunjung tiba. Walau berbeza masa dan situasi daripada tahun-tahun sebelumnya.

Senyuman yang terukir, kembali mengendur. Menjelma dibenak, apakah kesudahannya nanti Ramadhan kali ini? Mampukah diri bertahan, hanya kerana mentaati Allah? Segalanya diusahakan bagi mencapai TAQWA yang dijanjikan Allah itu. Allah..

***
Sungguh menghairankan. Khabarnya, dia itu sudah tertambat. Diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar- dengar, malah Rasulullah sendiri yang memberitahu mengenainya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat."

Apabila RAmadhan mengikat syaitan daripada bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat.

Seperti sebutan Nabi s.a.w pada sepotong hadis al-Bukhari dan Muslim, "Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri seluruh anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar."

Salah siapa?

Maka, selepas pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan dan sudah cukup susahkan jalan kejahatan?

Segala kemudahan sudah diberi untuk manusia berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan, siapa lagi yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri?

Kejahatan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kederhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat.

Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah Tuhannya, maka kejahatan pada bulan Ramadhan juga akan dibalas secara eksklusif oleh Dia.

Soalnya, dimanakah syaitan ditambat? Soalnya, di manakah kita bakal menghabiskan masa pada bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan bertandang? Atau di tempat turunnya Rahmat Allah pada zikir dan munajat?

Hati-hati semasa melangkah. Ingatlah lorong dan liku JALAN TAQWA!





Saturday, July 14

.Kalian sayap kanan, Kami sayap kiri.

Islam itu tinggi. Tiada yang lebih tinggi dari ISLAM.


Rabu, 14 Julai 2010 -Bermulanya era perubahan. Perlaksanaan tranformasi telah dilaksanakan. Dibarisi para kepimpinan yang tersusun kukuh satu barisan. Dalam meneruskan serapan dakwah dan pentarbiyahan.


Pagi itu, seorang insan terjaga awal dari biasa. Lantas air wudhu' menyimbahi wajah justeru menunaikan solat sunat sepertiga malam. Dalam kedinginan, dia berdoa "Ya Allah, seandainya aku layak dalam pemerintahan tampuk kepimpinan sekolah ini, Engkau tempatlah aku ditempat yang terbaik bagiMu. Andai aku terpilih, satukanlah hati kami dalam meninggikan Islam di sekolah ini."


Perhimpunan pagi itu, luar dari jangkaan mereka. "Baiklah, diumumkan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 10/11 ialah, ........." Kesembilan ahli itu diminta berdiri. Seisi dewan menjadi senyap tanpa suara. Hakikatnya, itulah mereka. 'Barisan kepimpinan yang tidak dijangkakan bakal memegang tampuk sekolah'.


Usai pengumuman, mereka terus ke Musolla. Dengan penuh kerendahan hati mereka menunaikan solat sunat dhuha, taubat, dan hajat agar segenap urusan dipermudahkanNya.


Mereka akui, mereka punya banyak kelemahan. Mereka akui, mereka tidak punya banyak pengalaman. Mereka juga akui, sememangnya amat sukar untuk memperoleh kepercayaan. Sekalipun pengumuman itu mengejutkan, namun, itu semua tidak menjadi batu penghalang untuk mereka menghasilkan satu pembuktian.


Melalui tarbiyah,mereka mampu berubah dan mengubah. Malah, menjadi satu batu loncatan agar mereka mencetuskan sesuatu yang luar biasa. Hanya kerana Allah mereka BERGERAK!


Dalam pada itu, teringat mereka dengan pesanan seorang senior. "Ana lihat, mereka ini seperti Uwais Al Qarni. Mungkin saja tidak terkenal di dunia, tetapi disebut-sebut penduduk langit mengenai mereka."


Pada awalnya, mereka bergerak dengan penuh pincang. Dengan tidak petah berkata dihadapan, malah kesatuan antara mereka dalam sebuah organisasi juga goyah. 


Namun, ditampung dengan rukun bai'ah yang menjadi garisan. Serta elemen penting, yakni keizinan, syura, dan taat sebagai titik permulaan.


Sehinggalah suatu ketika, mereka telah mencetuskan fenomena 'SINERGI'. 1+1=3. Jika pimpinan tahun sebelum mereka, mampu menerapkan unsur 'Dakwah trough Sport' masakan mereka tidak mampu menjadikan Islam itu lebih Syumul?


Setelah istilah SINERGI itu dikaji dengan mendalam, mereka melahirkan sesuatu yang fantasi ke arah sebuah realiti. Keimanan kepada Allah pula menjadi tunggak dalam neraca kepimpinan mereka di dalam gerabak tranformasi sekolah. Justeru, kalimah 'Lailaha ilallah Muhammad Rasulullah' menjadi tujuan utama mereka dalam membawa pelajar. 


Sejak itu, mereka saling melengkapi. Saling menguatkan. Sama-sama mereka membanting tulang membantu guru-guru dalam agen penyebaran dakwah dan tarbiyah. Bukan setakat di sekolah, malah ukhwah itu di gemilangkan dengan penyatuan antara ibu bapa, guru, alumni dan pelajar itu sendiri.


Seorang guru pernah berkata, "Ustazah umpama seekor burung yang terbang untuk menegakkan Islam. Tanpa antum dan antunna, sebagai sayap Ustazah tidakkan mampu untuk terbang."


Tahulah mereka 'Kalian sayap kanan, Kami sayap kiri'.


Sejak itu, kekuatan ukhwah yang dipamerkan cukup luar biasa. Dan teramat LUAR BIASA. Sehingga suatu perkara yang dirasakan mustahil, tidak mustahil akan berlaku. Walhal, sekolah mereka tetap diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, dengan jayanya mereka tempuh, apabila diselubungi dengan nilai Ukhwah atas dasar keimanan.


Fenomena itu, tidak hanya terserak dalam kalangan pimpinan sahaja. Malah dikongsikan dengan pelajar agar turut merasai nikmatnya Iman dan Islam.


Saat itu, bermula titik perubahan yang dinamakan TRANFORMASI KEPIMPINAN HIDAYAH. Pelbagai fasa diterapkan dalam mencapai objektif. Strategi demi strategi telah dirangka menjangkau 20 tahun akan datang. Perkara ini bukan saja-saja. Walhal, bagi penerusan kader-kader dua't lahiran sekolah yang mampu untuk meninggikan panji Islam kelak.


Jika bukan mereka, siapa lagi?


Pewaris juga dilatih seawal tingkatan satu. Program juga berteraskan Al Quran dan As Sunnah. Justeru, solat juga akan diutamakan. Walapun ketika itu sedang diadakan meeting, pastinya akan diberhentikan sebentar agar mendahulukan solat. 


Pemikiran diluaskan lagi dengan program Remembrance Of alQuds yang telah berjaya mencapai kutipan RM 12 +++ dan membantu misi bantuan Aqsa Syarif dalam masa beberapa bulan. Seiring sokongan pelajar, guru serta ibubapa terutamanya.


Terasa aura IZZAH dalam diri...


Mungkin ramai yang berbicara tentang kehebatan mereka. Mungkin juga ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya sehingga mereka kelihatan cukup hebat.


Keyakinan kepada Allah yang utama. Perilaku Rasulullah dicontohi walau cuma sedikit. Mungkin itulah rahsia mereka. 


Di sebalik kekuatan mereka, ada kekuatan yang tidak putus membimbing mereka seawal kenaikan pimpinan. Kata-kata yang sering diucapkan sehingga kini bukan mudah untuk mereka lupakan. "Ustaz percayakan kalian.. Yakinlah, barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya." 


Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan insan. Apatah lagi meyakinkan. Hanya Allah yang mengetahui setiap sesuatu.


Sekadar mengimbau kenangan dalam barisan kepimpinan 'mereka'. Semoga Allah memberkati dan meredhainya. Allahuakbar.


'Terima kasih. Kalian sayap kanan, Kami sayap kiri. Dengan itu Islam mampu terbang tinggi.'




.Genggam mad'u.

Cover wall phone

Mutarobbiku,
Walau aku hanya seketika denganmu saban minggu,
Misiku mengenalkanmu dengan pencipta menjengah saban waktu,
Walhal aku tahu masa pantas saja berlalu,
Dan aku tidak terus akan berada disisimu.

للَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih"

'pemimpin yang terbaik mencetuskan ummah yang terbaik'
.Genggamlah mereka dengan doa.

Friday, July 13

.'Soksek' orang sekeliling.


Bismillah..

Seorang hamba Allah, merungut dan mengeluh dengan apa yang terjadi kepadanya. "Mengapa ya, bila kita buat salah, orang akan pandang serong. Tetapi bila kita berubah dengan menunjukkan kebaikan, dia mengata-mengata kita."

Hmm.

"Kalau macam tu lagi susah orang nak berubah. Baik jadi jahat terus. Sama aja pun. Orang tetap mengata." Sambungnya lagi.

Hmm.
***
Kisah Luqman serta anaknya, dengan 'soksek' orang sekeliling

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar. Manakala anaknya mengikut dari belakang.  Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." 

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. 

Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." 

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

***
Nah, jadinya apakah konklusinya? 

Sudah terang lagi bersuluh, semestinya 'soksek' orang sekeliling tidak dapat kita tutup. Apatah lagi, untuk menjahit mulut mereka seperti yang selalu mak kita bisingkan. Rasanya, tiada khabar mengenai 'seseorang dijahit mulutnya atas keceluparan mereka'.

Hmm.

"Kalau sudah keduanya orang masih mengata dan memandang serong, alangkah baiknya jika kita pilih melakukan kebaikan. Tak rugi pun. Dapat pahala, Syurga juga ganjarannya." 

"Satu lagi, kamu ni tunjukkan kebaikan mengharapkan pandangan manusia atau pandangan Allah? Hah nak pilih mana?"

Hmm.

Ehem. Ehem.

Thursday, July 12

.Forgive n Forget.


Bismillah.

Hujung minggu lepas, saya berkesempatan bersama adik 'gebu' ke MISDC di UTM, KL. Cadangnya ingin pergi berseorangan. Namun, setelah berfikir dua tiga kali, alangkah baiknya jika saya dapat merasai nikmat musafir bersamanya. Maka, secara terpaksa dan rela yang terlakar di wajah adik 'gebu', dia menuruti kehendak kakaknya ini.

Disebalik keriangan bertemu sahabat, Allah selitkan dugaan yang seakan menghimpit jiwa.

Usai menonton perdebatan yang dijayakan oleh junior Hidayah JB dan Al Amin Bangi di peringkat FINAL, dengan suka rianya kami berangkat pulang ke tempat penginapan yang telah disediakan.

Tiba-tiba saya tersedar, seperti ada sesuatu yang hilang. "Mana camera?" tanya saya pada adik 'gebu'.

"Ada dalam beg." ucapnya dengan nada biasa. Saya mencarinya. Barang-barang dikeluarkan satu persatu. Habis bersepah. Ruangan surau yang kosong, saya geledah. Puas mencari, namun..

Tiada. Mana? 

Saya mengetap bibir menahan geram. Rasa seperti ingin menjerit. "Letak mana tadi?" soal saya dengan nada yang masih boleh dikawal dari terhambur amukan marah.

"Tepi beg tadi.." Hisy! Terus saya bertanya kepada adik-adik Itqan berkenaan kehilangan camera tersebut. Waktu itu cukup menguji diri ini. Sedaya upaya wajah ini cuba untuk dimaniskan. Aduh, bukan mudah untuk berakhlak mulia ini ya. Melihatkan mereka, saya senyum.

Nafas ditarik sedalam mungkin. Cuba untuk bertenang. Dengan sepenuh tenaga dikumpulkan, bagi menahan air mata ini tumpah. Hati seakan remuk! perit! "La Taghdab! La Taghdab! La Taghdab! (Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah!)" kata Nabi Muhammad s.a.w. Tidak reda juga. Istighfar meniti dibibir. 

Beg terus diangkut. Saya meninggalkan adik 'gebu' saya dengan terpinga-pinga. Tahulah dia bahawa kakaknya ini sedang marah tahap kemuncak tingginya bangunan KLCC. Cuma, akal masih waras untuk mempertimbangkan.

Kaki terus menongkah arah. Langit malam yang gelap membenarkan air mata ini merembes laju. Peritnya.. tahan marah! Saya mula memikirkan jawapan apakah yang sewajarnya tatkala berhadapan dengan ayah nanti. 

Sudahlah saya ini, sedari kecil 'perosak' camera keluarga. 'Pemecah' laptop ayah. Saya jugalah 'pembazir' apabila handphone ditukar baru.Buat kesekian kalinya, saya menjadi 'penghilang' camera. Walau hakikatnya, kecuaian ini dilakukan oleh adik 'gebu' saya, namun sebagai seorang kakak yang diamanahkan oleh ayah terhadap penjagaan camera itu, diri ini cukup dirundung sifat bersalah yang amat.

Pastinya, makhluk Allah yang bergelar 'syaitonirrojim' itu sedang bertepuk gembira melihat saya dalam keadaan sebegini. 

Bertambah-tambah saya kini, fobia dengan barang elektronik. Itulah padahnya apabila kita menarik aura negatif dalam kehidupan. Benarlah, gelombang persekitaran yang negatif sudah saya  tarik sekuatnya. 'Law of attraction'. 

Bagi menahan peritnya jiwa, saya memaksa diri berbicara juga dengan adik 'gebu' saya. Mahu tidak mahu, saya perlu tidur bersamanya kerana bilik tersebut khas untuk dua orang. Usai dia tidur, saya menelefon Ummi. Sekali lagi air mata mengalir deras.

"Angah, perkara ini dunia aja. Sekiranya itu rezeki kita, esok nanti Allah akan pulangkan balik ke pangkuan kita. Jika bukan, sabarlah. Benda dah nak nak jadi...." Saya senyap. Air mata dikesat. Habis ayah? persoalan itu sekadar direngkungan.

Malam itu saya muhasabah. Saya memikirkan solusi dengan penuh rasional dan akal yang Allah beri sebaik mungkin.

Patutkah aku marah dia? Lagipun, bukannya dia sengaja cuai. Salah aku juga. Ini baru hilang camera. Benda yang tak bernyawa. Kalau aku hilang adik 'gebu'? Oh, itu lagi memeritkan. Ah dunia! Terima kasih ya Allah. Mungkin ada dosa yang aku lakukan sebelum ini dan ini sebagai satu kifarah buat aku. Atau mungkin juga niat aku salah untuk hadir ke sini?

Buntu. Namun, saya redha. Hati kembali tenang. Alhamdulillah.. Sudah saya niatkan untuk bermusafir dengan dia. Mungkin inilah titik ujian yang Allah beri untuk saya lebih kuat. Better hilang camera, daripada hilang dia. Betul tak?

"Dan bersegeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang Muttaqin. Iaitu mereka yang berinfak di waktu lapang dan sempit, MENAHAN AMARAHNYA dan MEMAAFKAN kesalahn orang lain. Sungguh Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Ali Imran : 133-134)

To just FORGIVE n FORGET, is not very easy. Ia tidak sama dengan 'forgiven but NOT forgotten'. Selepas itu, simpan-simpan. Dendam kesumat sehingga tujuh keturunan! Tidak.. bukan begitu. Tetapi Allah memerintahkan kita untuk menahan amarah serta memaafkan saja kesalahan lalu meluputkannya dari jiwa.

Namun, ingatilah kebaikannya. Yeah!

Maka benarlah firmannya, hanya orang Muttaqin dapat melaksanakannya. Juga ganjarannya, Syurga yang amat cocok sekali untuk manusia seperti ini. (Membayangkan diri mendapat award di tengah perhimpunan akhirat..) 'Together WE lifted Taqwa!'. Huh semangat tetiba. Eheh.

Itulah Islam. Itulah orang Muttaqin. Menahan amarah itu bukan saja bererti tidak menjerit melepas geram atau menyakiti orang lain. Sebaliknya, tanam habis-habisan serta memadamkan terus bara pai itu dari jiwa. Hilangkan. Kalau boleh sumbat dalam tong besi, sumbatkan!

Kerana apabila kita marah, "You are not yourself anymore (manusia bertopeng syaitan). Your blood pressure goes up. Your face becomes ugly. Your voice is uncontrollably high. Not a pretty sight."

Jika diletakkan peratusan dalam scanning hati, saya yakin mendapat 50% sahaja. Kerana separuh hari saya merajuk dengan adik 'gebu'. Namun, selepas itu saya mengambil jalan yang ditunjuk oleh Rasulullah dengan menitikberatkan kasih sayang.

"Asyiddaau alal kuffar, ruhama'u bainahum" (Keras dengan orang kafir, kasih sayang sesama mukmin)

Last note,
"Verily Allah looks not at your bodies nor to your faces, but Allah looks to your hearts" (hadis Riwayat Bukhari)

Oh ya, akhir cerita ini, Ayah saya tidak memarahi (menerapkan ayat Allah). Malah, Ayah yang menyatakan rasa bersalahnya kerana memaksa saya membawa camera tersebut. Baik sungguh hati ayah. Sayang Ayah. Lagi 2 bulan, dapat untung jualan kamus, Angah ganti ya.

p/s: sekiranya anda terjumpa camera tersebut, mohon dapat diserahkan kepada pemilik empunya diri ya.

Wallahualam..




Tuesday, July 10

.What are you trying to say?



Sedikit perkongsian berkenaan cerita ini.


Pastinya, di dalam arena ledakkan Islam ini kita sering mendengar istilah yang kurang difahami. Cukup banyak. Misalnya seperti Murobbi, Mutarobbi, Manhaj, Muwasoffat tarbiyah, Tarbawi dan sebagainya. Ada juga yang belum tahu apa itu 'Ikhwah' mahupun 'akhawat'. Kita down lagi, masih ada lagi yang tercari-cari makna DnT yang sering digembar-gemburkan.


Maka dengan itu, seharusnya kita sebagai orang yang faham perlu menyampaikan. Jangan sampai ada yang bertanya "Murobbi? Apa ke benda binatang tu!". Wah, sabar ya... usah melenting. Make it easy and explain it with simple way.


Kita ini manusia. Bukan robot ataupun mesin yang boleh di tekan remote control untuk bergerak atau sebagainya. Kita punya akal yang ingin tahu. Kita juga punya hati yang mahu. Jadinya, pemprosesan yang berlaku pula harusnya bermula dari akal yang tahu dan juga hati yang mahu.


Tak faham? what are you trying to say?


Baiklah, adakalanya kita sebagai manusia sering terlupa apabila kita sudah berada di tempat tinggi. Misalnya, orang yang memegang usrah yakni 'Murobbi'. Bercakap berdegar-degar. Ilmunya sehingga ke langit tujuh petala. Namun, cuba kita pandang dari sudut yang bawah. Oh ya, baru perasan sedang berbicara dengan 'Mutarobbi'. Persoalannya, apakah mereka faham apa yang cuba kita sampaikan? Teramatlah rugi sekiranya apa yang disentuh itu, tidak dapat menyentuh hati-hati mereka.


Sama juga apabila kita berbicara dengan orang yang baru dalam tarbiyah. Pastinya, mereka akan pening-pening lalat memahami istilah pelik bin ajaib itu. Hakikatnya, istilah ini semuanya bahasa Arab yang telah diguna pakai oleh kita semua.


Arakian, gunalah bahasa yang mudah. Agar mudah difahami dan diketahui. Apabila tercetusnya tahu, maka lahirlah perasaan mahu. Dan kemahuan yang tinggi itu, automatik akan dirasakan mampu.


*Muhasabah, mungkin kerana perkataan kita yang berat membuatkan mad'u kita berat untuk mengangkut beban yang super berat itu! Jadinya, "What are you trying to say?" kata adik usrah saya. Saya senyum. Anda?


Friday, July 6

Thursday, July 5

.Kebangkitan Islam!


Bismillah..

Alhamdulillah, atas kemenangan ini.
Belum terlambat untuk saya bersama-sama merasai kehangatan ini.

Pada malam keesokkannya, setelah diketahui dengan gemparnya berkenaan kemenangan Dr. Mursi, cukup membuatkan mana-mana hati sebagai saudara seislam turut meraih kegembiraan tersebut. 

Hati penulis pula, seakan ada tarikan magnet yang cukup kuat untuk membuka buku panduan utama ummat Islam yakni Al Quran. Jangan tanya mengapa. Saya sendiri tidak tahu.

Tangan terus mencapai naskhah cinta itu. Dimulakan dengan Bismillah, jemari terus membukanya secara random.

Mata tertancap satu ayat ini. Seolah-olah tepat ditujukan kepada diri ini juga Ummat Islam seluruhnya oleh Allah s.w.t berkenaan situasi yang dihadapi semasa kini.

"Dan Kami hendak memberi karunia kepada  orang-orang yang tertindas di bumi Mesir itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi bumi." 
(Al Qasas : 5)

Terdetak hati. Sehingga kini masih memikirkan tentang ayat ini. Subhanallah.. "InsyaAllah, janji Allah itu pasti."


Wednesday, July 4

.Cinta orang beriman.


Bismillah..

"Assalamu'alaikum... rindu!"
"Wa'alaikumussalam.. cinta!"

Senyap.
Kedengaran tangisnya yang cuba ditahan.

"Enti, kalau turun jangan lupa singgah sini.."
Terngiang-ngiang suaranya . Wallaweh, ini sudah rindu tahap 'gaban'.

'Ya Allah kuatkan dia di sana'

Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti Ummi ke Daurah Ta'hil buat para Murobbi. Saya sekadar menjadi 'bodyguard' Ummi. Nama pun mengikuti program. Mana boleh sesuka hati saja hendak keluar. Jika nak keluar pun, mana ada kereta. Usah dikatakan tiada kereta. Masalah utamanya adalah si penulis yang 'penakut' untuk memandu kereta. Heh!

Banyak songeh kan?

Melihatkan papan tanda 'exit' Petaling Jaya, Shah Alam, Damansara, mata ini seolah-olah bertambah-tambah powernya. Huish, kenapa kabur sangat nih? 

"Mereka di sekitar ini.."
"Muallim, beloklah. Hantar saya kat sini"
Suara hati yang bisu meronta-ronta jauh di lubuk hati.

*kesat air mata*

***

Beginilah cinta-cinta orang beriman. 'Couple' kami halal. Dan ianya tidak tertakluk kepada seorang dua sahaja. Keliling pinggang lagi baik dan sangat dialu-alukan. Islam itukan syumul. Semua insan boleh merasai nikmatnya berada dalam naungan Ukhwah kerana Allah. 

Namun, sebagai seorang dai'e yang celik! Kita tidak seharusnya lemah. Kalau terus rindu-merindu sehingga tidak bergerak kerja dakwah, jangan diimpikan untuk memperoleh Syurga Allah yang Super Indah itu. Jadinya, bersederhanalah kita dalam apa jua perkara. Okeh!

Itulah specialnya cinta orang beriman ni. Sweetkan? ^.~

.Intip calon menantu.


Bismillah..

Seperti biasa, ketika waktu makan malam, keluarga kami akan berkumpul bersama. Inilah masanya, semua orang berebut makanan, berebut tempat duduk, juga berebut memanggil "Ummi.. ummi.." agar diberi perhatian terhadap luahan hati masing-masing.

Yang paling cool and steady, sudah semestinya Ayah. Setiap masa, di mana jua berada. Lagaknya tenang mendamaikan.

Berbual punya berbual, entah bagaimana termasuk topik yang agak 'sentimental' itu.

Ayah mula berbicara, "Ayah nak, anak-anak ayah jadi anak yang soleh dan solehah." Selang-seli kami menyambut kata-kata Ayah dengan senyuman tawa dan menganggap itu perkara biasa-biasa aja.

"Baik bos!" celah adik 'gebu' saya.

"Dan, Ayah harapkan bakal menantu ayah tu juga orang yang soleh. Syaratnya, mesti solat subuh berjemaah di masjid." Sepertinya, satu nasihat atau amaran? Saya bingung. Mengapa Ayah berkata demikian.

Apa-apa pun, hah! dengar tu orang di luar sana. *Cess! perasan. Ayah yang kata. Saya dengan penuh bersemangat mengangguk setuju. Kan kakak 'ayu'? (>.<)

Terbatuk kecil saya dan kakak 'ayu'. Kami berpandangan. 'Apa kes ni, cakap pasal benda ni?'

"Pheewit!!" Adik 'macho' memandang kami berdua dengan penuh makna yang tersurat lagi tersirat. Keningnya yang panjang lagi mengancam itu diangkat sebelah.

Peluh merenik *kesat* ~Fuh...

= Perbualan bersama, sebelum kakak 'ayu' ke Jordan =

***

Pelbagai tajuk yang disembangkan oleh para jemaah. Ini termasuklah keluhan beberapa orang ibu dan ayah terhadap anak dara mereka yang tidak kahwin-kahwin kerana sibuk dengan kerjaya sehingga menyerah kepada takdir sahaja. Ada, adalah. Tak ada, malas nak cari.

"Intip-intiplah mana-mana anak teruna yang rajin ke masjid tu, buatkan menantu." saran seorang lelaki warga emas yang sedang mengacau gulai kawah kepada kaum ibu yang rancak berbicara. 

"Waktu siang-siang macam mana nak intip, kita kan kerja?" soal seorang jemaah lelaki. 

"Intiplah waktu solat Subuh atau Isyak. Kalau tengok anak muda itu selalu ke masjid, ada harapan jadi calon menantu." 

"Apa maksud Abang Haji itu, saya tak faham?" tanya lelaki tadi. Dia merapati Abang Haji itu. Dayung pengacau di tangan Abang Haji itu bertukar tangan kepadanya dan disuruhnya Abang Haji duduk bercerita.

Abang Haji itu pun bercerita kisah dia memikat menantu sulungnya. "Setahun saya perhatikan seorang anak muda yang kerap ke masjid waktu Subuh, Maghrib dan Isyak. Saya mengenali keluarganya. Saya merisik khabar dengan ayahnya yang juga 'kaki masjid'." 

"Anak bujang itu, sejak kecil sememangnya rajin ke masjid mengikut ayahnya. Tetapi apabila ayahnya uzur, dia tetap ke masjid seperti biasa. Walau sudah bekerja, apabila balik ke kampung, dia antara jemaah muda awal yang memeriahkan masjid."

"Boleh percaya ke zaman sekarang ini nak cari calon menantu macam itu. Entah-entah dia buat alim sebab nak tarik perhatian orang supaya nampak baik." bidas seorang jemaah wanita yang mendengarnya. 

Abang Haji itu menjawab, "Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang untuk seseorang anak muda melangkah ke masjid subuh-subuh hari, kalau bukan kerana kemahuannya yang kuat dan bersungguh-sungguh membesarkan Allah."

"Orang yang dapat bangun subuh dan berjemaah di masjid adalah orang yang berdisiplin. Lebih-lebih lagi kalau masjid itu jauh, tetapi dia sanggup datang sebagai bukti dia menyayangi Allah dan Rasul. Dalam Islam, orang lelaki sangat dituntut berjemaah pada waktu Subuh dan Isyak di masjid."

sambil membetulkan posisinya, dia menambah, " Musuh Islam, cukup takut kalau orang Islam ramai solat Subuh dan Isyak di masjid kerana pada waktu begini ramai yang lalai."

"Betul tu, Abang Haji, macam orang bercintalah. Kalau sudah cinta, susah macam mana pun dia akan sanggup datang, begitulah halnya kalau kita jatuh cinta dengan Allah dan Rasul. Malu rasanya kalau tak solat berjemaah di masjid. Hilang kejantanan sebagai seorang lelaki!" Sebahagian jemaah lelaki senyum kecil menampakkan baris gigi yang sudah mula goyah.

"Oleh itu, apabila anak muda dapat melawan hawa nafsu malasnya dan berasa bahawa mati itu datang tiba-tiba, takut-takut tidak dapat keberkatan kalau melengahkan solat Isyak maka mujahadahnya itu merupakan jihad besar."

"Bagi anak muda yang sudah biasa beramal solat berjemaah, perkara ini tidak jadi susah baginya sebab sudah biasa. Jadi, hendak mencari calon menantu yang baik-baik, kita juga kena selalu ke masjid."

Fahamlah kami, untuk mndapatkan yang terbaik, kita perlu menjadi yang terbaik dahulu. Tidak cukup hendak menantu yang baik-baik sedangkan ibadah pun masih tunggang langgang dan sambil lewa. Allah akan anugerahkan mengikut apa yang kita usahakan.

Walahualam..