Pages

July 10, 2012

.What are you trying to say?



Sedikit perkongsian berkenaan cerita ini.


Pastinya, di dalam arena ledakkan Islam ini kita sering mendengar istilah yang kurang difahami. Cukup banyak. Misalnya seperti Murobbi, Mutarobbi, Manhaj, Muwasoffat tarbiyah, Tarbawi dan sebagainya. Ada juga yang belum tahu apa itu 'Ikhwah' mahupun 'akhawat'. Kita down lagi, masih ada lagi yang tercari-cari makna DnT yang sering digembar-gemburkan.


Maka dengan itu, seharusnya kita sebagai orang yang faham perlu menyampaikan. Jangan sampai ada yang bertanya "Murobbi? Apa ke benda binatang tu!". Wah, sabar ya... usah melenting. Make it easy and explain it with simple way.


Kita ini manusia. Bukan robot ataupun mesin yang boleh di tekan remote control untuk bergerak atau sebagainya. Kita punya akal yang ingin tahu. Kita juga punya hati yang mahu. Jadinya, pemprosesan yang berlaku pula harusnya bermula dari akal yang tahu dan juga hati yang mahu.


Tak faham? what are you trying to say?


Baiklah, adakalanya kita sebagai manusia sering terlupa apabila kita sudah berada di tempat tinggi. Misalnya, orang yang memegang usrah yakni 'Murobbi'. Bercakap berdegar-degar. Ilmunya sehingga ke langit tujuh petala. Namun, cuba kita pandang dari sudut yang bawah. Oh ya, baru perasan sedang berbicara dengan 'Mutarobbi'. Persoalannya, apakah mereka faham apa yang cuba kita sampaikan? Teramatlah rugi sekiranya apa yang disentuh itu, tidak dapat menyentuh hati-hati mereka.


Sama juga apabila kita berbicara dengan orang yang baru dalam tarbiyah. Pastinya, mereka akan pening-pening lalat memahami istilah pelik bin ajaib itu. Hakikatnya, istilah ini semuanya bahasa Arab yang telah diguna pakai oleh kita semua.


Arakian, gunalah bahasa yang mudah. Agar mudah difahami dan diketahui. Apabila tercetusnya tahu, maka lahirlah perasaan mahu. Dan kemahuan yang tinggi itu, automatik akan dirasakan mampu.


*Muhasabah, mungkin kerana perkataan kita yang berat membuatkan mad'u kita berat untuk mengangkut beban yang super berat itu! Jadinya, "What are you trying to say?" kata adik usrah saya. Saya senyum. Anda?


No comments: