Pages

Thursday, March 15

.Magic word.

Bismillah..


Setiap ilmu yang kita pelajari pasti menghasilkan 'magic'nya.
Sama juga seperti dalam berbicara. Walaupun kita hanya meluahkan bicara dalam bentuk penulisan, ianya mampu 'menyentuh' sekiranya kita halusi. Itulah yang dikatakan dengan 'magic'.


" Johnny, recite Quran now!"


" Johnny, can you please recite Quran now?"

Definisi yang sama tetapi berbeza pada struktur ayat itu. Maka, penghasilan dan kesannya juga bakal mencetuskan perbezaan.

Kala zaman ini, tidak ramai yang menitik beratkan kesopanan dalam berbicara. Main redah saja apabila bertutur. Main sanggam saja bicara SMS. Apakah kita ini berbicara dengan robot yang tidak punya hati? Yang terdiri anggotanya daripada wayar-wayar sambungan?

Kita juga manusia, fitrahnya juga kita ingin dilayan sebagai manusia. Betul tak?

Bagi saya, seseorang itu mampu jatuh cinta dengan orang yang tidak dikenali hanya kerana orang yang tidak dikenali itu menggunakan 'magic word'. Jika saya mengatakan seseorang itu jatuh cinta, kita luaskan pemikiran yakni jatuh cinta boleh kepada sesiapa saja. Jatuh cinta kepada sahabat, guru, pak cik tua, makcik tua hanya kerana mereka berakhlak dengan kita. Tak percaya??

Semasa di sekolah dahulu, antara taktik saya dalam berurusan mengendalikan program sekolah ialah dengan menggunakan 'magic word'. Contoh 'magic word' yang sering diajar tetapi jarang dititikberatkan ialah 'maaf', 'terima kasih' dan yang seumpama dengannya. Mudah saja.

Pernah suatu ketika, saya dalam situasi yang amat menyukarkan untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih berpangkat tinggi dari saya, saya berkata kepadanya " Ana minta maaf kalau ana tak mampu untuk selesaikan perkara ni. Jadi ana harap **** dapat membantu ana."

Tup..tup.. bukan satu sahaja yang dia bantu. Malah lebih daripada satu. Alhamdulillah, program yang dilaksanakan berjalan dengan mudah. Mungkin kerana hati-hati itu yang suci lagi ikhlas. Kita tidak tahu.

Akal memproses logik. Penghasilannya TAHU.

Hati memproses emosi. Penghasilannya MAHU.

Kerna itu, gunalah bahasa HATI agar kita lebih berkomunikasi. Insan yang mendengar juga akan melaksanakannya tanpa sebarang paksaan oleh AKAL yang TAHU. Tetapi apabila HATI sudah berkata MAHU. Segalanya akan dirasakan MAMPU.

Saya yakin, jika ada yang mengucapkan 'terima kasih' kepada kita, secara automatik kita rasa dihargai. Seolah-olah mereka memahami situasi kita. Fitrah manusia itu sendiri. Ianya refleksi perubahan daripada emosi yang menghasilkan reaksi.

Tidak bolehkah kita menggunakan peraturan semudah itu dalam berkomunikasi?
Jawapannya pada diri anda.

No comments: