Pages

Sunday, March 17

.Hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..



Bismillah..


وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

"Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dapat duduk sebentar, beriman sejenak kala kesibukan harian kita. Dan pada hari ini, kita dikejutkan dengan berita kematian 3 orang pejuang Allah yang sudah pun melaksanakan Syahadah alHaqnya. Persoalannya, bagaimana pula kita?"


Bicara kak Nesyi pada pembukaan usrah kami minggu ini.


"Innalillahi wa inna ilaihi roji'unn.." Kami menyambutnya dengan huluran doa buat mereka yang 'syahid' dengan syahadah Islam. Dan kami adalah saksinya.


Arwah pak cik Jusri Jusoh (kedua dari kiri)~

Merupakan seorang da'ie yang bergerak aktif di awal perkembangan dakwah di Johor era tahun 80an sehingga kini. Melalui huluran tenaga dan bantuan kewangannya, ramai daripada pemuda Johor mengenal apa itu dakwah dan tarbiyah. 


Bagi saya, pak cik Jusri antara orang yang dekat dengan saya. Anak-anak pak cik juga merupakan sebahagian daripada generasi didikan sekolah dimana di situ saya ditarbiyah. Sekolah Menengah Islam Hidayah. Dan pak cik jualah antara penyumbang terbesar dalam pembinaan sekolah kami. Bersama barisan sahabatnya, pak cik Hafidzi Mohd Noor, pak cik Hasanuddin Mohd Yunus, pak cik Zin Kandar serta pak cik Ahmadon.


Betapa melalui sentuhan tarbiyahnya kerana Allah,
Ummah telah menyaksikan hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..


Al Fatihah buat arwah.


Arwah Ummu Nidhal bersama akhawat Jordan dalam misi A2G13~


Ummu Nidhal atau nama sebenarnya ialah Maryam Farhat. Merupakan seorang pejuang muslimat Hamas juga dikenali sebagai Khansa' Palestine. Beruntungnya dua orang ukhty ini dapat berdampingan dengan seorang yang hebat dalam dakwahnya di ghazzah.

Meskipun seorang akhawat, Ummu Nidhal mampu berdiri saing membina akhawat-akhawat ghazzah dalam pembebasan tanah mereka. Antara perkataan yang sering diungkapkan Ummu Nidhal berbunyi, "Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan mengatasi perasaan sedih tersebut.."

Pada ketika anak sulungnya Fathi Farhat mendapat tawaran bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dia memeluk anaknya sambil berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata ini anakku, tetapi jangan percaya pada air mata ibu yang mengalir ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui RabbMu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabat, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Ta'ala.."


Betapa melalui sentuhan tarbiyahnya kerana Allah,
Ummah telah menyaksikan hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..


Al Fatihah buat arwah.


Arwah Akh Iman. Mesej terakhir beliau kepada murobbinya~

Dunia dakwah seakan gempar dengan pemergian beliau rijal muda yang begitu aktif dalam dakwah dan tarbiyah. Kisah beliau begitu menyayat hati saya sebagai salah seorang generasi muda yang masih lagi berhutang Syahadah alHaq dengan Allah..


Sekali imbas membaca mengenai beliau, pastinya para ikhwah diluar sana lebih terkesan dengan peribadi yang beliau pamerkan. Dan lebih menyentapkan lagi kita sebagai dai'e dengan quote akh ini iaitu "Dakwah dan tarbiyah adalah nadiku, mana mungkin aku hidup tanpanya.." Subhanallah. Tegar prinsip beliau. 


Dan benarlah dengan apa yang dikotakan pada bicaranya, sehingga akhirnya dakwah dan tarbiyah adalah nadinya. Beliau kemalangan, usai melunaskan tugas sebagai seorang muwajjih (penyampai) pada program Syahadah alHaq.


Betapa melalui sentuhan tarbiyahnya kerana Allah,
Ummah telah menyaksikan hutang Syahadah alHaq telah dilangsaikan..


Al Fatihah buat arwah.



Bagaimana pengakhiran kita? Apakah hutang syahadah alhaq telah dilangsaikan?
Ingin juga seperti mereka.. Allahu pilihlah aku.


Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Muhammad) satu ummat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatanmu.

Al baqarah : 143








2 comments:

nafmri said...

Terima kasih atas pencerahannya Mawar Putih.. hee~ Sangat hebat kan mereka? Kehadiran mereka sendiri memberi kesan ramai insan. Ta'jub 'alaihum..

nahmri. said...

dalam hati jujur sangat cemburu!
Cemburu dengan orang yang hebat dalam dakwah dan tarbiyah. Tak boleh tahan T.T