Pages

Wednesday, May 22

.Dunia mana anda hidup?





Sebelum-sebelum ini, perasan saja post-post mengenai Palestin, Syria, dan banyak lagi negara Islam yang lain. Tapi pandang sebelah mata aja. Sebab kebanyakan post panjaaaang sangat. 


Walhal, semangat overdose bila pakai button badge, lilit muflar, ke hulur ke hilir bawa tabung palestin. Tapi, tak rasa pun ke hati. Ramai yang begini kan?



Huh, lebih lagi negara saya dengan mereka, alahai sebelah-sebelah saja. Memang tak tahu mahu kata apa sekiranya masih lagi  pandang sebelah mata aja.


Sampai satu tahap di atas kesemangatan 'fizikal' yang terserlah, seseorang telah offer saya untuk menjadi aktivis palestin bagi misi ke Gaza.


Ya Allah, waktu itulah baru terkial-kial nak faham dengan sebenar-benarnya. Namun, setiap satu perkara yang Allah tetapkan ada tapisannya.


Dan saya TAK TERPILIH!


Bicara seorang ustaz, "Nak pilih aktivis ke Gaza pun muaddal (pointer) kene mumtaz!"


Tercampak sedikit di situ.


Sambil menyelam minum air. Tingkatkan muaddal, belajar kerana Allah. Sambil tu mencedok juga bahan-bahan berkaitan Palestin.


Sudah sampai masanya untuk kita matang!


Jika dunia sudah cakna! Anda belum.. 'Dunia mana anda hidup?'







4 comments:

pencari redhaNYA said...

bestnye kalau dapat pegi,dua cita2 ana yang ana nak capai,pegi palestin pegi mekah!doakan utkku.

nahmri. said...

pencari redhaNya : InsyaAllah.. saya tetap akan mendoakan anda. Allah pasti mendengar doa hambanya :)

ENCIK MUSAB said...

Moga Syria dan Palestin bebas satu hari nanti

In sha Allah

nahmri. said...

ENCIK MUSAB : Ameen, dan moga kitalah antara hamba yang terpilih memperjuangkan bumi anbiya' itu.