Begini agaknya saya bila di Jordan~
Bismillah..
TAK DAPAT TANGKAP
Bersemangat pensyarah menerangkan istilah-istilah Usul Fiqh kepada kami. Dengan penuh gaya dan ekspresi wajah yang menarik agar pelajarnya memahami dengan sebenar-benar kefahaman. Ditambah dengan analogi yang doktor cipta menyebabkan kami termasuk dalam kancah istilah Usul Fiqh itu sendiri tanpa kami sedari.
"Hal anta mutazawwij?" pelajar lelaki itu tercengang sebentar.
"Qul na'am (katakan Ya)." Arah Dr. Abdul Jalil.
"Na'am.." Dia menurut.
"Aiwah, begitulah selepas sepuluh tahun kamu tidakkan bertanya kepada dia kamu sudah berkahwin? Akan tetapi persoalannya, berapa anak yang kamu ada sekarang?"
Aduhai, seperti biasa tidak dapat menangkap kemas analogi ciptaan Dr. Abdul Jalil.
"Baik, sama juga seperti Usul Fiqh, maksudnya berterusan. Jika seseorang masih memiliki wudhu' lalu dia tertidur. Kamu tidak akan bertanya kepadanya 'kamu ada wudhuk?'. Kerana hukumnya berterusan selagi tidak ada dalil yang mengatakannya dan membuktikan wudhu'nya terbatal."
Lap peluh yang turun melaju. Bukan mudah nak terjemah daripada bahasa arab kepada bahasa melayu seiring dengan kefahaman yang jitu. Ini pun setelah saya serta sahabat mengkaji dan memahami secara halus apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah kami.
Perkara biasa juga, nota cincai serta lompong itu milik kami pelajar timur tengah. Adakalanya, segala apa yang pensyarah utarakan, kami sekadar mencatit, mencatit dan mencatit. Sudah biasa dengan kecincaian dan kelompongan nota itu.
Pada mulanya saya fikirkan hanya saya seorang yang begitu. Hakikatnya, carilah mana-mana senior yang hebat sekalipun mereka. Cuba lihat sebentar nota mereka. Sama tiada beza. Mana perkataan yang tidak dapat ditangkap akan lompong.
Tambahan saya masih lagi budak baru belajar. Memang mata ini sering menjeling nota orang sebelah. Tidak pun, habis kelas ambil gambar nota pelajar arab dan pulang saja ke rumah, nota itu disalin semula. Keesokannya nota itu perlu di re-check. Banyak sebenarnya perkataan yang salah. Mujur saja mereka sanggup melayan kerenah kami.
Bukan mudah sebenarnya~
SALAH CAKAP
"Eh awak guna kitab apa ni ya?" Seorang akhawat jordan yang duduk disebelah kanan bertanya.
"Oh ini, kitab Al Wafi 'Aqad Zawaj wa atharihi' karangan Dr. Muhammad Hussain alQudhoh" Bicara saya perlahan memandangkan Dr. Zakaria Qudhoh sudah masuk ke dalam kelas siap untuk memulakan pembelajaran.
"Saya nak nombor phone awak?" Terus saya bagi. Sedikit menggangu tumpuan saya di dalam kelas ketika itu.
Habis pembelajaran dia berkata pada saya, "Boleh tak awak tolong carikan mana-mana buku musta'mal supaya saya boleh pinjam. Tidak kisahlah mana-mana kawan awak pun."
Mulanya saya agak lambat faham apa yang sedang dia bicarakan. Namun, Allah bagi sense secara tak langsung terfaham sendiri. Selalunya begitu. Hijab kefahaman terbuka mungkin?
"Awak beli saja dekat maktabah nur. 5JD satu." Seorang akhawat arab yang lain menasihati sahabatnya itu.
Bagi saya serta para pelajar Malaysia yang lain, kami kurang gemar memberi pinjam buku pelajaran kepada mereka. Bukan kerana kedekut. Ini kerana faktor adab mereka menggunakan buku-buku tersebut. Kebiasaannya, mereka jarang memulangkan buku setelah lama meminjam.
Tambahan, sekiranya mereka duduk di atas tempat yang agak kotor, pastinya kitab-kitab yang dipenuhi ilmu itu akan dijadikan sebagai alas duduk mereka. Sudah menjadi adat di sini. Kalau begitu tingkahnya, bertambah sukarlah untuk kami memenuhi hasrat mereka.
Setelah puas saya mencari buku musta'mal, seperti yang dijangkakan tiada siapa akhawat Malaysia yang ingin memeberikan pinjaman.
Keesokkannya, dia bertanya pada saya bagaimana dengan kitab itu?
Apa yang kelakarnya saya menjawab, "Aasifah ya'ni fil ams, ana asaluki sodiqati.." Saya memandang sahabat saya di sebelah. Tidak dapat meneruskan perkataan. Waktu itu sudah dapat merasakan ayat tak betul dan.....tak faham!
Akhawat arab itu mula tersengih. Namun saya bersungguh juga menerangkan. Tidak mengapalah.. salah pun salahlah.
"A'ah... ya'ni ana asaluki sodiqati. ma fi kitab!"
Sudah, campur fushah dan ammi. Nahu sorof pun tunggang langgang. Sambil cakap pun saya turut tergelak sebab diri sendiri pun tak faham apa yang diperkatakan. Hendak bagaimana, perkataan yang lain tidak keluar. Itu saja yang mampu.
Sejurus itu dia mengangguk sambil menahan gelak. "Fahimtu.." (Saya faham).
Keluar daripada kelas, dia masih tidak dapat menahan tawanya sambil menceritakan situasi itu kepada dua orang lagi kawannya. Hakikatnya saya ketika itu tidak jauh dibelakang mereka. Dia mengulang-mengulang perkataan "Asaluki sodiqati.."
Saya tersenyum sendirian dan mula memikirkan apa yang telah saya katakan padanya. "Asaluki sodiqoti?" (Saya bertanya awak kawan saya?) Padanlah, memang salah cakap pun. Dan saya terima gelakkan mereka. Apa pun, saya sudah cuba dan berjaya membuatkan dia faham.
Memang orang yang tak pandai bercakap begini ya? Buat perkataan sendiri. Macam baby...?
Bukan mudah sebenarnya~
JADI TEMAN
Suatu hari, semangat saya berjalan sendirian memerhatikan suasana sekitar yang mana tahu sekiranya boleh dijadikan sebagai ibrah?
Mata tertancap pada sebuah kedai. Tiba-tiba datang seorang lelaki arab tinggi berkemeja. Berdiri betul-betul di hadapan saya.
"Sorry, I'm engineering student. Can you speak in english?" Bersemangat dia bertutur dalam bahasa inggeris.
"Na'am.." Saya berbalas dalam bahasa arab. Agak sukar sebenarnya bila berada dikawasan orang arab kita ingin bertutur dalam bahasa inggeris. Tidak tahu mengapa. Memang begitu setiap kali perkataan inggeris ingin dikeluarkan, bait perkataan arab bakal mendahului ruang fikiran.
"Can I ask you something..?"
Saya mengangguk. Apakah saya bakal diwawancara? Berdebar pula rasanya. Bagaimana andai saya tidak dapat bertutur dalam bahasa inggeris mahupun bahasa arab dengan baik? Saya cuba menenangkan diri.
"Begini, saya harap sangat supaya awak dapat jadi kawan saya.."
Saya terkedu. "Apa maksud awak?"
"Saya sebenarnya memerlukan seorang kawan yang boleh berbahasa inggeris dengan baik dan mampu untuk mengajarkan saya. Dan bukan setakat itu, saya juga akan mengajar awak bahasa arab."
Saya tersenyum geli hati. Bersungguh benar lelaki ini. Sudahlah berhentikan saya tengah jalan. Ingin menjadikan saya sebagai teman? Allahuakbar. Walaupun saya pernah menetap di United Kingdom selama 3 bulan, lidah saya masih belum fasih bertutur dengan lancar.
Pantas saya menggeleng. "Saya cadangkan awak carilah kawan belajar seorang lelaki. Saya tak boleh mengajar awak." Tegas saya padanya. Lidah pun sudah berbelit-belit campur bahasa inggeris mahupun arab.
Tangannya dilekapkan ke dada. "Saya tidak mengharapkan apa-apa. Cuma menjadi teman saya. Sehari sekadar satu jam pun tidak mengapa. Awak sendiri tahukan keadaan orang arab bagaimana? Mereka tidak terdedah dengan bahasa luar."
Saya mengangguk. Sememangnya saya faham situasi itu. Tetapi bagaimana ya ingin memahamkan orang sebegini? Sekalipun ilmu itu digarap namun keredhaan Allah itu belum tentu dikecapi.
"Awak ingin saya ajarkan apa? Bahasa arab? Syariah? Boleh. Saya boleh bantu awak dan awak bantu saya."
"Saya minta maaf. Saya tak boleh. Istilah kejuruteraan saya tidak tahu. Berbeza. Awak cari kawan lelaki yang lain." Seperti ingin terus lari saja dari keadaan. Pening.
Datang seorang sahabat saya dari jauh melihat situasi kami.
"Kenapa ni?"
"Dia minta ana jadi kawan dia untuk ajarkan bahasa inggeris."
"Kalau tak boleh cakap tak boleh."
"Dah cakap dah."
Lelaki arab itu melihat saja kami berdua berbual. "Awak boleh ke nak ajar dia bahasa arab?" Dengan lantang sahabat saya mempertahankan saya.
Lelaki itu terdiam. Dia mengeluh perlahan. "Saya cuma minta dia untuk ajarkan saya bahasa inggeris. Sungguh saya memang lemah dan tak faham apa yang pensyarah cakapkan di kelas." Suasana semakin tegang.
"Begini, jujur saya memang tak dapat mengajar awak. Saya tak punya masa yang banyak tambahan banyak kelas di jamiah..." Melainkan jika awak seorang perempuan, sangat saya alukan. Ayat itu hanya terbuku dihati tidak meluahkan.
Dia mengangguk. "Baiklah.. saya minta maaf kerana mengganggu awak. Saya cuma mencari seorang teman." Dia menunduk hormat. Dan berlalu pergi. Tampak kesedihan pada wajahnya.
Sahabat saya sudah panas hati melihat keadaan itu. Mujur dia datang 'menyelamatkan' saya. Sudah seperti baby saya ini. Sering saja mumble bila berbicara. Perlu ada emak yang mem'back up'.
Bukan mudah sebenarnya~
Begitulah asam dan keping kehidupan. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Ya mungkin sekarang ini di bawah. Sekejap lagi nanti kita naik atas baliklah tu. Usaha dan berdoalah selalu. InsyaAllah.
Tak begitu?
"Mereka itu adalah orang yang bertaubat, beribadah memuji Allah, mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang beriman."
(At-Taubah: 112)
2 comments:
oh oh,
mungkin tuhan suruh fahami kedua dua situasi ?
situasi fasih berbahasa,
situasi kurang fasih berbahasa ?
ya, insyaAllah. Doakan agar dipermudahkan.
Post a Comment