Pages

Thursday, April 5

.Mukmin Qawiey.


Bismillah...

" huh.. tinggal satu kilometer sahaja lagi." hati berbicara. Peluh di dahi mula merenik-renik jatuh. Jantung pula berdegup dengan amat pantas berbanding dalam keadaan biasa.

Di kejauhan Ummi kelihatan. Dengan sepenuh tenaga dia berlari-lari anak mendapatkan Ummi agar dapat berjalan seiring. Pastinya, dia tinggal beberapa ratus meter sahaja lagi untuk ke 'turning point' mereka mulakan perjalanan. 

Bahu Ummi di tepuk.

" Yeay! "

" Eh, kak ngah cepatnya. " dia sekadar senyum sambil mengatur nafas yang tidak keruan. Penat.

Sambil memegang lengan Ummi, mereka berbual-bual memperlihatkan kasih dua beranak itu.

" Kak Ngah dah masuk kilometer ketiga ke?"

" Haah "

" Ummi baru nak masuk dua kilometer "

" Ummi nak kak ngah temankan tak? "

" Boleh juga " Girang Ummi. Dapatlah hari itu, dia menghabiskan 4km kerana menemani Umminya.

Seperti hari-hari biasa, bangun pagi dia dan Ummi akan bersiap untuk melakukan 'marathon'. Usai sahaja, adiknya ke sekolah. Terus mereka akan ke P.I.S.A bagi melaksanakan salah satu 10 Muwasoffat Tarbiyah iaitu "Qawieyul Jismi" dengan berjogging sebanyak 3km sehari.

Ya, bukan mudah sebenarnya untuk melakukan perubahan. Apatah lagi merencana sesuatu yang bukan menjadi rutin harian. Seperti saya, hidup ini merupakan kisah diari seorang budak gemuk dari kecil. Saya tak pernah fikir untuk kuruskan badan hanya nak cantik? what's the point?

Cuma yang menjadi kekacauan dalam minda saya ialah sebenarnya saya memang ber'penyakit' dan Allah mencintai hambanya yang kuat berbanding yang lemah. Islam itukan SYUMUL. Takkan saya hanya petah dalam berkata-kata, tetapi bila disuruh berlari saya akan menyorok di sebalik sesuatu. 

Asal dahulu, Ummi menceritakan kisah saya semasa kecil. Lahirnya saya ke bumi, terlalu kecil dengan berat 2.6kg. Wah! kecilnya saya. Besar saya, boleh muat baju anak patung dan sekadar sebesar botol kicap?

Hospital menjadi rumah kedua saya. Dalam kami adik-beradik memang saya yang banyak menghabiskan duit ke hospital. Bedah sana, bedah sini. Cucuk sana, cucuk sini. Ubat sana, ubat sini. Jahit sana, jahit sini. Yang memakai cermin mata juga, hanya saya. Habis beratus lagi duit. Oh saya..

Begitulah ibubapa, sanggup apa saja melakukan tadhiyyah(pengorbanan) untuk kebaikan anak mereka. Yang juga jarang sekali kita muhasabahnya dan mengucap terima kasih. Kan?

Alhamdulillah, berkat doa Ummi agaknya saya menjadi seorang insan yang 'sihat'. Disebabkan 'sihat' saya mula memkirkan, apakah saya 'sihat' yang sebenarnya?

Dari situlah, kami sekeluarga bertukar perspektif. Rupa-rupanya kami sering sibuk dengan belajarnya, dengan kerjanya (bagi Ayah) tapi tidak mengamalkan kehidupan yang sihat.

Hari Ahad lepas, bertambah seronok bila ayah dan adik join kami bersama. Pada kilometer kedua, ayah memotong saya. Cuma, di garisan penamat ayah dah pancit. Saya dan adik apalagi, potonglah.

Sepanjang saya ber walking + jogging + running, bermacam gaya yang saya lihat orang insan sekeliling. Ramai rupanya yang mengamalkan gaya hidup sihat ni. Saya lambat sedar. Namun alhamdulillah sekarang saya rasa cukup bersemangat!

Kebanyakan yang ber jogging, kaum cina. ada juga yang sudah berbelas tahun berjogging. Sekadar 3-5 km sehari. Ada juga yang sudah berbelas tahun berjogging. Mereka juga positif2 belaka. Banyak juga 'sweet couple halal'. Comel sangat saya lihat. Masalahnya mereka itu sudah tua, namun bersemangat untuk melakukan senaman dan aktiviti yang menyihatkan badan. Tatkala berjumpa, salam sebagai awal pertemuan. Lama-lama sudah kenal dalam kalangan mereka.

Cuba kita check balik makanan yang kita makan. Lebih lagi, masakan melayu. MasyaAllah, minyaknya! dengan gulanya, garamnya yang cukup menambahkan keenakan rasa. Ditambah dengan santan penuh berlemak. Hakikatnya, menjahanamkan tubuh kita. Sekiranya tidak dikawal dengan rapi. Cuba pergi check BMI..

Dan sebenarnya, Rasulullah sudah mengajarkan kita sunnahnya (amalan baginda)
1. Minum air sebelum makan.
2. Makan dengan perlahan (jangan lupa baca bismillah)
3. Berhenti sebelum kenyang.

Gaya hidup sihat perlu sangat..sangat..untuk kita amalkan. Supaya amal ibadah kita tidak terganggu. Dan ketinggian peratusan dalam kajian penyakit terhasil daripada faktor pemakanan. Misalnya, orang yang paling gemuk di dunia ialah orang di United Kingdom. Mereka tidak mengambil nasi. Tetapi apa yang menyebabkan sekiranya mereka bertubuh besar yang amat? Sebab..makanan yang ada di depan mata main sanggam aja. Habislah kalau begitu.

Sedangkan di dalam sebuah ayat Al-Quran, " Allah menciptakan sesuatu bagi hambanya yang berfikir ". Sepatutnya, sebelum makan pun, kita perlu fikir apa yang terbaik untuk tubuh badan kita. Kasihan 'orang-orang kuat' yang memproses apa yang kita makan. Kalau mereka boleh bercakap, pasti kita sudah ditengkingnya. 

Namun, bukanlah ayat ini mengajar kita 'CEREWET' tetapi, berpada-pada. Sederhana aja ^^

Jadi, renungkanlah hadis ini.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih diCINTAI oleh Allah daripada mukmin yang lema, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya sesuatu musibah menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah ) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya "KALAU" membuka amalan syaitan.

p/s: Ada seseorang pernah berkata kepada saya, dia ingin kurus. Sebab apa?
      Andai dia meninggal dunia, kasihanlah orang yang bakal mengangkat jenazahnya sekiranya beratnya...MasyaAllah. Lainlah sesuatu yang miracle terjadi. Jenazah ringan dan berbau harum. Subhanallah..



No comments: