Pages

Tuesday, June 12

.Ketagih zikrullah.






Bismillah..

p/s : Sebelum anda membaca entri saya kali ini, sila pause muzik yang anda pasang disekeliling window ini. Meskipun muzik di dalam blog ini. Pausekan ia. Sesudah itu, tekan button 'play' video. Ya, begitulah.. ^^,

Saat komputer dibuka, terus saja website youtube dibuka. "Hafiz Hamidun Zikrullah" akan ditaip pada papan kekunci. Antara tiga zikrullah, saya akan memilih satu dan rotate..rotate..dan rotate. Setiap kali, ya setiap kali! Selepas 'Astaghfirullah' bertukar kepada 'Subhanallah'. Setelah itu, bertukar pula 'Lailaha illallah'.

Ketika ingin membaca, melukis,  mahupun duduk termenung saya akan memastikan dendangan zikir ini berlarutan diminda dan jua hati. Tatkala itu, kehidupan yang kusut seolah berubah 360 darjah menghasilkan ketenangan yang luar biasa.

Sekiranya berjalan di shopping mall, pastinya saya akan singgah di kedai yang menjual vcd. Di bahagian nasyid akan saya membelek vcd satu persatu. Mencari zikir terapi ini, namun hati hampa kerana tidak menjumpainya. Sehinggalah kini.

Pencarian saya diteruskan lagi. Laman 4shared.com saya geledah. Dengan menaip tajuk zikir ini, yang lain pula yang keluar. Huh, tidak mengapa sabar. Nampaknya Youtube terus-terusan menjadi bahana saya.

'Ketagih' mendengarkan zikir ini tidak surut hanya disitu sahaja. Sedang saya memerhatikan video clip zikir ini, mata terpandangkan kod lagu ini. Huh? ada idea disitu... Sebenarnya tidak pasti kod itu untuk apa kegunaannya. Nah, try and errorlah jawabnya. sesudah saya taip kod **** dan hantarkan kepada ****. Akhirnya, err? Apa yang terjadi?

Mengapa tidak menjadi ringtone saya? Ohho, rupa-rupanya zikir ini khas buat sesiapa yang call saya. Cubalah anda menelefon saya dengan harapan untuk mendengar zikir sahaja. Jadi, sebelum orang lain call, moga hatinya sudah terikat dengan zikirullah. Dengan izin Allah, Yang Maha memegang hati-hati hambanya..

Tanpa disedari, 'ketagih' saya berjangkit kepada hati adik-adik saya. Nombor saya di dail menggunakan telefon rumah. Semata mendengarkan zikir ini. MasyaAllah ~

Buat pengetahuan anda, Prof Dr. Muhaya yang merupakan seorang pakar mata telah menggunakan dendangan zikir ini setiap kali melakukan pembedahan Lasik, pesakitnya. Katanya, melalui zikir ini, pembedahan dirasakan lebih mudah dan tenang tanpa menggusarkan pesakit. Subhanallah, hebat bukan?

Saya berharap dan berdoa agar virus zikrullah ini akan merebak seluas-luasnya. Terutama yang sedang membaca entri ini. Bersiap sedialah anda!

Benarlah firmanNya, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Indahnya kehidupan, sekiranya ketenangan merauti wajah.
Indahnya kehidupan, sekiranya ketenangan menelusuri denai ujian.
Indahnya kehidupan, sekiranya ketenangan menghiasi peribadi muslim itu.

Berzikirlah.. dengannya timbangan amalmu menjadi perkiraan Allah tiap satunya. InsyaAllah.

No comments: