Pages

Sunday, March 11

.Berkembang maju.

Bismillah..

GPS

Dunia kini, sememangnya sudah berkembang maju. Dari segenap segi. Cuma manusia itu sendiri diberi pilihan sama ada ingin menggunakannya atau membiarkan. Macam saya.. ^^

Konon hebat bercakap dikhalayak ramai. Hakikatnya, saya akui jika ada yang mengatakan saya seperti katak di bawah tempurung, saya mengangguk tanda setuju. Bila dah duduk di luar negara baru tahu betapa saya agak sempit pemikiran saya sebenarnya. 

Mana tidaknya, semasa zaman sekolah dahulu buku novel sahaja yang ditatap. Sampaikan seorang sahabat mengatakan saya ibarat watak di dalam novel. Tak tahulah sejauh mana kesahihan itu. Cakaplah apa jenis jenama, 'brand' yang terkemuka. Pastinya saya akan jawab, saya tidak tahu. Cukuplah yang asas. Sekadar handphone, Nokia, Samsung, Sony Ericson dan sebagainya. Tak tahu pula bahawasanya setiap handphone ni ada nombor di belakangnya. Kini, toleh kanan, toleh kiri, semuanya touch skrin. Hebat betul zaman IT ni.

Orang sudah ada blog, saya baru nak mula. Orang sudah ada facebook, saya baru nak aktif. Mungkin ikut genetik Ummi agaknya. Suka yang 'simple-mimple' aja. Jujur saya katakan, sememangnya saya tiada nafsu terhadap barangan yang berjenama. Sebab apa?? Sebab tak tahu.. 'Tak kenal maka tak cinta'. JAdinya, tak rasa cemburu sedikit pun sekiranya kawan menggunakan ipad, iphone segalanyalah..

Semalam, semasa beli barang dengan Ummi Yati di Sainsbury's ada perkhidmatan layanan sendiri. Maksudnya tiada cashier yang menjaga. Kita scan barang itu sendiri. Serba serbi touch skrin. 'Yes' atau 'no'. Sentuh sahaja. Selepas itu masukkan duit di tempat yang disediakan. Bakinya akan dikeluarkan. Kagum juga saya. Mana tidaknya, 'katak baru keluar menjengah dari tempurungnya'. 

Satu hari itu pula, kami pulang menaiki teksi ke rumah. Waktu itu, jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih malam, jadinya perkhidmatan bas tiada. Terpaksalah naik teksi. Kagumnya, sebelum bergerak pak cik teksi itu set kan alamat rumah kami di GPS. Sepanjang perjalanan, hanya berpandukan GPS. Hebat betul sekarang ini, sampaikan pak cik pemandu teksi lagi maju daripada saya. heh

Cuma satu yang saya risaukan. Bagaimana nanti generasi akan datang? Generasi bila mana anak-anak saya membesar. Kene fikir jauh ya.. Bukan bermakna sekarang sudah bersiap sedia untuk Baitul Muslim.. 

Dunia sudah ada di depan mata. Dari sekarang kita perlu memikirkanya. Bukan hanya saya seorang, tapi kamu! kamu! dan kamu!. Maaf.. KITA.

Di kala akhir zaman inilah, fatwa kebenaran juga bakal terpesong. Ulama' sendiri sukar menemu jawapan yang tidak disebutkan di dalam hadis nabi. Habis waktu itu nak bergantung kepada siapa?? Tika itu juga, Islam sudah dianggap begitu asing. Orang yang mengamalkan Islam dianggap kolot. Kebenaran sudah bercampur dengan kebatilan...

Allahuakbar.. tak sanggup rasanya nak membayangkan.

Semoga kita dibawah naungan Allah yang Maha Berkuasa seluruh Alam. Mari kita koreksi hati. Refleksi iman. Apakah masih al-Quran dan As-sunnah itu masih kita berpegang kepadanya??

 "Dahulunya Islam datang dalam keadaan asing. Dan Islam akan kembali asing seperti dahulunya. Beruntunglah bagi golongan yang asing itu "

yakni golongan 'Ghuraba'..

No comments: